ITTutor.net: Telekom Malaysia Laksana Vss - ITTutor.net

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Telekom Malaysia Laksana Vss Rate Topic: -----

#1 Guest_dPJ_*

  • Group: Tetamu

Posted 24 February 2005 - 10:38 AM

QUOTE
Telekom Malaysia laksana VSS


SYARIKAT telekomunikasi terbesar negara ini, Telekom Malaysia Bhd (Telekom Malaysia) akan melaksanakan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) membabitkan semua kakitangan yang layak.

Telekom Malaysia berkata, skim pemisahan yang ditawarkan kepada kakitangan semua peringkat dalam kumpulan itu sebahagian program rasionalisasinya untuk memantapkan guna tenaganya.

Katanya, VSS yang ditawarkan memberi kakitangan pilihan sama ada mencari pekerjaan bersama organisasi lain atau memulakan perniagaan sendiri.

“VSS ini juga membolehkan Telekom Malaysia mengoptimum penggunaan tenaga kerja, meningkatkan tahap produktiviti dan kecekapan serta daya saing,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Ketika ini, Telekom Malaysia mempunyai 30,500 pekerja. Berdasarkan kajian, Telekom Malaysia antara syarikat telekomunikasi yang mempunyai tenaga kerja terbesar di rantau ini.

Syarikat itu menjelaskan VSS itu ditawarkan selepas mengambil kira proses sepatutnya mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan selain amalan terbaik yang dipraktikkan syarikat tempatan lain.

“Tawaran ini juga mengambil kira pandangan pihak berkaitan termasuk pemimpin kesatuan. Ini adalah skim sukarela,” katanya.

Syarikat itu juga menjelaskan berdasarkan maklum balas awal, sehingga 10 peratus daripada keseluruhan anggota kerjanya dijangka memohon untuk VSS itu.

“Skim Pelepasan Sukarela ini dijangka selesai akhir April ini,” katanya sambil menambah pekerja yang diterima menerusi skim itu akan menerima sagu hati sewajarnya.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak menyatakan bentuk imbuhan kepada mereka yang diterima, jumlah pekerja yang akan diberhentikan atau peruntukan yang disediakan syarikat untuk melaksanakan skim itu.

Program rasionalisasi Telekom Malaysia yang juga sebahagian daripada lima strategi yang diumumkan September tahun lalu, bertujuan menjadikan Telekom Malaysia lebih berorientasikan keuntungan dan kecekapan.

Skim itu akan membolehkan syarikat menanda aras kos dan kecekapannya berbanding syarikat telekomunikasi lain.

“Telekom Malaysia mahu menjadi syarikat yang lebih berdaya saing,” katanya.

Syarikat itu juga menjelaskan ia akan menyediakan program soal jawab bersama staf, penerangan di intranet, perkhidmatan pertanyaan melalui e-mel, telefon dan secara perseorangan oleh Jabatan Sumber Manusia Kumpulan bagi menjawab sebarang pertanyaan berhubung skim itu.

Syarikat itu akan melaksanakan Program Sokongan Peralihan Karier bagi tenaga kerja yang permohonan untuk VSS diluluskan.

“Ini akan membantu anggota kerja yang bakal meninggalkan syarikat untuk menguruskan jangka masa peralihan ini, mengatur arah tuju karier mereka dan memulakan karier dalam bidang baru dalam masa yang singkat,” katanya.


Sebelum ni aku dah dengar, byk co. akan tumpu pada core business dia. Line IT akan outsource. Mcm Bank la. Tgk Maybank, RHB Bank.
0

#2 Guest_nadzuan_*

  • Group: Tetamu

Posted 25 February 2005 - 06:56 AM

dlm radio pun ada cakap Telekom nak VSS
0

#3 User is offline   fakhrul77 Icon

  • Pegawai Waran 1
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 302
  • Joined: 10-December 04
  • Gender:Male
  • Location:Bdr Bukit Mahkota Bangi
  • Interests:al-Quran & al-Hadith
  • Kepakaran:Exchange
  • Freelance:Tidak

Posted 25 February 2005 - 09:40 AM

My Wife kerja kat Celcom, mmg depa tgh buat VSS utk Celcom sekali, kesian.. Celcom baru je lepas buat VSS sbelum merge dgn TM Touch. Depa ni tak kesian ke kat staff? Wife aku ckp diorang nyer offer tak menarik pun...
0

#4 User is offline   eci Icon

  • Pegawai Waran 1
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 348
  • Joined: 17-March 04
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Terengganu-jerteh-jasin
  • Interests:pegi bederak
  • Kepakaran:Sistem Komputer
  • Freelance:Tidak

Posted 25 February 2005 - 10:02 AM

Aku dengar dlm berita td, VSS ni di buka untuk suma jawatan dlm Telekom, Tidak ade paksaan, sukarela... Nak bagi mereka ceburi kerjaya lain..

Tak de paksaan.. tp kena push je laugh.gif
0

#5 User is offline   Mr3 Icon

  • Staf Sarjan
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 193
  • Joined: 30-April 03

Posted 25 February 2005 - 10:42 AM

dulu time aku praktikal kat telekom pun dia org buat VSS..aku rasa sasaran dia org nie kat org yg dkt2 pencen..srh dia org behenti awal...banyak perkhidmatan telekom nie di kontrakkan mcm repair tel dll..nak jimatkan kos operasi katakan.
0

#6 Guest_NAH_*

  • Group: Tetamu

Posted 25 February 2005 - 02:10 PM

Mmg Celcom skang tgh VSS...aku pun dok pikir nak amik ke tak..
Offer kureng menarik la...blh survive setakat 5-6 bulan je la...
0

#7 User is offline   kukun Icon

  • Sarjan Mejar
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 282
  • Joined: 18-November 04
  • Gender:Male
  • Location:nun jauh di sana
  • Interests:cabut button G kat laptop...<br />cabut stiker lawa kat hardware computer...mcm SUN,HP,MIMOS,CISCO....hehehe
  • Kepakaran:cabut button G kat laptop...
  • Freelance:Tidak

Posted 25 February 2005 - 02:41 PM

QUOTE(NAH @ Feb 25 2005, 02:10 PM)
Mmg Celcom skang tgh VSS...aku pun dok pikir nak amik ke tak..
Offer kureng menarik la...blh survive setakat 5-6 bulan je la...

sabar2...sabr kak...sabar... biggrin.gif laugh.gif
0

#8 Guest_NAH_*

  • Group: Tetamu

Posted 25 February 2005 - 02:52 PM

kukun,
tgh bersabar nih..hehehe...

offer kali ni

kalau exec dapat 1.5 x gaji pokok x baper tahun keje
kalau non exec dapat 2.0 x gaji pokok x baper tahun keje
ada lagi la kira2 utk yg 50 tahun keatas dan macam...

tp ni sumer bergantung pada bos2 jugak samada dia approve kan atau tak..sbb bos aku dh ckp..key person cannot maaa.....sbb unit aku kritikal..still nak hire org...

ni yg tension nih...huwaaaa....
0

#9 User is offline   moff17 Icon

  • Pegawai Waran 2
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 443
  • Joined: 06-February 04
  • Interests:Buat Duit Siang malam, dari hujung kaki sehingga hujung rambut.
  • Kepakaran:Making Money Out Of Thin Air
  • Freelance:Tidak

Posted 25 February 2005 - 03:00 PM

waaa ade keje kosong le plak kat telekom tu.ape postnyer?
0

#10 Guest_NAH_*

  • Group: Tetamu

Posted 25 February 2005 - 03:14 PM

QUOTE(moff17 @ Feb 25 2005, 03:00 PM)
waaa ade keje kosong le plak kat telekom tu.ape postnyer?

bukan kat telekom...celcom ler..

tp post ni nak sorang jer..prefer male..
sbb sonang nak kena keja after office hour dan cuti2 pun blh dtg opis..
hehehe..kalau berminat anta resume kt aku..

aku just blh submit dekat bos. apa pun dia org akan uruskn after VSS abis la kot..
0

#11 User is offline   kukun Icon

  • Sarjan Mejar
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 282
  • Joined: 18-November 04
  • Gender:Male
  • Location:nun jauh di sana
  • Interests:cabut button G kat laptop...<br />cabut stiker lawa kat hardware computer...mcm SUN,HP,MIMOS,CISCO....hehehe
  • Kepakaran:cabut button G kat laptop...
  • Freelance:Tidak

Posted 26 February 2005 - 10:48 AM

QUOTE(NAH @ Feb 25 2005, 03:14 PM)
bukan kat telekom...celcom ler..

tp post ni nak sorang jer..prefer male..
sbb sonang nak kena keja after office hour dan cuti2 pun blh dtg opis..
hehehe..kalau berminat anta resume kt aku..

aku just blh submit dekat bos. apa pun dia org akan uruskn after VSS abis la kot..

post ape ekk...

kalau dah dpt offer lain kira orait la..nak blah...nanti duk meraban cari keje...mati la..sabar...sabar... biggrin.gif laugh.gif
0

#12 User is offline   AbgLang Icon

  • Leftenan
  • Icon
  • Group: Ahli
  • Posts: 1,497
  • Joined: 03-October 02
  • Location:Sabahan.NET
  • Freelance:Ya

Posted 26 February 2005 - 01:31 PM

QUOTE(NAH @ Feb 25 2005, 03:14 PM)
bukan kat telekom...celcom ler..

tp post ni nak sorang jer..prefer male..
sbb sonang nak kena keja after office hour dan cuti2 pun blh dtg opis..
hehehe..kalau berminat anta resume kt aku..

aku just blh submit dekat bos. apa pun dia org akan uruskn after VSS abis la kot..

area mana tu? bleh aku joint biggrin.gif biggrin.gif
0

#13 Guest_george of the jungle_*

  • Group: Tetamu

Posted 26 February 2005 - 10:57 PM

HAh..fakta yang menakutkan.Dahlah peluang cari kerja amat terhad skrg ni. Tu belum campox dgn fresh graduate yang cari kerja lagi tu...
Wu..takutnya kena VSS zaman globalisasi ni.
0

#14 Guest_dPJ_*

  • Group: Tetamu

Posted 28 February 2005 - 09:31 AM

TELEKOM boleh jimat RM300 juta jika 3,000 staff pilih VSS. Lagi byk lagi baik. biggrin.gif
0

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

1 User(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users