Jump to content


Menziarahi kubur menurut ISLAM


  • You cannot reply to this topic
No replies to this topic

#1 Guest_Kerabat_*

  • Tetamu

Posted 28 August 2004 - 08:16 AM

Menziarahi Kubur Menurut Islam

Laporan oleh oleh Ustaz Syed Abdillah Aljufri

1) Hukum Menziarahi Kubur

2) Hukum Memberi Takziah

3) Hukum Membuat Dapur-Dapur Kubur

4) Tujuan Menziarahi Kubur

5) Adab Menziarahi Kubur

6) Ziarah Kubur Pada Hari Raya

1) Hukum Menziarahi Kubur

PADA zaman permulaan Islam berkembang, Nabi Muhammad saw melarang kaum
Muslimin menziarahi perkuburan. Larangan ini disebabkan kekhuatiran
terhadap timbulnya kepercayaan lama mereka kepada berhala atau sebarang
lambang
keberhalaan. Tetapi kemudiannya, Nabi saw membenarkan pula mereka
menziarahinya. Ini kerana iman dan keyakinan mereka terhadap Islam
telah mantap. Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud:

"Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi sekarang
boleh kamu menziarahinya, kerana menziarahi kubur itu boleh menimbulkan
sifat
zuhud terhadap dunia dan ingat kepada akhirat."

Kebanyakan ulama' mengambil kesimpulan daripada hadis ini bahawa hukum
menziarahi kubur adalah sunat bagi kaum lelaki dan makruh bagi kaum
perempuan.

Hukum sunat bagi kaum lelaki sudah jelas, iaitu mengingatkannya tentang
akhirat. Tetapi hukum makruh bagi kaum perempuan pula besar kemungkinan
kerana biasanya kaum perempuan lemah semangat dan terlalu beremosi.
Mereka akan merasa terlalu sedih mengingatkan orang yang mereka kasihi
telah
meninggal, lebih-lebih lagi kalau pemergiannya secara mengejut atau
terlibat dalam kemalangan d an sebagainya, maka dikhuatiri perasaan
sedih
mereka
akan membawa kepada penyesalan terhadap takdir Allah swt.

2) Hukum Memberi Takziah

Oleh kerana 'kematian' itu satu kepastian yang tidak dapat dielakkan
oleh setiap insan, setiap insan pasti mati, hanya sebabnya sahaja yang
berlainan.

Manusia harus menerima hakikat ini. Oleh sebab itu, hukum memberi
takziah kepada keluarga yang ditimpa musibah maut ini dihadkan hanya
tiga
hari
sahaja. Lebih dari itu, tidak disunatkan lagi kita memberi takziah
kerana ia hanya akan menimbulkan kesedihan sahaja.

3) Hukum Membuat Dapur-Dapur Kubur

Sebelum diperkatakan cara enziarahi kubur yang dibenarkan oleh Islam
perlu juga diketahui hukum membuat dapur-dapur kubur itu. Menurut yang
afdal
dalam Islam, kubur seseorang Muslim/Muslimah itu hendaklah ditinggikan
sejengkal dari dataran bumi dan diratakan bahagian atasnya dan
ditandakan
dengan
sesuatu tanda untuk dikenali supaya mudah diziarahi. Ini pernah
ditegaskan oleh Nabi Muhammad saw apabila Baginda ditanya mengapa
Baginda
meletakkan tanda di kubur saudara susuannya Othman Bin Maz'un. Baginda
menjawab
yang bermaksud: "supaya saya kenal kubur saudara saya."

Dari sinilah timbulnya kebiasaan meletakkan nisan. Tetapi apa yang
dilarang
dalam Islam ialah
terlalu sangat menghias kubur dengan dapur-dapur daripada batu mozek,
marmar dan sebagainya kerana ini merupakan suatu pembaziran. Adalah
lebih
baik
jika lebihan wang yang hendak digunakan untuk tujuan ini disedekahkan
kepada
fakir miskin atau melakukan amal jariah yang lainnya.

Kalau mayat itu ditanam di perkuburan wakaf adalah haram mengambil
kawasan yang tidak perlu bagi satu-satu kubur kerana ini boleh
mengurangkan
kawasan untuk ditanam mayat yang lain. Jadi untuk mengenal kubur
ibu-bapa,
suami/isteri dan kaum kerabat kita cukuplah mengawal tanah kubur jangan
sampai terpersok atau hilang atau susah diken ali, iaitu sekadar
membuatnya secara mudah dan tidak banyak menghabiskan perbelanjaan.

Walau bagaimanapun kubur yang tidak dapat dikesan lagi dan tidak dapat
diziarahi akan mendapat rahmat yang lebih daripada Allah swt.
Sebagaimana yang pernah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang
bermaksud
'Allah merahmati kubr yang tidak dikenali.'

Sehubungan dengan ini menulis ayat-ayat suci di batu-batu kubur,
bukanlah
satu suruhan Islam. Malah, ianya terlarang kerana tulisan-tulisan akan
terdedah kepada pencemar an, kerana
biasanya tulisan-tulisan ayat di paras kaki orang yang berdiri di
pinggir
kubur
itu dan kemungkinan ada pula orang duduk di pinggir batu itu, perkara
ini
adalah dilarang.

4)Tujuan Menziarahi Kubur

Seseorang yang ingin menziarahi kubur hendaklah berniat yang benar dan
ikhlas kerana Allah swt semata-mata iaitu untuk melembutkan hati,
mengingatkan akhirat dan mengenang jasa si mati atau kelebihannya di
sisi All ah. Begitu pula apabila menziarahi kubur atau makam para nabi
dan
para wali, lebih-lebih lagi makam Nabi Muhammad saw yang begitu besar
jasanya bukan sahaja kepada umat Islam malah kepada alam semesta kerana
Allah
swt sendiri telah menerangkan dengan firmanNya yang
bermaksud: 'tidak Kami utusmu melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam'.

Maka dengan niat yang baik inilah kita menziarahi perkuburan kaum
Muslimin dan permakaman para awlia, anbia dan mursalin. Apa yang
dilarang
dalam
menziarahi perkuburan ini ialah meminta sesuatu hajat kepada yang mati
itu atau memujanya seperti pemujaan terhadap berhala. Tetapi dengan
bertawassul dengan mereka yang salih itu dan meminta kepada Allah
rabbul
a'lamin
tidaklah terlarang menurut fahaman ahlissunnah wa jamaah.

5)Adab Menziarahi Kubur

Apabila kita masuk ke suatu tanah perkuburan Islam, hendaklah kita
mengucapkan salam dengan berkata: "Assalamualaikum dara qaumin
mukminin, antumussabiqun wa nahnulahiqun yaghfirullahu lanaa wa dan
kamlakum."

(Sejahtera atas kamu penghuni tempat kaum Mukminin. Kamu telah
mendahului dan kami akan menyusul kamu. Semoga Allah mengampuni kami .)

Kemudian tujuilah kubur yang hendak diziarahi itu dan berdiri atau
duduk di hadapannya dengan mengadap kepadanya (membelakang kiblat)
serta
memberi
salam kepadanya. Walaupun mayatnya sudah lama dan sudah hancur tetapi
yang penting rohnya ada dan tahu siapa yang menziarahinya. Ini diambil
dari
sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi salam
kepadaku
Allah akan mengembalikan rohku dan akan menjawab salamnya".

Kalau ini diberikan kepada Nabi Muhammad saw maka tidak mustahil
diberikan
kepada umat oleh
sebab itu disunatkan kita menziarahi kubur. Kemudian, bacakanlah
ayat-ayat Al Quran yang mudah dibaca dan minta kepada Allah disampaikan
pahala
bacaan itu kepada roh si mati. Kita juga diingatkan supaya jangan
menyesali
apa yang telah berlaku, apa lagi untuk meraung dan meratap, kerana ini
adalah haram hukumnya.

6) Ziarah Kubur Pada Hari Raya

Tidak ada sebarang dalil yang terang tentang menziarahi kubur pada pagi
Hari Raya. Ini hanya merupakan amalan kebiasaan orang-orang Islam kita
di
sini.Mungkin mereka berpendapat bahawa kerana pada hari raya kita
menziarahi
kaum kerabat dan sahabat handai kita yang hidup maka eloklah kita
menziarahi
juga yang sudah meninggal dunia.

Ziarah pada waktu khusus seperti yang berlaku pada Hari Raya boleh
menyebabkan dosa kalau kita menganggapnya sebagai satu suruhan agama
padahal tidak ada sebarang suruhan menziarahi kubur pada hari yang
tertentu.


Lebih-lebih lagi kalau penziarahan itu merupakan sebagai
satu temasya dengan sebab yang berkunjung memakai pakaian yang
berwarna-warni serta membawa bunga untuk diletakkan di atas kubur,
penjualan minuman
dan sebagainya, inilah yang dilarang oleh Nabi Muhammad saw berdasarkan
sabdanya yang bermaksud: "Jangan kamu jadikan kuburku sebagai tempat
berhari
raya".

Begitulah juga larangan ini mencakup kubur sesiapa pun. Dengan ini
jelas menziarahi kubur pada Hari Raya secara khusus itu tidak ada
sandarannya
dalam Islam.





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users