Kementerian Belia dan Sukan dan 59iCONS menganjurkan satu peraduan Merekacipta/Warnakan Jersi Kebangsaan kepada rakyat Malaysia untuk menetapkan rekabentuk dan warna jersi ahli sukan dan atlit negara.
OBJEKTIF
Berikut adalah objektif penganjuran Peraduan Merekacipta/warnakan Jersi Kebangsaan:
# Memilih identiti ilhamcipta, rekabentuk, corak dengan penggunaan kombinasi warna yang sesuai dan diterima pakai sebagai jersi negara
# Mengukuhkan semangat jatidiri dan memperteguhkan perasaan cintakan pada negara melalui mereka bentuk jersi negara
# Mempereratkan tumpuan rakyat kepada suatu usaha murni secara khusus demi kesejahteraan negara dan masyarakat sejagat
SYARAT PERTANDINGAN
# Peraduan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
# Setiap penyertaan perlu dikepilkan dengan borang penyertaan yang boleh didapati di akhbar-akhbar Berita Harian dan New Straits Times
# Pihak panel juri akan menilai dan memilih para pemenang. Keputusan adalah muktamad. Sebarang pertanyaan dan rayuan tidak akan dilayan
# Warna jersi perlulah mengikut warna-warna bendera Malaysia, Jalur Gemilang
# Anda dikehendaki merekacipta dan mewarnakan baju, seluar dan stokin.
HADIAH YANG DITAWARKAN
Hadiah yang bernilai tinggi dan bermutu akan menjadi penarik bagi mendapat lebih perhatian dan penyertaan.
Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:
HADIAH PERDANA
Pencipta `design' terbaik akan menerima hadiah:
# Wang tunai sebanyak RM10,000.00
# Sebuah kereta Proton Gen2
# Tiket penerbangan MAS ke London
# Penginapan di London selama 4 hari 3 malam
# Sistem teater rumah
# Komputer peribadi
HADIAH KEDUA
# Wang tunai sebanyak RM5,000.00
# Komputer Peribadi
HADIAH KETIGA
# Wang tunai sebanyak RM3,000.00
# Komputer Peribadi
-----------------------------------------------------------
ada yg dah cuba design belum? cuma bg aku pertandingan ni agak konfius. maksud yg dia nak ni mcm design kita boleh masuk utk semua jersi sukan. Letih jugak tu nak pikir. Jersi bola..hoki..takraw...tara hal nak sama. Mcm gimrama...angkat berat tu leceh gak tu. eheheh
anyway..tarikh tutup rasanya 25hb April. Info ni aku copy paste dr era.fm. Maklumat lanjut boleh tgk newspaper.
Masih belum terlewat utk men design..
































