Jump to content


Masalah Makmal Komputer Sekolah


17 replies to this topic

#1 Guest_GPK1_*

  • Tetamu

Posted 02 July 2003 - 06:52 PM

Disebabkan aku orang baru.. aku tak tahu di mana nak bermula.. sebuah drp komputer tak leh connect dgn server....di mana aku nak start nak baiki supaya bulih connect dgn server dan komputerČ yg lain dlm makmal komputer sekolah.. pengetua suruh aku sedangkan aku tak tahu apaČ sebenarnya....main freecell boleh le...servernya pakai windows2000..

Ada sebuah komputer lagi lak tak leh install office....dah berkaliČ cuba....nak delete/uninstall takut lingkup lak....tolong ye...

#2 zam4ever

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,176 posts
  • Gender:Female
  • Location:Malaysia
  • Interests:Tidur
  • Kepakaran:Rangkaian dan Sistem Operasi UNIX
  • Freelance:Ya

Posted 02 July 2003 - 07:35 PM

Mungkin saudara GPK1 boleh memberikan butiran sistem yang sedia ada. Ini termasuklah segala spesifikasi sistem-sistem komputer anda, hardware yang sedia ada yang boleh digunakan untuk network anda, tujuan makmal tersebut [Internet, belajar application software dan lain-lain] dan perkara-perkara yang berkaitan. Ini akan memudahkan usaha kami semua untuk menolong saudara GPK1 dari segi penyusunan semula sistem operasi komputer anda, perisian tambahan yang sesuai, susun atur sistem rangkaian yang bersesuaian dan sebagainya.

okay?

Kami semua menantikan post terbaru saudara

salam :mrgreen:

p/s : ingin lihat pelajar2 sekolah celik IT dan memanfaatkan ilmu yang ada happy.gif

#3 Guest_kekura_*

  • Tetamu

Posted 02 July 2003 - 08:11 PM

1) Connection ke server
- check hardware (check cabling, link kat ethernet card tu nyala ke tak, etc)
- check configuration (ip address client-server, tcp/ip protocol installed, ping test etc)
- check OS... biasanya Win98 byk masalah network.

2) Microsoft Office
- aku pernah kena macam ni dulu
- uninstall/remove Office
- restart PC
- reinstall Office

Poskan result anda di sini supaya kami boleh membuat follow-up.

#4 Guest_GPK1_*

  • Tetamu

Posted 02 July 2003 - 09:29 PM

Sebenarnya tu le masalah aku...di mana nak bermula...tapi utk pengetahuan semua...makmal komputer sekolah ni adalah sama seluruh negara...kalau sudi boleh le mengendap di mana - mana sekolah berhampiran atau ada sesiapa yg jadi cikgu di sini boleh terangkan...

cam mana nak tahu no ip tu?

cam mano nak ping ...127.0.0.0 ke?

OS yg dipakai ialah windows98, server ialah windows server2000, ada sebuah komputer teacher (password teacher01) ada 20 bijk komputer dgn password student01.....20...kami ada 2 makmal, komputer semuanya berjumlah 40...komputer teacher 2 bijik dan teacher kawal client(komputer pelajar) dgn perisian netsupport school.

#5 sawi

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 816 posts
  • Gender:Male
  • Location:Middle-earth
  • Interests:Duduk depan komputer
  • Kepakaran:Troubleshooting hw/sw
  • Freelance:Ya

Posted 02 July 2003 - 09:31 PM

GPK..makmal komputer sekolah kat mana tu.. kalau dekat2 area kajang/selangor.. bleh saya dtg jenguk... free je.. khidmat masyarakat.. nak bawak budak2 sini blajo buat khidmat masyarakat.. huhuhuhuh

#6 Guest_GPK1_*

  • Tetamu

Posted 02 July 2003 - 09:36 PM

Saya kat Gua Musang....

#7 Guest_penyupucat_*

  • Tetamu

Posted 02 July 2003 - 11:24 PM

assalamualaikum GPK1

..mengenai masalah cikgu..adalah biasa bagi sekolah yang makmal komputer...saya pernah servis pc di makmal tolong member cikgu sokolah xxx ..dan rata-rata adalah dari spec mimos pentium 3 933.ram 64 hdd 10 gb..os win98se..mengenai masalah cikgu..kebanyakan pc spec mimos mempunyai banyak masalah...masa saya pergi tolong..pc baru seminggu sampai dari mimos 20 biji.... masa saya chek partition problem..file chk pun ader beberapa ketul..dan registry problem..dan ofiice 200 pun berjalan tak beberape betul..asyik hang jerr...ini kerana pada pendapat saya tak tau btul ker tidak..mimos menggunakan ghost hdd/cd..dimana master ghost sudah problem ..maka client yg telah ghost akan problem jugak..semua 20 biji masalah sama..mengenai networking..bagi sekolah yang dapat makmal akan dibekalkan server yang mengunakan os windows 2000 server....tak silap double proseccor..scsi hdd..ram 256 ecc or 512 dan ader juga 1 gb..mengikut bilangan client...setiap sekolah akan diberi software net support tutor/school..software tuh untuk remote client..termasuk mouse/keyboard.tengok client buat aper dan remote setiap program kat dalam tuh...setiap ip assign automatic dari dchp server..cikgu chek balik pendawaian rj45..tengok di hub pada server dalam bilik ..tengok pc yang problem nyala tak lampu pada hub 24 port tuh..kalu hub port untuk pc tuh tak nyala lampu..maka samada nic tuu problem. rj45 cabel problem..netwok tak masuk betul..tapi cikgu jangan risau...mimos banyak ajen sekarang untuk servis..susah-susah dan..jangan pening kepala..telipon ajer..nanti diaorang datang....masa diaorang datang..tanya la cukup2..marah sikit diaorang tuh..buat keje tak betul..asyik nak duit ajer... laugh.gif kalu nak belajar..cikgu hentam cukup-cukup(jgn terajang dah ler)..bukan cikgu kene bayar pun..kerajaan bayar..

#8 Guest_raffe_*

  • Tetamu

Posted 03 July 2003 - 01:38 PM

aku nak tambah sikit....

untuk pertanyaan mengenai Mimos.

http://www.mimos.my/contact_enq_BM.htm

#9 giganet

    Korporal

  • Ahli
  • 97 posts
  • Location:Cyberarea

Posted 03 July 2003 - 03:52 PM

....aku pun rasa mcm tu...check pc..ada nic ker takk....leps tu....make sure...ada cabling dibuat dari pc..ke port....lepas tu cehck cabling dari port ke switch.....

nak check ip..kat pc....ipconfig rasanya utk win98..tak pun pegi kat nwk n.hood......check kat nic name dia....pada properties......lepas tu cuba ping kat pc sendiri..kalau reply...ok lahtu network kad..then ping ke switch pulak..mesti dah di konfigur ipnya..kan..kalau semuanya ok....check modem la pulak..kan....kut2 kena kilat ker..mana la tahu...

#10 Guest_bungaraya_*

  • Tetamu

Posted 03 July 2003 - 08:06 PM

entah-entah group tak sama...lain semua kambing... satu je musang...

#11 kayray

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 237 posts
  • Gender:Male
  • Location:kuala terengganu
  • Freelance:Tidak

Posted 04 July 2003 - 01:41 AM

Tapi setahu saya, pc dalam makmal kita tak boleh memandai baiki sendiri walaupun kita pandai tahap dewa dewi sebab pc tu dibawah penyelenggaraan agen yang dilantik secara sah oleh MIMOS. Prosedurnya kena contact mimos dan mimos akan hantar agennya utk baiki...
boringnya lambat

#12 Guest_kindaichi_*

  • Tetamu

Posted 04 July 2003 - 03:46 PM

betul tuu kat skola aku pun agen dia yg dtg baiki............
telefon diaorang leeeeeeeee, pastu blaja leee ngan diaorang

#13 Guest_payabakau_*

  • Tetamu

Posted 04 July 2003 - 03:53 PM

just nak share pengalaman aku:
Aku ade tengok pc kat salah sebuah skolah rendah ni kat Area TTDI..memang banyak rosak..bukannye sebab apa, budakČ ni suka cabut button.. button reset la..button power la.. lepas tu pulak mouse dia bola kat dalam tu pun ilang. Masalah yang paling xbest skali aku tengok, diorang letak pc tu kat lantai. Banyak habuk masuk dalam tu..aku tengok dalam casing dia penuh 'sarang'... macam nak meletup processor dalam tu tak leh napas. BudakČ plak tutup pc macam tutup tv... tu yang banyak hdd rosak... :mrgreen:

#14 zam4ever

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,176 posts
  • Gender:Female
  • Location:Malaysia
  • Interests:Tidur
  • Kepakaran:Rangkaian dan Sistem Operasi UNIX
  • Freelance:Ya

Posted 04 July 2003 - 04:27 PM

Masalah besar ni dan boleh dikategorikan sebagai vandalism... Tapi aku rasa pelajar-pelajar boleh dinasihatkan supaya tidak perlu menutup komputer sendiri tetapi pihak pentadbiran yang harus menutupnya sendiri untuk mengelakkan PC daripada rosak. Maksud aku ialah pihak pentadbiran boleh menggunakan perisian seperti Intel LAN Management, di mana semua proses off boleh dilakukan di server. Bukan itu sahaja, LAN management memudahkan pihak sekolah untuk mengawal dan mengawasi segala perjalanan proses oleh pelajar [klien].

salam

p/s : taknak tengok kerajaan tanggung kos maintenance happy.gif

#15 Guest_GPK1_*

  • Tetamu

Posted 06 July 2003 - 09:32 PM

Kalau nak harap mimos datang baiki alaihaiii.... entah bila kalau report pun...

Ada satu icon kat bawah kanan bila aku double klik dia keluar cannot find adaptor (lebih kurang)...

#16 epalhijau2003

    Kapten

  • Ahli
  • 1,897 posts
  • Location:selangor
  • Interests:pengaturcaraan, permainan, hardware

Posted 06 July 2003 - 10:40 PM

GPK1 kata:
QUOTE
Ada sebuah komputer lagi lak tak leh install office....dah berkaliČ cuba....nak delete/uninstall takut lingkup lak....tolong ye...
ada tak cd m$office tu?
kalau ada try dulu mcm yg kekura kata tu:

QUOTE
2) Microsoft Office
- aku pernah kena macam ni dulu
- uninstall/remove Office
- restart PC
- reinstall Office



kalau x boleh,
- uninstall/remove office
- copy keseluruhan cd tu ke hd
- jlnkan setup/installation dr hd.


pasal network...otai2 network kat sini boleh tolong

#17 Guest_kekura_*

  • Tetamu

Posted 08 July 2003 - 12:08 AM

QUOTE
Ada satu icon kat bawah kanan bila aku double klik dia keluar cannot find adaptor (lebih kurang)...


macam network driver corrupt atau network card rosak.

#18 Guest_penyupucat_*

  • Tetamu

Posted 09 July 2003 - 09:31 AM

ekekekeke...mimos cari duit...





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users