Jump to content


- - - - -

Pengalaman Interview di SPA Putrajaya


7 replies to this topic

#1 Guest_hunt2sp_*

  • Tetamu

Posted 16 July 2003 - 10:47 AM

Assalamu'alaikum,

Saya ni sesajer nak cerita psl serba sedikit mengenai interview di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Putrajaya. Ditujukan khas kepada sesiapa yang nak pergi interview di masa depan, so takde la gabra sgt. Saya dah try cari info psl ni sebelum kena gi interview dulu, since dah pegi so nak share dgn sesape yang akan ke sana nanti.

Prepare terlebih dahulu sebarang dokumen yang diperlukan (ada tersenarai dlm surat), kemudian kalau tak dapat prepare certain documents, make sure ada reason atau surat akuan mengenai kehilangan/kerosakan/gantian dokumen/sijil anda. Salinan dokumen kena lah buat at least 2 copy, satu utk attach dgn borang tambahan, satu lagi spare kot2 penemuduga minta satu lagi salinan ekstra. Sijil2 asal jaga bebaik, make sure tersusun rapi dan mengikut turutan dalam clear folder.

Tempatnya di Presint 1, Parcel C, so kalau drive ke sana, make sure cari Presint 1 dulu, then anda akan bertemu dgn Parcel C (selepas mealui Parcel D), kona masuk ke kiri dari main road dan carilah area parking pelawat di situ. Nasib baik ader, nasib tak baik, sparekan lah 5-10 minit meronda cari parking. So make sure datang awal la kan...mcm2 bole jadi on the way tuh...

Selepas tu terus ke blok C7, kena melepasi pondok guard di hadapan, kalau perlu tanya lah pak guard dimana blok C7, dan dia akan tunjuk kat mana. Sampai ajer kat blok tu, naik lif ke tingkat 6 dan masuk ke unit pengambilan. Dalam tu ada bilik menunggu, tapi sebelum masuk tu ada pegawai kat entrance dan kenalah check nama anda dan nyatakan jawatan temuduga anda. Dia akan confirmkan nama anda kemudian kena tunggu sekejap di ruang menunggu, sebelum dia panggil nama anda dan bagi huruf bilik dan angka giiliran. Ada 17 bilik temuduga, start dari A sampai Q, so cth saya dulu dapat K 1004, bermakna orang yang keempat akan ditemuduga dalm bilik K. Dari situ boleh agaklah, kalau dapat nombor 6 ke atas tu boleh la gi toilet sekejap, tapi jgn lama sgt, sebab masa interview berlainan dari seorang ke seorang.

Pegawai yang dekat entrance tadi akan bagi satu checklist (warna biru) attach dgn borang tambahan dan salinan sijil2, dan make sure dia tandatangan kat form checklist tu, kemudian susn ikut turutan yang diberikan dlm checklist tsb. Sementara menunggu tu bacalah sepintas lalu sijil2/resume anda, coz biasanya masa ice-breaking (first 5 minutes) anda akan disuruh menceritakan sedikit mengenai latar belakang anda dan apa yang anda buat sekarang.
So ada 2 set dokumen yang anda akan bawa, satu ialah set borang tambahan mengandungi borang tambahan, checklist dan salinan2 sijil, kedua ialah sijil2 asal anda dalam fail clear folder.

Bilik temuduga tu mengelilingi ruang menunggu, so sebaik2nya tunggulah berdekatan dgn bilik yang anda nak masuk nanti, make sure anda boleh nampak skrin di hadapan bili menunggu yg memaparkan nombor calon temuduga yang dipanggil.

Apabila dipanggil, nombor anda akan naik di skrin (kira mcm dlm klinik, bezanya dia takde la sebut nombor tu), kemudian, baca bismillah/qulhu/rab-bsh rahli ke apa ker then ketuk pintu bilik tu, kemudian masuk n bagi salam dan selamat pagi. Lepas tu berhadap dgn penemuduga dan sebut nama anda utk kenalkan diri, (cth "a'kum tuan, semalamt pagi/ptg, nama saya XXXXXXX, temuduga utk jawatan XXXXXXXX) lepas tu bagi set borang tambahan pada mana2 penemuduga dan clear folder sijil2 asal anda pada penemuduga seorang lagi.

bermulalah sesi temuduga anda...jawablah dgn hati yang tenang...
be yourself and be friendly...jgn gelabah....dan kalau tak tahu, jawab ajer tak tahu dan kenapa tak tahu....itu lebih baik drpd mengelentong, kalau anda tahu yang anda tak tahu, biasanya penemuduga faham yang anda bersikap jujur, dan dia juga maybe akan tanya apa inisiatif yang kita akan buat utk buat diri kita ni tahu....

kalau penemuduga bagi peluang bertanya, tanyalah psl jawatan, bidang tugas ker atau lain2 soalan yg dirasakan sesuai

dah habis tu, bersalaman dgn penemuduga, dan ucap terima kasih.

Pulang dan tunggulah result temuduga dgn sabar...mcm saya nih...hehehe...bulan depan baru tau dapat ke tak....

Harap dapat membantu rakan2 ittutor utk bersedia menghadapi temuduga di SPA Putrajaya. Kalau ada sesape yang penah ke sana, kabo2 lah dan tambah2 lah kat sini, boleh tahu gak skit2....


biggrin.gif smile.gif sad.gif ohmy.gif :x laugh.gif 8) :? :oops: :cry: :wink: :| :roll: :idea: :arrow: :twisted: :x

#2 mrz

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 200 posts
  • Gender:Male
  • Location:301'51.00"N, 10145'27.05"E
  • Interests:Linux, Networking, Security, Software, Accounting, etc.
  • Freelance:Tidak

Posted 16 July 2003 - 10:58 AM

assalamualaikum..

nak tambah sikit.. kalau ditanya nama2 menteri/jawatan menteri.. cuba sebut pangkat/jawatan/nama dia dengan betul.. contohnya Yang Amat Berhormat Datuk Seri Paduka Samy Velu bin XYZ.. ni petua aku dapat dari pesara kerajaan.



selamat menempuh alam pekerjaan..!

#3 minhaj

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,047 posts
  • Location:kinta valley

Posted 16 July 2003 - 11:08 AM

QUOTE
Samy Velu bin XYZ....


silap sikit tuh.........hehehe :mrgreen:

aper2 pun thanx 4 the info.....
sangat berguna.............. smile.gif2

#4 Guest_sn0277_*

  • Tetamu

Posted 16 July 2003 - 11:24 AM

aku pun pernah temuduga SPA...soalan2 yang selalu ditanya

1. ceritakan perihal diri anda
2. pengalaman kerja
3. Bagi yang fresh dia tanya pasal practikal ngan projek akhir semester
4. Banyak tanya tentang isu semasa mengenai ICT, software terbaru, e-kerajaan, e- dagang, dll
5. isu semasa luar dan dalam negeri
6. apa yg anda tahu ttg internet, website, dan soalan2 teknikal
7. sapa pengarah SPA, sapa Agung kita, sapa....sapa...sapa...
8. Napa minat kerja kerajaan...

Itu pengalaman aku temuduga SPA bg jawatan PPSM....nampak nya aku takder rezeki kat situ...sunyi tanpa berita..

#5 Guest_AyobKelubi_*

  • Tetamu

Posted 16 July 2003 - 12:00 PM

sn0277.....

ko interbiu utk jawatan ppsm tu bila?..nak tunggu jawapan dia ..lebih kurang 2 bulan kot....anti dia akan hanto surat kat ko...bagitau samada ko berjaya.....samada ko dalam skuad simpanan atau pun ko gagal...surat tu dah dpt ker belum?..kalau belum tungggguuuuuuuuuuuuuuuu...okeh?....mekasih....

#6 Guest_sn0277_*

  • Tetamu

Posted 17 July 2003 - 09:35 AM

heheheh :mrgreen: aku dah dapat surat tu.....

Result: GAGAL....ntah apa yang aku silap pun tak tau, maybe time tu aku tak prepare pasal isu semasa.....banyak gak soalan isu semasa aku tak dapat jawab...aku nasihatkan sapa2 gi interview SPA, so be prepare bab bab nie, lagi satu kau kena yakinkan kan dia, yang kau memang nak kerja nie, sekarang nie pun aku tgh apply SPA Johor...tengah tunggu untuk interview akan datang.......... :wink:

#7 Guest_kekura_*

  • Tetamu

Posted 17 July 2003 - 10:36 AM

hehe.. interview SPA ni sebenarnya 'auta' je.... trick je... yang apply seramai 10,000 orang. Dan SEMUA tu berkelayakan untuk interview. Application yang dibukak cuma 3,000 je. Yang selebihnya, dia tak baca langsung, simpan dalam kotak..... So kalau ko nak gerenti dia bukak, kena bagi by-hand.

Yang 3000 tu dia akan panggil interview. Bila dah cukup 100 orang diinterview... yang selebihnya dia interview ala kadar je. Tak kira aa ko boleh jawab ke tak boleh jawab ke, tapi sebab dah cukup... ko akan GAGAL gak...

Info ni aku terima dari makcik aku... kwn dia handle interview untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (government style gak).

#8 mrz

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 200 posts
  • Gender:Male
  • Location:301'51.00"N, 10145'27.05"E
  • Interests:Linux, Networking, Security, Software, Accounting, etc.
  • Freelance:Tidak

Posted 17 July 2003 - 01:10 PM

skrg ni memang susah nak cari keje.. lebih-lebih lagi yang baru nak start keje.. kalu dah ada pengalaman tu mungkin mudah sikit.. sgb cth.. masa wife aku apply keje bank.. org hr cakap ada 5-6 guni surat.. yang nak diambik cuma 5-6 org unt pelbagai department.. yg baru nak keje selalunya ditolak.. nasib baik wife aku dah keje 6-7 tahun.. dapat pulak.. tak taulah.. nasib manusia berbeza..





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users