Jump to content


- - - - -

Format untuk mengiklankan Jawatan Kosong


  • This topic is locked This topic is locked
No replies to this topic

#1 tHeRiDdLeR

    Pegawai Waran 2

  • Ahli Professional
  • 408 posts
  • Gender:Male
  • Location:Sri Serdang
  • Interests:Bertukar fikiran tentang IT

Posted 29 January 2004 - 10:14 PM

Assalammu'alaikum ....

Disini saya ingin memaklumkan kepada semua rakan rakan ITTUTOR disini. Sesiapa yang ingin mengiklankan jawatan kosong hendaklah memberikan maklumat seperti berikut :-

1. Nama Jawatan
2. Nama Syarikat
3. Keterangan Jawatan/Tugasan
4. Kelayakan
5. Cara Memohon
5. Tarikh Tutup Jawatan Tersebut
6. Alamat atau email syarikat yang boleh dihubungi.
7. Nama pegawai yang boleh dihubungi, no talipon.
8. Lain lain maklumat sekiranya membantu.

Dibawah ini saya sertakan contoh :-

QUOTE
PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT  
(1 kekosongan - Graduan yang baru menamatkan pengajian digalakkan memohon)  

Tugasan:  

Menyelenggara dan membangunkan Sistem Maklumat Kolej (KIT).  
Memprogram, mengubahsuai dan menguji KIT mengikut keperluan Kolej Yayasan Melaka (Kolej).  
Membantu pengguna (kakitangan Kolej) menggunakan sistem yang baru dibangunkan.  
NOTA: Jawatan ini memerlukan tugasan sesekali pada hujung minggu, kerja selepas waktu pejabat.  

Kelayakan:  

Ijazah di dalam bidang Sains Komputer dari IPTA atau mana-mana universiti yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia.  
Berpengetahuan dalam MsAccess, VB, SQL, ASP, PHP.  
Berminat untuk mempelajari dan mencuba sesuatu teknologi yang baru.  
Berfikiran terbuka kepada sebarang perubahan dari masa ke semasa.  
Bekerjasama sebagai satu pasukan.  
Keperluan kakitangan: Segera.  

Tarikh tutup terima permohonan: 29-Feb-2004  

Cara memohon:  
Dokumen-dokumen yang diperlukan:  

Satu (1) salinan ijazah.  

Satu (1) salinan keputusan peperiksaan setiap semester sewaktu di IPT.  

Satu (1) salinan keputusan peperiksaan SPM.  

Sekeping gambar berukuran passport.  

Resume  

Hantarkan kepada:  
En. Musiri Yusof  
Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran  
Kolej Yayasan Melaka  
No. 1, Jalan Bukit Sebukor  
75150 Melaka  

Tuliskan Pegawai Sistem Maklumat di bahagian atas kiri sampul.  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:  
Unit Sistem Maklumat Kolej  
Jabatan Perkhidmatan Teknologi Maklumat  
Tel: 2817732 samb.: 211


Disini juga saya ingin mengingatkan jika maklumat jawatan yang diperolehi melalui apa apa jua sumber spt email, kawan2 dll ... kalau boleh hendaklah disertakan maklumat spt diatas. Ini adalah untuk memudahkan kepada sesiapa saja yang berminat dengan jawatan tersebut. Sebarang penambahan maklumat kepada jawatan yg diiklankan amatlah digalakan.

Jika jawatan yg diiklankan menimbulkan keraguan/masalah saya akan lupuskan topik berkenaan. Kerjasama anda amatlah dihargai.

Sekian Terima Kasih.





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users