Jump to content


Projek percubaan e-buku di 100 sekolah


2 replies to this topic

#1 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 19 April 2002 - 12:55 AM

Langkah Kementerian Pendidikan (KP) untuk melaksanakan projek percubaan penggunaan buku elektronik (e-buku) di 100 sekolah menengah dan rendah di seluruh negara awal tahun ini amat dihargai.

Sekurang-kurangnya KP amat peka dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan bagaimana ianya dapat membantu pelajar dan guru di negara ini menggunakan dengan maksimum ICT sebaga alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad dilaporkan berkata dalam akhbar harian utama negara baru-baru ini, projek berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama sektor swasta akan dapat meningkatkan keberkesanan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah dalam jangka masa panjang.

"Ia juga sejajar dengan perkembangan pesat era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sedang berkembang dengan pesat," katanya.

e-buku adalah alat elektronik berkomputer yang boleh memasukkan hampir 300 naskah buku di dalamnya. Sebarang buku boleh dimasukkan ke dalamnya dan pelajar tidak lagi perlu membawa buku teks ke sekolah, sebaliknya memadai dengan hanya membawa e-buku.

Ia juga boleh bertindak sebagai komputer dan disambungkan ke Internet manakala harganya lebih murah daripada komputer biasa.

e-buku berfungsi sebagai komputer laptop tetapi bersaiz buku latihan dengan berat kira-kira 1.1 kilogram dan mampu beroperasi selama lapan jam. Antara aplikasi yang ada ialah pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar, laman sembang, mel- elektronik, permainan dan Internet.


Syarikat One Ed Dot Com antara syarikat yang sedang menguji pelaksanaan e-buku di negara ini membabitkan pelaburan sebanyak RM40 juta.

One Ed Dot Com mendapat hak eksklusif pelaksanaan projek e-buku bagi menyediakan kandungan buku teks dalam bentuk digital, gerbang pendidikan, kemudahan sekolah elektronik dan telekomunikasi serta sistem sokongan.

Projek perintis membabitkan 4,000 pelajar tingkatan empat aliran sastera dan 650 guru daripada 50 sekolah di sepuluh negeri menerima e-buku untuk fasa pertama Mei lalu.

Pelajar dan guru terbabit akan menerima latihan selama empat hari mengenai kaedah penggunaan dan pembelajaran menerusi e-buku.

Projek e-buku dijangka akan dapat membantu usaha mengurangkan jurang digital antara masyarakat bandar dan desa selain membuka peluang kepada lepasan sekolah menyertai pembentukan generasi berteraskan pengetahuan dalam menghadapi cabaran ekonomi berlandaskan ilmu (k-ekonomi).

Fasa pertama bermula Mei hingga Oktober ini membabitkan pelajar dari Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Pelaksanaan e-buku adalah sebagai pelengkap pembelajaran sekarang dan tidak harus dilihat sebagai menggantikan fungsi buku teks sepenuhnya.

Presiden Persatuan Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dr Awang Had Salleh berkata, langkah pelaksanaan e-buku adalah langkah yang baik untuk membantu meringankan beban beg sekolah pelajar.

"Bagaimanapun ia akan mengambil masa dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk melihat keberkesanannnya," katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Tengku Habsah Tengku Petra, berkata pendedahan secukupnya kepada guru amat perlu bagi mengelakkan projek itu daripada menjadi hangat-hangat tahi ayam.

"Kemungkinan ramai pelajar tidak mampu memiliki e-buku kerana faktor kos tetapi ia boleh diselesaikan jika menjadikan pemilikan e-buku menggunakan pusat sumber dan giliran," katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Hon Choon Kim dilaporkan berkata, Kementerian juga sedang meneliti beberapa aspek perundangan terutamanya hak cipta penerbitan buku teks terbabit dalam bentuk digital.

#2 sawi

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 816 posts
  • Gender:Male
  • Location:Middle-earth
  • Interests:Duduk depan komputer
  • Kepakaran:Troubleshooting hw/sw
  • Freelance:Ya

Posted 19 April 2002 - 01:51 AM

satu perkembangan yg agak baik.
dgn kewujudan e-book ini mungkin dapat mengurangkan masalah buku teks yang berat... tertinggal buku... dan macam macam lagi la...

tapi, mungkin pulak timbul masalah, aiseyy cikgu.. saya lupa charge bateri la malam tadi... e-book saya low battery... eheheh...

alamak cikgu.. e-book saya kena curi laa...

tapi... apa pun yg kita buat mesti ada kelemahan atau kelebihannya

#3 gunx

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 901 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kg Senggora, Maran, Phg
  • Interests:Membaca buku WROX PRESS

Posted 19 April 2002 - 02:22 AM

Pengalaman saya baca e-book. Sakit mata la baca ikut PC ttp memang kos efektif.
Tak payah beratē pikul.

Dlm kes di atas, guru kena mula dulu saya rasa. Tunjukkan kat murid kaedah terbaru ini.

Paradigma kene adjust sikit, kalau guru muda saya rasa senang nak adjust ttp saya tak tahu yg senior.

Kerajaan perkenalkan hanya pada tahap atas kertas sahaja. Orang yg laksana kena arif bebenor macam mana nak buat.

Kawan saya ada yg jadi guru. Dia pening pasal jadual pengajaran agak padat di samping dapat kerja yg bukan skop. Cikgu ni bukan setakat ngajar dlm kelas je. Jadi Pengerusi ni la, AJK ni la.





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users