Jump to content


SKIM PENGELUARAN PENDIDIKAN KWSP


  • You cannot reply to this topic
No replies to this topic

#1 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 12 June 2002 - 12:04 PM

Skim ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun II untuk tujuan membiayai yuran pengajian ahli dan/atau anak-anak ahli di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Peringkat Pengajian

Ahli :

di peringkat diploma dan ke atas.

Anak Ahli :

di peringkat ijazah dan ijazah lanjutan.

Amaun Yang Layak Dikeluarkan

Amaun yang layak dikeluarkan ialah jumlah yuran pengajian setahun atau kesemua simpanan Akaun II, mengikut mana yang kurang.

Pengeluaran boleh dibuat sekali setiap tahun pengajian untuk ahli dan/atau anak-anak ahli tertakluk kepada baki simpanan ahli di dalam Akaun II

Cara Bayaran Dibuat

Terdapat tiga cara bayaran dibuat oleh KWSP di bawah skim ini iaitu:

Bayaran terus kepada institusi pengajian tinggi tempatan.
Bayaran kepada ahli* jika ahli atau anak ahli mengikuti pengajian di luar negara atau ahli yang telah membayar yuran pengajian itu terlebih dahulu, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
Bayaran kepada institusi pemberi pinjaman untuk menyelesaikan atau mengurangkan baki pinjaman pendidikan dengan syarat ahli atau anak ahli masih mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi serta pinjaman pendidikan dibuat atas nama ahli atau nama ahli dan anak ahli.
* Mulai 1 Ogos 2001, KWSP akan membuat bayaran pengeluaran terus ke dalam akaun bank ahli sekiranya ahli telah membayar yuran pengajian terlebih dahulu atau mengikuti pengajian di luar negara.

Cara Memohon

Sebelum membuat permohonan, ahli dikehendaki menyemak baki penyata simpanannya dalam Akaun II dan mendapatkan surat pengesahan amaun yang boleh dikeluarkan di bawah skim ini. Untuk mendapatkan surat ini, dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan:

Surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi untuk ahli dan/atau anak ahli atau surat tawaran pendaftaran untuk kemasukan tahun-tahun berikutnya.
Kad pengenalan ahli.
Salinan buku akaun bank atau Penyata Akaun Semasa ahli.
Ahli boleh memohon skim ini dengan mengisi borang KWSP 9H (AHL) dan mengemukakannya ke mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat KWSP yang berhampiran. Ahli juga boleh menghantar pertanyaan melalui e-mail.





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users