ITTutor.net: Dokumentasi #46 : Kenali Distro Linux Yang Popular - ITTutor.net

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Dokumentasi #46 : Kenali Distro Linux Yang Popular Rate Topic: -----

#1 Guest_Obi-Wan_Kenobi_*

  • Group: Tetamu

Posted 03 September 2003 - 09:33 PM

Kenali Distro Linux

Linux adalah inti(kernel) sistem pengoperasian yang mirip Unix, tetapi untuk menjadikan ia persekitaran OS yg lengkap perlulah tools lain seperti pengkompil, cengkerang (shell), pengurus tetingkap (window manager) dan persekitaran desktop. Sebenarnya sistem pengoperasian ini sepatutnya dipanggil GNU/Linux, tetapi sudah menjadi kebiasaan untuk memanggilnya "Linux" sahaja.

Kita boleh membina sendiri persekitaran Linux sendiri dengan memuatturun kod sumber dari internet dan mengkompilnya sendiri (malah ada panduan untuk melakukan sedemikian di laman projek LFS - Linux From Scratch), tetapi ini memakan masa yang lama dan memerlukan kemahiran. Oleh itu, biasanya kita memasang Linux daripada koleksi yang telah dibuat oleh pihak lain, sama ada syarikat, organisasi atau individu. Koleksi perisian ini dipanggil "distribution" atau "distro" Linux.

Setiap distro akan mempunyai perisian tersendiri untuk memasang perisian yang dipanggil pengurus pakej. Antara cara pengurusan pakej yang popular ialah rpm, apt-get, pkgtool. Ada juga distro yang memasang perisian daripada kod sumber seperti gentoo dengan portage dan emerge.

Dokumentasi ini merupakan panduan yang ringkas tentang distro-distro yang boleh dipilih utk. memasang Linux.

1. Redhat

Redhat merupakan distro yang paling popular dan boleh dikatakan sinonim dengan "Linux". Ia merupakan antara distro awal yang memuatkan ciri-ciri installer mesra-pengguna. Redhat menyediakan koleksi perisian yang mantap dan terkini. Untuk perisian seperti pengkompil gcc, Redhat merupakan distro yang akan menyediakan versi yang terbaru dgn features yang terbaru. Pengurusan pakejnya ialah rpm, dan konfigurasi sistem dilakukan dengan tools mesra-pengguna yang disediakan oleh Redhat. Ini menjadikan Redhat distro yang bagus untuk desktop dan server.

2. Mandrake

Mandrake merupakan distro yag berasaskan rpm juga, dan ia mirip kpd Redhat dari segi konfigurasi sistem. Fokus Mandrake ialah "mesra pengguna" dan 'terkini", dan distro ini adalah untuk desktop. Ia kurang sesuai dijadikan server kerana kestabilannya tidak berapa mantap, kerana terdapa perisian-perisian dalam distro ini yang belum cukup stabil untuk dilaksanakan 24/7. Walau bagaimanapun, ia sesuai digunakan untuk "newbies" yang baru nak berjinak-jinak dengan Linux kerana ia ramah pengguna.

3. Debian

Debian merupakan distro yang digemari pengaturcara dan sysadmin yang menggunakan perisian "Free", kerana ia dibina atas usaha sukarelawan sepenuhnya. Ia menggunakan pengurus pakej "apt" yang sangat mudah digunakan, tetapi pemasangan untuk kali pertama mungkin agak rumit bagi "newbies". Debian menyediakan pakej yang stabil dan juga yang baru, dan pakej untuk Debian mudah didapati.


4. SuSE

SuSE merupakan distro yang juga rpm-based, dan berasal dari Jerman. Fokusnya ialah enterprise-computing, high-perfomance computing dan workstation. Jika anda membeli SuSE, anda akan mendapat dokumentasi yang sangat teliti dan lengkap. SuSE tidak menyediakan ISO, tetapi anda boleh memasangnya secara percuma menggunakan ftp. SuSE juga menyediakan persekitaran Linux untuk pemproses 64-bit baru yang berprestasi tinggi seperti ppc64, opteron dan itanium2.

5. Slackware

Slackware merupakan antara distro Linux yang terawal, dan merupakan distro yang tertua yang survive sampai hari ini. Pembangunan untuk distro ini agak perlahan, tetapi ia merupakan distro yang sangat stabil. Ia menggunakan pengurus pakej pkgtool yang ringkas dan mudah. Persekitarannya mirip kpd. BSD dan bukannya Sys V seperti Redhat atau Mandrake. Pengurusan sistem dilakukan secara "tradisional" iaitu mengedit fail konfigurasi menggunakan penunting teks. Ia sesuai untuk orang yang sudah biasa dgn sistem Unix lain, ataupun "newbies" yang ingin mempelajari Linux dengan mendalam.

6. Gentoo

Gentoo merupakan distro yang membolehkan anda configure dan customize dan optimize Linux anda semaksima yang mungkin, kerana ia memasang perisian dengan menggunakan cara kompilasi kod sumber. Ia tidak sukar seperti LFS, tetapi memakan masa yang agak lama untuk membuat semua kompilasi. Ia menggunakan sistem "portage" yang mirip kpd "ports" FreeBSD untuk menguruskan pakej.

7. Knoppix

Knoppix merupakan "Live CD" Linux yang boleh dilaksanakan terus daripada CDROM tanpa perlu dipasang. Ia sangat mudah digunakan kerana tidak perlu kpd pemasangan, tetapi ia juga boleh dipasang. Ia berasaskan Debian, dan menggunakan pengurus pakej apt.

Demikianlah senarai distro-distro yang popular pada masa kini. Terdapat ratusan lagi distro lain yang anda boleh lihat sendiri di http://www.distrowatch.com . Panduan ini hanyalah pengenalan kpd distro-distro yang popular sahaja.

-= Obi-Wan =-



[/b]
0

#2 Guest_HNZaM_*

  • Group: Tetamu

Posted 03 September 2003 - 10:18 PM

nice info
bagus bagi mereka yg baru nak belajar linux
macam aku
dari dulu tak install lagi dalm pc aku nih
malam nih nak cuber ar
0

#3 Guest_Obi-Wan_Kenobi_*

  • Group: Tetamu

Posted 03 September 2003 - 11:47 PM

Oh yer, websites:

1) Redhat - http://www.redhat.com (free ISO download utk standard edition)

2) Mandrake - http://www.linux-mandrake.com/ (free ISO download utk standard edition)

3) Debian - http://www.debian.org (free ISO download utk mana-mana supported arch)

4) SuSE - http://www.suse.com (free ftp install for standard version, no ISO)

5) Slackware - http://www.slackware.com (free ISO download utk cd pertama)

6) Gentoo - http://www.gentoo.org (free ISO download utk mana-mana supported arch)

7) Knoppix - http://www.knoppix.net/ (free ISO download)

-= Obi-Wan =-
0

#4 Guest_Saidi Putera_*

  • Group: Tetamu

Posted 05 September 2003 - 06:32 PM

CODE
Thanks for the information.

0

#5 Guest_dzar_*

  • Group: Tetamu

Posted 10 September 2003 - 10:02 AM

Nice info.. menarik bagi beginners
0

#6 User is offline   mnajem Icon

  • Kolonel
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 4,496
  • Joined: 09-January 02
  • Kepakaran:Politics Conspiracy Theory
  • Freelance:Ya

Posted 14 September 2003 - 06:17 PM

utk memantapkan tutorial-

survive- bertahan

configure-selaras


kena terangkan LFS-Linux From Scratch

good tutorial!
0

#7 Guest_Obi-Wan_Kenobi_*

  • Group: Tetamu

Posted 14 September 2003 - 11:42 PM

Hm, adakah LFS sebuah distro? Ataupun metadistro (ada ke perkataan ini yer?) bersama panduan utk membuat distro.

Jika ingin tahu tentang LFS, sila layari ke :

http://www.linuxfromscratch.org/

-= Obi-Wan =-
0

#8 User is offline   iostream Icon

  • Mejar
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 2,549
  • Joined: 14-March 02
  • Gender:Male
  • Location:Temerloh, Desa Pandan, Bukit Damansara
  • Interests:Berangan, mengalamun, berehat, makan, & tidur.
  • Kepakaran:Tidak pakar dlm bidang IT, tetapi pakar dlm bidang percintaan
  • Freelance:Ya

Posted 16 September 2003 - 03:38 PM

QUOTE
3. Debian  

Debian merupakan distro yang digemari pengaturcara dan sysadmin yang menggunakan perisian "Free", kerana ia dibina atas usaha sukarelawan sepenuhnya. Ia menggunakan pengurus pakej "apt" yang sangat mudah digunakan, tetapi pemasangan untuk kali pertama mungkin agak rumit bagi "newbies". Debian menyediakan pakej yang stabil dan juga yang baru, dan pakej untuk Debian mudah didapati.

---Yerp, pemasangan kali pertama bagi Debian nampak agak sukar. Ditambah pula utiliti dselect serta security update nya. Inilah distro yg paling saya respect dengan tahap security nya. Ramai kata Slackware sangat susah, tapi secara ikhlas mengikut pendapat/pengalaman saya Debian jauh lebih susah dari Slackware.
0

#9 Guest_Obi-Wan_Kenobi_*

  • Group: Tetamu

Posted 16 September 2003 - 03:56 PM

[quote]
---Yerp, pemasangan kali pertama bagi Debian nampak agak sukar. Ditambah pula utiliti dselect

dselect is a trap! smile.gif

What I do is I avoid dselect altogether, and just install the basic system. Then I apt-get away to get all the new stuff! smile.gif

-= Obi-Wan =-
0

#10 Guest_zamani_*

  • Group: Tetamu

Posted 17 September 2003 - 12:34 PM

a'kum....pandai-pandai dan pandai....dan lagi dan lagi.....korang forum dalam ni kan.....pakai akal dan minda yang sama ke atau ada ubah......aku macam nak pening dan ntahlah......banyak benda yang tak tau kot......harap korang tunjuk ajar yek.....thanks.

wassalam
0

#11 Guest_it_tech_*

  • Group: Tetamu

Posted 24 September 2003 - 01:23 AM

sangat bagus untuk aku yang buta linux nie... ade ape lagi yang boleh saye tau pasal linux. especially mandrake9.0.
0

#12 User is offline   iostream Icon

  • Mejar
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 2,549
  • Joined: 14-March 02
  • Gender:Male
  • Location:Temerloh, Desa Pandan, Bukit Damansara
  • Interests:Berangan, mengalamun, berehat, makan, & tidur.
  • Kepakaran:Tidak pakar dlm bidang IT, tetapi pakar dlm bidang percintaan
  • Freelance:Ya

Posted 26 September 2003 - 07:54 PM

it_tech,
Check http://www.distrowatch.com/

About Mandrake:
QUOTE
Mandrake Linux, started by Gaël Duval, is a distribution that has experienced enormous rise in popularity since its first release in July 1998. The developers took the Red Hat distribution, changed the default desktop to KDE and added an easy-to-use installer, breaking the myth that Linux is hard to install. Mandrake's hardware detection features and disk partitioning utilities are considered by many to be the best in the industry and many users found themselves running Mandrake where other distributions failed to provide the required usability.

Mandrake Linux has since matured to become a popular distribution among those new to Linux and among home users looking for an alternative operating system. The Mandrake development is completely open and transparent with new packages appearing in the so-called "cooker" directory on a daily basis. When a new release is entering a beta stage, a cooker snapshot is accepted as the first beta. The beta testing process used to be short and intensive, but starting with version 9.0, it has become longer and more thorough. The beta mailing lists are extremely busy, but you are still likely to receive a very fast response to any bug or concern that you report.

The result of this type of development is a leading-edge release - a highly up-to-date Linux distribution. As a trade-off, the users are likely to notice more bugs and perhaps less stability than with other distributions. Many people find this trade-off acceptable on their desktops - they get the very latest software and the occasional application crash is something they can live with. As soon as the development is completed, the software is available for free download from mirrors around the world.

Pros: User-friendly, graphical configuration utilities, enormous community support, NTFS partition resizing.
Cons: Some releases are buggy, the company is in financial difficulties.
Software package management: RPM
Free download: Yes
http://www.distrowat...?resource=major
---taken from
0

#13 Guest_satay_*

  • Group: Tetamu

Posted 27 September 2003 - 11:22 PM

haha..!!
mandrake
kiranya saya ni masih newbies la..
0

#14 User is offline   iostream Icon

  • Mejar
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 2,549
  • Joined: 14-March 02
  • Gender:Male
  • Location:Temerloh, Desa Pandan, Bukit Damansara
  • Interests:Berangan, mengalamun, berehat, makan, & tidur.
  • Kepakaran:Tidak pakar dlm bidang IT, tetapi pakar dlm bidang percintaan
  • Freelance:Ya

Posted 27 September 2003 - 11:56 PM

satay,
Tak semestinya guna Mandrake tuh utk golongan newbies sahaja. Tengoklah bro Hafnie & Obelicks, diorang memang dah lama guna UNIX - sorang system admin, sorang security expertise; tapi masih suka guna Mandrake. Tak kisahlah distro apa pun, semuanya still Linux. Cuma Mandrake nie memang sesuai sangat utk newbies kerana ia teramat mudah utk digunakan.
0

#15 Guest_satay_*

  • Group: Tetamu

Posted 01 October 2003 - 03:44 PM

sejak dari dulu lagi
saya teringin nak merasai kerumitan debian nih..
cuma masih belum ketemu plak cd debian nih..<-pirate la..
apersal haa...
kena banned ke debian nih kat malaysia?
0

#16 Guest_Obi-Wan_Kenobi_*

  • Group: Tetamu

Posted 02 October 2003 - 01:09 PM

QUOTE
sejak dari dulu lagi
saya teringin nak merasai kerumitan debian nih..
cuma masih belum ketemu plak cd debian nih..<-pirate la..
Takde istilah "pirate" utk Debian. CD Debian kalau ada lanun kat pasar malam jual pun, tetap 100% LEGAL.

QUOTE
apersal haa...
kena banned ke debian nih kat malaysia?


Debian tidak popular di Malaysia smile.gif Sebab-sebabnya seperti berikut:

1) Debian dalam bentuk CD yg boleh diinstall hanyalah "Woody". Ia mengandungi software yg outdated.

2) Cara utk memasang Debian baru (Sid) ialah dengan memasang Woody terlebih dahulu dan menggunakan apt-get dist-upgrade.

Ini memerlukan bandwidth yg tinggi, dan bandwidth di Malaysia adalah mahal kerana monopoli telekom. The only other way ialah si lanun menyediakan semua package terkini dalam CD yg lain, dan rasanya si lanun takkan ada effort utk membuat kerja seperti ini smile.gif

So hanya org yg ada broadband atau LAN di tempat belajar/kerja boleh menikmati Debian, sehingga broadband jadi sesuatu yg common kat negara ini.

-= Obi-Wan =-
0

#17 User is offline   FaRiS Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Core
  • Posts: 1,042
  • Joined: 15-June 01
  • Gender:Male
  • Location:PrinceSuccess
  • Kepakaran:Upload dan Download Torrent
  • Freelance:Ya

Posted 02 October 2003 - 03:43 PM

Debian 3.0r1 boleh dibeli dari www.iUsahawan.com
0

#18 User is offline   iostream Icon

  • Mejar
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 2,549
  • Joined: 14-March 02
  • Gender:Male
  • Location:Temerloh, Desa Pandan, Bukit Damansara
  • Interests:Berangan, mengalamun, berehat, makan, &amp; tidur.
  • Kepakaran:Tidak pakar dlm bidang IT, tetapi pakar dlm bidang percintaan
  • Freelance:Ya

Posted 03 October 2003 - 11:17 AM

First, I would like to second what bro Obi-Wan_Kenobi had mentioned. You have to get online to use apt-get if you're only using dial-up connection. Thank God I have a chance to enjoy E1 line.

QUOTE
So hanya org yg ada broadband atau LAN di tempat belajar/kerja boleh menikmati Debian, sehingga broadband jadi sesuatu yg common kat negara ini.
---Maybe it's true, maybe it isn't. Still, we have a superb Debian-like distro. What else, Knoppix lah! But of course Knoppix is not Debian.
0

#19 Guest_Obi-Wan_Kenobi_*

  • Group: Tetamu

Posted 03 October 2003 - 02:43 PM

QUOTE
Maybe it's true, maybe it isn't. Still, we have a superb Debian-like distro. What else, Knoppix lah! But of course Knoppix is not Debian.


Oh yeah, forgot about that smile.gif You could use Knoppix too. Even if it's not "officially" Debian, it's Debian-based and you can enjoy apt-get.

But still, there's the problem of grabbing large packages melalui apt-get through dialup....

-= Obi-Wan =-
0

#20 Guest_it_tech_*

  • Group: Tetamu

Posted 12 October 2003 - 11:09 PM

nak tanye.... camne nak buang linux. katelah dah tak nak guna linux mandrake lagi... nak tukar distro lain... camne ek...
0

#21 Guest_AyobKelubi_*

  • Group: Tetamu

Posted 13 October 2003 - 09:34 AM

try this link....maybe it worth to be look on...

http://www.linuxcompatible.org/forums/


mekasih..
0

#22 User is offline   iostream Icon

  • Mejar
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 2,549
  • Joined: 14-March 02
  • Gender:Male
  • Location:Temerloh, Desa Pandan, Bukit Damansara
  • Interests:Berangan, mengalamun, berehat, makan, &amp; tidur.
  • Kepakaran:Tidak pakar dlm bidang IT, tetapi pakar dlm bidang percintaan
  • Freelance:Ya

Posted 13 October 2003 - 12:41 PM

it_tech,
Senang sangat.....Ini cara sayalah; boot kepada CD-ROM distro_baru. Nanti, semasa proses installation pilih utk format partition yg mengandungi distro_lama. Dah, settle!
0

#23 Guest_yacken99_*

  • Group: Tetamu

Posted 13 October 2003 - 08:31 PM

QUOTE
it_tech,
Senang sangat.....Ini cara sayalah; boot kepada CD-ROM distro_baru. Nanti, semasa proses installation pilih utk format partition yg mengandungi distro_lama. Dah, settle!


iyerr?/..sesenang itu kerr...hehe...terasa nak mencuba distro baru...ehh..jgn tamak...one by one.kewwll
0

#24 User is offline   iostream Icon

  • Mejar
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 2,549
  • Joined: 14-March 02
  • Gender:Male
  • Location:Temerloh, Desa Pandan, Bukit Damansara
  • Interests:Berangan, mengalamun, berehat, makan, &amp; tidur.
  • Kepakaran:Tidak pakar dlm bidang IT, tetapi pakar dlm bidang percintaan
  • Freelance:Ya

Posted 14 October 2003 - 11:54 AM

QUOTE
iyerr?/..sesenang itu kerr...hehe...terasa nak mencuba distro baru...ehh..jgn tamak...one by one.kewwll

---Hehehe, as simple as that. Ada yg lebih senang ke? By the way tak salah nak cuba banyak distro, there's no such term as "tamak". Kalau cuba banyak distro, barulah kita boleh tentukan yg mana "suite" dengan "taste" kita.
0

#25 Guest_it_tech_*

  • Group: Tetamu

Posted 03 November 2003 - 02:58 PM

ye ke. kalau buat camtu kan die akan install linux lagi skali kan... camne nak kuar lepas die format tu.
0

#26 User is offline   Pakcik_Kantin Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 1,058
  • Joined: 25-January 03
  • Location:Mana-mana Kantin yang berhampiran
  • Interests:PHP kat Kantin
  • Freelance:Ya

Posted 03 November 2003 - 03:51 PM

Apsal FreeBSD nagn Linux sama jer interface dia... konpius :idea:
0

#27 User is offline   Mohd Zamri Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 639
  • Joined: 16-September 03
  • Location:Seremban
  • Interests:Surfing...................................

Posted 03 November 2003 - 09:14 PM

kalau nak buat security system better guna distro mana? Cam nak buat NIDS, NIPS, yang lebih mudah diinstall, diconfigure dan x complex sangat??


QUOTE
Tengah buat program

smile.gif3
0

#28 User is offline   iostream Icon

  • Mejar
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 2,549
  • Joined: 14-March 02
  • Gender:Male
  • Location:Temerloh, Desa Pandan, Bukit Damansara
  • Interests:Berangan, mengalamun, berehat, makan, &amp; tidur.
  • Kepakaran:Tidak pakar dlm bidang IT, tetapi pakar dlm bidang percintaan
  • Freelance:Ya

Posted 04 November 2003 - 10:49 AM

Pakcik_Kantin,
Ini disebabkan kedua-dua OS guna desktop environment (KDE, GNOME etc) atau window manager (enlightenment, fluxbox, blackbox etc) yg sama. Antaramuka sahaja yg sama, kernel serta sistem tetap berbeda.

Mohd Zamri,
Maaf, saya pun tak berapa pasti. Elok rujuk kepada pakar di forum sistem operasi atau forum keselamatan.
0

#29 Guest_satudua3_*

  • Group: Tetamu

Posted 21 June 2004 - 02:14 PM

dapat distro terbaru....Linux fedora@red hat linux ver 10.0.aku dah pasang.best jugak.tapi pc korang kena power sikit baru ngam wooo.
0

#30 Guest_stanum_*

  • Group: Tetamu

Posted 22 March 2005 - 01:24 PM

wokey..thanks...
0

#31 Guest_ZenDz_*

  • Group: Tetamu

Posted 26 April 2005 - 06:58 PM

linux distro - hit ranking

1 Ubuntu 3471 <-- free shipit http://shipit.ubuntulinux.org/
2 Mandriva 2028 <-- mandrake limited adition
3 SUSE 1432
4 Fedora 1338
5 MEPIS 1185
6 KNOPPIX 877
7 Debian 805
8 Damn Small 757
9 Gentoo 751
10 Kubuntu 746
11 Slackware 557
12 SLAX 514
13 Libranet 453
14 FreeBSD 448
15 KANOTIX 430
16 Xandros 394
17 PCLinuxOS 393
18 CentOS 357
19 Arch 349
20 Linspire 347
21 Red Hat 244
22 Puppy 244
23 Scientific 239
24 Minislack 216
25 Yoper 215
26 CRUX 208
27 Vector 204
28 BLAG 204
29 Ark 202
30 IPCop 177
31 DragonFly 161
32 White Box 159
33 Vidalinux 159
34 Frugalware 143
35 Kate 140
36 BIG LINUX 123
37 GeeXboX 122
38 LiveCD Router 121
39 Aurox 120
40 Feather 119
41 Berry 117
42 AGNULA 116
43 LFS 115
44 Trustix 113
45 Devil 105
46 Gnoppix 104
47 Momonga 103
48 Overclockix 102
49 ADIOS 102
50 Buffalo 101
51 Solaris 100
52 SME Server 99
53 Vine 98
54 Tao 97
55 aLinux 90
56 Progeny 89
57 NetBSD 89
58 Lormalinux 89
59 Lycoris 88
60 Archie 88
61 Yellow Dog 85
62 Turbolinux 83
63 Knoppix STD 83
64 ClarkConnect 82
65 OpenBSD 81
66 Kurumin 76
67 Conectiva 76
68 tinysofa 75
69 Morphix 75
70 BeatrIX 75
71 Novell 74
72 ParallelKnoppix 71
73 Hakin9 70
74 FoX 69
75 K12LTSP 66
76 FreeSBIE 66
77 PaiPix 65
78 SmoothWall 64
79 Mandows 64
80 Pingwinek 63
81 MoviX 62
82 YES 61
83 PC-BSD 59
84 KnoppiXMAME 56
85 SAM 55
86 PHLAK 55
87 Gibraltar 55
88 dyne:bolic 55
89 Sun JDS 54
90 m0n0wall 54
91 Flonix 54
92 T2 53
93 Lunar 53
94 Astaro 53
95 Specifix 52
96 Linux4all 51
97 Onebase 51
98 Auditor 51
99 Annvix 49
100 ByzantineOS

untuk maklumat lanjut sila surf link nie
http://distrowatch.com/

This post has been edited by ZenDz: 26 April 2005 - 07:00 PM

0

#32 User is offline   kosong Icon

  • Sarjan
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 147
  • Joined: 16-June 01
  • Location:japan
  • Interests:programming

Posted 02 June 2005 - 04:33 AM

Assalamualaikum.. Tak sangka distro yang saya guna, ranking nya jauh di bawah...
Saya guna Vine Linux sebab distro ni support Japanese..

Vine ni derived drp RedHat

wassalam

-kosong
0

#33 User is offline   ron Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 907
  • Joined: 28-October 05
  • Gender:Male
  • Location:KL
  • Interests:Apple Macintosh, Console gaming
  • Kepakaran:Software Design & Development in .NET
  • Freelance:Ya

Posted 25 February 2007 - 03:49 PM

Uik openbsd, freebsd, netbsd, solaris dan sun jds semua masuk dlm category linux distro ke.

Ketupat Linux tak masuk ke? tongue.gif
0

#34 User is offline   root Icon

  • Kapten
  • Icon
  • Group: Ahli Professional
  • Posts: 2,092
  • Joined: 04-July 02
  • Gender:Male
  • Location:Perantauan Jalur Lebar Tanpa Wayar.
  • Interests:Komputer dan membaca
  • Kepakaran:./configure && make && make install
  • Freelance:Tidak

Posted 27 February 2007 - 07:27 PM

Cuba cari dan dapatkan distro tu, baru boleh cite kat sini smile.gif.
0

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

1 User(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users