Jump to content


Semakan Tawaran bagi Permohonan Kemasukan Ke IPTA


3 replies to this topic

#1 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 09 May 2002 - 08:13 PM

http://www.jpt.uum.edu.my/

http://kpm.netmyne.com/

Tahniah kepada yang berjaya masuk ke IPTA

bagi yang gagal, anda belum gagal lagi, teruskan perjuanganmu itu...

#2 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 09 May 2002 - 08:17 PM

LEPASAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta kelayakan setaraf yang memohon memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA), boleh mengetahui keputusannya mulai hari ini.

Keputusan itu boleh disemak melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU diikuti ruang kosong sebelum memasukkan nombor kad pengenalan dan menghantar mesej itu ke talian 70123 (Celcom), 17777 (TimeCel) dan 200013 (TMTouch).

Calon juga boleh menghubungi UPUinfoLine menerusi talian 600-83-7890 atau Tele-UPU Celcom (600-85-2201 bagi lepasan STPM dan 600-85-2200 bagi lepasan SPM). Semakan menerusi Internet pula menerusi www.jpt.uum.edu.my dan www.jpt.utm.my.

http://www.emedia.com.my/Current_News/BH/T...021725/Article/

#3 Guest_toriton98_*

  • Tetamu

Posted 09 May 2002 - 09:13 PM

nie lak utk pengambilan ke politeknik :

http://www.pkksabah.edu.my/pengambilan/


8)
rgds,
toriton98.

#4 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 10 May 2002 - 02:51 PM

KUALA LUMPUR, Khamis: Seramai 32,752 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan kelayakan setaraf, termasuk 22,557 atau 68.9 peratus pelajar Bumiputera, dipilih melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pertama di 17 institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) tahun ini.

Seramai 2,690 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula ditawarkan mengikuti 42 program peringkat ijazah pertama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Prof Dr Hassan Said, berkata pemilihan pelajar lepasan STPM dan SPM untuk memasuki IPTA tahun ini dibuat berasaskan sistem merit sepenuhnya, bukan sistem kouta mengikut kaum seperti diamalkan sebelum ini.

Mengikut sistem kuota, sebanyak 55 peratus tempat di IPTA dikhususkan untuk Bumiputera manakala 45 peratus lagi bukan Bumiputera. Ini bermakna tanpa sistem kuota, pelajar Bumiputera masih mampu menyaingi pelajar bukan Bumiputera berdasarkan pencapaian akademik.

Seramai 64,328 lulusan STPM, iaitu 46,878 calon Bumiputera, 13,489 Cina dan 3,961 India memohon untuk memasuki IPTA. Daripada jumlah itu, 34,489 calon Bumiputera memenuhi kelayakan ditetapkan berbanding 10,533 (Cina) dan 2,537 (India).

Jumlah itu tidak termasuk calon yang terpilih ke Universiti Teknologi Mara yang semuanya Bumiputera serta yang dipilih memasuki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Permohonan ke UIAM dibuat terus ke universiti berkenaan.

Pada peringkat SPM pula, 111,990 calon Bumiputera memohon mengikuti program ijazah pertama di UTM berbanding 11,576 calon Cina dan 4,066 calon India.

Bagaimanapun, selepas pemilihan dibuat berdasarkan sistem merit, 86,879 calon Bumiputera didapati memenuhi kelayakan berbanding 11,009 calon Cina dan 3,388 calon India.

Di Kertih, Terengganu, wartawan Berita Harian, Zulkofli Jamaludin memetik Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai berkata: “Peningkatan itu disebabkan pelajar bukan Bumiputera tidak ramai mengambil STPM, berbanding pelajar Bumiputera."

Perdana Menteri berkata, penurunan peratus kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke IPTA hanya sementara dan jumlah itu akan meningkat pada masa depan.

Ogos tahun lalu, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan akan mengambil pendekatan radikal bagi menyelamatkan pelajar Melayu daripada belenggu gejala sosial, keruntuhan moral, keciciran dan masalah pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi.

Antara pendekatan itu termasuk mengetatkan syarat kemasukan pelajar Bumiputera ke IPTA, iaitu berdasarkan kecemerlangan (meritokrasi) dan tanpa bantuan kerajaan.

Menerusi kaedah itu, pemilihan calon memasuki IPTA tidak lagi menggunakan markah kokurikulum kecuali apabila berlaku dua atau lebih calon mendapat markah akademik yang sama.

Dr Hassan pula menjelaskan, peningkatan kemasukan pelajar Bumiputera lepasan STPM ke IPTA sebanyak 68.9 peratus tahun ini membuktikan kebimbangan kemungkinan mereka tercicir berikutan pelaksanaan pemilihan berasaskan sistem merit, adalah meleset.

“Selepas Perdana Menteri menyatakan pemilihan ke universiti dibuat berasaskan merit, usaha pelajar Bumiputera nampaknya meningkat.

“Saya telah melihat perkembangan di kolej matrikulasi dan mendapati pencapaian mereka pada semester pertama dan kedua meningkat begitu baik sekali.

“Dengan amaran supaya berdaya saing dan memberi tumpuan kepada pelajaran, saya rasa ia akan dapat menghasilkan suasana persaingan sihat antara kaum. Inilah yang kita inginkan dalam sistem kita,” katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan pemilihan pelajar ke IPTA di Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Dr Hassan pula berpendapat ramai pelajar terbaik di kalangan bukan Bumiputera memasuki institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) selepas SPM dan kurang berminat ke tingkatan enam berbanding pelajar Bumiputera yang memilih program Matrikulasi dan tingkatan enam kerana masalah kewangan.

Bagaimanapun, beliau mengakui persaingan untuk mendapatkan tempat di IPTA semakin sengit berikutan pelaksanaan sistem pemilihan berdasarkan merit, terutama bagi program ijazah pertama untuk lepasan SPM di UTM kerana bilangan tempat ditawarkan cuma 2,690.

Beliau juga berkata, kebanyakan pelajar Bumiputera yang ditawar mengikuti pengajian dalam bidang sains peringkat ijazah pertama adalah lepasan program Matrikulasi Kementerian Pendidikan manakala yang mengikuti program sastera pula lepasan STPM.

Mengenai calon yang tidak mendapat tempat di IPTA, Dr Hassan berkata, mereka masih berpeluang melanjutkan pelajaran pada peringkat tinggi menerusi institusi lain seperti IPTS.

“Tempat begitu terhad dan saingan begitu sengit untuk memasuki IPTA. Saya percaya ada (banyak) pinjaman diberi kepada pelajar yang kurang kemampuan untuk melanjutkan pelajaran di IPTS. Janganlah berputus asa.

“Selain itu, kita juga mempunyai Universiti Terbuka Malaysia yang membolehkan mereka belajar sambil bekerja. Pintu untuk mereka dalam bidang pendidikan masih terbuka,” katanya.

Dr Hassan berkata, semua calon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan terus kepada IPTA berkaitan selewat-lewatnya 20 Mei ini.

Jika tiada sebarang jawapan diterima daripada IPTA terbabit dalam tempoh sebulan selepas tarikh pendaftaran pelajar di institusi berkenaan, calon yang merayu hendaklah menganggap rayuan mereka gagal.

Sesi akademik 2002/2003 bagi IPTA akan bermula pertengahan bulan ini. UIAM adalah institusi paling awal menerima pelajar iaitu pada 16 Mei manakala yang terakhir sekali ialah Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia di Perlis pada 24 Jun.

http://www.emedia.com.my/Current_News/BH/F...231513/Article/





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users