ITTutor.net: Kerjaya Sebagai Guru - ITTutor.net

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Kerjaya Sebagai Guru Rate Topic: -----

#1 Guest_Md Sha_*

  • Group: Tetamu

Posted 16 December 2003 - 09:22 AM

Assalammu'alaikum,

Nie saja nak tau, sebab kawan saya nak taulah. Apa kelayakan nak masuk maktab perguruan. Maksud saya dari segi umur dgn apa2 kelayakan lah.
Satu lagi, kalau dah ada diploma, boleh tak memohon ambik Sarjana Muda Pendidikan kat mana2 IPTA, tapi diploma tu bukan dlm bidang pendidikan.
Last sekali, boleh tak memohon masuk Maktab sekiranya dah ada diploma, kira ambik diploma perguruan baliklah. Ini sebab kat Maktab dah takde KPLD dah.
Thanx
0

#2 User is offline   Aiza Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 717
  • Joined: 26-December 02
  • Gender:Female
  • Location:Old Klang Road,KL
  • Interests:Surfing
  • Kepakaran:Provision CE & PE guna DOARDO
  • Freelance:Tidak

Posted 16 December 2003 - 09:32 AM

boleh....

soalan pertama::
apa2 pun dia org akan tgk spm atau dip kita ada,psl umur ni rasanyer x lebih dari 32 tahun kot...

soalan ke dua::
kwn awak tu boleh apply kat UPSI,UKM,UTM,UPM.....
boleh jugak klu diploma bukan dari edu. boleh samb. kat degree course edu..
kwn saya dari diploma sains komputer pastu further degree dalam ijazah sarjana muda pendidikan matematik.....sorang lagi dari dip. perhutanan upm masuk sarjana muda pendidikan statistik...ok je....

soalan ketiga::
skrg ni kpld dah x de.....selalunyer budak degree ke dia org bg apply utk kpli..itu saya x sure lah

sori klu info saya ni ada silap sket.... biggrin.gif
0

#3 Guest_Md Sha_*

  • Group: Tetamu

Posted 16 December 2003 - 09:58 AM

Thanx aiza. Bila lah aku dapat jadi leftenan tu, jauh lagi kot. heheheh, derma sket peluru tu untuk aku beli avatar...heheh laugh.gif
0

#4 Guest_Md Sha_*

  • Group: Tetamu

Posted 16 December 2003 - 10:06 AM

Aiza, nak tanya lagi, senang ke nak masuk atau apply. Sebab member aku nie pointer dia ada kureng sketlah. Takut tak lepas jer. Rugi jer bila apply sebab kena bayar. Boleh ke merayu kalau tak dpt.
0

#5 User is offline   Aiza Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 717
  • Joined: 26-December 02
  • Gender:Female
  • Location:Old Klang Road,KL
  • Interests:Surfing
  • Kepakaran:Provision CE & PE guna DOARDO
  • Freelance:Tidak

Posted 16 December 2003 - 10:15 AM

kalau nak apply kpli tu.....tgk nasib lah....
klu dari diploma nak pi ke degree education
peluang tu nampak cerah jugak.....
pasal edu. ni x kisah gak bukan 3.0...
kenkawan saya sume below 3.00
try je lah.....
saya ni pun dari degree it tetiba termasuk ke master edu (it) :cry:
ni pun tgh sibuk mintak tukar masuk course pure it....
doakan saya dpt tukar.... :wink:
0

#6 Guest_sazreena_*

  • Group: Tetamu

Posted 16 December 2003 - 05:21 PM

insyaallah... awak blh dpt nyer.. aiza.. kiter doakan tongue.gif
0

#7 User is offline   Mohd Zamri Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 639
  • Joined: 16-September 03
  • Location:Seremban
  • Interests:Surfing...................................

Posted 16 December 2003 - 05:55 PM

sazreena, nih sazreena saribudin ke? biggrin.gif
0

#8 Guest_Md Sha_*

  • Group: Tetamu

Posted 16 December 2003 - 06:58 PM

Ewah aiza, dah ada org doakan dah, so saya pun doakan sekali biar lagi banyak berkat dan hidayah. Smile. Anyway, nak tanya sket, awak ambik Master Edu in Management ker? Kat mana awak ambik master tu. Saya skrg nie tutor,ingat nak ambik education gak, tapi dean aku suruh plak buat project utk master aku, utk University dia kata.
Pening kepala
0

#9 Guest_ichak_*

  • Group: Tetamu

Posted 17 December 2003 - 12:28 PM

uik...ko ke yg ari tu amik SSPP?terus dpt jd tutor ke?uhuhuh...besnye...terus dpt amik master?uhuhuh...diaorg sponsor ke?uhuhuh...
0

#10 User is offline   Aiza Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 717
  • Joined: 26-December 02
  • Gender:Female
  • Location:Old Klang Road,KL
  • Interests:Surfing
  • Kepakaran:Provision CE & PE guna DOARDO
  • Freelance:Tidak

Posted 17 December 2003 - 01:21 PM

QUOTE
Ewah aiza, dah ada org doakan dah, so saya pun doakan sekali biar lagi banyak berkat dan hidayah. Smile. Anyway, nak tanya sket, awak ambik Master Edu in Management ker? Kat mana awak ambik master tu. Saya skrg nie tutor,ingat nak ambik education gak, tapi dean aku suruh plak buat project utk master aku, utk University dia kata.
Pening kepala


insya-allah smile.gif
master education (IT)
nak tukau pi Master in IT (MIS) 8)
kat ukm...
byk prosedur nak tukau ni...
org malaysia ni mmg lah suka amalkan birokrasi :?
kena pi sana kena pi sini
klu kat oversea senang je nak tukau...
tension oooooo sad.gif
0

#11 User is offline   Mohd Zamri Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 639
  • Joined: 16-September 03
  • Location:Seremban
  • Interests:Surfing...................................

Posted 17 December 2003 - 01:51 PM

baguslah Aiza, buat master, aku pon tgh nak nyiapkan tesis nih..keje belambak...sakit pala skang nih..x de nak tolong ker? biggrin.gif
0

#12 User is offline   Aiza Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 717
  • Joined: 26-December 02
  • Gender:Female
  • Location:Old Klang Road,KL
  • Interests:Surfing
  • Kepakaran:Provision CE & PE guna DOARDO
  • Freelance:Tidak

Posted 17 December 2003 - 03:15 PM

QUOTE
..x de nak tolong ker? biggrin.gif


klu ada duit sket, upah le sesaper buat keje tu...hehehehe
0

#13 Guest_Md Sha_*

  • Group: Tetamu

Posted 17 December 2003 - 08:06 PM

Oo, macam tu plak aiza. Kira ko baru ambik atau dah lama dah start master nie. Aku ingat nak buat gak master dlm edu tapi ada aral sket lah. Aku minat kat education tapi org suruh lain pulak since dorang tengok bakat yg ada pada saya. Tapi saya takut tak terbuat, tu jer. Macam mana aiza, apa advise you.

Untuk ichak plak, a'a, dorang offer aku jadi full time tutor and sambung master sekali. Kira bertuahlah aku sebab bakat dan kesungguhan aku gak. Apa2 kerja pun kalau ada bakat dan kesungguhan, Insya Allah, dorang akan terima dgn tapak tangan yg terbuka luas.

Selamat Berjaya to ALL...Thanx
0

#14 Guest_ichak_*

  • Group: Tetamu

Posted 18 December 2003 - 10:30 AM

wah...besnye ko...congrats...smile.gif
0

#15 Guest_Md Sha_*

  • Group: Tetamu

Posted 18 December 2003 - 10:33 AM

Thanx ichak. So, apalah tugas ko kat sana dorang bagi. ko kat U mana kena posting ari tu. smile.gif
0

#16 User is offline   Aiza Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 717
  • Joined: 26-December 02
  • Gender:Female
  • Location:Old Klang Road,KL
  • Interests:Surfing
  • Kepakaran:Provision CE & PE guna DOARDO
  • Freelance:Tidak

Posted 18 December 2003 - 11:32 AM

QUOTE
Oo, macam tu plak aiza. Kira ko baru ambik atau dah lama dah start master nie. Aku ingat nak buat gak master dlm edu tapi ada aral sket lah. Aku minat kat education tapi org suruh lain pulak since dorang tengok bakat yg ada pada saya. Tapi saya takut tak terbuat, tu jer. Macam mana aiza, apa advise you.


aiza baru first sem...dinasihatkan agar tukar sbb berlainan masa buat degree dgn dip. dulu...tension ni...byk prosedur

nak amik master in education ni sekurang2nyer ko kena ada tahu hal sekolah2, tahu isu2 skrg seperti muet,komsas (komponen sastera),sains dan math dalam b.i,sekolah bestari,sekolah wawasan,sekolah asrama harian,jadual anjal,kpli,pengurusan kepengetuaan dll lagi pasal sekolah, pastu pasal falsafah pendidikan negara,falsafah pendidikan kebangsaan dll......

klu amik master in IT ni lain dari education IT...sbb education IT ni hanya belajar bagaimana kaedah penyelidikan dan pengajaran dengan penggunaan IT..misalnya macam mana kita nak buat TV pendidikan, radio pendidikan,bahan media pendidikan

klu master IT ni mcm biasalah ....ada programming jugak....

klu rasa minat pada dunia pendidikan ni, boleh amik M.Edu...
nnt boleh jadi lecturer maktab,klu nak jd lect. maktab kena ada pengalaman 5 tahun...baru boleh....

mmm...klu aiza silap informasi bagitau ye.... biggrin.gif

Md Shah tutor kat UMS ke...???
0

#17 Guest_peacegirl_*

  • Group: Tetamu

Posted 18 December 2003 - 01:26 PM

Dulu aku x pernah terfikir nak jadi cikgu...Bila member aku amik borang maktab aku buat x tau je...skang ni lepas abis diploma aku ingat nak sambung degree in edu....aku pun x tau kenapa...tp kalo nak sambung kat IPTA dia terima x student yg amik Dip kat KPM (Kolej Proff MARA).
0

#18 User is offline   Aiza Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 717
  • Joined: 26-December 02
  • Gender:Female
  • Location:Old Klang Road,KL
  • Interests:Surfing
  • Kepakaran:Provision CE & PE guna DOARDO
  • Freelance:Tidak

Posted 18 December 2003 - 02:22 PM

QUOTE
Dulu aku x pernah terfikir nak jadi cikgu...Bila member aku amik borang maktab aku buat x tau je...skang ni lepas abis diploma aku ingat nak sambung degree in edu....aku pun x tau kenapa...tp kalo nak sambung kat IPTA dia terima x student yg amik Dip kat KPM (Kolej Proff MARA).


try je....mintak...
yg penting kolej tu iktiraf LAN
0

#19 Guest_peacegirl_*

  • Group: Tetamu

Posted 18 December 2003 - 03:11 PM

Masalahnya kolej aku kat kuantan ni x diiktiraf lagi.....Camne yerk...
0

#20 User is offline   Aiza Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 717
  • Joined: 26-December 02
  • Gender:Female
  • Location:Old Klang Road,KL
  • Interests:Surfing
  • Kepakaran:Provision CE & PE guna DOARDO
  • Freelance:Tidak

Posted 18 December 2003 - 04:54 PM

QUOTE
Masalahnya kolej aku kat kuantan ni x diiktiraf lagi.....Camne yerk...


mcm ni ler
ko survery dulu
tmpt mana ko nak study
pastu ko email/tanya dia org
ko ni mcm nak apply......
0

#21 Guest_Md Sha_*

  • Group: Tetamu

Posted 18 December 2003 - 08:33 PM

A'a memang aku tutor kat sana(tapi diam2 jelahh), tapi sedih pasal tak dpt apply jawatan lecturer kat UMS tu, tak cukup kelayakan. Adik saya plak yg boleh apply sebab dia abis Master end of March tahun depan...huhuhu :oops: :oops: .
Aiza, kalau nak ambik Master edu IT, kat mana ada offer. Ingat nak buat tu jerlahhh, still kena submit project title ker kalau nak ambik Master Edu IT tu, atau just register.
Untuk peacegirl, ko try jumpa Consultant Education kat IPTA yg ko nak masuk atau ko jumpa bahagian hal ehwal akademik, dorang yg dpt tentukan. Atau ko jumpa jer terus dean atau asst dean, minta reccomendation, tapi kena bersungguh-sungguhlah nak sambung belajar tu. Nanti dia nampak sambil lewa sure reject tau.

heheheh, cuba dulu, aku dulu pun diploma dari Kolej yg tak iktiraf tapi kena terima gak.....
0

#22 User is offline   Aiza Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 717
  • Joined: 26-December 02
  • Gender:Female
  • Location:Old Klang Road,KL
  • Interests:Surfing
  • Kepakaran:Provision CE & PE guna DOARDO
  • Freelance:Tidak

Posted 19 December 2003 - 08:51 AM

QUOTE
A'a memang aku tutor kat sana(tapi diam2 jelahh), tapi sedih pasal tak dpt apply jawatan lecturer kat UMS tu, tak cukup kelayakan. Adik saya plak yg boleh apply sebab dia abis Master end of March tahun depan...huhuhu :oops:  :oops: .
Aiza, kalau nak ambik Master edu IT, kat mana ada offer. Ingat nak buat tu jerlahhh, still kena submit project title ker kalau nak ambik Master Edu IT tu, atau just register.  
Untuk peacegirl, ko try jumpa Consultant Education kat IPTA yg ko nak masuk atau ko jumpa bahagian hal ehwal akademik, dorang yg dpt tentukan. Atau ko jumpa jer terus dean atau asst dean, minta reccomendation, tapi kena bersungguh-sungguhlah nak sambung belajar tu. Nanti dia nampak sambil lewa sure reject tau.

heheheh, cuba dulu, aku dulu pun diploma dari Kolej yg tak iktiraf tapi kena terima gak.....


hehehehe....
aku dah agak dah.....
kat ukm,utm ada course tu....
klu ko nak info lebih sket
pi ler kat ni www.ukm.my
under fakulti pendidikan
dulu aku apply pakei download je
borang kat internet......
aku ada senior jd tutor kat ums
tapi kos sains sosial la....
x tau ler klu ko kenal....
0

#23 Guest_Md Sha_*

  • Group: Tetamu

Posted 19 December 2003 - 10:00 AM

hehehe, mcm mana ko boleh agak yer. Anyway, boleh ke aku yg dari Degree IT from MMU apply ambik Master Edu IT kat UKM tu. Bila permohonan ambik pelajar dia kuar. Aku memang teringin nak buat master edu it nie, sebab banyak sangat project membina utk sekolah2 dlm fikiran aku nie....ehehhehe , nak cari makan, boleh tender gan kerajaan...ehhehe.
Pasal member ko tu, maybe aku tak kenallah, sebab aku kat SKTM tak sama building, building sains sosial jauh dari tempat aku, and satu lagi aku dok terperap kat SKTM jer...hehehe.
Course kat UKM and UTM tu full or part time?
0

#24 User is offline   Aiza Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 717
  • Joined: 26-December 02
  • Gender:Female
  • Location:Old Klang Road,KL
  • Interests:Surfing
  • Kepakaran:Provision CE & PE guna DOARDO
  • Freelance:Tidak

Posted 19 December 2003 - 10:50 AM

bile ko ni kan tanya aku psl ukm ni
aku rasa aku sebijik macam staff ukm ....
mcm ni... laugh.gif

kat ukm tu
mmg ada full time/part time....
under pusat pengajian siswazah...

*klu under pusat kembangan lain pulak
ada yg kos part time ada yg full time
8)
0

#25 Guest_sazreena_*

  • Group: Tetamu

Posted 22 December 2003 - 10:42 AM

maner tahu kiter sazreena saribudin? hairan! tah2 ni En mohd zamri awalluddin ....yer tak?
0

#26 User is offline   Mr Gunn Icon

  • Leftenan Muda
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 640
  • Joined: 22-August 05
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 15 May 2006 - 02:18 PM

Pendekatan baru untuk guru dalam bidang ICT

QUOTE
Tonjol guru kuasai ICT
Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pihak swasta termasuk Kumpulan Utusan diminta mengenal pasti pengetua serta guru yang mempunyai kelebihan di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk diketengahkan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya penonjolan kebolehan pengetua dan guru terbabit mampu memajukan lagi ICT dalam bidang pendidikan negara.

Beliau berkata, langkah tersebut sekali gus dapat menangkis pandangan serong pihak tertentu yang sering memandang rendah keupayaan golongan pendidik di negara ini di dalam bidang berkenaan.

``Pihak swasta seperti Celcom dan Utusan (Kumpulan Utusan) yang sentiasa berurusan dengan guru-guru, saya juga telah minta untuk mengenal pasti mereka yang memang mempunyai kelebihan dalam ICT.

``Pihak kementerian mahu kumpulan ini menjadi pemangkin kepada guru lain di samping membuktikan yang kita masih mempunyai pakar-pakar tempatan untuk menerokai bidang ICT sedia ada,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Kecemerlangan Pendidikan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Zulkurnain Awang.

Kumpulan Utusan sebelum ini telah mengadakan pelbagai bentuk kerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk memberi kemudahan pembelajaran kepada para pelajar.

Antaranya ialah terbitan sisipan A Kelas dan Tutor serta kemudahan laman web pendidikan www.tutor.com.my.

Sementara itu Hishammuddin berkata, keputusan pihaknya mewujudkan sebuah badan bebas bagi memantau penggunaan ICT di sekolah-sekolah seperti yang diumumkan Februari lalu adalah untuk mengelakkan pembaziran.

Beliau berkata, berdasarkan tugas utama badan itu sebagai juruaudit, mereka akan memastikan peruntukan bagi projek ICT di sekolah digunakan mengikut keperluan semasa.

``Badan ini akan memberi laporan terus kepada saya. Melalui laporan ini saya akan mendapat gambaran mengenai idea yang perlu dilaksanakan bagi memastikan projek ICT ini benar-benar memberi faedah kepada semua pelajar.

``Kita mahu mengelakkan sebarang pembaziran berlaku memandangkan peruntukan yang diterima adalah terhad. Oleh itu perbelanjaan perlu dilakukan secara lebih terurus,'' ujarnya.

Dalam pada itu beliau berkata, syarikat yang bakal diberi tanggungjawab mengendalikan tugas itu telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

``Selepas ini laporan yang dikemukakan itu juga akan dijadikan panduan kepada kita bagi memastikan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), RMK-10 dan RMK-11 di dalam bidang pendidikan mencapai matlamat,'' ujarnya.
Sumber Utusan Malaysia

0

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

1 User(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users