QUOTE(2furious)
no komen la .. lain org lain pandangan..
betul tuh, atau lain pompuan lain perangai.
tidak dinafikan bahawa bidang It adalah bidang teknikal.
di office aku pun kebih kurang 70% adalah perempuan.
ada yang mampu dan ada yang "buat" tidak mampu
untuk melaksanakan tugas di bidang It.
pada aku jantina bukanlah penghalang kepada pekerja
dibidang IT tapi niat bekerja, komitmen kepada kerja
dan halangan yang yang sengaja dicipta tampak menjadi
alasan mengapa dikalangan perempuan tidak sesuai dibidang IT.
kebiasaanya ada golongan perempuan yang segan bekerja
tak dibiarkan ke bawah meja nak cek utp kabel, angkat komputer dan
tugas luar pejabat dll.
alasan jantina perempuan itu sendiri, komitmen kepada suami,anak
dan keluarga juga menjadi faktor mengapa perempuan dilihat
sukar untuk memberikan komitmen sebaiknya, sedangkan "gaji" yang
diterima sama sahaja dengan yang lain.
kesimpulannya, jantina perempuan bukanlah penghalang untuk mereka
bersama-sama berganding tenaga memajukan bidang It, tapi alasan
yang dicipta untuk kaum perempuan telah membataskan tenaga mereka
dalam memberikan komitmen kerja bukan sahaja bidang It tapi bidang
teknikal yang lain.
pandangan 10sen.
This post has been edited by jajabing: 17 March 2005 - 04:32 PM