Jump to content


Kolej, Kolej Universiti, Institut & Universiti:Perbezaan


19 replies to this topic

#1 Guest_payabakau_*

  • Tetamu

Posted 23 July 2003 - 09:05 AM

Aku nak tau beza antara Kolej, Kolej Universiti, Institut dan Universiti. Bunyi macam sama..maksud nyer pulak macam mana?Macam mana pulak dari segi kualiti?Harap kengkawan dapat membantu.. smile.gif

#2 Guest_mrx000_*

  • Tetamu

Posted 23 July 2003 - 09:35 AM

kalau tak salah total of student dia.....

#3 Guest_Hoodlumz_*

  • Tetamu

Posted 23 July 2003 - 11:59 AM

Aku pun berminat pasal topic ni.
Anybody yg tahu pasal ni silalah xplain dgn detail.
Apa lagi jom laa discuss!!!~ :mrgreen:

#4 Guest_NAH_*

  • Tetamu

Posted 24 July 2003 - 09:14 AM

aku pun berminat gak nak tau....yelah utk pengetahuan semasa kan....

#5 Guest_sufian_*

  • Tetamu

Posted 15 August 2003 - 12:23 AM

QUOTE
kalau tak salah total of student dia.....


btul... tu salah satu faktor utama...

kolej = biasanya bantuan kerajaan dan kebanyakan swasta...

kolej universiti = setaraf dgn universiti tp dr segi pengalaman dia tak cukup lg. dan student dia byk beza (jum) dr u

pd aku KUITTHO skrang no.1[kolej universiti tun hussin onn]
letak kat Batu Pahat johor.
dulunya bawah UTM pastu jd ITTHO pastu jd KUITTHO
dlm perancangn utk jd UTS [universiti teknologi selatan]
tgh dlm pembangunan
nak buat BANDAR UNIVERSITI....
klau jd UTS mmg besar giler

no. 2 KUSTEM [kolej universiti sains dan teknologi malaysia]
letak kat k. terengganu. 20minit dr pusat bandar
dulunya UPM caw IKAN. pastu jd KUT(kolej universiti terengganu)
masalah skit... pasal dlm negeri PAS

bersambung....

#6 Guest_payabakau_*

  • Tetamu

Posted 15 August 2003 - 08:54 AM

Institut plak camner ek?Sebab aku tengok pelajar Institut ni pun bukanlah sikit sangat jugak..nak dekat sama jek dengan Kolej Univ. Contoh cam BMI dengan KUTKM (Melaka)..aku tengok student dia tak la ramai sangat..ade yg boleh tolong bagi gambaran yg lebih jelas? laugh.gif

#7 Guest_putu_mayam_*

  • Tetamu

Posted 15 August 2003 - 06:51 PM

yang aku tau BMI,MFI and GMI semua nyer bagus2 kalau saper ader kewangan lebih better and should amik cos kat institusi tuh...... sorang member aku yang belaja kat BMI telah ditawarkan melanjutkan pelajaran amik degree kat UK..... xsilap aku bulan 10 nie ...... congrat 2 u zul......

sorang lagi member aku dalam perancangan nak further kat france.......dia blaja kat MFI.....dulu dia nie just ader sijil IKM je..... tapi skarang power giler dah dia nie...... aku dengar diploma institusi2 cam kat atas tuh diploma diorang standard degree malaysia...... btul ker??? aku pon x tau.....

enjoy.......

#8 Guest_payabakau_*

  • Tetamu

Posted 15 August 2003 - 06:57 PM

Aku pun tengah amik kat BMI gak...amik part-time je...memang betul sijil tu diiktiraf kat Malaysia + negara-negara komanwel. So, sebab tu tak de masalah nak sambung kat UK. BMI contohnya menjadi pusat HND yang sijilnya dikeluarkan oleh BTEC dari UK. Cuma aku nak tau perbezaan yg aku nak tu..tak berapa clear lagi..

#9 Guest_Hoodlumz_*

  • Tetamu

Posted 16 August 2003 - 07:29 AM

Tapi camner pulak ngan Kolej yg dinaik taraf jadi University??
Sebab total student dier bertambah ke atau sbb lain??
Boleh xplain?? :roll:

#10 Guest_sufian_*

  • Tetamu

Posted 17 August 2003 - 10:20 AM

QUOTE
Tapi camner pulak ngan Kolej yg dinaik taraf jadi University??
Sebab total student dier bertambah ke atau sbb lain??
Boleh xplain?? :roll:


gini... skrg ni m'sia nak jd negara yg no 1 dlm education kat rantau ni..so byk la IPTA tumbuh mcm cendawan. tambahan lg skrg pendidikan kirer penting kat negara kite. smpaikan org ader ijazah melambak dan x der kerjer. oleh sbb itulah kolej2 uni dibuat utk memenuhi kehendak semasa. tambahan lg untuk menempatkan pelajar melayu.

pada pendapat aku mungkin dgn ader kolej Uni ni senang skit nak handle bcoz saiznya lebih kecil. ramai jgak org ingat kolej Uni ni swasta.... padahal tak. dia dah dikira sebagai salah satu IPTA jgak.

cth :
KUSTEM, KUITTHO, KUTKM, KUKTM, KUKUM, KUIM

dlm borang nak masuk IPTA kolej2 ni d senaraikan skali dgn Uni lain.

bg menjawab persoalan td... antara syarat utk kolej Uni nak naik taraf jd Uni adalah bilangan student nya. utk tu kolej kena buka byk fakulti dan menambahkan pengambilan pelajarnya. tambahan lg mereka akan menambah kemudahan dan menambah bilangn tenaga pengajarnya...

kesimpulannya pd aku kolej uni. dgn Uni x patut dibeza2kan. pensyah kat kolej Uni pun tak kurang hebatnya... byk ada PHD. tambahan lg apa aktiviti yg Uni lain buat kitorang join cth MASUM [sukan antara2 IPTA]. lg satu, kan ada persidangan yg d buat kat KL tu [luper plak nama nya] ala yg ada bantahan serangan AMARIKA keatas IRAQ tu... sebelum tu Uni2 kat Msia ni pun ader bersidang jugk. tujuannya utk dbawa ke persidangan tu la...
tahu tak diorang buat kat mana? persidangan pertama telah dibuat di KUSTEM. kirer byk jgak la org2 bijak pandai dtg kat sini...


tambah skit...
yg aku tau la kan sekarang ni saper ader duit better gi kat swasta... ader perkara yg kekadang diorang lg bagus...
cth facilities. pas tu ader gak IPTS yang disupport oleh pensyarah IPTA... biasanya diorang ader saham, cth prof2 kat tempat aku.... org kayer la katerkan. so.. secara x langsung IPTS x der lah beza sgt dgn IPTA.
selaintu, dgn masuk IPTS biasanya lebih senang nak dpt kerje. sbbnya : diorang terikat dgn pihak penaja.. cth student Uni Petronas kene keje dgn Petronas utk bbrapa tahun. kan bagus tu.. keje dapat pengalaman pun dpt. sekarang susah beb nak cari kerje!!!. satu lg faktornya biasanya kat IPTS diorang support ENGLISH 100% tak mcm IPTA. buktinya aku ada mmber yg dulu bod giler nak ckp ENGLISH tp sejak masuk IPTA ni kalah aku dibuatnya. bukan apa.. rujukkan pun byk dlm ENGLISH kan. so senang la nak study...

akhir skali IPTA dgn IPTS masing2 ada kelebihan yg tersendiri.. masing2 ada kelemahan dan kebaikan...




p/s: SELAMAT HARI KONVOKESYEN BG SINIOR2 KUSTEM... [hr ni]

#11 Guest_Hoodlumz_*

  • Tetamu

Posted 17 August 2003 - 10:31 AM

Tq sufian 4 the info.
tongue.gif

#12 Guest_xiii_*

  • Tetamu

Posted 17 August 2003 - 11:36 PM

payabakau: aku sekarang study kat IKM PJ.. buat HND.. tapi sekarang nie baru buat foundation.. next sem baru berdaftar ngan BTEC.. (kalau ada rezeki insya-Allah).. course HND aku nie kire same la ngan HND kat BMI tuh.. name pun dah sama2 BTEC kan? tapi course HND kat BMI tu lebih byk pilihan kalau kat tempat aku nie ade satu course jek HND in Electronic Engineering..

buat putu mayam, takde la smpi tahap degree, cuma yg istimewanya diploma dari BMI, MFI, GMI, and IKM (sumer nie under MARA) lebih ke arah practical, so maybe diorang (kitorang?) nie lebih pandai ke arah tu.. :mrgreen: .. byk peluang gak ambik diploma/sijil under MARA nie, sbb diorang rajin sponsor student pegi UK/US, tapi kene rajin belaja la.. score pointer tinggi..

pasal perbezaan antara IPT tuh.. nie pendpt aku: takde beza, sumernya tempat belaja, kualiti pun rasa2nya tak jauh beza sgt sbb k'jaan sgt aktif memantau institusi pendidikan kat Mesia nie.. dgn kewujudan LAN dan JPA, rasanya dah cukup utk memastikan kualiti di setiap IPT nie (tak kisahlah U, KU, Col, Institut ke) memenuhi kriteria yg telah ditetapkan..

tapi, rasanya lagik best kalau dapat jadik budak U sbb kalau nak mengaku diri nie budak IKM, mcm malu2 plak.. :mrgreen: .. maklumler, kitorang nie tahap technician jek, tak setanding ngan bakal2 engineer nun di menara gading.. :roll:

#13 Guest_payabakau_*

  • Tetamu

Posted 18 August 2003 - 09:24 AM

Aku tanya perbezaan ni sebab aku pelik kenapa letak nama Univ, Kolej Univ, Institut..program contohnya kat memana IPT pun ade diploma gak.. tapi mesti ade satu standard yg tetapkan kenapa Institut tu Institut, dan kenapa Kolej tu tetap Kolej dan sebagainya. Kalau Kolej Univ. kurang student berbanding Univ. , camner plak beza student Institut dengan Kolej Univ?Memang jauh beza ke?ataupun beza semua ni bergantung kepada course yang ditawarkan sebab aku tengok Institut kebanyakkannya tak banyak yg ade degree..Master rasanya tak de...PHD langsung tak de... so, kalau ade PHD baru boleh panggil Kolej Univ..bukan camtu :?:

#14 Guest_sufian_*

  • Tetamu

Posted 19 August 2003 - 11:47 AM

no komen ... :?

#15 Guest_xiii_*

  • Tetamu

Posted 20 August 2003 - 08:43 PM

hmm.. kisah yg ade kaitan..

ikm pasir mas dah dinaik taraf jadik institut kolej tinggi.. perbezaan die? diorang dah takyah pakai uniform lagik mcm kitorang yg kat lain2 ikm nih.. hmm.. :?

#16 epalhijau2003

    Kapten

  • Ahli
  • 1,897 posts
  • Location:selangor
  • Interests:pengaturcaraan, permainan, hardware

Posted 20 August 2003 - 11:04 PM

**off topic**

QUOTE
tapi, rasanya lagik best kalau dapat jadik budak U sbb kalau nak mengaku diri nie budak IKM, mcm malu2 plak..  .. maklumler, kitorang nie tahap technician jek, tak setanding ngan bakal2 engineer nun di menara gading..  



biarlah org nak kata apa pun..x de malunya kalau belajar kat mana pun, yg malunya kalau x nak belajar, bodoh sombong...semua org takkan tau semua perkara...setiap org ada batasan ilmu pengetahuannya

#17 Guest_sufian_*

  • Tetamu

Posted 21 August 2003 - 11:01 AM

betul tu aku sokong 200%..hidup epalhijau2003,

#18 Guest_payabakau_*

  • Tetamu

Posted 21 August 2003 - 03:55 PM

xiii, pada pendapat aku, soal malu ni kena tolak ke tepi. Tak de beza aku nampak budak IKM dengan BMI (contoh je la aa). Kau amik HND, aku pun amik HND. Kite same-same taraf technician gak kan?ape nak malu?cuma mungkin rezeki aku dapat kat BMI. Paper same je.. nanti kalau dapat result cemerlang, kiter sambung lak ke peringkat lebih tinggi...amacam?Aku pun ingat nak further studies kalau dapat result bagus..masa tu merasa la jadi budak U...

#19 Guest_Ultra_*

  • Tetamu

Posted 10 November 2003 - 02:51 PM

kat JMTi ditawarkan 2 dip. sekali gus..iaitu Diploma teknologi dan DKM..dia bawah Jabatan Tenaga Manusia dan JICA (jepun nyer goverment)

#20 Guest_ron_*

  • Tetamu

Posted 21 December 2003 - 06:24 PM

Ok rasanya koorg dah byk tau pasal IPTA. Ni aku nak citer sikit pasal IPTS, kalau ada kolej-kolej swasta nak naik taraf jadi Universiti dia kene naik jadi Kolej Universiti dulu sblm naik jadi Universiti. Dan kolej2 swasta ni bukan sewenang-wenang nya boleh naik taraf Universiti walaupun pelajar nya dah ramai, sbb kerajaan akan pilih betul2 kolej2 swasta yg mana berkualiti tinggi dan mempunyai capital yg kukuh saja boleh naik taraf. Jadi kalau2 kolej tu dah ada pelajar yg ramai kalau takde kualiti pun tak leh naik taraf gak. Kalau kerajaan tak pantau benda ni akan memburukkan nama Malaysia sbg pusat kecermelangan ilmu di ratau ini.





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users