Jump to content


- - - - -

Solat Terawih...


22 replies to this topic

#1 kopytiam

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 878 posts
  • Location:Simpang Tiga KL

Posted 27 October 2004 - 08:13 AM

walaupun bulan puasa dah masuk minggu ke2...tapi rasanya masih belum terlewat untuk aku mengemukakan rencana ini sebab tahun depan ada puasa lagi kan ?...tujuannya adalah untuk menjelaskan sebarang kekliruan yang mana...tak salah kalau kita buat 8 rakaat ker 20 rakaat ker...jadi janganlah kita berbalah antara satu sama lain berkenaan dengan sembahyang terawih ini...sebagai renungan dan panduan >
QUOTE
Sembahyang Tarawih
Ulama dulu-dulu sama ada di tanah Jawi atau di tanah Arab mengerjakan sembahayang sunat tarawikh 20 rakaat dengan sepuluh salam dan kemudian di iringi dengan sebahayang witir 3 rakaat.
Namun bergiu apa yang kita lihat sekarang ini kebanyakan di madrasah-madrasah, surau-surau malah di mesjid-masjid apabila imam selesai memberi salam pada rakaat yang ke lapan maka jadi sepi saf-saf yang tadinya dengan sepuluh saf yang tinggal hanya satu atau dua saf. Malah ada yang tinggal hanyalah tok-tok makmun sedangkan tok-tok imam entah kemana.
Yang menyedihkan lagi ada yang membidahkan sembahayang tarawih dengan 20 rakaat. Jadi insyAllah akan kami cuba bincangkan dengan secara ilmiah duduk perkara sebenar tentang masalah ini. Dengan Allah jualah kami minta tolong dengan taufik dan hidayahnya agar berhasil maksud kami.
Sembahayang Tarawih Di Zaman Rasulullah.
Berkata seorang sahabat Nabi, Abu Huraurah r.a.:
"Adalah Rasulullah s.a.w. mengemarkan sembahyang pada bulan Ramadan dengan anjuran yang tidak keras, Beliau bersabda: Barangsiapa mengerjakan sembahayang malam Ramadan dengan kepercayaan yang teguh dan kerana Alah semata, akan dihapus dosanya yang telah lalu".
(hadis riwayat imam Muslim, lihat syarah Muslim jilid 6).

Maksud sembahayang dalam hadis ini ialah sembahayang sunat tarawih kerana senbahayang fardu lima waktu termasuk anjuran yang keras, kerana sembahayang itu wajib hukumnya. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Nabi saw mengarahkan umat islam supaya memperbanyakkan sembahayang sunat dalam bulan Ramadan, dan hendaknya lebih banyak dari bulan-bulan yang lain.
Telah diriwayatkan oleh Siti Aisyah, beliau berkata:
"Bahawasanya nabi Muhammad sembahayang di masjid maka banyak orang mengikut baginda, bergitu juga malam keduanya, Nabi sembahayang dan pengikut bertambah ramai. Pada malam ketiga dan keempaat ramai orang berkumpul menunggu Nabi, tetapi nabi tidak datang ke masjid lagi. Pagi-pagi Nabi berkata: aku tahu apa yang kamu buat malam tadi, tetapi aku tidak datang ke masjid kerana aku takut sekali kalau-kalau sembahayang ini diwajibkan untuk mu".


Dalam hadis ini menerangkan bahawa Nabi saw hanya datang berjamaah hanya pada malam pertama dan kedua sahaja kerana takut-takut nanti sembahayang itu di fardukan keatas umat Islam yang tentu akan membebankan umat.
Dalam kedua-dua hadis ini tiada disebut akan jumlah rakaat Nabi mengerjakan sembahayang tarawih. Dan pada waktu sekarang ini umat Islam boleh mengerjakan sembahayang tarawih secara berjamaah berterusan kerana wahyu yang akan mewajibkan tidak akan turun lagi.
 
Tarawih Di Zaman Abu Bakar ra. Dan Umar ra.
Pada masa Saidina Abu Bakar ra. sembahayang tarawih dengan satu iman dalam satu masjid tidak dilakukan malah umat islam masa itu mengerjakan sembahayang tarawih dengan bersendirian dan juga ada yang mengerjakan dengan kumpulan-kumpulan yang kecil.
Dari Abdul Rahman bin Abdul Qarai beliau berkata:
Saya keluar bersama Saidina Umar bin Al-Khattab pada suatu malambulan Ramadhan pergi ke masjid (Madinah). Didapati dalam masjid orang-orang sembahayang tarawih bercerai-cerai, ada yang sembahayang bersendirian, ada yang sembahayang dan ada beberapa orang di belakangnya. Maka Saidina Umar ra. berkata, "Aku berpendapat akan mempersatukan orang-orang ini. Kalau disatukan dengan seorang imam sesungguhnya lebih baik, lebih serupa dengan sembahayang Rusulullah". Maka disatukan orang-orang itu sembahayang di belakang seorang imam bernama Ubai bin Ka'ab. Kemudian pada suatu malam (yang lain) kami datang lagi ke mesjid, lantas kami melihat orang-orang sembahayang berkaum-kaum di belakang seorang imam. Saidina Umar ra. berkata; "Ini adalah bid'ah yang baik".
(HR Imam Bukhari, lihat sahih Bukhari jilid 1, ms 242)

Abdul Rahman bin Abdul Qarai adalah seorang Tabi'in yang lahir ketika Nabi saw masih hidup. Beliau adalah murid Saidina Umar ra. dan wafat pada tahun 81H ketika berusia 78 tahun.
Tersebut di dalam kitab Al-Muwatta bagi Imam Malik pada mukasurat 138, juzuk 1:
"Dari Malik daru Yazid bin Ruman, ia berkata: Adalah manusia mendirikan sembahayang pada zaman Umar bin Khattabsebanyak 23 raka'at".
Nampaknya sahabat-sahabat nabi telah diperintahkan oleh Umar mengerjakan sembahayang sebanyak 23 raka'at iaitu 20 raka'at sembahayang tarawih dan 3 raka'at sembahayang witir sesudah tarawih.
Fatwa Ulama-Ulama Fekah
Ulama-ulama fekah dalam mazhab Shafie, seluruhnya memfatwakan bahawasanya rakaat sembahayang tarawikh adalah 20 rakaat, sesuai dengan fatwa Saidina Umar Al-Khattab.
Berkata Imam nawawi dalam kitab Al-Majmu syarah Al-Mahzab jilid IV mukasurat 32:
"Dalam mazahab kita tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam selain witir".


Berkata Imam Sarbini Al-Khattab di dalam Mughni Al-Mutaj, juzu 1 mukasurat 226 yang bererti:
"Dan tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam tiap-tiap bulan Ramadan, demikian hadis Baihaqi dengan sanad yang sahih, bahawasanya sahabat-sahabat Nabi mendirikan sembahayang pada masa Umar bin Khattab dalam bulan Ramadan sebanyak 20 rakaat, dan merawikan Imam malik dalam kitab Al-Muwatta sebanyak 23 rakaat tetapi Imam Baihaqi mengatakan bahawa yang tiga rakaat yang akhir ialah sembahayang witir."

Dan banyak lagi Imam-Imam dalam mazahab kita Shafie yang memfatwakan bahawa sembahayang tarawih ialah sebanyak 20 rakaan seperti Imam Ramli (lihat dalam Nihayatul Muhtaj juzu 2, mukasurat 122), Imam Jalaluddin Al-Mahli (lihat dalam Al-Mahli Muhtaj juzu 1, mukasurat 217) dan Imam Sayid Bakri Syatta (lihat dalam Ia'natut Talibin, juzu 1, mukasurat 265).
Demikianlah fatwa ulama-ulama besar dalam Mazhab Shafie iaitu mazhab yang dipakai di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia, Brunai, Singapura, Indonisia, Thailand, Burma, Filipina dll.
Dalil Mereka Yang Berkata Dengan 8 Rakaat
Namun bergitu terdapat mereka yang berkata dengan 8 rakaat sembahayang tarawih ini. Dan jika di tanya mereka ini dalilnya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Iman Bukhari dari Siti Aisyah Ummul Mu'minim:
"Tidak ada Nabi menambah pada bulan Ramadan dan bulan lainnya dari 11 rakaat... " alhadis
Dari hadis ini mereka mengambil dalil bahawa Nabi saw. hanya sembahayang 8 rakaat dan diiringi dengan 3 rakaat sembahayang witir. Mereka jua menuduh bahawa sembahayang tarawih yang dilakukan lebih daripada 8 rakaat adalah bidah.

Hujah Kami Bagi Menolak Mereka Yang Membantah
Marilah kita lihat dan tilik masalah ini secara berhati-hati dan dengan jalan untuk mencari kebenaran agar selalu mendapat keredaran dari Allah Subhanahu Taala.
Pertamanya marilah kita lihat hadis Siti Aisyah (yang dibuat dalil bagi mereka yang membantah). Perkataan Ummul Mu'minim Siti Aisyah itu diakui kebenarnanya dan hadis ini terdapat di dalam kitab Hadis Sahih Bukhari pada juzu ke 3, mukasurat 275.
Persoalannya apakah maksud sembahayang malam yang dikatakan oleh Siti Aisyah itu. Apakah jenis sembahayang yang dilakukan oleh Nabi saw. pada tiap-tiap malam yang tidak lebih dan tidak kurang daripada 11 rakaat itu.
Jika kita kata itu ialah seluruh sembahayang malam, maka itu tidak benar kerana sekurang-kurang sembahayang malam ialah 18 rakaat, iaitu 3 rakaat magrib, 2 rakaat sesudah magrib, 2 rakaat sebelum Isya 4 rakaat Isya dan dua sesudahnya, dan tahajjut paling kurang 2 rakaat dan ditambah dengan witir yang paling kurang 3 rakaat.
Kalau hendak dikatakan sembahayang tarawih pun tidak mungkin kerana di dalam hadis itu Siti Aisyah ada menyebut ".. pada bulan Ramadan dan bulan lainnya.." menjadi dalil bagi kita bahawa maksud sembahayang malam itu tidak titujukan pada sembahayang tarawih kerana sembahayang tarawih hanya dilakukan pada bulan ramadan sahaja. Maka dengan ini dalil ini tidak sesuai dibuat dalil pada sembahayang tarawih.
Jika ditakdirkan bahawa benar yang dimaksudkan oleh hadis Siti Aisyah itu sembahayang tarawih, kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan Sahabat-sahabat Nabi pada zamam Saidina Umar sepakat mengerjakan 20 rakaat?
Andai kata maksud Siti Aisyah dengan sembahayang malam itu ialah sembahayang tarawih umpamanya, maka dalil dari Siti Aisyah tidak dapat mengalahkan dalil Saidina Umar dan Sahabat-Sahabat Nabi sezamam dengan Saidina Umar yang sepakat mengatakan sembahayang tarawih itu 20 rakaat kerana menurut keadah usul fikah "Yang menetapkan ada didahulukan atas yang meniadakan". Siti Aisyah hanya seorang sahaja melihat Nabi saw. sembahayang 11 rakaat (termasuk 3 rakaat witir) sedangkan sahabat-sahabat Nab yang utama juga melihat 23 rakaat (termasuk 3 rakaat witir). Maka orang yang banyak ilmunya di dahulukan dari orang yang sedikit ilmunya. Inilah maksid keadah usul fekah ini.
Maka bergitu juga perkataan ustaz-ustaz yang mengajar di surau-surau atau di madrasah-madrasah dan masjid-masjid tidak dapat mengalahkan perkataan Ulama-ulama muktabar dalam mazhab Shafie kerana keadah ini juga dimana orang yang banyak ilmunya (seperti Ulama-ulama Shafieyah) di dahulukan dari orang yang sedikit ilmunya.
Tidakah Nabi saw. pernah bersabda bahawa sahabat-sahabat baginda seperti bintang dilangit dan barang mana yang kita ikut dari sahabat-sahabat baginda kita akan mendapat pertunjuk.
Maka kesimpulannya:
Rakaat sembahayang tarawih adalah 20 rakaat kerana sudah ijma Sahabat Nabi dan kita umat Islam diwajibkan mengikut ijma, apa lagi ijma Sahabat.


petikan dari Suluk Homepage

#2 minhaj

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,047 posts
  • Location:kinta valley

Posted 28 October 2004 - 11:03 AM

salam sahabat....

suka saya berkongsi ilmu di sini berdasarkan rujukan yg saya ada....
apa dapat saya perhatikan...dari awal petikan artikel tu...nampak begitu neutral dan tidak memberatkan mana2 pun...sama ada 8 atau 20 rakkat terawih utk dikerjakan...namun di penghujung...seolah-olah cuba membenarkan dan menjadikan satu kewajipan pula bahawa terawih itu mesti dilakukan sebanyak 20 rakaat....ini yg salah....dan ini sebenarnya yg dinamakan bid'ah....kerana cuba menetapkan sesuatu secara mutlak sedangkan sebenarnya ada kelonggaran dari segi asal usul amalan itu dilakukan....
sebab itu...saya kurang bersetuju dengan kesimpulan artikel tersebut....
kerana cuba menetapkan bahawa terawih itu bersamaan dengan 20 rakaat...dan cuba menyatakan bahawa itu adalah sunnah.....sila lihat bantahan yg sama dikemukakan dalam kitab Koleksi Hadis Hukum, Jilid 5, karangan ulama besar keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq, ulama Indonesia bernama Teungku Muhammad Hasbi.....

ada dinyatakan dalam Masalah 428 muka surat 92.....tentang isu terawih 20 dan 8 rakaat ini....

sebenarnya isu ni mudah....
dan tak perlu diberatkan...kerana Sunnah Baginda saw dah ada...kita ikut je...cadangan dari sahabat baginda Umar juga boleh diikuti...masih dalam kategori sumber rujukan kita....yg menjadi masalah adalah kerana masyarakat kita hari ini rata2 seolah-olah cuba menetapkan hukum sendiri dan berpecah belah kerana isu remeh temeh seperti ini....hanya kerana bilangan rakaat, kita mula menuduh pihak itu salah dan pihak ini betul....sedangkan Sunnah nye adalah mengerjakan terawih itu sendiri....sekurang-kurangnya 8 rakaat sepertimana yg Rasulullah saw buat....dan 20 rakaat jika mengikut Umar....

dan saya juga kurang bersetuju tentang melemahkan hadis riwayat Aisyah ra semata-mata utk memenangkan hujah sendiri....

kesimpulannye....buatlah mengikut kemampuan...buatlah mengikut sunnah dan ijmak....dan selalu beringat bahawa.....bukan kuantiti yg kita nak persembahkan pada Allah...tapi kualiti....8 rakaat yg perlahan dan khusyuk lebih baik dari 20 rakaat yg masyarakat kita buat dalam keadaan terkejar-kejar dan hampir melupakan aspek tomakninah yg merupakan rukun...

sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah...yg salah dan silap itu juga datang dari Allah ke atas diri saya sebagai takdir kepada hambaNya yang lemah....

wallahu a'lam.....

#3 juan pablo

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 522 posts
  • Gender:Male
  • Location:sEgAmAT---->jAy bEE
  • Interests:extreem sport
  • Kepakaran:huh! nope!
  • Freelance:Tidak

Posted 28 October 2004 - 11:56 AM

solat suant terawih hanya boleh dibuat selepas solat isyak, so mereka yang datang lewat setelah imam sudah solat isyak, kenalah dulu seolat isyak baru boleh solat sunat terawih. eloklah solat isyak dibuat berjemaah juga seperti solat terawih. kalu ader kawan 2-3 org tertinggal, tunggu aje iman solat terawih dan kita berniat solat isyak berjemaah bersama iman yg solat terawih tadi. (2 rakaat lagi yang tak cukup tue, ditambah la). itu lebih baik daripada kita solat isyak sorang-sorang.

but sekarang nie. kita nak buat solat terawih tue 8 atau 20? org tua kita dulu tak pernah pun tahu ada terawih 8 rakaat. kerana yang dia org faham diajar oleh tok guru diorang, terawih ialah 20 rakaat. hanya kita sekarang ini aje yang dah 'over expose' yang dah tahu ada terawih 8 rakaat.

tapi itu bukanlah isu. yang penting kita datang solat terawih, janganlah kata pula yg 8 rakaat tu tak lengkap dan yg 8 pulak jangan lah kata 20 tue tak ikut sunnah...sebab semuanye sunnah belaka. yang tak sunnah ialah yang tak buat langsung!!!!!

cuma ape yg sebagai satu cadangan, bagi yang biasa buat 8 tu, teruskan aje lagi solat sunat yang lain bersama jemaah terawih. tak salah tue. contoh nye boleh kita buat solat qada subuh ( yang banyak ditinggalkan kecik2 dulu), atau solat hajat, istikharah, taubat dan yang lain2 2 rakaat juga....(solat hajat boleh sampai 6 rakaat...)

atau pun ikut ajelah iman berjemaah sampai abis. itukan lebih baik kita isi ruang ramadhan yang mulia ini dengan amal ibadah? kalau balik rumah pun tak tentu kita boleh solat witir dan solat taubat, jika tiada kekuatan dalaman....

sekadar renungan.... wink.gif

#4 therion

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,978 posts
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 28 October 2004 - 12:22 PM

QUOTE("juan")
cuma ape yg sebagai satu cadangan, bagi yang biasa buat 8 tu, teruskan aje lagi solat sunat yang lain bersama jemaah terawih. tak salah tue. contoh nye boleh kita buat solat qada subuh ( yang banyak ditinggalkan kecik2 dulu), atau solat hajat, istikharah, taubat dan yang lain2 2 rakaat juga....(solat hajat boleh sampai 6 rakaat...)

Juan, boleh ke kita solat jemaah witir, hajat, istikharah, taubat dan yang lain-lain bersama imam yang sedang solat sunat tarawih?

kalau hal beribadat ni kita tak boleh laa ikut pandangan sendiri. Kena la ikut al-quran dan hadis. Jika mengikut sunnah, nabi dulu mengerjakan solat sunat tarawih sebanyak 8 rakaat, tapi bukanlah bermakna tarawih 20 rakaat bidaah, dan tidak la pulak tarawih 20 rakaat itu lebih baik.
Terdapat ikhtilaf dikalangan ulama mengenai bilangan rakaat didalam Solat Tarawih. Apa yang penting ialah kita lakukan solat dengan menyempurnakan rukun-rukunnya tanpa tergesa-gesa. Sebagaimana yang disebut oleh Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah :


والتراويح إن صلاها كمذهب أبي حنيفة ، والشافعي ، وأحمد : عشرين ركعة أو : كمذهب مالك ستا وثلاثين ، أو ثلاث عشرة ، أو إحدى عشرة فقد أحسن ، كما نص عليه الإمام أحمد لعدم التوقيف فيكون تكثير الركعات وتقليلها بحسب طول القيام وقصره .

"Jika seorang berSolat Tarawikh sepertimana mazhab Abu Hanifah, Al-Syafie dan Ahmad : 20 rakaat atau : sebagaimana Mazhab Malik iaitu 36 rakaat, atau 13 rakaat, atau 11 rakaat, maka itu yang terbaik, sebagaimana Imam Ahmad berkata, kerana tidak ada apa yang dinyatakan dengan bilangan, Maka lebih atau kurangnya bilangan rakaat bergantung kepada berapa panjang atau pendeknya qiamnya" - [Al-Ikhtiyaaraat ms 64]

Sedikit tambahan
Tarawih (bukan tarawikh) ialah kalimah jamak (plural) dari kata 'tarwihah'. Menurut kamus ialah duduk istirehat, maka solat tarawih ialah solat yg diselangseli dgn rehat. (alMu'jam alWasit, Dar alFikr: 1/380)
Menurut istilah agama pula, solat tarawih ialah solat sunat malam hari yg khusus dilakukan pd malam Bulan Ramadhan, dilakukan selepas solat Isya'.

Istilah solat tarawikh ini tidak ujud pd zaman Nabawi dan kalau kita kata Nabi saw tidak pernah solat tarawih pun boleh diterima (secara humor).

Solat tarawih hari ini dikenali dgn solat sunat Qiyam Ramadhan di zaman Nabawi (Imam alBukhari, alSahih, 1/342)

Istilah solat tarawih ini dikatakan berasal dari isteri baginda, Aisyah ra. HR alBaihaqee dari Aisyah raa," Nabi saw solat malam empat raka'at, kemudian yatarawwah (berihat), kemudian menyambung solat lagi (dgn lama kadarnya)." (asySyun'ani, Subulus Salam: 1/11, Darul Fikr)

WA

#5 juan pablo

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 522 posts
  • Gender:Male
  • Location:sEgAmAT---->jAy bEE
  • Interests:extreem sport
  • Kepakaran:huh! nope!
  • Freelance:Tidak

Posted 28 October 2004 - 12:36 PM

QUOTE(therion @ Oct 28 2004, 12:22 PM)
QUOTE("juan")

cuma ape yg sebagai satu cadangan, bagi yang biasa buat 8 tu, teruskan aje lagi solat sunat yang lain bersama jemaah terawih. tak salah tue. contoh nye boleh kita buat solat qada subuh ( yang banyak ditinggalkan kecik2 dulu), atau solat hajat, istikharah, taubat dan yang lain2 2 rakaat juga....(solat hajat boleh sampai 6 rakaat...)

Juan, boleh ke kita solat jemaah witir, hajat, istikharah, taubat dan yang lain-lain bersama imam yang sedang solat sunat tarawih?


sorry kalu aku timbulkan kekeliruan. ape yg aku ingin maksudkan ialah kalu kita just buat 8 rakaat aje. kita boleh gak buat solat sunat lain. mcm yg aku berikan contoh tue. bukan kita ikut iman terawih masa kita buat semua solat2 sunat tue. okey... wink.gif

#6 kopytiam

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 878 posts
  • Location:Simpang Tiga KL

Posted 28 October 2004 - 05:04 PM

smile.gif ...agree with bro minhaj...sebenarnyer menda nie bukan untuk dijadikan perbalahan lagi elok buat 22 daripada buat 8 tu sumer...tapi sekadar renungan...aku ader dengar syarahan Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang sempena kuliah subuh pada 15hb Oktober baru ni berkenaan tajuk ni lar...actually ceramah tu lar yang trigger aku untuk pk pesal menda nih...ceramah tu bleh d/l kat terengganukini.net...(p/s:tolong jangan kaitkan dengan sebarang politiking, hanya perbincangan ilmiah)...

#7 ShinChan

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 251 posts
  • Location:Shah Alam

Posted 28 October 2004 - 10:08 PM

Assalamualaikum...

nak menyampuk sikit... kat rumah saya, imam pernah berpesan... semayang terawikh ni bezanya pada niat, iaitu pada yg 20 dan yg 8. Kalau kita nak semayang 8 rakaat sahaja, rasanya usahlah diniatkan terawikh, sebaliknya cuma niatkan sahaja sebagai solat sunat.

Ini kerana, solat terawikh, yang mana dimulakan pada zaman Khalifah Umar, itulah yg baru dikatakan solat terawikh, dan solat terawikh yang dipersetujui pada masa itu adalah 20 rakaat.

Jadi, kalau tidak dilakukan 20 rakaat, maka tidaklah ia jadi solat terawikh. Adalah lebih baik, niat solat sunat biasa, agar kita tidak rugi apa-apa.

Kalau ada kesilapan, harap betulkan ye. biggrin.gif

#8 Guest_zuliza_*

  • Tetamu

Posted 28 October 2004 - 10:12 PM

biar betul jang!!!
tak pernah pulak dengar macamtu...

#9 @sriey

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 372 posts
  • Gender:Male
  • Location:satu kiblat yang sama...
  • Kepakaran:Active Directory, UNIX, Veritas Cluster Server, Exchange, Win2K, Win2K3 Svr
  • Freelance:Ya

Posted 29 October 2004 - 07:25 AM

QUOTE(ShinChan @ Oct 28 2004, 10:08 PM)
kat rumah saya, imam pernah berpesan... semayang terawikh ni bezanya pada niat, iaitu pada yg 20 dan yg 8. Kalau kita nak semayang 8 rakaat sahaja, rasanya usahlah diniatkan terawikh, sebaliknya cuma niatkan sahaja sebagai solat sunat.

Jadi, kalau tidak dilakukan 20 rakaat, maka tidaklah ia jadi solat terawikh. Adalah lebih baik, niat solat sunat biasa, agar kita tidak rugi apa-apa.

Astagfirullah.. kenapa pulak dibezakan niatnya. samada 8 atau 20 tetap adalah tarawih. niat solat biasa tu apa plak? kena mintak penjelasan dengan tuam imam tersebut.

#10 kopytiam

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 878 posts
  • Location:Simpang Tiga KL

Posted 29 October 2004 - 08:20 AM

QUOTE
solat terawikh, yang mana dimulakan pada zaman Khalifah Umar, itulah yg baru dikatakan solat terawikh, dan solat terawikh yang dipersetujui pada masa itu adalah 20 rakaat.
mungkin maksud imam tu sama lar cam aper yang diterangkan dalam part terakhir rencana tu
QUOTE
Rakaat sembahayang tarawih adalah 20 rakaat kerana sudah ijma Sahabat Nabi dan kita umat Islam diwajibkan mengikut ijma, apa lagi ijma Sahabat.

tapi tak sure lar pulak caner yang bleh tukar niat gitu ?

#11 Guest_einiaz_*

  • Tetamu

Posted 29 October 2004 - 09:45 AM

bukan kita sembayang 2 rakaat 2 rakaat ke ??? ...

Edited by einiaz, 29 October 2004 - 09:45 AM.


#12 therion

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,978 posts
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 29 October 2004 - 10:03 AM

QUOTE(ShinChan @ Oct 28 2004, 11:08 PM)
Assalamualaikum...

nak menyampuk sikit... kat rumah saya, imam pernah berpesan... semayang terawikh ni bezanya pada niat, iaitu pada yg 20 dan yg 8. Kalau kita nak semayang 8 rakaat sahaja, rasanya usahlah diniatkan terawikh, sebaliknya cuma niatkan sahaja sebagai solat sunat.

Ini kerana, solat terawikh, yang mana dimulakan pada zaman Khalifah Umar, itulah yg baru dikatakan solat terawikh, dan solat terawikh yang dipersetujui pada masa itu adalah 20 rakaat.

Jadi, kalau tidak dilakukan 20 rakaat, maka tidaklah ia jadi solat terawikh. Adalah lebih baik, niat solat sunat biasa, agar kita tidak rugi apa-apa.

Kalau ada kesilapan, harap betulkan ye. biggrin.gif

ShinChan, tiap-tiap amal ibadah itu datangnya dari rasul. Kalau rasul tak buat semayang tarawih, kita pun tak payah laa buat. Kalau tidak kan dah jadi bidaah? Setuju?

Solat tarawih hari ini dikenali dgn solat sunat Qiyam Ramadhan di zaman Nabawi (Imam alBukhari, alSahih, 1/342)

Istilah solat tarawih ini dikatakan berasal dari isteri baginda, Aisyah ra. HR alBaihaqee dari Aisyah raa," Nabi saw solat malam empat raka'at, kemudian yatarawwah (berihat), kemudian menyambung solat lagi (dgn lama kadarnya)." (asySyun'ani, Subulus Salam: 1/11, Darul Fikr)

Yang berbeza adalah dari segi istilah.

#13 Guest_oostudz_*

  • Tetamu

Posted 29 October 2004 - 11:59 AM

QUOTE
kalu ader kawan 2-3 org tertinggal, tunggu aje iman solat terawih dan kita berniat solat isyak berjemaah bersama iman yg solat terawih tadi

Bukan iman, juan pablo. Imam... Dua ni maknanya lain...

#14 Guest_OryzaSativa_*

  • Tetamu

Posted 29 October 2004 - 01:13 PM

[quote=juan pablo,Oct 28 2004, 12:36 PM]Juan, boleh ke kita solat jemaah witir, hajat, istikharah, taubat dan yang lain-lain bersama imam yang sedang solat sunat tarawih?[/quote]
sorry kalu aku timbulkan kekeliruan. ape yg aku ingin maksudkan ialah kalu kita just buat 8 rakaat aje. kita boleh gak buat solat sunat lain. mcm yg aku berikan contoh tue. bukan kita ikut iman terawih masa kita buat semua solat2 sunat tue. okey... wink.gif [/quote]

contoh,
aku sembahyang terawih 8 rakaat...(tapi imam buat 20).. pastu aku buat witir lak sendiri-sendiri kat situ jugak..tu ke maksud ko juan?

satu lagi nak tanya (bukan pasal terawih)...satu mlm tu housemate aku bw sejadah kecik pi surau..baru dia nak bentang sejadah dia atas sejadah yg siap bentang kat surau tuh, ade makcik ni kata x boleh..x sah sembahyang... unsure.gif mcm mana pulak tu?

Edited by OryzaSativa, 29 October 2004 - 01:19 PM.


#15 Guest_zuliza_*

  • Tetamu

Posted 29 October 2004 - 02:15 PM

Apa kena-megena sejadah,dengan sah tak sah ..kenapa tak tanya balik secara berhemah.
mungkin makcik tu nampak kat sejadah tu ada najis kot??(taik cicak ker)..

p/sBulan posa ni banyak pulak yang berfatwa. biggrin.gif

#16 therion

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,978 posts
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 29 October 2004 - 02:15 PM

QUOTE
satu lagi nak tanya (bukan pasal terawih)...satu mlm tu housemate aku bw sejadah kecik pi surau..baru dia nak bentang sejadah dia atas sejadah yg siap bentang kat surau tuh, ade makcik ni kata x boleh..x sah sembahyang...  mcm mana pulak tu?


Uisk, ade ke pulak mcm tu. Sah je, takder sejadah sekalipun sah, nak letak sejadah 10 lapis pun sah. Asalkan jangan sembahyang di tandas dan kawasan kuburan.

Makcik tu melawak dengan kawan kau tak? wink.gif

#17 Guest_OryzaSativa_*

  • Tetamu

Posted 29 October 2004 - 02:57 PM

zuliza,
x sempat nak tanya sebab dah start sembahyang..pastu tunggu gak malam-malam seterusnya, x mai pulak makcik tuh..ingat nak tanya dia la pasai apa..

rion,
melawak mendenye..makcik tu memang kecoh sket..hehhehe..ish ngumpat makcik lak biggrin.gif

#18 Guest_zuliza_*

  • Tetamu

Posted 29 October 2004 - 03:22 PM

cuba kau belek2 sejadah kawan kau tu,kot ada gambar/tulisan yang tak elok dan tak perasan sekali imbas.
manatau sebab banyak juga sejadah datang dari cina dll. wink.gif

#19 juan pablo

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 522 posts
  • Gender:Male
  • Location:sEgAmAT---->jAy bEE
  • Interests:extreem sport
  • Kepakaran:huh! nope!
  • Freelance:Tidak

Posted 29 October 2004 - 04:20 PM

QUOTE(oostudz @ Oct 29 2004, 11:59 AM)
Bukan iman, juan pablo. Imam... Dua ni maknanya lain...

sorry error dlm menaip. thanks... wink.gif

#20 ShinChan

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 251 posts
  • Location:Shah Alam

Posted 01 November 2004 - 07:47 AM

QUOTE(kopytiam @ Oct 29 2004, 08:20 AM)
tapi tak sure lar pulak caner yang bleh tukar niat gitu ?

Kalau tak silap aku, gini, bila kita niat,

Solat sunat 2 rakaat, maka kita akan dapat pahala solat sunat 2 rakaat,

dan kalau kita niat

Solat sunat tarawikh 2 rakaat, kita still dapat pahala solat sunat 2 rakaat, btul???

kalau tak silap aku, gitu lah citer nye. So, mana2 kita niat pon tak pe, kita still menunaikan solat sunat.

Tp, kita kenalah ingat, solat sunat "terawikh" yg di ijma' kan oleh para sahabat nabi itu adalah 20. so, kalau 8??? adakah ia dikira solat tarawikh juga??? inilah yg cuba ustaz tu bgtau... kalau korang rasa benda tu kurang tepat, better korang tanya ustaz and kita discusskan panjang lebar supaya terang segala yg gelap... aku pon bukanlah arif sangat biggrin.gif so, kalau rasa salah tu tolong betulkan yer...

Semoga ibadah kita semua diterima...

#21 ShinChan

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 251 posts
  • Location:Shah Alam

Posted 01 November 2004 - 07:49 AM

QUOTE(therion @ Oct 29 2004, 10:03 AM)
ShinChan, tiap-tiap amal ibadah itu datangnya dari rasul. Kalau rasul tak buat semayang tarawih, kita pun tak payah laa buat. Kalau tidak kan dah jadi bidaah? Setuju?


yup... setuju... setuju...

#22 kopytiam

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 878 posts
  • Location:Simpang Tiga KL

Posted 02 November 2004 - 08:28 AM

QUOTE
Kalau tak silap aku, gini, bila kita niat,

Solat sunat 2 rakaat, maka kita akan dapat pahala solat sunat 2 rakaat,
erm...tapi solat sunat aper ?...ader ker solat sunat yang jenis sunat sahaja ?...kan ader kategori dia...tahajud ker..witir, taubat, hajat, witir, tasbih etc ?...sebab tiap kali kita buat solat sunat tu kita akan sebut kategori mana solat sunat yang kita akan buat tu...

QUOTE
solat sunat "terawikh" yg di ijma' kan oleh para sahabat nabi itu adalah 20. so, kalau 8??? adakah ia dikira solat tarawikh juga

pada pendapat aku sendiri lar eh...tak kisah samada kita buat 8 atau 20....jangan kita bezakan org yang buat 20 atau perkecilkan orang yang buat 8...sebab zaman Rasulullah sendiri pun Baginda buat sekadar 8 rakaat...sampai 3 hari selepas itu Nabi tak datang ke Masjid sebab takut orang Islam akan tengok apa yang Nabi buat dan beranggapan itu adalah sesuatu yang wajib dilakukan pada bulan puasa...bagi Nabi sedangkan sembahyang 5 waktu pun tak orang Islam sukar untuk tunaikan apatah lagi orang Islam nak dibebankan dengan kewajiban menunaikan sunat Terawih...kemudian pada zaman Khalifah Umar...seperti yang kita sendiri sedia maklum yang mana pada zaman tersebut perpecahan umat Islam sudah tampak kian ketara...ada yang buat sendiri ada yang berjemaah sunat Terawih ni...maka itulah dikumpulkan semua umat Islam oleh Saidina Umar untuk sembahyang berjemaah dibawah satu Imam dengan 20 rakaat...pada pandangan aku tujuannya...adalah usaha untuk mengeratkan semula tali silaturrahim umat Islam ketika itu pada bulan yang mulia bulan Ramadhan...kenapa 20 rakaat ?..kenapa tak 15 ker 17 ker...aaa itu aku tak taulah kan...tapi pokoknya disini...(p/s:gatal ajer tangan nak buat lawak PakTam duda nih)...perlukah kita ketepikan hadis dari Ummul Mukminin hanya kerana kita perlu ikut ijmak Sahabat ?..sedangkan itu adalah hadis yang menjadi panduan perjalanan hidup kita ?...bagi aku...disinilah terletak pilihan kita...samada untuk memilih yang mana satu hadis yang kita nak ikut...sebab sama jer...perbezaan hadis tak seharusnya didebatkan samalah seperti perbezaan mazhab yang 4 tu...kita diberi kebebasan...asalkan ia memudahkan kita...itulah tujuan Islam...bukan untuk menyusahkan...the thing is...do whatever you feel right or suitable for you...as long as it is within the boundary of Islam with the guidance of Quran and Hadis...pergh..terus terspeaking aku nih haa... smile.gif

p/s:ini hanyalah pendapat peribadi aku...tanpa ada niat untuk mempengaruhi mana-mana pihak...

Edited by kopytiam, 02 November 2004 - 08:31 AM.


#23 minhaj

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,047 posts
  • Location:kinta valley

Posted 02 November 2004 - 11:07 AM

saudara2 ku sekelian,

saya semakin khuatir dengan kenyataan yg dikeluarkan dalam topik ni...kerana seolah-olah ada yg cuba mengeluarkan fatwa sendiri dan cuba mengenepikan keterangan dari hadis2 dan kupasan hadis2 yg dah memang sahih rujukannya....

demi kebaikan....saya lock topik ni....





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users