Jump to content


Teknik Belajar Berkesan


26 replies to this topic

#1 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 17 April 2002 - 04:06 AM

Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji pelajaran mereka.
Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan.

1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.
2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.
3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.
4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.
5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari
yang sama.
6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.
7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.


Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :

1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar.
2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.
3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.
4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.
Bahan ini diterjemah dari :-
Learning Skill Center
The University of Texas at Austin
(Study Tips)

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/tips_kb/tekn...knikbelajar.htm



_________________
Menakluki Dunia Melalui Pembacaan

[ Mesej ini Mesej telah diubah oleh: alhakimie pada 2002-04-16 17:39 ]

#2 gunx

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 901 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kg Senggora, Maran, Phg
  • Interests:Membaca buku WROX PRESS

Posted 17 April 2002 - 04:44 AM


7. Elakkan belajar di tempat yang boleh
menyebabkan rasa mengantuk


..
Saya ada baca satu buku (buku teknikal), dia habaq, kalau nak jadi ulat buku, baca lah atas katil.

Teknik saya dulu, ialah conteng buku nota saya dgn lukisan warna warni. Lukis awan , motor, pastu warnakan.

Jadi, bila saya lupa satu˛ point, saya ingat lukisan yg saya lukis dgn muka surat point itu berada. Boleh tahan hasilnya. Cuba laa..

*note:
Ni utk peringkat SPM sahaja. Peringkat universiti, saya dah tak buat, pasal tangan dok atas keyboard jekk. :smile:

#3 Guest_AyobKelubi_*

  • Tetamu

Posted 17 April 2002 - 05:05 AM

assalamualaikum..

aku tertarik ngan cara gunxpdc tuh...tapi utk spm ler..ummm tapi kurang setuju ngan menganggap tv dan radio tu tak membantu...kerana aku selalu buat masa sekolah dulu...radio kena ader tepi..kalau tak..jammed otak aku..tapi skang nie..teknik study aku...kecoh sket tajuk dia...dimana aku membaca ..aku akan gerakkan tangan aku...lepas tuh..tarik osmet aku..soh dia sgr aper aku nak ckpkan... :grin: ....okay ker cara nie?.. mekasih!

#4 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 17 April 2002 - 05:54 AM

TEKNIK BELAJAR BERKESAN

Pengenalan

Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan.

Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

Teknik Belajar 5R-STUV

1.Recopy [salin semula]
2.Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3.Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4.Recheck [semak semula]
5.Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]


1.s-sumarize [ringkaskan nota penting]
2.t-test your self [uji diri anda]
3.u-use [gunakan]
4. V-visualize [bayangkan selalu]


Teknik Belajar Secara Pembayangan

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik pembayangan perlu penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baik suasana ialah yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.

Sebagai contoh kita ambil suasan berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap> Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, raja, sifir, graf dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalakan ini setiap malam. soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula ddari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mula dari sekarang.

Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang
Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)


MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH



Lain-lain masa yang perlu diurus.

Masa ditelipon-pendekan perbualan
Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
Masa mendengar radio(kurangkan masa)
Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)
Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

Teknik Belajar PV3R

Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
Sumarize (ringkaskan)
Test your self (uji diri anda)
Use (gunakan)
Visualize (bayangkan)


7 Cara Cemerlangkan Otak

Positive mental attitude & positive physical action.
Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain./


Amalan peningkatan daya ingatan

Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).

#5 Guest_ezan_*

  • Tetamu

Posted 17 April 2002 - 06:18 AM

1. dan juga jgn amalkan makan daging dlm minggu peperiksaan, melembabkan otak...ilmu dr tok guru saya.
mkn kismis bebanyak...

2. setiap pembelajaran dimulai dan diakhiri dgn doa.

3. cara saya, setiap soalan yg memerlukan penghafalan dan pemahaman, saya akan buat soalan sendiri dgn perkataan sendiri...

cara dgn tampal notes kat dinding atau kat mana˛ la spt. yg dinyatakan oleh saudara alhakimie pon berkesan...

4. Banyakkan solat˛ sunat..

5. Masuk xm hall dgn kaki kanan dan baca..
"rabbi yaasir wala tuatsir ya karim"...

6. Kalau lupa time tgh jwb xm paper, baca ayat seribu dinar tak pon berselawat...

7. lagi satu jgn byk gelak sgt....kluaq balik arr ilmu tu...

______________________________________________

wallahua'lam...

#6 mAnKuAnTaN

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,474 posts
  • Gender:Male
  • Location:KeY ELL
  • Interests:komputer dan internet
  • Kepakaran:digital gedget
  • Freelance:Ya

Posted 17 April 2002 - 07:41 AM

alhakimie: hehehehe caa ulasan ayat tuh macam pakar motivasi jek... hehehhee.. TQ sbb dpt konsi ilmu yang berguna macam tuh...

Dalam pengalaman aku pulak, nak senang study pulak macam ni (kira stail aku lar)... Tak banyak step dia, ada 3 jerk...

1. Masa nak masuk kelas kena prepare ngan subjek tuh, tak de la terkejut otak nanti... refer notes yang akan kita belajar, walau tak paham pun, kita belasah je la baca sket2, kalau dah faham kira baguslar...

2. Next... Masa cikgu/lacturer ajar tuh, kena amik perhatian betul2... Baru la terlintas balik dengan apa yg kita baca tadik, kira masuk habis la nih... hehehhe...

3. Ulangkaji la sket2... selepas 24 jam pengetahuan kita akan menurun jadik 20% je kalau kita tak refesh balik... hehehhee.. jangan bila nak time exam je baru sibuk membaca...

Itu je 3 petua yang berguna buat aku... sehingga menjadikan aku sebagaimana diriku pada hari ini... cewah...

#7 Guest_efaizalh_*

  • Tetamu

Posted 18 April 2002 - 08:07 AM

aku teringat petua dulu-dulu.... '

nak lekas pandai.. ambil buku... rendam.. past tuh minum... tapi zaman skang nih... ambil cd... rendam.. past tuh minum...

kalau note korang dalam pc/laptop.. pun kena rendam jugak.. past tuh minum... surely gerenti pandai..

ha ha haahhaha

#8 mAnKuAnTaN

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,474 posts
  • Gender:Male
  • Location:KeY ELL
  • Interests:komputer dan internet
  • Kepakaran:digital gedget
  • Freelance:Ya

Posted 18 April 2002 - 12:45 PM

efaizalh: hhehehe betul tuh, aku sokong cara tuh... sebelum dapat ilum dari laptop, cd, dikset, desktop, buku tuh semua, aku ingat kalau korang ikut ilmu nih, dah sure korang akan dapat penampo dari mak/bapak korang dulu... hehhehehee.... nih petua lama2 lar, org dah tak guna dah... skrg ni org dah masuk zaman siber dah... semua main internet jek... :grin:

#9 gunx

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 901 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kg Senggora, Maran, Phg
  • Interests:Membaca buku WROX PRESS

Posted 18 April 2002 - 09:02 PM

Saya teringat cerita The Matrixs.
Boleh download ilmu ke otak. :smile:

#10 bayam

    Staf Sarjan

  • Ahli Professional
  • 174 posts
  • Location:Jemapoh ke Manchestee`

Posted 19 April 2002 - 12:47 AM

cara aku dulu,

aku berikan ganjaran kpd diri aku. cthnya masa study, katakan aku set 1 jam. pastu dah sampai tu aku buat la apa yg aku suka sbg ganjaran kpd apa yg dah aku buat tadi, cthnya dengar lagu, main game , tengok tv etc.

cara ni berkesan la kat aku.

AWAS: kadang2 ganjaran tu melebihi apa yg aku usahakan.. kekeke study 1 jam, main game 3 jam

#11 Guest_aramiss_*

  • Tetamu

Posted 19 April 2002 - 01:01 AM

cam cara aku study lak... selalukan buat practical dari teori... lagi senang nak ingat... past tu kalau keluar ngan kengkawan... bincangkan pasal topik berkaitan... eg.. uml.. network design... mintak pendapat... atau citerkan pasal apa yang kita belajar kat kengkawan... (share ilmu tu) insyallah.. lagi berkat.. and lagi senang nak ingat.. banyakkan main group game sesama kengkawan yang tak perlu concentrate sangat... bleh bincang bab2 kerja ker or study... cam main snooker.. hhehehehe and last but not least,... biasakan beli buku or magazine yang ada citer pasal hal2 yang kita belajar (atau kerja) eg... CHIP & pc world..
etc... and biler surf tu selalukan bukak site2 yang berinformasi walaupun tak baca semua... cam site ittutor ker, elitehackerz ke...
well makin lama nanti mesti makin banyak ilmu yang kita dapat..
to me knowledge bukan hanya kita timba at cetain2 time... lagi elok kalau kita buat it part of our routine in our life...(aperdaaaa... aku cakap nie... cam merapu lak )
adious
adious

#12 mAnKuAnTaN

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,474 posts
  • Gender:Male
  • Location:KeY ELL
  • Interests:komputer dan internet
  • Kepakaran:digital gedget
  • Freelance:Ya

Posted 19 April 2002 - 08:56 AM

hehehhee... semua ada teknik study yang tersendiri... boleh buat kajian ni... aku raser la, bentuk dan cara kita study untuk sesuatu perkara tu perlu ada cara2 nye yang tersendiri... ini semua bergantung kepada ciri2 seseorang juga... so... kita kena pandai la memilih cara study yang sesuai untuk subjek/perkara yang sesuai... macam tu ke??? ada setuju???

#13 tena_79

    Pegawai Waran 1

  • Ahli Professional
  • 397 posts
  • Gender:Not Telling
  • Location:Malaysia
  • Interests:Animes...
  • Kepakaran:Semuanya average jer ;)
  • Freelance:Ya

Posted 19 April 2002 - 02:57 AM

Kalau tena plak,time study tak kira waktu,bila dah rajin tu study je keje,bila time malas tu mcm2 yg dibuat,tgk cd ker..tapi time exam kena buat jadual la nak set masa buat keje aper bab masa tu la assignment dtg berlambak.lecturer ni pun satu,sepatutnya minggu exam dipenuhi dgn study,tapi kitorg terpaksa dipenuhi dgn buat assignment dan projek.lagi satu,dulu time study boleh dgr radio,sekarang takleh dah,takleh tumpu perhatian bila dgr muzik,so study senyap sunyi jela..

#14 ladybird_she

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 213 posts
  • Location:kEy eLL
  • Interests:reading, surfing

Posted 21 April 2002 - 03:50 AM

a'kum...
hmm....kite plak...study ikut mood....kalo rase ade mood...tak kirela....bebila...katner...bleh study...kenkdg 2-3 tak sentuh buku pasal tade mood tapi kenkdg 2-3 ari khusyuk tatap buku...lelagi kalo study bende yg kite minat...pasal kite takleh nak pakse otak kite timer input kalo die tanak...ye tak..? hheehe....
pastuh style kite...kalo melibatkan kira˛...kene dengo muzik/radio...baru semangat sket nak wat keje...tapi kalo melibatkan pembacaan yg memerlukan pemahaman atau hapal....takleh kene kaco...kene tumpukan perhatian kat bende yg kite bace... :wink:

#15 Guest_bangjeff_*

  • Tetamu

Posted 03 May 2002 - 02:16 PM

aku banyak belajar dan masih ingat sesangat mengenai beberapa cara belajar @membaca yg berkesan daripada guru2 dan kengkawan lama dulu tuu..

1) Prof. Syed Naguib al-Attas pernah berkata bahawa buku2 yg hendak dibaca itu mestilah buku2 yg memberi ilmu kepada kita. Apa yg dimaksudkan dgn ilmu itu ialah buku2 yg boleh memandu kita ke arah yg menjadikan kita lebih bertakwa kepada Allah S.W.T.. Oleh itu tatkala hendak membaca buku hendaklah dengan tertibnya juga. Misalnya kita mestilah ambik air sembahyang terlebih dahulu, baca Selawat ke atas Nabi dsb., baru lah berkat apa yg kita baca tuu...

Tupasal Prof. Naguib cakap, kita takleh baca buku masa dok termenung dalam 'post office' tuu.. takleh masuk dalam paler semer tuu.. dan tupasal gaks kita dapat tengok mat saleh dan minah saleh hikers tuu.. keje dia membacaaa jerk.. tak kira tempat dan waktu.. sbb takder apa yg boleh menambahkan ilmu kepada dia orang, kerana buku2 yg dibaca tuu memang tak dapat bagi ilmu kepada mereka...hmmm~~

#16 Guest_bangjeff_*

  • Tetamu

Posted 03 May 2002 - 02:22 PM

(sambungan..)

2) Seorang kawan aku tuu.. kalau dia sedang membaca apa2 laa.. (katakan surat khabar pun) tolong laa jangan ganggu dia, panggil nama pon kena marah bebb..lahaii~~

Dia cakap.."ingat aku nak buang masa ker dengan surat khabar nie.."; " kamu tak nampak ker aku sedang membaca nihh..?" pufff~~ punya laa concentrate dia.. skang dia kat Straits Times atau DBP kalau tak silap..dah lama tak jumpa .. rindu gak kat kawan aku yg sorang nie..

#17 Guest_bangjeff_*

  • Tetamu

Posted 03 May 2002 - 02:31 PM

(sambungan..)

3) ada orang sewaktu sedang membaca ditaruknya satu benda yg boleh menjadi pendorong kepadanya di depannya, misalnya gambar. ada yg taruk gambar ibu atau bapanya, gambar famili dia, ataupon macam korang nie taruk laa gambar awek/pakwer kerr.. pastu selalu ingat dan cakap dalam hati.."keranamu laa aku baca buku nie.. dan kejayaanku akan menjadi kebanggaanmu.." ataupon.. " keranamu ayah yg telah bersusah payah.. aku akan tetap berjaya dalam pelajaran ini.. aku akan balas juga segala pengorbananmu selama ini.."

#18 Guest_bangjeff_*

  • Tetamu

Posted 03 May 2002 - 02:33 PM

(sambungan..)

3) ada orang sewaktu sedang membaca ditaruknya satu benda yg boleh menjadi pendorong kepadanya di depannya, misalnya gambar. ada yg taruk gambar ibu atau bapanya, gambar famili dia, ataupon macam korang nie taruk laa gambar awek/pakwer kerr.. pastu selalu ingat dan cakap dalam hati.."keranamu laa aku baca buku nie.. dan kejayaanku akan menjadi kebanggaanmu.." ataupon.. " keranamu ayah yg telah bersusah payah.. aku akan tetap berjaya dalam pelajaran ini.. aku akan balas juga segala pengorbananmu selama ini.."

4) ada orang membaca buku berlawan dgn jam, yg diletak di depannya.. seolah2nya dia sentiasa dihambat oleh jam itu.. dan sentiasa ada targetnya untuk memintas satu2 tempoh masa yg telah ditetapkannya sendiri..

#19 lelaki@melayu.terakhir

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,856 posts
  • Location:cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 03 May 2002 - 03:11 PM

bangjeff,
byknya posting...ehehe laugh.gif

cara aku belajar plak, more on result oriented (betul ke ni?)
kalau belajar utk ilmu, tak boleh cara ni. tapi kalau utk dptkan markah yg ok..boleh sgt... laugh.gif

Kalau kat U dulu, aku tumpukan pd markah˛ sampingan ni. Cthnya, pop quiz la..ujian itu la ujian inila. Paperwork pulak, kalau boleh buat yg terbaik (kalau bolehla). Sbbnya, markah˛ camnila yg byk membantu untuk kita menghadapi final exam.

Selalunya dulu, sebelum final exam, aku listkan setiap subjek yg aku buat bersama carry˛marks nye. Lepas tu buat statistik utk setiap paper.
Cthnya berapa Markah yg kita perlu kutip time final exam utk dptkan certain˛ Grade. Kadang˛ ada jugak yg paper yg aku kena score 120% kat paper Final utk dpatkan A..ahaha....so kalau camtu, target mana yg mampu jela kan.

Kalau rasa ada sesetengah paper tu yg carrymarks nya dah kukuh utk dptkan grade bagus, So, pandai˛la manage masa study kita pd paper˛ yg agak˛ yg hampir melingkup tu..smile.gif

Apa˛ pun yg pentingnya...kita kena set target kita utk setiap paper. Itu sebagai pendorongnya. smile.gif

Yg paling last sekali, bila dlm dewan exam. Yg ni aku rasa korang tak payahla ikut..ehehe. Aku dulu bila dah jawab paper final tu, aku akan kira balik markah˛ yg aku konfiden bulih dpt. Semak punya semak, lepas tu bandingkan dgn statistik yg kita dah buat tadi. Rasa˛ tak cukup makan lagi target kita, pulun lagi selagi boleh (kalau ada masala nak pulun). Kalau aku rasa dah cukup˛&konfiden...apa lagi, aku kluarla dr dewan exam walaupun masa utk jawab ada lagi... laugh.gif

Dan kesimpulannya, aku bolehla agak˛ berapa pointer yg aku bulih dpt utk sesuatu semester tu....hehehe. Selalunya perangkaan aku tak lari jauh....sipi˛ je.

Tu semua aku buat utk jadikan pendorong je. Lagi satu, utk plan kita punya study. Kadang˛ kita terlalu tumpu kat sesuatu paper sampai abaikan paper lain. Tu yg kadang˛ result nampak tak seimbang. Ada yg ok sgt..ada yg hacus...eheheh

#20 Guest_redswing_*

  • Tetamu

Posted 03 May 2002 - 03:50 PM

salamz,
nak blajar ni berkait ngan waktu yang sesuai gak. kawan saya penah bagi tau, kalau nak study sebaik2nya adalah diantara 1/3 malam. yakni dalam jam 3 pagi kot. waktu pagi begini memang sedap membaca mahupun menghafal. tenang dan tenteram. seelok-eloknya tidur awal lepas tu bangkit sembahyang tahajud. baru teruskan dengan mentelaah.
mengikut kata seorang utz, ada juga dinyatakan dalam AlQuran berkenaan 1/3 malam. jadi kalau nak lebih kepastian. lebih baik ditanya lagi. tapi itulah yang saya nak kongsi bersama. ini kerana pengalaman saya mengamal cara demikian memang memberangsangkan. nampak kemajuan dan ketenangan dalam diri.

hmmm... :)26 tak salah mencuba.

#21 Guest_rosli33_*

  • Tetamu

Posted 03 May 2002 - 04:08 PM

aku lagi best...harap kan org sebelah jer

#22 minhaj

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,047 posts
  • Location:kinta valley

Posted 03 May 2002 - 04:32 PM

hmmmmm....setuju rasenyer ngan bro LMT...

sama la ....
saya pun buat camtu.....
konsentrasi dalam kelas diutamakan...takyah la nak sembang2...keluar kuliah kang sembang la.....
pastu skor yang carrymarks nyer work.....
pastu sedia kan target nak skor baper final.....
pastu markah target yang perlu diskor tu saya tulih kat tepi subjek yang berkenaan dalam slip masuk dewan peksa.....
biler dalam dewan...sebelum kuar dan hantar kertas jawapan....cek balik semua jawapan dan kira anggaran markah yang boleh dapat...
bandingkan ngan markah pada slip masuk dewan tu....
kalau rase tak cukup....try lagi jawab yang maner leh ....
tak leh sangat baru hantar....
balik umah sewa ke, hostel ke, kire balik total markah yang dijangka leh dapat untuk subjek tu....
target gred.....
hari last sebelum balik kampung....
total semua sekali...letak pointer target...tulih kat senarai semak graduan...(student UiTM ader la kertas ni, U lain tak tau la)....
pastu dapat result sebenar...tulih kat bawah result yang target tadi...tau la pencapaian kiter dan target kite kena ke tak....
jadikan pengajaran dan pengalaman....kalau teruk...usaha lagi ngan gigih...
kalau ok....tingkatkan lagi sampai dah tak larat nak skor....

tu je la pengalaman saya dulu....

#23 Guest_nurul_*

  • Tetamu

Posted 04 May 2002 - 12:03 AM

cara nurul ada lebih kurang sama cal lmt. org kata tak bagus, tapi tak taulaa.. dah terbiasa lak buat camtu. suka nak kira markah yg boleh score masa final, then totalkan ngan carrymarks utk dapatkan gred anggaran. tapi selalunya tak berapa betul, sipi2pun jarang mengena sebabnya kekadang tu terover confident menjawab, tapi markah jadik teruk. bila tak confident, markahnya elok lak. tapi skang ni nurul masih praktikkan cara tu.. hehehe...

#24 hafnie

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 817 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Interests:Linux FreeBSD Centos Ubuntu.
  • Kepakaran:Linux FreeBSD HP-UX Sun Solaris
  • Freelance:Ya

Posted 04 May 2002 - 12:27 AM

Assalamualaikum,

Bagi Haris yang dah tua ni, baru ini ikut untuk mendalami PC. Maklumlah
kerja banyak dan pelbagai maka pertua yang Haris amalkan.

(1) Tumpu sepenuhnya dalam kelas. Cuba fahamkan apa yang sedang
diajar dan dibincang. Ada yang tidak faham perlu ditanya waktu itu.

(2) Selepas habis kelas, sebelum balik, ambil masa untuk borak dengan
yang lain, tanya apa yang telah dipelajari tadi.

Bagi kami yang sudah ada kerja dan sibuk dengan tugasan, ini cara
yang sesuai untuk belajar dan tidak rasa tertekan.

Wassalam.

: )

#25 Guest_baru_blajo_*

  • Tetamu

Posted 07 May 2002 - 08:47 AM

ehe suker aku tengok forum nie. 1st time nampak dak mlayu
semangat giler tuk blajo.

setengah org blajo tuk markah.. setengah tuk aweq, letak gambo dlm buku.. ehehe stengah tuk mak bapak.. pergh.. respek! aku nie masalah skit. aku blajo for fun. mmg nie la sumber motivasi yg tak penah luput bagi aku. tuk setiap ilmu, aku cuber jadikkan cam game, baru fun. biler eppi blajo, grade ikut blakang.

slalu org citer, tumpu perhatian masa lecture, tapik camner?

1. tau objektif blajo ari tu. kalo masuk kelas kalkulus, tanya diri sendrik, per aku nak blajo ari nie? improper integral? infinite series? per sebenarnyer?

2. tuko tajuk / objektif kepada soklan2. nie tuk elak minda drpd ZZzzz.z.z.
kat dlm kuliah. eehe cam aku masa matriks dulu. master bab tido kelas.
contoh kalo topik cisco spanning tree. buat la soklan
a. per tu spanning tree?
b. naper nak guna?
c. camner nak guna ye?
- biler guna? per yg perlu tau tuk guna? naper perlu?
- langkah2 tuk guna?
- naper ikut langkah nie? ader shorcut ke?
d. ader masalah tak pasal spanning tree nie? cara selesai?

3. buat summary
camner nak buat summary? carik idea paling asas. tunjuk kaitan antara idea nie.. cuber 'paraphrase'.. maksudnyer terang guna bahser simple.
misalnyer..

the interconnection of neurons provides countless emergence of ideas. the output of each neuron can potentially be the input of many other neurons and vice versa.

cara mudah?
neuron kait satu sama lain -> idea+++
kaitan yg camner? output satu neuron -> input 'banyak' neuron

4. tul kata setengah org, tiap ilmu tu ader teknik blajo sesuai. kalo nak blajo math, kena guna verbal protocol analysis. kalo bab biologi, guna system thinking. ehe mmg sumer ni

idup ittutor.net

#26 Guest_hueynwa_*

  • Tetamu

Posted 20 June 2002 - 10:36 AM

laugh.gif emmm...
bahagia rasanya dengar orang punya cara study. tp. saya study ikut mood...
segala petua yang tertulis dah dicuba.. tp. menjadinya tidak.melainkan betul2 ada mood & concentrate..
dulu saya belajar malam.after 12 mlm. terus x tidur sampai subuh. kira solat sekali...
itu cara yang paling berkesan setakat ni..lagi pun ada geng.
kalo kelas pagi...minum kopi ...x ngantuk sangat...
balik tidur...prepare untuk study mlm lak...
sekarang x buat dah...tp akan buat nanti...
bila concentrate memang 24 hours ingat apa yang kita belajar..memang best kalo cam tu...

conclusion...suka hatilah asalkan bahagia... 8)

#27 Guest_baru_blajo_*

  • Tetamu

Posted 20 June 2002 - 10:55 AM

aku sokong. asal bahgia!! ehehe biggrin.gif





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users