Jump to content


INCOME TAX!


16 replies to this topic

#1 Guest_manx_*

  • Tetamu

Posted 07 December 2004 - 05:24 PM

Kepada sesaper yg arif dlm perkara nie tolong beri info sikit... Camna nak kira income tax kita??? Besalah... dah hujung˛ tahun nie baru nak pikir pasai income tax. Kalau banyak naiya aku!!!

#2 matdin97

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,100 posts
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 07 December 2004 - 06:31 PM

ni kisah aku dan income tax.

tahun 96, aku grad dari utm. pastu 97 aku start kerja. gaji kira average dalam 2k sebulan. setahun termasuk bonus dalam rm25k. setiap bulan kena potong PCB (potongan cukai berjadual) lebih kurang rm30 - 50 sebulan.

hujung tahun dapat borang EA dari company. aku dengan bangganya simpan borang tu dalam file. aku tanya org, nak buat apa dengan EA form tu. depa jawab, kalau ada borang kena bayar income tax. sebab aku takde borang income tax (8A atau ? tak ingat), aku buat tak tahu je le. janji duit aku dah ada kat sana dalam rm500.

tahun depan pun sama jugak. lepas tu aku dah tak kerja lagi. aku duduk rilex sampai tahun 2001.

tahun 2001, aku dapat surat dari LHDN tanya pasal income aku untuk tahun 1997/1998. aku pergi jumpa staff LHDN, dia suruh sediakan semua dokumen pasal income aku untuk 2 tahun tu. mana aku simpan lagi. dah 4 tahun tu.

kes aku ni belum settle lagi. kengkawan aku dah start naik mahkamah. sebabnya tak declare income tax. duit dah bayar (PCB) tapi sebab aku dulu buduh sikit tak pergi declare, atau tanya yang lebih arif, maka kena le lepas ni.

nasihat aku kepada kengkawan semua, terutamanya yang baru lepas grad atau yang dah start gaji besar tu, jumpa-jumpa LHDN untuk tanya status anda, cara pembayaran dll yang berkaitan.

sekarang ni kalau single (belum kahwin) dan gaji dalam rm30k, lepas lagi dari income tax. kalau dah kahwin dengan sorang anak dalam 35k masih lepas lagi.

simpan semua resit perbelanjaan majalah, buku, komputer, zakat.

jadilah pembayar zakat dan cukai yang setia.

#3 Panzer

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 185 posts
  • Location:TPM
  • Interests:Reading, Surf the Net, layan movie

Posted 07 December 2004 - 07:10 PM

majalah pun blh dilepas dari cukai ke? aiseh, takkan nak mintak dgn mamak kot resit?kena beli kat MPH je laa..

Aku tak sampai 1 thn lg keja. Dah dikira cukup 'haul' ke utk byr cukai?

#4 Guest_manx_*

  • Tetamu

Posted 07 December 2004 - 11:11 PM

QUOTE
sekarang ni kalau single (belum kahwin) dan gaji dalam rm30k, lepas lagi dari income tax.


matdin97... apa yg ko maksudkan dgn phrase di atas??? Adakah kepada sesiapa yg gajinya bawah drp RM30k setahun tak yah bayar income tax??? ohmy.gif

Haa... lagi satu!! RM30k tu basic salary ka atau yg dah dipotong ngan epf?? sad.gif

#5 Guest_e_zoo_din_*

  • Tetamu

Posted 08 December 2004 - 12:13 AM

blink.gif Harap warga ittutor yg arif dpt beri penjelasan lebih lanjut psl ini... ph34r.gif

#6 matdin97

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,100 posts
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 08 December 2004 - 11:53 AM

nak penjelasan lebih lanjut sila rujuk kakitangan LHDN. masa dapat info tu, ambik nama dan no pekerja pegawai lhdn yang kita jumpa.

http://www.hasilnet.org.my/Calculator/mainCalculator.asp

saya dah kira, kalau 30k gaji kena rm230. (ikut web tu)

p/s: saya tak bertanggungjawab kalau ada salah faham dengan info yang saya berikan.

#7 Guest_manx_*

  • Tetamu

Posted 10 December 2004 - 08:28 AM

matdin97... tak reti aku nak guna kalkulaor tu... Nak isi apa pun aku tak tau. So agak˛ ko, kalau gaji RM30k setahun, income tax akan kena dlm RM300-RM400 jer ka?? that means cuma 1% jer laa yek??

#8 1kHz

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 1,520 posts
  • Gender:Male
  • Location:Shah Alam
  • Kepakaran:.NET
  • Freelance:Tidak

Posted 10 December 2004 - 09:20 AM

mcm mana aku kira2 dpt negatif.. kerajaan kena bayar kat aku la ye? laugh.gif

"individu atau saudara tanggungan" tu maknanya mcm duit yg kasi kat mak bapak ke? mcm mana nak amik resit tu? dia dah defaultkan ke 8000, kenapa ya?

#9 Guest_manx_*

  • Tetamu

Posted 10 December 2004 - 09:25 AM

ah... pening siut. Macam nie kalau tiap˛ tahun kira sendiri boleh kaya 1kHz.... Tiap˛ tahun dapat income tax bonus dari gormen. Untung.

Edited by manx, 15 December 2004 - 10:54 AM.


#10 fakhrul77

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 304 posts
  • Gender:Male
  • Location:Bdr Bukit Mahkota Bangi
  • Kepakaran:Exchange 2003
  • Freelance:Tidak

Posted 15 December 2004 - 10:51 AM

nak tanya. Apa beza kumpulan wang simpanan dgn premium KWSP. Bukan ke kumpulan wang simpanan tuh maknanya KWSP. Rugi la kalau KWSP terhad 1000 jer... aku kena bayar lebih..

#11 grindcore

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 999 posts
  • Gender:Female
  • Location:/tmp
  • Freelance:Tidak

Posted 07 March 2006 - 11:43 AM

nak konfom balik....

sape yg kena cukai ni...klu gaji dia baru lebih RM30k setahun ke baru kena???
macammana klu aku ade tanggungan lain...masih study lagi ke...bayar umah...kete...blablabla..

dan berapa byk kena bayar (%)...sape yg arif buat la simple calculation sket...

#12 grindcore

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 999 posts
  • Gender:Female
  • Location:/tmp
  • Freelance:Tidak

Posted 07 March 2006 - 12:55 PM

cara nak kurangkan income tax...

1.buat pemeriksaan kesihatan leh jimat 500
2.beli komputer dpt rebat 400(2 thn sekali jer)
3.tambah anak,kalau anak angkat ..officialkan so leh dpt rebat. kalau anak kat uni. tempatan lebih byk pelepasan cukai dr antar oversea.
4. beli insuran pendidikan & nyawa
5.jadi member badan profesional yg berkaitan dgn kerjaya
6. Bayar zakat.
7.sambung belajar ..rasanya ada max amount yg dibenarkan
8. Bayar perbelanjaan perubatan ibu bapa--max 5000

amik dari..http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=170643&fpage=1&highlight=cukai%2Bpendapatan

tapi aku x tau beb pasal x pernah byr...mungkin thn ni kena..tu yg cuak2 suam sket nih

#13 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 07 March 2006 - 03:13 PM

alamak... borang income tax aku tak hantar lagi... adooiihh... last date hantar hujung bulan mac nih... iskk...

aku nak nasihatkan kat korang... jangan takut pada LHDN atau income tax ni... sebab ini semua adalah rekod pendapatan individu... caj adalah standard.. cuma makin besar gaji kita.. besar la sikit nilainya... tapi takde la sampai berdarah hidung... kalau korang tak nak susah kemudian hari... baik bayar sekarang... kalau tidak... bila korang dah pencen or dah tua nanti... akan tiba la surat dari 'lembaga hasil dalam negeri' sekiranya dorang trace ada rakyat yg hidup selama ni tak register... naya wooo.. laugh.gif lump sum kooiii.... kot masa tu dah pokai ka..? apa mau buat..?? laugh.gif tapi jangan risau... LHDN tidak membebankan kita kalau kita sentiasa update maklumat kita... dan jangan tipu.. sebab segala resit˛ yg kita hantar.. akan diperiksa sekiranya perlu atau mereka nak buat mengikut kesesuaian index... biggrin.gif

kalau staf gomen.. lagi poyo... sebelum pencen... wang ganjaran akan dipegang dulu untuk check baki income tax ni... kalau tidak.. ciput je laaa dapat... aku dapat tau dari member aku yg keja LHDN... dia kata sesiapa yg punya pendapatan tahunan yg melebih RM30,000 saja biasanya terkena caj bayar income tax ni... tapi tak banyak... setahun ada la percent dia dari pendapatan tu... bergantung kepada bebanan hidup atau belanjawan... orang yg gaji RM3000 lebih sebulan pun kekadang bayar lebih kurang RM100 je setahun... itu pun mahal ka..?? aiyaa.... yg pendapatan kurang daripada RM30,000 setahun tu dah dikira tolak dgn maklumat bayaran atau pembiayaan yg kita hantar.. sebab tu 'KENA HANTAR BORANG BE'... sebab kita kena nyatakan belanja kita.. hutang rumah.. hutang kereta.. biaya anak sekolah.. perubatan.. beli buku... insuran etc... nilai ini la yg akan ditolak dari percent kena cukai kita.... kalau kita simpan je borang tu sampai 10 tahun.. maklumat tiada langsung.. LHDN akan guna formasi tebus guna secara rawak dan akan kira percent yg dorang dah tetapkan selama 10 tahun tu... dan orang macam ni la yg biasanya akan disiasat... leceh woo... ada yg naik turun mahkamah... kena isytihar muflis...

sesapa yg ada rekod bergaji RM4000 ke atas tu... hehheeee... jgn lupa ya...?? laugh.gif marilah mari.... mengisi borang.... lalalalalaaa.... (pinjam lagu mari mengundi...)


p/s: errrr... cemana pun... pendapatan freelance tu.. pandai˛ laaaa.... heheee... lalalalaaa.... tatau.. tatauuu... cool.gif

#14 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 07 March 2006 - 03:46 PM

sekarang nie kalau tak silap dah tak hantar secara kertas dah...isi online jer cuba baca
https://e.hasil.org.my/

Edited by alhakimie, 07 March 2006 - 09:34 PM.


#15 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 07 March 2006 - 09:20 PM

whooaaa... ini sudah bagus... boleh try ni.... tq kimie..!! wink.gif

#16 obelicks

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,453 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Ya

Posted 08 March 2006 - 09:31 AM

ingat nak daftar sijil https://scrs-lhdn.digicert.com.my/
tapi umur tak cukup 18 tahun blink.gif bior betul java script nih

online nih was-was pulak..
maybe print pdf hantar by hand ajer la..

#17 therion

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,978 posts
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 10 March 2006 - 12:33 PM

Dulu aku paling leceh dengan income tax ni. Kat mana nak claim (buku etc) semua aku tak tau. nak kira sendiri pulak lagi..adeeih. Skarang sejak pakcik sbelah umah aku ni pindah, selesai masalah aku. Sebab pakcik sbelah ni keje lhdn, muahahaha.





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users