Jump to content


- - - - -

sujud sahwi


15 replies to this topic

#1 aby2k2

    Korporal

  • Ahli
  • 96 posts
  • Freelance:Tidak

Posted 11 June 2002 - 03:14 PM

Tentang Sujud Sahwi

Pengertian umum Sujud Sahwi adalah sujud yang dilakukan secara khusus kerana lupa atau ragu-ragu dalam mengerjakan salah satu perbuatan atau bacaan solat,terutama hal-hal yang menyebabkan solat menjadi cacat atau kurang sempurna.

Sujud Sahwi berfungsi sebagai "denda" dari kelupaan atau keraguan. Ia dapat dilakukan dengan 2 cara :

1. Sujud Sahwi sesudah tahiyat akhir sebelum salam dalam erti kata
dilakukan dalam solat.

2. Sujud Sahwi ini dikerjakan setelah selesai solat; apabila kelupaan/keraguan itu diketahui sesudah memberi salam.

Sujud Sahwi dilakukan dengan 2 kali sujud, masing-masing didahului oleh
ucapan "Allahu Akbar" tanpa mengangkat tangan dan diakhiri dengan memberi salam “Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”.


Dalil-Dalilnya:

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang di antara kamu berdiri hendak solat, sesungguhnya syaitan akan mendatanginya lalu mengganggunya, sehingga orang itu tidak tahu lagi berapa raka'at yang telah dikerjakannya. Apabila di antara kamu mengalami yang
demikian itu, hendaklah ia sujud sahwi dua kali sambil duduk.
(Hadith Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang melaungkan azan, syaitan akan lari lintang-pukang sehingga ia tidak lagi mendengar suara azan itu. Setelah azan selesai, syaitan itu kembali semula dan berlari lagi tatkala ia mendengar suara Iqamah; kemudian ia kembali lagi dan ketika itu terlintaslah dalam hati orang yang solat berbagai perkara, karena syaitan itu membisikkan kepadanya, ingatlah ini, ingatlah itu, tentang soal-soal yang tidak pernah diingat sebelum solat, sehingga orang itu meragui berapa raka'at yang telah dilakukannya, hendaklah ia sujud dua kali sambil duduk. (Hadith Riwayat Muslim).

Dari Abdullah bin Buhainah, bahawa Rasulullah s.a.w. solat Zuhur bersama mereka, beliau terus berdiri setelah dua rakaat pertama dan tidak duduk. Para jama'ah pun tetap mengikuti Baginda sehingga Baginda selesai menyempurnakan solat, orang-orang pun menunggu salam Baginda, akan tetapi Baginda bertakbir dalam keadaan duduk (tasyahhud akhir), kemudian Baginda sujud dua kali sebelum salam, lalu salam (Muttafaq ‘Alaih).

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sedang sembahyang dan menurut kata Ibrahim: Baginda menambah atau mengurang rakaat sembahyangnya, maka setelah selesai memberi salam, baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah ada sesuatu yang telah terjadi pada sembahyang tadi? Rasulullah s.a.w bertanya kembali: Perkara apakah itu? Lalu dijawab: Sesungguhnya kamu telah mengerjakan sembahyang begini dan begini. Beliau berkata: Seketika itu juga Rasulullah s.a.w melipatkan kedua kakinya dan mengadap kiblat, lalu baginda sujud sebanyak dua kali, lantas baginda memberi salam. Kemudian beliau berpaling ke arah kami seraya bersabda: Seandainya terjadi sesuatu semasa dalam sembahyang, maka aku ingin menerangkannya kepada kamu. Tetapi aku juga manusia biasa yang boleh jadi terlupa sama seperti kamu. Apabila aku terlupa, peringatkanlah kepadaku. Apabila kamu merasa ragu-ragu ketika sembahyang, hendaklah kamu berusaha mencari yang sepatutnya dan menyempurnakannya jika kurang, selepas itu hendaklah kamu melakukan sujud sahwi sebanyak dua kali (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Daripada Ibn Mas'ud, bahawa Nabi s.a.w. telah melakukan solat Zuhur lima rakaat, kemudian Baginda ditanya, Apakah ada penambahan dalam solat?’, Jawab Baginda, Apakah yang dimaksudkan itu? Mereka berkata, ‘Kamu telah solat lima rakaat. Lalu Baginda melakukan dua kali sujud setelah memberi salam (Riwayat Jamaah, lihat Nayl al-Autar 3:121).

Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w. solat Zuhur atau Asar bersama para sahabat. Baginda salam setelah solat dua rakaat, kemudian orang-orang yang bergegas keluar dari pintu masjid berkata, 'Solat telah diqasar (dikurangi)?' Nabi s.a.w. pun berdiri untuk bersandar pada sebatang kayu, sepertinya Baginda marah. Kemudian berdirilah seorang laki-laki dan bertanya kepadanya, 'Wahai Rasulullah, apakah anda lupa atau memang solat telah diqasar?' Nabi berkata, 'Aku tidak lupa dan solat pun tidak diqasar.' Laki-laki itu lantas berkata, 'Kalau begitu anda memang lupa wahai Rasulullah.' Nabi s.a.w. bertanya kepada para sahabat, 'Benarkah apa yang dikatakannya? Mereka pun mengatakan, 'Benar.' Maka tampillah Nabi s.a.w., selanjutnya Baginda solat untuk melengkapi kekurangan tadi, kemudian salam, lalu sujud dua kali, dan salam lagi (Muttafaq ‘Alaih).

Daripada Ibn Mas'ud, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Apabila salah seorang daripada kamu meragui dalam solatnya, maka dia hendaklah mempastikan yang mana yang betul, kemudian sempurnakanlah solatnya mengikut yang diyakininya lebih betul itu, kemudian hendaklah ia memberi salam, selanjutnya sujud dua kali (Riwayat al-Jama’ah kecuali al-Tirmiziy, lihat Nayl al-Autar 3:117).

Daripada Abu Said al-Khudri katanya, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud Apabila seseorang daripada kamu ragu-ragu dalam solatnya, dengan tidak dapat mengingati bilangan rakaat yang telah dilakukan sama ada tiga atau empat, maka hendaklah mengenepikan perasaan ragu-ragu itu sebaliknya teruskanlah solat mengikut keyakinannya, kemudian sujudlah dua kali sebelum memberi salam. Jika ia telah solat lima rakaat, maka hal itu memberi syafaat kepadanya dan jika ia menyempurnakan solat empat rakaat, maka dua sujud sahwi adalah merupakan denda (seksaan) kepada syaitan (HR. Muslim).

Jelaslah bahawa sujud sahwi disyariatkan untuk menampung kekurangan solat bagi mengelak daripada mengulangi semula solat dengan sebab tertinggal perkara yang bukan menjadi perkara asas dalam solat atau menambahkan sesuatu dalam solat.


Keterangan Pertama:

Kerana lupa tasyahhud awal di raka'at kedua, jika solat itu lebih dari dua
raka'at, misalnya solat Zuhur, Asar, Maghrib dan ‘Isyak.

Dari al-Mughirah r.a., berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Apabila seseorang itu berdiri dari raka'at yang kedua, tetapi belum sempurna berdirinya, maka hendaklah ia duduk kembali dan jika telah sempurna berdiri, maka janganlah ia duduk, dan hendaklah ia sujud dua kali, iaitu sujud sahwi. (Hadith Riwayat Ahmad).

Dari Abdullah bin Buhainah, bahawa Rasulullah s.a.w. solat Zuhur bersama mereka, beliau terus berdiri setelah dua rakaat pertama dan tidak duduk. Para jama'ah pun tetap mengikuti Baginda sehingga Baginda selesai menyempurnakan solat, orang-orang pun menunggu salam Baginda, akan tetapi Baginda bertakbir dalam keadaan duduk (tasyahhud akhir), kemudian Baginda sujud dua kali sebelum salam, lalu salam (Muttafaq ‘Alaih).


Keterangan Kedua:

Kerana meragui bilangan raka'at solat, Apakah sudah 3 raka'at atau
sudah 4 raka'at. Begitulah juga kalau sholat itu 2 atau 3 raka'at, maka ambillah yang kurang dari dua yang diragukan itu, lalu tambahlah satu raka'at lagi, kemudian sujudlah karena kita terlupa.

Daripada Abu Said al-Khudri katanya, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud Apabila seseorang daripada kamu ragu-ragu dalam solatnya, dengan tidak dapat mengingati bilangan rakaat yang telah dilakukan sama ada tiga atau empat, maka hendaklah mengenepikan perasaan ragu-ragu itu sebaliknya teruskanlah solat mengikut keyakinannya, kemudian sujudlah dua kali sebelum memberi salam. Jika ia telah solat lima rakaat, maka hal itu memberi syafaat kepadanya dan jika ia menyempurnakan solat empat rakaat, maka dua sujud sahwi adalah merupakan denda (seksaan) kepada syaitan (HR. Muslim).

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sedang sembahyang dan menurut kata Ibrahim: Baginda menambah atau mengurang rakaat sembahyangnya, maka setelah selesai memberi salam, baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah ada sesuatu yang telah terjadi pada sembahyang tadi? Rasulullah s.a.w bertanya kembali: Perkara apakah itu? Lalu dijawab: Sesungguhnya kamu telah mengerjakan sembahyang begini dan begini. Beliau berkata: Seketika itu juga Rasulullah s.a.w melipatkan kedua kakinya dan mengadap kiblat, lalu baginda sujud sebanyak dua kali, lantas baginda memberi salam. Kemudian beliau berpaling ke arah kami seraya bersabda: Seandainya terjadi sesuatu semasa dalam sembahyang, maka aku ingin menerangkannya kepada kamu. Tetapi aku juga manusia biasa yang boleh jadi terlupa sama seperti kamu. Apabila aku terlupa, peringatkanlah kepadaku. Apabila kamu merasa ragu-ragu ketika sembahyang, hendaklah kamu berusaha mencari yang sepatutnya dan menyempurnakannya jika kurang, selepas itu hendaklah kamu melakukan sujud sahwi sebanyak dua kali (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Demikianlah ulasan ringkas mengenai Sujud Sahwi, semoga penjelasan ini dapat membantu saudara/i.


Wallahua’lam.


Bacaan sujud sahwi:



Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa

http://www.mohdshukri.al-ahkam.com.my

#2 lelaki@melayu.terakhir

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,856 posts
  • Location:cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 11 June 2002 - 03:37 PM

aby2k2,
berkenaan dgn Sujud Sahwi ni, saya ada keraguan ttg bacaan bilamana
kita melakukan Duduk Antara Dua Sujud ketika Sujud Sahwi ini dibuat.

Adakah bacaannya sama mcm Duduk Antara Dua Sujud yg selalu kita
baca atau ada bacaannya yg lain.

Sbb saya pernah dgr, org ckp bacaannya lain sikit.

Harap dpt membantu. smile.gif

#3 liquid7

    Pegawai Waran 2

  • Ahli Professional
  • 491 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Interests:Gardening, Photography
  • Freelance:Ya

Posted 11 June 2002 - 03:46 PM

aby2k2,
saya juga mempunyai kemusykilan yg sama macam LMT.. harap dapat perjelaskan..

seperkara lagi, saya pernah terlupa ayat seterusnya dalam bacaan surah (lazim) selepas fatehah, dan saya "gantikan" dengan bacaan surah yang lain. Kena jugak ke kita buat sujud sahwi, sbb rasanya ini jugak boleh dikategorikan sebagai "mencacatkan solat" daripada pemahaman saya kat artikel nih...

mekaseh..

#4 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 11 June 2002 - 04:35 PM

Pertanyaan:
saya kurang jelas dengan jawapan tuan pada soaljawab no. 9 yang lalu, diharap pihak tuan memperjelaskan dengan lebih lanjut mengikut pelbagai pendapat/mazhab kerana ada yang saya dengar makmum tidak perlu mengikut imam pada sujud sahwi kerana yg terlupa ialah imam.
jawabannya:
mengikut imam adalah satu perkara yang diwajibkan oleh itu meninggalkan mengikut imam dalam hal sujud sahwi ini adalah wajib dan makmun boleh saja meninggal mengikut imam ketika imam sujud sahwi dengan sharat makmun mesti niat mufarakah (membathalkan diri dari mengikut imam)sebelum imam melakukan sujud tersebut.

memang ada juga masaalah sekiranya imam terluopa bahawa sunat imam tidak melakukan sujud sahwi dengan sharat hal itu berlaku di masjid/tempat ibadah yang luas supaya tidak membathalkan makmun yang tak mengikut imam sujud dengan sebab lupa tersebut.
wallahuaalam.

utk jawaban yang lebih luas lagi belilah kitab fekah yang membicarakan seluasnya bab ini.
wallahuaalam
rujukan
Iaanah tholibon,al jamal ala minhajul tholibin. dan bujirmi ala khotib.

--------------------

Bersamalah kearah tuntutan ilahi.

http://al-ahkam.net/cgi-bin/ubb/ultimatebb...&counterhit=yes

#5 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 11 June 2002 - 04:38 PM

Rul & salman,

aku rasa lebih baik korang tanya kat al-ahkam.net


terima kasih


smile.gif

#6 aby2k2

    Korporal

  • Ahli
  • 96 posts
  • Freelance:Tidak

Posted 11 June 2002 - 05:07 PM

assalamualaikum,

nie saya ader soal jawab berkenaan tentang sujud sahwi tu...


1. saya nak tanya mengenai sujud sahwi. masa kita tengah sujud yg pertama, kita ada bangkit untuk duduk lepas itu. soalannya, masa tengah duduk antara dua sujud, masa itu nak baca bacaan apa? adakah bacaannya sama macam bacaan duduk dua sujud(duduk istiharah) atau ada bacaan lain.

Jawapan:
Bacaannya adalah sama dengan bacaan duduk istirihah.


2. lepas sujud yang kedua kita bangkit balik untuk duduk. duduk yang macam mana tu ustad? duduk macam duduk antara dua sujud ke? atau duduk tahiyat akhir?

Jawapan:
Duduk tahiyyat akhir. Kalau duduk macam duduk istirahah pun sah solat.


3. masa duduk yang last itu, ada ke bacaan lain? maksud saya bacaan tahiyat akhir atau bacaan lain. atau hanya terus sahaja beri salam selepas bangkit dari sujud yang ke-2 itu tanpa bacaan apa2. kerjasama ustad amatlah saya hargai. wassalam

Jawapan:
Tiada bacaan lagi, terus memberi salam sahaja.


Sekian.


harap2 sedikit sebanyak dapat membantu korang semua.......ataupun korang lawat laman web nie http://mohdshukri.al-ahkam.com.my

#7 lelaki@melayu.terakhir

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,856 posts
  • Location:cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 12 June 2002 - 09:06 AM

aby2k2,
Lupa pula nak tanya ttg persoalan yg paling penting sekali.
Apa HUKUM nya sujud Sahwi ni?
Adakah bila kita RAGU˛, WAJIB kita tunaikan Sujud Sahwi
atau ada Hukum˛ yg lain?

Sbbnya, Ustat kat rumah aku ada bgtau, Katakan kita lupa baca doa Qunut
masa sembahyang Subuh. Kita boleh lakukan Sujud Sahwi untuk dapatkan
pahala Qunut tadi. Tp, kalau kita tak buat, sembahyang masih sah tp pahala Qunut tadi kita tak dapatla.

#8 aby2k2

    Korporal

  • Ahli
  • 96 posts
  • Freelance:Tidak

Posted 12 June 2002 - 03:22 PM

assalamualaikum


Sujud syahwi adalah sujud yang dilakukan karena lalai dalam menjalankan salah satu tindakan shalat, misalnya lupa melakukan tasyahud awal, atau ragu-ragu dalam jumlah rakaat shalat, atau . Dalam sebuah hadist Rasulullah s.a.w. bersabda "Kalau kalian ragu dalam salat, maka ambil yang engkau yakini, dan sempurnakanlah, kemudian lanjutkan sampai salam lalu bersujudlah dua kali" (riwayat Ibnu Mas'ud H.R. Ashab Sunan). Dalam hadist lain dikatakan "Kalau kalian lupa, maka bersujudlah". Riwayat Muslim mengatakan "Kalau seseorang menambahkan sesuatu atau mengurangi sesuatu dalam shalatnya, maka hendaknya ia bersujud dua kali".

Sujud syahwi dilakukan baik dalam salat berjamaah maupun sendiri, namun dalam berjamaah ma'mum tidak boleh melakukan sujud sahwi bila imam tidak melakukannya, karena berjamaah harus mengikuti imam.

Cara melakukan sujud syahwi adalah seperti sujud biasa, dua kali. Para ulama berbeda pendapat mengenai tempat sujud syahwi.

Hanafi mengatakan setelah salam pertama kemudian dilanjutkan dengan membaca tasyahud lagi baru setelah itu melakukan salam dua kali.

Syafi'ie mengatakan sujud syahwi dilakukan sebelum (menjelang) salam setelah membaca tasyahud.

Maliki mengatakan sujud syahwi dilakukan sebelum salam bila disebabkan karena kekurangan dalam melaksanakan amalan shalat, dan setelah salam bila disebabkan oleh kelebihan dalam menjalankan amalan salat.

Hanbali mengatakan boleh memilih mana yang disukai antara sebelum dan sesudah salam, namun yang lebih utama adalah sebelum salam.

Semua pendapat mempunyai landasan hadist yang kuat.

Bacaan sujud syahwi adalah "subhaana man laa yanaamu walaa yashuu".

Hukum sujud syahwi sunat menurut mayoritas ulama dan wajib menurut pendapat Hanafi.

wallahualam

pesantrenvirtual.com/tanya/259.shtml

#9 budakit

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,282 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kg.Geliga - Segambut - Tlk.Pulai - Kg.Darat - Puchong Jaya - Kg.Bkt Naga
  • Interests:c@r!k d$!t
  • Kepakaran:Assemble PSU ... hehe
  • Freelance:Tidak

Posted 03 July 2002 - 03:35 AM

a'kum.aku nak bg pdpt psl sujud sahwi ni.secara ringkasnya sujud sahwi dilakukan kalau kiter terlupa melakukan salah satu atau lebih rukun2 yg wajib dlm solat atau terluper bilangan rakaat.

4 example;
Mamat semayang zohor,sampai rakaat yg ke2 tiba2 dia terlupa dia berada dlm rakaat yg ke berapa.dlm hatinya berkata"eh..aku dah rakaat yg kedua ke masih rakaat yg pertama"so Mamat rase was2
.w/pun secara realitinya Mamat dah berada dlm rakaat yg kedua ttp hatinya was2 ttg bil.rakaatnya so dia harus membuat sujud sahwi.

korang nak tau naper dan apa relevannya kene buat sujud tu??
1)Andaikan Mamat masih pd rakaat yg pertama,tp Mamat berasa sudah berada dlm rakaat yg kedua so dia pun teruskan semayang sampailaa abis.So maknanya bil.rakaat Mamat tak cukup,cume 3 rakaat,sedangkan solat Zohor 4 rakaat.Hukum solat Mamat tidak sah krn tidak cukup bil.rakaatnya andai semasa tgh solat tu Mamat dah rase was2.Tp lain plak keadaannya kalau Mamat tak timbul rase was2 langsung mase tgh solat w/pun bil.rakaatnya tak cukup.So solatnya sah.

2)Andaikan Mamat mmg berada pd rakaat yg pertama,tp Mamat rase was2.Dia teruskan gak sbb dia rase dia mmg pd rakaat yg pertama sdgkan hatinya mengatakan dia dah pd rakaat yg kedua.Dia pun abiskan solatnya.So maknanya bil.rakaat Mamat mmg cukup,4 rakaat.Hukum solat Mamat mmg sah tp hatinya masih was2.

Solutions
a)andai rase was2 ttg bil.rakaat w/pun sebenarnya Mamat mmg berada dlm rakaat yg betul ataupun tidak,dia mesti membuat sujud sahwi krn:

a.1] kalau Mamat mmg berada dlm rakaat yg betul tp was2 dan dia mesti tambahkan satu rakaat lagi & membuat sujud sahwi.Bermakna kalau semayang zohor jd ler 5 rakaat.dan ngan sujud sahwi laa dpt membetulkan kecacatan solat tu(ade hadis yg mengatakan bhw setan akan ketawa melihat kebodohan manusia sbb lupe bil.rakaat/lupe melakukan rukun2 wajib solat('cacat'kan solat) tp setan akan berlari dan menangis kalau manusia itu td melakukan sujud sahwi)

a.2]kalau Mamat bukan berada dlm rakaat yg betul dan was2(tertanya2 bil.rakaat),dia mesti tambahkan 1 rakaat lg & membuat sujud sahwi.Bermakna kalau solat zohor jd ler 4 rakaat.dan dgn sujud sahwi tu mencukupkan apa kekurangan dlm solat zohor yg Mamat lakukan itu td.

p/s:Psl doa qunut tu adlh rukun sunat dlm solat subuh.so kalau terlupe pun tidak mengapa tak perlu sujud sahwi.cume kita kekurangan pahala la sbb menambah amalan sunat dlm kehidupan harian dpt menambahkan pahala selain melakukan ibadah wajib.sekian..adios biggrin.gif
ISLAM ITU INDAH...

#10 Guest_amsforce79_*

  • Tetamu

Posted 28 August 2002 - 09:56 AM

bacaan yg aku tau untuk duduk pertama lepas dari sujud utk sujud sahwi tu adalah seperti berikut :-

"rabbighfir warham wa anta khairurrahimin" tapi takut korang salah baca pulak pasal takde tulisan arab, tapi yg lain tu okay aje tang rabbigh tu... 'gh' tu adalah huruf ghin, ala kalau ain ada titik, ape huruf nya, huruf ghin la....

tapi, sebenarnya boleh aje baca ape2 yg sesuai... sebab, kalu nak diikutkan, rasulullah juga pernah membaca dengan ayat yang lain utk rukuk dan sujud, tidak semestinya ayat yg sedang kita baca sekarang ini...

#11 budakit

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,282 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kg.Geliga - Segambut - Tlk.Pulai - Kg.Darat - Puchong Jaya - Kg.Bkt Naga
  • Interests:c@r!k d$!t
  • Kepakaran:Assemble PSU ... hehe
  • Freelance:Tidak

Posted 04 September 2002 - 02:29 AM

amsforce79 kater :

QUOTE
tapi, sebenarnya boleh aje baca ape2 yg sesuai... sebab, kalu nak diikutkan, rasulullah juga pernah membaca dengan ayat yang lain utk rukuk dan sujud, tidak semestinya ayat yg sedang kita baca sekarang ini...
mana ko tau amsforce79??? ada dalil akli atau nakli ke yg membuktikan kebenaran apa yg ko kater tu?cakap siang pandang2 cakap mlm dengar2. Rasulullah pernah bersabda "Sesiapa yang mendustakan diriku (berkata dusta tentang diri atau perbuatan Rasulullah) dialah org yg pertama akan dicampak ke neraka"

rukun sembahyang kita ada 13.dan yg terakhir sekali adalah tertib.setiap zaman macam zaman dahulu akan semakin berubah sehinggala zaman sekarang.Di Malaysia umat Islam kita memegang mazhab Imam Shafie. Setiap apa yg kita baca dan lafazkan sewaktu sembahyang adalah puji2an kepada Allah S.W.T yg satu.

QUOTE
tidak semestinya ayat yg sedang kita baca sekarang ini...


apa yg kita baca dan lafazkan dlm sembahyang telah ditentukan dgn tertib mengikut mazhab Imam Shafie.mmg tak salah kalau kita buat sebagaimana Rasulullah lakukan (andainya benar) tapi kita kene mengikut mazhab dan adat "di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung"

adios...... :-?

#12 Guest_amsforce79_*

  • Tetamu

Posted 04 September 2002 - 01:02 PM

jika anda membaca kisah2 dan riwayat rasulullah, tentu anda tahu... contohnya, bilemana rasulullah sujud terlalu lama, apakah 'rintihan' Rasulullah pada Allah S.W.T., dan lagi.... sah solat bagi rukuk dan sujud adalah pada fi'li iaitu perbuatan... rukuk dan sujud adalah kategori fi'li. ada 3 kategori, fi'li (perbuatan), qalbi (hati), qauli (perkataan)...

macam kewajipan membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat, adalah rukun qauli iaitu bacaan... sementelahan pula pada rukun rukuk dan sujud adalah kategori rukun fi'li iaitu perbuatan.. oleh itu, tiada salah membaca sebarang ayat yg menyatakan puji-pujian pada Allah... bagi setiap pergerakan pula, perlu ada toma'ninah, iaitu berhenti seketika sekadar mengucapkan subhanallah... oleh itu, kalu anda tidak mahu membaca ape2 sekali pun pada rukuk dan sujud, tidak mengapa, tapi perlulah anda berhenti seketika sekadar membaca subhanallah, baru boleh meneruskan pada rukun seterusnya...

adakah ini penjelasan ini jelas...

budak it kata :
mana ko tau amsforce79??? ada dalil akli atau nakli ke yg membuktikan kebenaran apa yg ko kater tu?

ok, cuba bagi dalil pulak yg mengatakan bahawa membaca bacaan dalam rukuk tu adalah wajib dengan bacaan yg ada sekarang nie....

wassalam.

#13 budakit

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,282 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kg.Geliga - Segambut - Tlk.Pulai - Kg.Darat - Puchong Jaya - Kg.Bkt Naga
  • Interests:c@r!k d$!t
  • Kepakaran:Assemble PSU ... hehe
  • Freelance:Tidak

Posted 06 September 2002 - 05:14 AM

amsforce79 kater:

QUOTE
oleh itu, tiada salah membaca sebarang ayat yg menyatakan puji-pujian pada Allah... bagi setiap pergerakan pula, perlu ada toma'ninah
budakit kater:

QUOTE
mmg tak salah kalau kita buat sebagaimana Rasulullah lakukan (andainya benar) tapi kita kene mengikut mazhab dan adat "di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung"


bukan apa takut sesetengah org yg kurang arif mengenai perihal sembahyang ini akan jadik konfius mengenai dakwaan ko tu even ianya betul.yg paling senang ikut kaedah syariah yg telah ditetapkan.abis citer,org lain pun tak konfius atau was2. smile.gif

#14 budakit

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,282 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kg.Geliga - Segambut - Tlk.Pulai - Kg.Darat - Puchong Jaya - Kg.Bkt Naga
  • Interests:c@r!k d$!t
  • Kepakaran:Assemble PSU ... hehe
  • Freelance:Tidak

Posted 06 September 2002 - 05:37 AM

sewaktu sembahyang dlm sedar atau pun tidak kita sebenarnya sedang memuji kebesaran Allah,bertasbih,bertasmid dsb.Allah suka pd hambanya yg memuji kebesarnNya.

sewaktu bersembahyang jugak dlm sedar atau tidak kita berselawat kepada junjungan nabi kita.

Imam Shafie dan para ulama bersepakat mengenai rukun sembahyang yg sedia ada sekarang.Di Malaysia kita memegang pd mazhab shafie. pd rukun yg terakhir menjelaskan rukun sembahyang tertib.Tertib bermaksud bukan sahaja dr segi fi'li malah qauli dan juga qalbi.Dlm rukuk dan sujud jelas bacaannya memberi makna memuji kebesaran Allah S.W.T.Memuji sebenar2 pujian akan kebesaran Allah adalah besar ganjarannya.

mmg apa yg amsforce79 katakan itu tidak salah. sembahyang itu adalah wajib dan ianya termasuk dlm ibadah khusus.manusia tidak cukup jika sekadar melakukan ibadah khusus bahkan harus melakukan ibadah umum juga.cth ibadah umum seperti bertasbih dsb.

semua org tahu bahwa melakukan solat mendapat pahala tetapi bergantung dgn kualiti perbuatan sembahyang kita itu sendiri sama ada cacat atau pun tidak.dgn mengikut tertib sembahyang (fi'li+qauli+qalbi) yg sedia ada sekurang2nya menambahkan ganjaran pahala.

mmg Islam itu mudah tapi kita tidak boleh mengambil kesempatan atas ke'mudah'anya itu.terpulangla pd setiap individu bagaimana hendak melaksanakan solatnya.tapi harus diingat apa yg paling penting ialah tertib dlm qalbi,fi'li dan qauli. :wink:

-Islam itu mudah-

#15 Guest_amsforce79_*

  • Tetamu

Posted 09 September 2002 - 04:26 PM

setuju dengan apa yg budakit tulis tu... tu la sebabnya, perkara yg sunat seperti bacaan ketika rukuk dan sujud tidak perlu dibahaskan, cukup sekadar dilaksanakan sahaja... macam puasa sunat bulan rejab nie... tentunya sunat... jgn la pulak bergaduh ngan kengkawan dok kata, apa la kao nie, apasal tak puasa, banyak ooo pahala puasa bulan rejab... padahal perkara tersebut hanya sunat sahaja... tak pasal2 pulak kawan tu marah... kan ke naya... padahal dia tak tau yg kawan tu selalu puasa Isnin & Khamis, dia tu tunggu dan harap bulan aje la....

seperti juga memyakini dan menghafal sifat 20 puluh... kalu nak ikut mazhab, 20 sifat wajib, 20 mustahil dan 1 sifat harus bagi Allah... bagi pendapat ulama lain, tidak terbatas kepada 20 sifat sahaja, kerana Allah itu Maha Kaya, so, mestilah banyak lagi sifat2 yg tidak disebutkan di dalam sifat 20 tersebut... perkara sebegini sama seperti kes bacaan dalam rukuk dan sujud. perkara2 tersebut ditetapkan untuk memudahkan manusia untuk mengerjakan ibadah, mengingat, dapat mengajar manusia lain utk memberi faham dengan lebih mudah...

selagi mana perkara yg dibincangkan tidak melibatkan soal aqidah iaitu perkara2 furu' (cabang), maka semua pendapat boleh diterima untuk diamalkan dan dilaksanakan oleh umat Islam...

tetapi kesempurnaan ibadah tidak akan terjejas hanya kerana kita menukar bacaan di dalam sujud dan rukuk tersebut... banyak perkara lain yg perlu diambil perhatian untuk kesempurnaan dan kekhusyukan solat seperti yang ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di dalam bukunya, Khusyu' Solat (tak pasti, takut salah lak).

Tuan Guru ada menyebut salah satunya adalah memahami apa yg dibacakan dan seterusnya menghayati setiap makna ayat tersebut seperti ketika membaca ayat 3 surah Al-Fatihah... 'yang menguasai hari pembalasan' so, kita kena gambarkan hari akhirat dgn manusia tiada kuasa pada hari itu, hanya Allah sahaja yg akan mengadili setiap perkara....

terpulang kepada individu untuk menjadikan ibadah mereka yg terbaik di sisi Allah....

#16 budakit

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,282 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kg.Geliga - Segambut - Tlk.Pulai - Kg.Darat - Puchong Jaya - Kg.Bkt Naga
  • Interests:c@r!k d$!t
  • Kepakaran:Assemble PSU ... hehe
  • Freelance:Tidak

Posted 12 September 2002 - 01:39 PM

QUOTE
terpulang kepada individu untuk menjadikan ibadah mereka yg terbaik di sisi Allah....


aku sokong smile.gif2





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users