Penawar Resdung
#1 Guest_tech4now_*
Posted 24 January 2005 - 08:07 PM
Saya sekarang ini mempunyai penyakit resdung. Ada ke tak kawan-kawan mempunyai dan mengetahui tempat2 yang boleh menyembuhkan penyakit ini? Saya dah tak tahan lagi dgn gatal2 kat hidung dan di muka saya ni.
by the way, ada tak petua2 nak hindari resdung ni daripada semakin teruk?
terima kasih.
#2
Posted 25 January 2005 - 11:16 AM
biasanya apabila orang Islam bersolat ia akan berwuduk terlebih dahulu...
antara amalan-amalan sunat berwudhuk ialah memasukkan sedikit air kedalam hidung dan dikeluar kembali...
cuma amalkan perkara di atas ( masuk air dalam hidung )
#3 Guest_george of the jungle_*
Posted 25 January 2005 - 11:34 AM
Tambah lagi, sedut air masuk hidung untuk wuduk subuh.
Sampai skrg aku amal sehinggakan resdung aku hilang terus.
Alhamdullillah.
#4
Posted 25 January 2005 - 11:43 AM
aku cuba amalkan masukkan air dlm hidung waktu wuduk ni, tapi selalu terlupa je.. ye lah tak biasa..
#5
Posted 28 January 2005 - 08:33 PM
Saya sekarang ini mempunyai penyakit resdung. Ada ke tak kawan-kawan mempunyai dan mengetahui tempat2 yang boleh menyembuhkan penyakit ini? Saya dah tak tahan lagi dgn gatal2 kat hidung dan di muka saya ni.
by the way, ada tak petua2 nak hindari resdung ni daripada semakin teruk?
terima kasih.
Salam,
Saudara harus berpantang makan benda2 yg mendatngkan gatal dan penyebab berlakunya resdung. Antara benda2 (makanan) yg boleh menyebabkan resdung adalah belacan, makanan laut spt. udang, sotong, kerang, ketam atau seafood lainnya. Petai pun kalu boleh elakkan. Kerana bagi org yg mengidap penyakit resdung, ia mempunyai alahan terhadap jenis pemakanan yg saya sebutkan tadi.
Okey. Di samping saudara buat rawatan cara memasukkan air ke dalam hidung sebelum solat, ada satu cara lain secara perubatan biologi boleh diamalkan.
Ada satu syarikat Melayu Bumiputera, SURECO (Sure Return Corporation Sdn Bhd) mengeluarkan satu produk buah Mengkudu, berpangkalan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, sesuai utk merawat antaranya penyakit Resdung.
Terdapat 2 produk mengkudu yang saudara boleh ambil:
1. Jus Mengkudu
Makanan kesihatan ni diekstrak drpd buah mengkudu dan ditambah
ngan perisa limau nipis (utk hilangkan bau buah mengkudu)
2. Jus Cenkudu
Diekstrak drpd buah mengkudu juga dan ditambah ngan cendawan
merah utk 'high protection' atau membaiki sel2 yg telah mati akibat
resdung.
Simptom:
Saudara akan mengalami kegatalan sedikit selepas mengamalkan memakannya selama seminggu. Proses ini biasa kerana pembuangan toksin berlaku dlm tempoh tersebut. Lama kelamaan, ia akan hilang dan resdung saudara akan bertambah baik. Tetapi yg pentingnya, amalkan memakan/meminumnya selalu.
Harga utk produk di atas:
Jus Mengkudu : RM15.20 (250 ml) dan RM28.00 (500 ml)
Jus Cenkudu : RM22.40 (250 ml) dan RM41.00 (500 ml)
Pengedar
Sure Return Corporation Sdn Bhd
No. 8-2, Jalan 4/27F
Off Jalan Genting Klang
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur.
Tel : 03-4149 5992/03-4143 8221
P/s:Makanan kesihatan ni pernah diamalkan abg saya dan hasilnya, amat sesuai dan berkesan ngan biologi badannya.
Semoga saudara sihat dan ceria selalu.
Wassalam.
#6 Guest_sache_*
Posted 28 January 2005 - 10:26 PM
#7
Posted 29 January 2005 - 07:28 PM
Cuba pula rawatan alternatif/tradisional. Saudara dok kat mana? Manalah tau, kot ada tempat yg saya boleh syorkan..
#8 Guest_george of the jungle_*
Posted 30 January 2005 - 12:05 AM
Kalau hang dok utara aku syorkan hang pi kat sebuah rumah kampung kat belakang PJ2. Ada sorang tok pompuan yang pakar dalam membuang resdung menggunakan "rokok" ajaib. pehg...berasap lubang hidung ko.
Anyway berkesan jugek.Bini aku dulu, gatai hidung sebulan sbb makan belacan.Skg dah boleh dah...
#9
Posted 30 January 2005 - 12:44 AM
#10 Guest_sache_*
Posted 30 January 2005 - 06:53 AM
#11
Posted 30 January 2005 - 09:11 AM
#12 Guest_sache_*
Posted 30 January 2005 - 11:24 AM
#13
Posted 30 January 2005 - 07:41 PM
Tanda2 biasa RESDUNG:-
1. Muka gatal ajer lepaih makan seafood
2. Pagi2 lepas bangun asyik terbersin memanjang
3. Hidung mengalami sumbat pd awal pagi
4. Tumbuh ruam dan bisul resdung kat kawasan muka
dan hidung khususnya
5. alahan pada asap dan habuk
Salam Gumbira.
#14
Posted 30 January 2005 - 07:47 PM
Yer ker noc
Tp, kalau wanita senggugut, bila dah kawen, akan hilang penyakit senggugut tersebut...
Ini dah terjadi pd kakak dan kekawan perempuan...
Salam Gumbira.
#15 Guest_jojet_*
Posted 02 February 2005 - 09:02 AM
Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.
Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.
Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.
Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.
Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.
Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:
``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.
Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.
Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.
Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.
Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.
``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.
Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah
Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
~ Penawar Resdung ~
Oral Jelly/Jeli Gamat
* Pemakanan supplement Jeli Gamat diamalkan oleh pelbagai peringkat umur. Selain merawat resdung, ia juga merupakan minuman kesihatan yg mengandungi pelbagai khasiat.
* Rahsia awet muda dgn merangsang kecantikan kulit, meningkatkan peredaran darah, menguatkan struktur & meningkatkan kelembutan kulit sambil memperlahankan pembentukan kedutan pd kulit.
* Baik utk wanita selepas bersalin, membantu penyembuhan luka pembedahan & memulihkan fungsi sistem peranakan
* Membantu penyembuhan ulser, gastrik & pendarahan usus.
* Baik utk paru-paru & mengurangkan simptom resdung.
* Membantu menenangkan fikiran & mengurangkan tekanan.
* Mengurangkan simptom penyakit sembelit, buasir & pendarahan.
* Mengurangkan sakit urat, kesakitan otot badan, sendi & osteoarthritis.
* Membantu mencegah pembekuan darah & meningkatkan insulin utk kencing manis.
* Membantu melindungi jantung & menurunkan paras kolestrol
#16
Posted 02 February 2005 - 11:05 PM
ape kata ko cari pokok sarang semut (kalo x tau tanya kat org tua...)
- pokok tu potong sikit mcm slice tomato.
- pastu basahkan dgn air
- pastu cari satu benda permukaannya kasar ( cth : tempat giling cili )
- gosokkan slice pokok tu sampai abis
- ambil letak dlm bekas (campur air skit kalo kering)
- letak kat cotton bud pastu sumbat kat hidung kiri kanan...
- biarkan cotton bud tu kat hidung meniarap sampai lendir resdung keluar
-biar lendir tu turun sendiri jgn hembus mcm hingus....lebih baik....
lepas ni kalo nak jadi bomoh resdung pun bole....hehehe...
p/s : balik kg mintak orang asli carikan pokok tu...baru rm 20 - 50 jer....
kedai ubat cina jual beratus-ratus harga dia....
#17
Posted 03 February 2005 - 08:10 AM
lipas tuh aku dah buat dulu kat kg member aku. Mmg banyak kuman lipas tuh...dorang guna lipas tanah. Lepas aje treatment muka aku bengkak..mungkin aku alah dgn cecair lipas tu kot.
Bila aku balik kg, aku btau family aku ttg treatment resdung guna lipas tuh..masa tuh bapak aku cakap...lipas tanah tu mmg ada ulat dalam perut dia...so bende putih yg kelihatan spt ulat yg kononnya kuar dari muka kita bukanlah ulat resdung spt yg didakwa oleh bomoh tuh...tapik ulat yg sedia ada dari lipas tuh...cesss rupanya aku tertipu...padanlah muka aku merah2 n bengkak...so hati2 buat rawatan tradisional ni...jgn sampai tertipu mcm aku...dahlah duit terbang....muka plak bengkak..makan hari gak nak surut tuh....
#18
Posted 03 February 2005 - 08:26 AM
Bila aku balik kg, aku btau family aku ttg treatment resdung guna lipas tuh..masa tuh bapak aku cakap...lipas tanah tu mmg ada ulat dalam perut dia...so bende putih yg kelihatan spt ulat yg kononnya kuar dari muka kita bukanlah ulat resdung spt yg didakwa oleh bomoh tuh...tapik ulat yg sedia ada dari lipas tuh...cesss rupanya aku tertipu...padanlah muka aku merah2 n bengkak...so hati2 buat rawatan tradisional ni...jgn sampai tertipu mcm aku...dahlah duit terbang....muka plak bengkak..makan hari gak nak surut tuh....
cehh..kena tipu rupanya ek?... ader gak camtu.... ehehehe.... ermm.. kalau aku jadi ko vios..mau 7 hari 7 malam la aku muntah2.... eeiii... geli siot.. ulat lak tu... pastu dtg dari lipas lagiii tu......
ermm... aku penah terdengar yang semua orang ader resdung.. tinggal lagi serius atau tak serius jer.... camner tu? betul ker?
#19 Guest_NAH_*
Posted 03 February 2005 - 09:19 AM
tmpt dia kat kuala muda..
cara dia...makcik tu gunakan kain putih, pas tu kain tu di gulung dan dia bakar kain tuh..asap tu la yg kuar kan putih2 dari muka kita tuh..
ok jugak la treatment tradisional tuh..hg pun tak mahal dalam rm10 kot..
aku pun dah tak ingat la hg dia...
tp mcm skang ni susah nak balik jauh2 pegi berubat..so makan pil herba je la utk resung..
#20 Guest_45412_*
Posted 03 February 2005 - 09:38 AM
1 user(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users











