Jump to content


Astro - mcmcmana nak buat parallel


6 replies to this topic

#1 Guest_rushdy_*

  • Tetamu

Posted 30 August 2003 - 07:30 PM

A'kum ..

Saya ada 2 buah TV ..satu dibawah kat ruang tamu dan satu lagi dalam bilik atas. So saya cadang nak buat parallel ke Astro ...

Ada idea tak, mcamana cara paling simple nak buat parallel ni...

Kalau boleh tak nak lay cable yg panjang-panjang... tak nak nampak semak semcam..

#2 Guest_pak aat_*

  • Tetamu

Posted 31 August 2003 - 12:53 AM

cara yagn paling mudah ialah dengan membeli video sender...pasang sebagai pemancar kecil dari tv atau penerima astro tu.....semua tv dalam lingkungan 100m boleh terima signal tu..

#3 tHeRiDdLeR

    Pegawai Waran 2

  • Ahli Professional
  • 408 posts
  • Gender:Male
  • Location:Sri Serdang
  • Interests:Bertukar fikiran tentang IT

Posted 31 August 2003 - 07:07 AM

lama tak dengar berita pak aat. video sender berapa harganya. macamana dengan connectionnya? berapa harganya? kat mana boleh dapat benda ni?

#4 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 31 August 2003 - 11:26 AM

Carapaling mudah ko cari satu set cable ASTRO tu ko masuk kat AV out kot tak silap masuk ke TV. Kat TV ko kena cari laa channel dia scan kat UHF tak silap.

Cara wireless boleh pakai benda ni. Aku nampak hari tu 400+.
Tapi kena ingat semua orang kena tengok channel yang sama.
Remote boleh pakai kat dua2 TV.




Ada orang jual kat auc.buysell.com.my

http://auc.buysell.com.my/Auc/List/DetailS...roductID=488364

#5 Guest_rushdy_*

  • Tetamu

Posted 02 September 2003 - 02:24 PM

Tks semua..

Kepada siapa yang tahu kat kedai mana ada jual AVShare atau sekutunya... boleh tlg share kat sini [i] (malas nak bid kat lelong.com)

#6 Guest_pak aat_*

  • Tetamu

Posted 02 September 2003 - 02:53 PM

Video Sender boleh didapati dikedai elektrik tertentu ..Pak Aat biasa jumpa sekali di Kajang , Kemaman dan Kuantan Pahang. Harganya hanyalah RM 150 lebih kurang. Ia disambungkan kepada video dan audio out ASTRO atau AV Amplifier atau TV kita dan akan memancarkan siarannya melalui CH UHF 31(boleh ubah). Kemudaian talakan saja freq mana mana tv ke CH UHF 31 dan siaran ituakan dapat diikuti dgn jelas. Jika ada frq TV ditempat anda CH 31 kenalah tukar freq video sender ni ke CH lain...Untuk menguatkan pemancaran boleh guna antenna external . Cara ni cuma boleh sambung misalnya dari astro decorder di tingkat bawah ke tv ditingkat atas tapi bagaimana anda nak gunakan remote astro di tingkat atas?. Anda kenalahbeli satiu set lagi peralatan untuk sambungkan infrared receiver dari decordeer astro ditingkat bawah ker tv anda di tingkat atas.

#7 Guest_rushdy_*

  • Tetamu

Posted 02 September 2003 - 03:33 PM

QUOTE
Video Sender boleh didapati dikedai elektrik tertentu ..Pak Aat biasa jumpa sekali di Kajang , Kemaman dan Kuantan Pahang. Harganya hanyalah RM 150 lebih kurang. .
Saya dok di Bdr Baru Bangi... dekat sangat dengan Kajang tu.
Boleh tak bagi nama kedai sekali so tak payah lah saya pusing satu Kajang cari benda ni ... laugh.gif
Oh ye ... apa brand yang ada kat market skrg..

QUOTE
Cara ni cuma boleh sambung misalnya dari astro decorder di tingkat bawah ke tv ditingkat atas tapi bagaimana anda nak gunakan remote astro di tingkat atas?. Anda kenalah beli satiu set lagi peralatan untuk sambungkan infrared receiver dari decordeer astro ditingkat bawah ker tv anda di tingkat atas.


maksud Pak Aat ... saya kena beli 2 unit video sender ke..
Satu disamb ke video dan audio out ASTRO dan
lagi satu samb ke ????? utk infra red receiver dr decorder astro... :|


Anyway tks very much for yr info.





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users