Jump to content


- - - - -

Fadilat surah-surah pilihan


20 replies to this topic

#1 juan pablo

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 522 posts
  • Gender:Male
  • Location:sEgAmAT---->jAy bEE
  • Interests:extreem sport
  • Kepakaran:huh! nope!
  • Freelance:Tidak

Posted 16 January 2004 - 10:20 AM

Saya kumpulkan semua artikel berkenaan surah2 pilihan dan bermanfaat untuk diambil pengajaran darinya dalam topik ni. Diharap semua posting dalam ruangan ini hanyalah posting yang mempunyai artikel berkaitan sahaja untuk dikongsi. Saya rasa tidaklah perlu untuk menghantar posting komen dalam ruangan ini. Kerjasama semua amatlah dihargai.

Terima kasih

minhaj



sesuatu yg bagus yg aku nak share ngan u all

>(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
>Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
>terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia
>dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian
>terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang
>yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
>naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
>
>(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
>Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,
>nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan
>nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa
>membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya
>dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya
>rohaninya.
>
>(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
>Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu,
>nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan
>membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca
>ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran
>dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya
>Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak
>terhitung banyaknya.
>Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan
>meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan
>para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk
>sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang
>lain :
>Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan
>membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota
>nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal
>dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain
>mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu,
>nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah
>sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para
>Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati
>Syahid.
>Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali,
>nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang
>terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran
>ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
>
>(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
>Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)
>sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara
>bahaya.
>
>(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
>Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia
>akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari
>gangguan jin.
>
>(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
>Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia
>akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
>
>(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
>Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang
>mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat
>dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat
>89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada
>orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta
>lagi.
>
>(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
>Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari
>segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh
>penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
>
>(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
>Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap
>sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan
>terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini,
>ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan
>mendapat rahmat Allah.
>
>(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
>Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan
>di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
>
>(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
>Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan
>akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah
>ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju
>perniagaannya itu.
>
>(12) SURAH YUNUS (Yunus)
>Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang
>hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan
>selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan
>terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
>
>(13) SURAH AL-HUD (Hud)
>Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan
>serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56
>dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari
>gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.
>Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas
>tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
>
>(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
>Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan
>kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia
>akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac
>ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan
>kepada anak-anaknya.
>
>(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
>Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari
>petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya
>Penyakit jantungnya akan sembuh.
>
>(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya
>anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan
>bida'ah.
>
>(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
>Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas
>perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak
>kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
>
>(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
>Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang
>yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.
>Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari
>perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-
>orang yang setempat dengannya.
>
>(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
>Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
>Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat
>rezeki yang murah.
>
>(20) SURAH MARYAM (Maryam)
>Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan
>di akhirat.
>
>(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
>Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya
>ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
>Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-
>tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan
>akalnya akan sempurna.
>
>(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
>Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan
>mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
>
>(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
>Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
>
>(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
>Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang
>yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya
>lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya
>akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari
>kecurian dan serangan musuh.
>
>(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
>Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi
>yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari
>Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang
>ramai.
>
>(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
>Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu
>air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat
>dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
>
>(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
>Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan
>senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
>berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
>
>(28) SURAH AN-NAML (Semut)
>Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal
>kepadanya.
>
>(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
>Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka
>tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51
>hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan
>sempurna dan budi pekertinya akan halus.
>
>(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
>Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa
>membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
>
>(31) SURAH AR-RUM (Rum)
>Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang
>hendak menzaliminya.
>
>(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
>Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
>penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca
>ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
>
>(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas
>kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-
>gala penyakit ruhani dan jasmani.
>
>(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya
>ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa
>membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan
>membinasakan musuh-musuhnya.
>
>(35) SURAH SABA' (Saba')
>Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,
>terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
>
>(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
>Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan
>memberkati perniagaannya.
>
>(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
>Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati
>dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya
>akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu
>hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca
>surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-
>maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut
>itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku
>ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
>Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala
>hajat dan cita-citanya.
>Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu
>berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu
>bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
>Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan,
>nescaya akan maju perniagaannya itu.
>Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati
>pada malam itu, mesti ia mati syahid.
>Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
>nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
>seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
>mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah
>ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat
>surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith
>tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.
>
>(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
>Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada
>gangguan jin.
>
>(39) SURAH SHAAD (Shaad)
>Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat
>kebahagian sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat

'Sayangilah Diri Anda Sebelum Menyayangi Insan Lain"

#2 Aiza

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 717 posts
  • Gender:Female
  • Location:Old Klang Road,KL
  • Interests:Surfing
  • Kepakaran:Provision CE & PE guna DOARDO
  • Freelance:Tidak

Posted 17 January 2004 - 11:25 AM

juan...it's nice info for me...
insya-allah aku amalkan....

#3 Guest_laila_azwa_*

  • Tetamu

Posted 20 January 2004 - 12:44 PM

juan pablo,

sangat menarik dan berfaedah untuk semua muslimin dan muslimat......

saya dah print out dan bagi kat kawan2 lain....... thanx for the good info...... smile.gif2 smile.gif2 smile.gif2 smile.gif2 smile.gif2

#4 Guest_Johore_*

  • Tetamu

Posted 24 March 2004 - 04:59 PM

Assalamualaikum..

SURAH al-Kautsar adalah surah ke-108 dalam al-Quran. Ia juga dikenali
sebagai surah *Nikmat Yang Banyak* dan mengandungi tiga ayat.


Maksud ayat surah itu ialah: *Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu
nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah
(fisabililah).

*Sesungguhnya, orang yang membenci-Mu, dialah yang terputus dari rahmat
Allah.*

Surah ini menganjurkan agar umat Islam sentiasa beribadah kepada Allah dan
berkorban sebagai tanda bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan-Nya.

Faedah membaca surah ini ialah:


Membacanya sebanyak tujuh kali pada waktu hendak tidur, maka Allah
membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang dikehendaki.


Siapa yang membacanya tujuh kali ketika dalam ketakutan di mana saja berada,
akan dilindungi Allah kebajikannya.


wassalam..

smile.gif

#5 Guest_najeep11_*

  • Tetamu

Posted 30 May 2004 - 01:25 PM

aktifkan forum ini sentiasa

#6 Guest_puppet_*

  • Tetamu

Posted 30 May 2004 - 06:08 PM

dapat amal kan satu jer pon dah bagus...
biar sikit asalkan kekal sentiasa... smile.gif

#7 Guest_dawn_angel_*

  • Tetamu

Posted 08 September 2004 - 10:25 AM

amal surah al mulk peneman semasa di alam kubur kelak....

#8 Guest_Odminux_*

  • Tetamu

Posted 09 November 2004 - 06:26 AM

1)Amalkan surah Al-fil dan Al-Insyarah sebanyak 10 kali selepas solat fardu
moga-moga rezeki murah, entah dari mana datangnya.

2)amalkan ayat seribu dinar sebanyak 3 kali selepas sembahyang fardu-juga untuk murah rezeki dan hutang2 yg lama

3)amalkan ayat kursi untuk kebahgian hidup, jadikan yat ini sebagai kunci untuk kehidupan.misalan gunakan ayat ini sebagi kunci ketika kita nak menaiki kenderaan,juga kita hendak meninggalkan kenderaan kita bacalah ayt kursi dan hembus pada kenderaan ....insyaalah menghalang dari perbuatan curi.bacalah ayat kursi semasa badan kita lemah2 atau sakit- ambil segelas air suam baca sebanyak 7 kali dan hembus ke dalam air ,minum air tersebut.gunakan juga ayat kursi untuk pedinding diri.


"hanya dengan amalan yang betul(juga bacaan yg betul), dan yakin dengan sesungguhnya hanya Allah sahaja maha berkuasa dan yakin dengan ayat Allah"




SenyuM MembawA SatU KeindahaN.....................
Buat semua teman ini hanyalah sekadar renungan...yang dapat saya berikan buat teman semua insya Allah dilain hari akan saya sertakan yg lainnya.. semoga perjalanan hidup teman semua beroleh akan kegembiraan disamping tidak lupa akan suruhanNya....

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Istri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan
kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."



"

#9 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 28 December 2005 - 08:18 AM

Fadilat Pilihan Untuk Hari Ini.

Al-Quran, hadis asas tangkis fakta salah agama
Judul: Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-tokohnya Penulis: Dr Mohd Asri Zainul Abidin Penerbit: Karya Bestari Sdn Bhd Pengulas: Jami'ah Shukri UMAT Islam perlu mendalami ilmu dan amalan yang terkandung dalam ajaran Islam daripada mereka yang berkelayakan. Perkara ini penting kerana kefahaman yang longgar serta menerima bulat-bulat semua yang didengar dan dibaca, mungkin boleh membawa seseorang itu begitu fanatik terhadap pegangan agama atau mungkin juga tersesat.


Sumber Berita Harian 28/12/2005

#10 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 03 January 2006 - 10:22 AM

Fadilat Pilihan Untuk Hari Ini.

Penuhi permintaan ibu bapa lebih baik daripada jihad
SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.


Sumber Berita Harian 03/01/2006

Edited by Mr Gunn, 03 January 2006 - 10:23 AM.


#11 oggy

    Kadet

  • Ahli
  • 38 posts

Posted 03 January 2006 - 10:59 AM

sekadar utk difikir2kan...

klu mod rasa post ni lbh sesuai ke topik baru...pindahkan ler

berkaitan artikel yg Gunn quote td:

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1. Memberi nafkah.

hmm dlm kes ni, klu anak pompuan arr..bl dia dh bersuami, dia lebih berhak kepada keluarga si suami (btol kan aku klu silap)...kdg2 bl anak tuh dh berkeluarga dan idup pun sederhana yg mampu..ada ibubapa yg seolah2 mewajibkan mereka memberi wang secukupnya...ada kes siap mention brape sebulan yg patut dibagi...bukan taknak bg tp cam anak pompuan yg atas budi bicara, dia ingat lg kt famili dier...bagi jugak w/pun kene consider 2 famili...anak2 ni kdg2 cm org ckp apetuh klu de lebih beri lebih,klu kurang kurang ler...kira ikut keadaan..tp ada ibubapa yg bila skali beri lbh,dia terus tuntut jumlah yg sama pd bln2 seterusnya...tak ke naya.. sad.gif lagipun klu dieorg nak ungkit perbelanjaan yg dh dier org kluarkan utk besarkan kita,bukan ke itu mmg tanggungjawab ibubapa yg dh islam gariskan??...senang citer dlm keadaan cmni, kita perlu ada give n take...

2. Menyediakan tempat tinggal & Memberi perhatian.

ni lg satu, bukan tak sediakan tmpt tggl atau nak biar dier idup sensorg...tp klu dh bl ajak dok sama sibuk hari2 ckp teringat ayam itik kebau kt kampung...ape nak jwb?? org tua ni sensitif..nak dipukul bukan bdk kecik...klu bdk, boleh gk dipukul.. unsure.gif camne nak handle tuh?? dry.gif lgsatu, ni contoh arr...parents kita idup kt umah usang...ye arr ada duit lebih nak roboh umah tuh n bt baru...tp ibu/bapa kita tak bg psal byk kenangan n depa nak gak dok situ...kita dok risau umah tuh dh ble dikata kentut jerk dh ble runtuh... rolleyes.gif camne gaya tuh??

3. Bercakap dengan lemah lembut.

mmg lemah lenbut klu bercakap...tp ada certain2 keadaan (ni bile tak sependapat) kdg2 diakui aku sendri pon tertinggi suara tp dlm nada bergurau...sesetengah org tua,depa masih berpegang yg org tua ni lebih makan garam dr kita yg muda2 (patut arr ramai kene high blood pressure heheh)...nabi pon de ckp, sesuaikan cara didikan anak-anakmu mengikut zamannya...tp depa tak mau trime...ikut cara dier je yg btol...ada jugak sebahagian cara dieorg yg btol dan ada jugak yg tak btol...tp ntah le...demi nak jaga ati, makan ati berulam jantung...pendam..pendam... mad.gif

ok la...aku ulas sket2 je, tak nak arr pjg2..ni pon dh teremosional rasanyer...kang byk taip, byk dosa plak..a'way,just want to share the xperience i have...biarr kita renung2kan camne biar dua2 pihak win-win situation smile.gif

#12 e_san

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 278 posts
  • Location:sini kot
  • Interests:sekolah

Posted 03 January 2006 - 12:36 PM

ermm bile ckp bab ibu bapa nie byk 'serba salah'....anyway bile kite terperincikan diskusi ini sdikit sbyk ia 'mmbuka pekung di dada'..coz why its quite privacy, for our parents is our responsiblity.

mcm dikatalaa 'makan ati berulam jantung...pendam..pendam'..so the best way is just follow what they want it sementara mereka masih berada di dunia ini (its for mine) masing2 adalah cara sndiri, kite xnak nnti mereka anggap 'salah serbanya' eeii kan susah tuuu unsure.gif


ps/ aku pon xbleh ckp byk2 gak bab parents nii sedih laa tersntuh hti kalbu ku..issh huh.gif

#13 oggy

    Kadet

  • Ahli
  • 38 posts

Posted 03 January 2006 - 12:45 PM

mende2 ni kita ble nmpk kt persekitaran n klu kita byk dengar ceramah...bl mcm tuh, kita cuba2 cermin diri kita sebaiknya...yg penting sumer org bahgia dan dpt keberkatan..insyaAllah, aminnn smile.gif

#14 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 03 January 2006 - 12:51 PM

Bab sensitif ni nak cakap sikit,
orang tua memang cepat sensitif, tersalah cakap sikit dah dok diam, berlinang air mata, contohnya tok saya tu, kita cakap nak baikkan keadaan tetapi lain plak jadinya, so kita mesti memainkan peranan untuk pandai tackle keadaan, apa orang kata ambil hati diaorang, kalau yang tak selalu balik kampung tu baliklah, tak ada kegembiraan orang˛ tua ni hanya dapat bersua muka dengan anak˛ cucu pun dah cukup bahagia dahhh.
sedih arr raya ni tak dapat balik kampung, tak dapat cuti, mak ampunkan dosa anakmu ini.

Edited by Mr Gunn, 03 January 2006 - 12:51 PM.


#15 oggy

    Kadet

  • Ahli
  • 38 posts

Posted 03 January 2006 - 01:03 PM

hmm..cam tarik rambut dlm tepung, tepung tak tumpah rambut tak putus...cewahh, karam walia singh melaporkan laugh.gif

#16 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 03 January 2006 - 01:05 PM

Tepung tak tumpah ker, tepung tak berterabur errrk! biggrin.gif

#17 oggy

    Kadet

  • Ahli
  • 38 posts

Posted 03 January 2006 - 01:13 PM

QUOTE(Mr Gunn @ Jan 3 2006, 01:05 PM)
Tepung tak tumpah ker, tepung tak berterabur errrk!  biggrin.gif



ape2 je larr...tp rugi woo klu terabur tongue.gif ble bt cucur tuhh

#18 fakhrul77

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 304 posts
  • Gender:Male
  • Location:Bdr Bukit Mahkota Bangi
  • Kepakaran:Exchange 2003
  • Freelance:Tidak

Posted 05 January 2006 - 10:04 AM

Sah.. lari daripada tajuk asalnya smile.gif

#19 oggy

    Kadet

  • Ahli
  • 38 posts

Posted 09 January 2006 - 09:24 AM

QUOTE(fakhrul77 @ Jan 5 2006, 10:04 AM)
Sah.. lari daripada tajuk asalnya  smile.gif



harap mahap.. sad.gif tak bt lg doh.. tongue.gif hehhehe

#20 pdf1353

    Korporal

  • Ahli Biasa
  • 59 posts
  • Gender:Male
  • Location:Sg. Penchala, Kuala Lumpur
  • Kepakaran:Office & Access database
  • Freelance:Tidak

Posted 07 July 2007 - 01:08 PM

Hidupkan balik ruangan ni....

SUSAH BANGUN PAGI???......

Bacalah 4 ayat akhir surah al-Kahfi, dan niatkan waktu untuk bangkit dari tidur.
Insya Allah tak perlu pakai jam loceng.

kaedah

1) Selawat ke atas nabi 7 kali.
2) Membaca al-fatihah (1x)
3) Baca 4 ayat akhir surah al-Kahfi
4) Niat nak bangun pukul berapa.
5) Tidur.

p/s: Biasanya anda akan dikejutkan sebanyak 3 kali. kalau tak bangun juga.... biggrin.gif
Amalan ini diijazahkan kepada pembaca& ahli ittutor sahaja.

#21 Daisy

    Korporal

  • Ahli
  • 54 posts
  • Interests:Movie, Gardening, Music, Reading
  • Freelance:Tidak

Posted 28 December 2007 - 05:23 PM

Top 10 most beautiful Surahs:


1. Surah Faatiha prevents the anger of your Rabb

2. Surah Yasin prevents the thirst (aridness) of Qiyamah

3. Surah Dukhaan prevents the terror of Qiyamah

4. Surah Waaqiah prevents poverty

5. Surah Mulk prevents the punishment of the grave

6. Surah Kauthar prevents the antagonizing of the opponent

7. Surah Kafiroon prevents disbelief at the time of death

8. Surah Ikhlaas prevents hypocrisy

9. Surah Falaq prevents jealousy

10. Surah Naas prevents the whispering of shaitaan!







1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users