Jump to content


Mari belajar network!


27 replies to this topic

#1 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 01 July 2001 - 09:21 AM

MARI BELAJAR NETWORK !








Kenapa perlu
network?

Membolehkan dua komputer yang terletak di
mana sahaja di dunia ini untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Membolehkan komputer yang terdiri daripada jenis-jenis yang berlainan
contohnya Macintosh,PC dan mainframe untuk berhubung dengan
bahasa yang berlainan atau pun protokol.



Networking dicipta hasil daripada aplikasi yang dibina daripada dunia
perniagaan.

Komputer awal yang dicipta hanyalah terhad kepada penggunaan "stand
alone" - bekerja sendiri dan tidak ada hubungan antara satu sama
lain.

Dari itu satu penyelesaian perlu dibuat kerana dilihat bahawa cara
penggunaan komputer yang ada tidak menggunakan "resources"
dengan cara yang "cost effective" dan efisyen.

Penyelesaian yang dicari perlu memenuhi kriteria berikut :-

1.Bagaimana untuk mengelakkan data/peralatan komputer diduplikasikan.

2.Bagaimana komputer dapat berhubung dengan cekap.

3.Bagaimana untuk mengendali network tersebut.

Dengan itu lahirlah konsep network!




KOMPONEN NETWORK PC ANDA

Sebelum kita pergi jauh lagi, mari kita lihat komponen asas
network yang ada pada PC anda. Kita lihat dahulu subsistem yang ada di
PC anda untuk membolehkan kita mempelajari bagaimana ia bekerja.



Kita senaraikan terlebih dahulu komponen  yang ada seperti :-

Komponen "discrete"

transistor integrated circuit resistor capacitor connectors light
emitting diode (LED) solder

Komponen subsistem :-

printed circuit board (pcb), CD-ROM drive ,CPU, floppy disk drive, hard
disk drive, microprocessor, motherboard ,bus, RAM, ROM system unit,
expansion slot, power supply 

Komponen backplane :-

network card, video card, sound card,
parallel port, serial port, mouse port, monitor, connector power, cord





















Network
Interface Card (NIC)


NIC medium menghubungkan PC anda kepada network.

Disambung pada motherboard 

Ada beberapa jenis card dipasaran – Ethernet, Token Ring dan
FDDI.

NIC berhubung dengan network melalui sambungan serial.

NIC berhubung dengan komputer melalui sambungan parallel.

Setiap satu memerlu IRQ dan IO address dan upper memory bagi DOS
dan Windows 95/98

SAMBUNGAN
CABLING


































Komponen  
Catatan
10 Base-2
BNC 10Mbs


Ia menggunakan coaxial cable 50ohm (RG58) dan had
maximum yang boleh digunakan ialah 185m.

Coaxial cable adalah cable serupa yang digunakan bagi
antenna TV anda (UHF) dan contoh BNC connector yang
terdekat adalah connector  yang menyambungkan
cable antenna anda ke TV.

Bagi komputer pertama dan terakhir didalam rangkaian
coaxial cable memerlukan terminator 50ohm.

Tanpa terminator tersebut akan menyebabkan network
anda tidak berfungsi.

Selain dari terminator , T-connector diperlukan untuk
menghubungkan antara 2/atau set coaxial kabel yang
lain.

Satu kelemahan coaxial adalah jika satu sambungan BNC
pada satu komputer longgar atau rosak akan menyebabkan
seluruh network tersebut down!



RJ45
adalah jenis connector
yang digunakan untuk sambungan ke UTP (unshielded
twisted pair) cable.

Ia adalah jenis sambungan yang paling popular bagi LAN
kerana  harganya  murah dan mudah didapati..

Panjang maximum yang boleh digunakan ialah 100m.

Kelihatan seperti  connector telefon tetapi
saiznya lebih besar.







DB25
yang kelihatan di sebelah
adalah DB25 female.Version male pula mempunyai 25 pin
dan female mempunyai 25 lubang.

Contoh penggunaan ialah seperti kabel printer dan
kabel zipdisk.

Output voltage adalah 0-5V mewakili logic 1dan
0.(kabel printer)



DB15 seperti
DB25 mempunyai 15 pin bagi male dan 15 lubang bagi
female.



 


CAT5(100Mbs)
cable atau
category 5 cable mempunyai maximum kelajuan 100Mbs.

Kelihatan seperti cable telefon tetapi mempunyai
properties yang berlainan.

Panjang maximum ialah 100m.

Seperti cable lain
untuk sambungan lebih dari panjang maximum , repeater
boleh digunakan.




USB
(Universal Serial Bus)

Teknologi
cabling yang masih baru.




Dua jenis sambungan yang paling popular adalah
:-

i)10Base2

ii)10BaseT









10Base2


10Base2
Cabling



Coaxial
cabling


Berdasarkan gambarajah di atas kita boleh lihat komponen
asas bagi coaxial cabling.



RG58 cable.

Kabel ini mudah didapati di kedai elektronics atau
komputer. Boleh dibeli dengan jumlah yang banyak dan ada
jugak yang sudah siap dipasang dengan BNC cable
connector.


BNC
connector w/ terminator (50 ohm) 

Terminator tersebut diperlukan pada komputer pertama
dan yang terakhir. Ketiadaan terminator atau terminator
yang tidak dipasang dengan betul akan menyebabkan
network anda down.



BNC cable connector

Ialah connector kepada coaxial cable RG58. Sebelum
dipasang ia terdiri daripada beberapa komponen. Kulit
luar dari cable RG58 tersebut perlu dibuang dan
dimasukkan ke BNC connector. Alat crimping tool
digunakan untuk mengepitkan BNC cable connector tersebut
kepada coaxial cable RG58.

Tips! * Anda harus berhati-hati bila membuat
pemasangan kerana kerapkali berlaku network down (yang
pernah saya alami) disebabkan pemasangan BNC connector
yang tidak sempurna.Jadi mungkin "worth it"
kalau ambil masa lebih sedikit supaya pemasangan yang
sempurna dengan memastikan tiada sentuhan antara wayar
dalaman yang tidak berkenaan kepada BNC connector.


BNC T-
connector

Digunakan untuk sambungan kepada dua kabel
berasingan untuk input dan output.

Pada praktikalnya digunakan untuk sambungan ke ethernet
card  pada setiap workstation juga untuk sambungan
ke komputer/router yang pertama dan terakhir(untuk
kegunaan terminator).



BNC barrel connector

Untuk sambungan dua segmen kabel.



Repeater

Untuk satu segmen limit sambungan ada maksimum 186m.
Untuk jarak yang lebih jauh repeater digunakan untuk 
menguatkan signal network tersebut.


Contoh
network menggunakan BNC cabling.




Posted Image










10BaseT







Posted Image 10
BaseT  cabling digunakan untuk sambungan
rangkaian yang menggunakan topologi bintang.
Amat sesuai bagi rangkaian  yang memerlukan
flexibiliti dan realibiliti dalam penggunaanya.



Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network
card yang disambungkan dengan kabel UTP ini ke
hub atau switch. Secara amnya sambungan
rangkaian UTP adalah lebih "reliable"
jika hendak dibandingkan dengan sambungan
coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak
membantu dalam memperbaiki "data
errors" dalam sambungannya. Selain dari itu
UTP cabling tidak akan mengakibatkan seluruh
rangkaian "down" jika salah satu
komputer atau sambung cabling rosak (berbanding
dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan
seluruh network "down" hanya
disebabkan oleh satu sambungan rosak)



Dari segi
sejarah pada awal penggunaan sambungan 10Base-T,
kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk
sambungan 10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama
dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah.
Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih banyak
digunakan kerana kualiti signal yang lebih baik
dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T.








Huruf
T pada perkataan 10Base-T adalah membawa makna
"twisted" iaitu jenis sambungan
UTP(unshielded twisted pair) kabel yang
digunakan. 
Posted Image

Biasanya ada
dua jenis cabling yang digunakan untuk sambungan
10Base-T seperti berikut:-

i) Straight through cable

ii) Crossover cable




Posted Image



Straight through cable digunakan untuk sambungan
seperti berikut :-

* Sambungan dari router kepada hub/switch.

* Sambungan dari server kepada hub/switch.

* Sambungan dari workstation kepada hub/switch.



Posted Image





Crossover cable
pula digunakan untuk sambungan seperti berikut :-

* Sambungan uplink antara switch.

* Sambungan hub kepada switch.

* Sambungan hub kepada hub lain.

* Sambungan network terus  antara dua komputer (tanpa
hub/switch).

* Sambungan router interface kepada router interface
yang lain.













Posted Image Attenuation
pada 10BaseT


Satu perkara yang perlu diambil kira pada
pengukuran jarak kabel 10Base-T adalah
attenuation.Attenuation adalah pengecilan
amplitud sesuatu isyarat apabila melalui satu
medium yang menghilangkan tenaganya. Dalam kes
10Base-T attenuation yang dibenarkan adalah
11.5dB yang diukur dari satu hujung kabel
tersebut dengan menggunakan testing device.
Secara amnya kabel Cat 5 mempunyai attenuation
sebanyak 10dB per 500 kaki pada frekuensi
10MHz.Maka jarak maksimum setelah dikira
termasuk patch cable dan patch panel sambungan
Cat 5 boleh dikatakan tidak boleh melebihi 150m
iaitu lebih kurang 490kaki.



Perbandingan Thinnet 10Base2
dengan Unshielded Twisted Pair 10BaseT









































Ciri-ciri Thinnet
(10Base2)
UTP
(10BaseT)
Harga
kabel
Lebih
mahal sedikit dari 10BaseT
Murah
Panjang
maksimum
185
meter *
100meter
*
Kelajuan 4-100Mbps 4-100Mbps
Kesan
terhadap Interference
Kurang
terdedah
Sangat
terdedah
Lain-lain Komponen
elektroniks lain amat murah
Memerlukan
hub/switch (kos lebih mahal)
SItuasi
terbaik untuk digunakan
Rangkaian
sederhana ke besar yang memerlukan kadar
sekuriti yang tinggi
Site
yang kecil hingga sederhana

* Panjang maksimum berbeza
dengan cara pemasangan. Dan juga semakin maju teknologi,
panjang maksimum akan bertambah.



LOCAL
AREA NETWORK

PEER TO PEER 
dan CLIENT SERVER NETWORKING
















Posted Image Mari kita
lihat perbezaan antara peer to peer networking dan
Client Server networking.

Peer to peer networking melibatkan dua atau lebih PC
untuk berkongsi resources bersama. Resources yang
dimaksudkan di sini adalah seperti hard disk,CDROM,
printer , file dan sebagainya. Dengan menggunakan cara
ini, semua user dalam network tersebut boleh berkongsi
resources tersebut bersama contohnya user A boleh
menggunakan CDROM drive user B, atau user B boleh
berkongsi files di PC user A .

Contoh paling mudah untuk membina peer to peer
networking adalah dengan menggunakan sambungan cross-over
cable
antara dua PC.Sebuah cable UTP diperlukan
untuk membuat sambungan tersebut dan kedua-dua buah PC
juga perlu mempunyai Ethernet Card (network interface
card).



Untuk peer to peer networking yang lebih besar,
hub/switch boleh digunakan supaya lebih banyak
PC/printer dan peralatan komputer lain boleh
disambungkan bersama.



Setelah semua sambungan hardware dibuat, network
operating system seperti

Windows 9x,Windows for Workgroup,Artisoft LANtastic, dan
NetWare Lite dan semua variasi UNIX dan Linux.
Posted Image  Secara
amnya peer to peer network ini amat mudah untuk di
mantain dan tidak mungkin tidak memerlukan seorang
system administrator.

Ianya juga adalah cara mudah, murah dan sesuai untuk
dipasang dan di mantain bagi sebuah network kecil yang
mungkin terdiri daripada beberapa buah PC dan printer
sahaja seperti di sebuah office kecil dan rumah..

 






ETHERNET












Posted Image

Gambarajah awal Ethernet
Ethernet
boleh dikatakan sebagai LAN (Local Area
Network) teknologi yang paling popular
jika hendak dibandingkan dengan
teknologi lain seperti Token Ring dan
FDDI. Ethernet menjadi pilihan kerana
teknologinya boleh dikatakan mudah dan
murah untuk dibina dan di
"troubleshoot". Orang yang
paling popular bila kita bercakap
tentang Ethernet adalah Charles E.
Spurgeon  dan dia menulis buku
Ethernet: The Definitive Guide keluaran
O'Reilly.


Ethernet
menggunakan konsep Carrier Sense
Multiple Access with Collision Detection
(CSMA/CD) protokol refer standard IEEE
802.3.

Konsep CSMA/CD adalah pengurusan bagi
penghantaran frame oleh komputer/device
secara serentak.

Semua komputer boleh menghantar frame
pada bila2 masa tetapi akan cuba melihat
dahulu jika ada komputer lain menghantar
frame, ia akan menunggu untuk seketika
(random time) dan menghantar semula
apabila berlaku kekosongan. Secara
teknikalnya apabila komputer A contohnya
cuba menghantar packet ia akan melihat
dahulu jika ada kehadiran signal digital
pada wayar (kabel UTP cthnya) tersebut.
Jika clear (tiada signal )maka
penghantaran packet akan diteruskan dan
jika ada signal (line digunakan) maka
signal jam akan dihantar supaya komputer
A berhenti menghantar packet tersebut.
Jika  cubaan hantar sebanyak 15
kali berlaku (collision) dan line masih
busy, time out akan berlaku dan packet
perlu dihantar semula.

Ethernet menggunakan sambungan twisted
pair (1OBaseT etc) dan coaxial (10Base2
etc.). Half Duplex Ethernet menggunakan
satu wayar dan Full Duplex menggunakan
2 wayar .


Posted Image




Pilihan
Medium


Ethernet menyediakan pilihan medium
penghantaran yang berbeza dari segi
kelajuan dari 1Mbps sehinggalah
1000Mbps.

Medium tersebut adalah tersenarai
dibawah :-

























Thick
coaxial cable
dipanggil
baseband,thicknet atau 10Base5.
(500MHz)
Thin
coaxial cable
dipanggil
thinnet (50MHz)
Kabel
Kategori 3- Cat 3
10BaseT(16
MHz)
Kabel
Kategori 5 - Cat 5
10BaseT,100BaseT
(Fast Ethernet)-100MHz
Fiber
optik
1000BaseT
atau Gigabit Ethernet. -tidak
terhad.

 
Nota: Kabel Cat 4 twisted pair hanya
digunakan untuk 16Mbps bagi rangkaian
Token Ring. Dan jika dilihat penggunaan
Cat 5 memudahkan bagi kita untuk
rancangan upgrade akan datang jika
network kemudiannya diupgrade dari
10Mbps kepada 100Mbps atau Fast
Ethernet.



Satu lagi yang perlu diberi perhatian
adalah penggunaan full duplex pada NIC.
Jika NIC anda menyokong penggunaan full
duplex maka bolehlah anda gunakan tetapi
perlu dibuat kepada kedua-dua belah
pihak jia tidak sambungan tersebut akan
menghasilkan banyak error.Perhatian
perlu diberi iaitu full duplex hanya
boleh digunakan pada sambungan kepada
switch  dan router sahaja. Hub
tidak boleh menggunakan full duplex.



http://www.worldzone.../ethernet01.gif

Lihat gambarajah diatas. Pemilihan
Gigabit Ethernet sebagai  sambungan
backbone dari router, dan server
menggunakan Fast Ethernet adalah
berdasarkan beban yang dibawa oleh
mereka.




 






#2 Guest_linmac99_*

  • Tetamu

Posted 02 July 2001 - 05:00 PM

bagus nie, tapi ko takde website ke yg ade benda2 diatas nie ?

#3 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 02 July 2001 - 07:59 PM

Ada kat aminur.net dengan rangkaian.net :smile:

#4 wira

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 251 posts
  • Gender:Male
  • Location:Ganu
  • Kepakaran:all-rounders
  • Freelance:Tidak

Posted 01 December 2001 - 11:18 PM

Tumpang bertanya:
Kalau crossover tu, berapa max lenght dia? 100m jugak ke?

#5 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 02 December 2001 - 05:51 AM

Limit untuk UTP cabling adalah 100m. Saya rasa cross cable follow the same rule.. should be OK TAPI khabarnya some NIC tak boleh operate at certain length untuk cross cable ..dia ada limit.

#6 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 02 December 2001 - 05:56 AM

Share sikit masalah cross cable dari bincang.net yang saya jawab.

Soalan
QUOTE
Crosscable Connection Sape Tau?  
Assalamualaikum ....  


cara nak buat crosscable tu ramai lah orang tau ... aku pun kira boleh la nak buat plan plan .... tapi yang aku nak tanya dan kemukakan ni lain sikit ....  

semalam aku ade jumpa sorang ni ... melayu ... malaysian top programmer ... kalau tanya jabatan kerajaan kebanyakan kenal brother ni ... handal programming ... tak terhingga handalnya ... networking problem banyak dia bleh selesaikan ... dia kata  
"crosscable ada yang 10base dan ada yang 100base "  



memang ade ke ?? iskk kalau memang ada tolong la sape tau ajo aku dan kawan kawan yang blom tau lagi cara nak susun wayar tu kat sini ...


JAWAPAN:-
Begini rasanya mungkin dia terkeliru dengan jenis cable. Untuk pengetahuan jenis cable UTP ni ada bermacam jenis dari Category 1 sehinggalah Category 5 yang biasa kita gunakan(selalunya ada label kat kabel ).

Ikut EIA/TIA beginilah adanya :-
Cat 1=no performance criteria.
Cat 2=Rated sehingga 1MHz (pakai untuk wiring telefon)
Cat 3=Rated to 16MHz (Ethernet 10BaseT)
Cat 4=Rated to 20MHz (Token Ring dan 10BaseT)
Cat 5=Rated up to 100MHz) (100BaseT -FastEthernet dan 10BaseT Ethernet)

So masa zaman dulu kebanyakan cabling pakai Cat3 yang tak boleh capai 100Mbs cuma boleh 10Mbs jek. Sekarang kebanyakan delivery orang dah pakai Cat5 so boleh simpan untuk future upgrade apabila network kita dah guna FastEthernet.

Speed tu rasanya standard bergantung kepada NIC dan switch/hub yang kita gunakan.
Kalau switch/NIC kita pakai 100Mbs tapi cabling kita pakai Cat3 maka rasanya dapatlah sambungan 10Mbs.
Jenis wiring rasanya standard boleh ikut mana di atas tu kot. Hanya 4 wayar digunakan untuk signalling tapi semua wayar perlu disambungkan.

Kalau betul teori kawan tu rasanya kau boleh buat test sendiri gunakan ftp cek file transfer speed antara dua PC cross connect.
Gunakan NIC dan PC yang mempunyai spec yang sama. Kadang2 diff spec with lower CPU mempengaruhi speed capaian sambungan.Kalau betul teori dia boleh kita kongsi bersama

PART 2
Saya kurang pasti kenapa tapi rasanya beberapa kali saya jumpa dalam documentation tentang perkara ini.
Contohnya cuba rujuk :-
http://www.makeitsimple.com/how-to/dyi_crossover.htm



quote:
--------------------------------------------------------------------------------

*Note: Even though pins 4,5,7, and 8 are not used, it is mandatory that they be present in the cable

--------------------------------------------------------------------------------



dan juga
http://www.linksys.com/faqs/default.asp?fqid=20

quote:
--------------------------------------------------------------------------------

Only wires 1, 2, 3, and 6 are used by Ethernet networks for communication. Although only four wires are used, if the cable has 8 wires, all the wires have to be connected in both jacks.

--------------------------------------------------------------------------------


Saya kurang pasti sebabnya tapi kalau ada masa saya akan cari sebabnya.


Pasal Cat6 pulak rasanya teknologinya masih baru lagi dah harga pulak tak setimpal. Selalu orang pakai Cat5e (enhanced) dan ia juga support Gigabit Ethernet.

Bezanya rujuk bawah :-

quote:
--------------------------------------------------------------------------------
Cat6 is better cable, and it?s true the TIA/EIA spec has not been finalized yet, however, Cat6 is more expensive and comes with a lot of vendor hype. In reality, Cat6 won?t buy much for you. The electrical characteristics are better for increasing signal strength while reducing noise within the cable. However, the advantage for this may never be realized within the scope of today?s applications. The best cable you can buy for the money is Cat5e. Here are the differences:

The different categories defined by the TIA/EIA depict the amount of attenuated signal loss versus the internal noise (crosstalk) between the twisted pairs of the cable. This is known as ACR (Attenuation to Crosstalk Ratio). Adjustments to these variables are done by thickening the actual copper and by varying the twist ratios of each pair. Cat6 uses 23AWG copper as opposed to 24AWG used in Cat5e, therefore the signal attenuates less with speed and distance. Cat6 also uses tighter twist ratios that cut down on internal crosstalk. The theory is that if your signal is stronger and there is less noise you can achieve greater ACR and therefore push more data through your cable.

While this is true, keep in mind what your objectives are here. GE was already designed for and works great over Cat5e. By the time you need to provide bandwidth above GE, you will probably be considering fiber to the desktop.

One other issue against Cat6, is that since there is such a difference between the loosest and tightest pairs, the skew delay (difference in the time it takes the signal from the loosest pair and the tightest pair to reach it?s destination) can cause some applications, such as Ethernet to time out. Cat5e doesn?t have this problem because the skew delay is typically 20ns, while Cat6 is typically 38ns. 38ns is right on the border of the ethernet spec of (40ns) before timeout. With Cat6 your longer cable runs may timeout.
--------------------------------------------------------------------------------
Teori aku dia takde kena mengena dengan protokol, sebab ethernet dok kat physical layer yang mendefinisikan kesemua signalling dan electrical standards.
Kalau ada protocol lain sure dok layer lebih atas dari layer fizikal ini. Unless kita pakai standard lain seperti token ring dan sebagainya barulah ada perubahan pada pin dan wayar yang digunakan.

Bila kita bercakap tentang standard banyak faktor diambil kira seperti dalam kes ni adalah dari segi elektrikal. Rasanya jika kita tak pakai wayar2 lain maka akan menambahkan crosstalk antara wayar yang digunakan. 2 wayar sebagai transmit 2 wayar receive kalau dok dekat2 akan menyebabkan crosstalk (OK tapi ada limitnya) dan cable2 yang tak berguna ni digunakan sebagai shield untuk mengurangkan crosstalk.

Lagi satu mungkin faktor "future use" manalah tau the next technology nak pakai 5 pair pulak.

Boleh jumpa disini :-
http://bincang.net/forum/showthread.php?s=...20&pagenumber=1

#7 Guest_bo_tucks_*

  • Tetamu

Posted 22 May 2003 - 10:15 AM

aku masa kat u dulu tak de pun blajaq benda ni...yg aku blajaq pun camana paket data dihantar dan protokol yg terlibat...boring gila blajaq sebab tak nampak pu penggunaan benda tuh...

kalo blajaq macam ni kan best...nampak gak kepentingan dia..sebab kita selalu guna

tq..... smile.gif2

#8 budakit

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,282 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kg.Geliga - Segambut - Tlk.Pulai - Kg.Darat - Puchong Jaya - Kg.Bkt Naga
  • Interests:c@r!k d$!t
  • Kepakaran:Assemble PSU ... hehe
  • Freelance:Tidak

Posted 22 May 2003 - 05:11 PM

pergh...abg rizal bukak kelas network lee..belajar coax cable dan bagai2 lagi

#9 mystique_nw

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 269 posts
  • Gender:Female
  • Location:Miri
  • Interests:Web Design n Development, Entrepreneurship, Database Stuffs, Blogging, Travelling, Kayaking
  • Kepakaran:Oracle PL/SQL, Pro*C .. Soon BW, SAP
  • Freelance:Tidak

Posted 22 May 2003 - 05:15 PM

huhu..
saja nyelit
::apa kata..kalau ittutor buat kelas hardware n network kat alam realiti...

::huhu syok gaks klu buat camtu pasal boleh praktik terus..klu silap ada cikgu nak betulkan.pastu bleh la jumpa ittutorian yg lain biggrin.gif

#10 Guest_melayu4ever_*

  • Tetamu

Posted 22 May 2003 - 05:19 PM

ohmy.gif ai mak ... banyak betul kene bace .... pening pale smile.gif5

#11 minhaj

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,047 posts
  • Location:kinta valley

Posted 23 May 2003 - 10:40 AM

caya la bro rizal.....

info yg cukup baik......
moga warga ITTutor lain yg master network dapat bantu lengkapkan lagi ilmu dalam ruangan ni....

#12 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 23 May 2003 - 11:05 AM

Lama dah posting ni gambar pun dah hilang. smile.gif

#13 Guest_Nur Fathin Ilyana_*

  • Tetamu

Posted 27 May 2003 - 12:14 PM

gambar tak nampak la..bro rizal...

#14 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 27 May 2003 - 12:21 PM

alemak... betul la Fathin... gambar broken link plak dah... kalau dah ok nanti aku printout... buat dokumen... :idea:

#15 Guest_bo_tucks_*

  • Tetamu

Posted 27 May 2003 - 02:20 PM

aku tak nampak la gambaq dia

#16 Guest_MelaNi3_C_*

  • Tetamu

Posted 27 May 2003 - 04:29 PM

byk sgt nak kena baca...kan senang ada kelas cam biasa mesti best...pastuh leh try control network ke kan ke best... :mrgreen:

#17 Guest_jakob79_*

  • Tetamu

Posted 27 May 2003 - 05:52 PM

gambar dah takde.. tapi mmg informative.. tengkiu

#18 Guest_amsforce79_*

  • Tetamu

Posted 28 May 2003 - 05:39 PM

mane gambar, rugi tu... kalu ada dalam word dokumen ke, pdf ke, orait jugak tu... smile.gif2

#19 Guest_Nur Fathin Ilyana_*

  • Tetamu

Posted 29 May 2003 - 08:54 AM

karang gambar dah ok..kalu yg belum nampak gambar..copy dlm word doc..pastu...paste aje...nampakla....

tq
bro rizal

#20 Guest_am99_*

  • Tetamu

Posted 03 July 2003 - 10:02 AM

mcm mana nak tgk gambaq tu...??

#21 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 03 July 2003 - 10:26 AM

Cuba masuk dalam Projek Dokumentasi saya dah pindahkan ke sana.

#22 Guest_alia_liyana_*

  • Tetamu

Posted 03 July 2003 - 10:51 AM

macamana tu brorizal...tak tahu nak wat camana ..projek Dokumentasi tu dok kat maner ni?

#23 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 03 July 2003 - 11:22 AM

Adus..
pi la Forum Projek Dokumentasi tu
http://www.ittutor.net/phpBB2/viewtopic.php?t=9117

aiseh.. :oops:

#24 Guest_void2020_*

  • Tetamu

Posted 03 July 2003 - 11:27 AM

tak bestlah macam ni...tak der gambor :cry:

#25 giganet

    Korporal

  • Ahli
  • 97 posts
  • Location:Cyberarea

Posted 03 July 2003 - 02:41 PM

rasanya info yg ada dah cukup..tu utk kita belajar psl network....psl gmabar tu aku ingat korang try2 la carik ssendiri..at least dah nampak gambaran psl....network.....

#26 Guest_alia_liyana_*

  • Tetamu

Posted 03 July 2003 - 03:08 PM

aBG rIZAL...
QUOTE
pi la Forum Projek Dokumentasi tu  
http://www.ittutor.net/phpBB2/viewtopic.php?t=9117  


dah dapat tengok ngan gambar2 dia skali hehehe
thanX... :wink:

#27 Guest_LANZ_*

  • Tetamu

Posted 15 July 2003 - 08:32 PM

wahhhhh......tima kasih bebanyak ler brother rizal.....den mmg kelaparan untuk dpt stuff cam nie....nak cari kat kedai buku pun ponin....tapi awat gambag dia tak nampak.....kalau tak keberatan bole tak pos balik gan gambaq dia sekali....kalau tak keberatan lah!!! :mrgreen:

#28 Guest_LANZ_*

  • Tetamu

Posted 15 July 2003 - 08:36 PM

anyway...den dah dapat dah yang kat http://www.ittutor.net/phpBB2/viewtopic.php?t=9117...
sungguh berbesar hati rasanya....tima kacih lagi sekali bro rizal...
:mrgreen:





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users