Jump to content


Perisian menyekat laman lucah


13 replies to this topic

#1 kayray

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 237 posts
  • Gender:Male
  • Location:kuala terengganu
  • Freelance:Tidak

Posted 01 June 2005 - 03:08 AM

QUOTE
Tiada akses di pejabat:
Perisian sekat laman web lucah diperluas ke jabatan, sekolah
Oleh Kadir Dikoh dan Mohd Feroz Abu Bakar

PUTRAJAYA: Penggunaan perisian khas bagi menyekat akses ke laman web lucah di internet yang kini digunakan di beberapa jabatan kerajaan, akan diperluaskan ke semua agensi awam termasuk sekolah.

Pada masa sama, Kementerian Pelajaran dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyediakan memorandum bersama kepada Kabinet mengenai kesan pornografi ke atas pelajar dan kaedah menanganinya.

Ini adalah beberapa langkah diambil kerajaan dalam menangani masalah melayari laman web lucah, terutama di kalangan pelajar, yang dikatakan semakin berleluasa sekarang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua jabatan kerajaan dan agensinya termasuk sekolah sudah diarah memasang perisian khas pada sistem komputer mereka bagi menyekat akses kepada laman web lucah di internet.

Ketika ini, perisian khas itu sudah digunakan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berupaya menapis kemasukan bahan lucah melalui internet dan menyekatkan capaian seseorang daripada melayari laman web seumpamanya.

Bagaimanapun, katanya, tidak akan ada penapisan internet di Koridor Raya Multimedia (MSC), kawasan seluas 750 kilometer persegi yang menjadi pusat pembangunan industri teknologi maklumat dan komunikasi negara.

“Di luar kawasan MSC, kita masih terbuka dari segi apa tindakan yang boleh kita lakukan (untuk menyekat akses ke laman web lucah),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkukuhkan Penyampaian Program Keusahawanan Felda di Hotel Marriot Putrajaya di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan dan ibu bapa memasang perisian khas komputer bagi menyekat penyaluran bahan lucah melalui internet di negara ini.

Bekas Perdana Menteri ketika menyampaikan ucaptama di persidangan antarabangsa mengenai Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi 2005 di Melaka Isnin lalu, berkata perisian khas itu bagi menyekat orang ramai mengakses bahan lucah di internet, dalam usaha membendung keruntuhan moral di kalangan generasi muda.

Laporan akhbar semalam menyebut, rakyat negara ini terutama kanak-kanak kini terdedah kepada 1.5 juta laman web lucah di internet dan ia boleh diakses dengan mudah tanpa sebarang sekatan oleh sesiapa saja.

Najib berkata, kerajaan memang bimbang dengan kehadiran laman web lucah di sebalik galakan kepada rakyat untuk menggunakan aplikasi teknologi baru kerana banyak faedah yang boleh diperoleh.

"Tetapi ada kesan negatif menggunakan internet ini, kita masih bimbang. Perkara ini kita kena kaji apa yang patut kita lakukan selain mengukuhkan nilai dan akhlak sebagai satu pencegahan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menyekat akses kepada laman web yang pro parti pembangkang pada sistem komputer kerajaan di jabatan serta agensinya.

Mengenai saranan Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-Kanak (MCPSA) supaya sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan bagi menyekat akses kepada laman web lucah, Najib berkata, ia terpulang kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Suruhanjaya Multimedia bagi mengkaji perkara itu.

Sementara itu, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata satu memorandum sedang disediakan oleh Jawatankuasa Bersama Pendidikan Seksualiti yang akan diperhalusi oleh kementeriannya serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Katanya, pendidikan seksualiti akan dijadikan kaedah penting untuk memperkukuh jiwa pelajar bagi mengatasi pengaruh bahan lucah sama ada daripada internet atau sumber lain.

Beliau berkata, walaupun Kementerian Pelajaran berjaya menghalang capaian pornografi di sekolah menerusi perisian komputer, pelajar masih boleh mendapat bahan itu menerusi telefon bimbit atau medium lain.

"Tetapi jika kita berjaya mengukuhkan jiwa pelajar mengenai apa yang betul dan apa yang tidak benar, mereka akan mempunyai benteng dalaman yang mampu menangani apa saja bahan pornografi.

"Aspek ini akan dimasukkan dalam kurikulum pendidikan seksualiti dengan memperluas skopnya bagi menangani pengaruh bahan lucah ke atas remaja,” katanya selepas menerima sumbangan 200 naskhah buku Down Memory Lane with Mrs NC Partridge di Putrajaya, semalam.

Buku mengenai bekas Guru Besar Methodist Girl School, Kuala Kangsar, NC Partridge itu ditulis oleh bekas muridnya, Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


Baru-baru ini topik ini telah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir dan diikuti oleh kenyataan dari timb. Perdana menteri mengenai isu ini. Boleh bagi komen sikit tak mengenai perisian yang mempu menyekat laman web lucah ini.

#2 enduser

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,312 posts
  • Location:ipoh

Posted 01 June 2005 - 08:16 AM

perisian2 seperti ini dah lama digunakan. Utk internet akses kat sini sumer kene filter termasuk la irc/p2p dan lain2. Mungkin byk lagi jabatan2 kerajaan yg tidak implement bende ni.

utk personal use pulak, saya guna outpost firewall yg ada plug-in module utk tapis laman2 web & sbgnya... tapi its not free.

utk free application, saya cadangkan guna solution2 spt

IE-SPYAD: Restricted Sites List for Internet Explorer
https://netfiles.uiuc.edu/ehowes/www/resource.htm#IESPYAD

MVPS HOSTS File
http://www.mvps.org/winhelp2002/hosts.htm

#3 root

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 2,093 posts
  • Gender:Male
  • Location:Perantauan Jalur Lebar Tanpa Wayar.
  • Interests:Komputer dan membaca
  • Kepakaran:./configure && make && make install
  • Freelance:Tidak

Posted 01 June 2005 - 09:12 AM

Tiada perisian yang lebih berkesan selain dari DIDIKAN yang sempurna. Letaklah berlapis-lapis penapis sekali pun, pasti ada yang terlepas ATAU yang cuba melepaskan diri smile.gif Maka DIDIKAN, terutama didikan agama sangat-sangat penting bagi menapis benda-benda sebegitu dari meresap kedalam fikiran.

#4 dzackjr

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 871 posts
  • Gender:Male
  • Location:Sentul New Town
  • Interests:Surfing, Reading, Outdoor activities, Testing something new n gaming
  • Kepakaran:Sgt Pakar dlm Bidang Download mendownload.. :-p
  • Freelance:Tidak

Posted 01 June 2005 - 09:17 AM

kalau Network ADMIN pun kaki jugak.... x berkesan ler jawabnya... tongue.gif

#5 fakhrul77

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 304 posts
  • Gender:Male
  • Location:Bdr Bukit Mahkota Bangi
  • Kepakaran:Exchange 2003
  • Freelance:Tidak

Posted 01 June 2005 - 09:20 AM

Saya sebagai Internet Proxy Administrator tak pernah guna perisian menyekat laman web lucah, dan juga tak tahu sejauh mana keberkesanan perisian ini (kami filter manually melaui proxy). Walaubagaimanapun kalau perisian ini berkesan, saya rasa perisian ini wajib digunakan untuk mana-mana organisasi yang mempunyai akses internet, kerana laman web lucah bukan sahaja meruntuhkan akhlak dan moral pekerja, malah laman web lucah mempunyai pelbagai ancaman dari segi ad/spy-ware, worms etc. as a result mengancam organisasi itu sendiri.

Wallahu'alam

#6 sharuzzaman

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,370 posts
  • Gender:Male
  • Location:Perak
  • Interests:Elektronik dan Perisian Bebas (GPL)
  • Kepakaran:Linux, Open Source, Training, OpenOffice, Network, Hardware
  • Freelance:Ya

Posted 01 June 2005 - 09:35 AM

tak yah susah-susah beli, guna jer Squid dengan Dans Guardian...

guna ClarkConnect pun boleh gak...

saya terfikir nak tulis artikel pasal blocking guna Squid dengan Dans Guardian ni, dalam Kosmo boleh publish tak? biggrin.gif

#7 fakhrul77

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 304 posts
  • Gender:Male
  • Location:Bdr Bukit Mahkota Bangi
  • Kepakaran:Exchange 2003
  • Freelance:Tidak

Posted 01 June 2005 - 09:52 AM

QUOTE(root @ Jun 1 2005, 09:12 AM)
Tiada perisian yang lebih berkesan selain dari DIDIKAN yang sempurna. Letaklah berlapis-lapis penapis sekali pun, pasti ada yang terlepas ATAU yang cuba melepaskan diri smile.gif Maka DIDIKAN, terutama didikan agama sangat-sangat penting bagi menapis benda-benda sebegitu dari meresap kedalam fikiran.

Perlu ada didikan, dan perlu juga ada penguatkuasaan bro root. Of course rulse made by human are usually meant to be broken (by sys admin, CEO, manager etc..) , but then kena ada effort juga. Kita bukan malaikat biggrin.gif

#8 therion

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,978 posts
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 01 June 2005 - 09:57 AM

QUOTE
Mengenai saranan Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-Kanak (MCPSA) supaya sebuah jawatankuasa bertindak ditubuhkan bagi menyekat akses kepada laman web lucah, Najib berkata, ia terpulang kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Suruhanjaya Multimedia bagi mengkaji perkara itu.


Sampai nak kena buat jawatankuasa bertindak ke? Diorang ni baru sedar ke? Sedangkan dah lama dulu lagi boleh block porno² ni. Install ke Netnanny ke, setel!

Kalau di u.s posmen yang hantar surat tu dibekalkan sekali dengan cd AOL. Sesapa nak cd AOL tu mintak je dengan posmen. Posmen-posmen ni juga dah diajar macam mana nak install dan nak buat connection. Hasilnya kebanyakan rumah kat u.s ada access internet.

Apa salahnya kalau kat malaysia pun buat macam tu, bagi cd untuk block website porno ni kat posmen-posmen. Sesapa nak, mintak kat posmen. smile.gif

#9 scaryboy

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 573 posts
  • Interests:computer

Posted 01 June 2005 - 10:47 AM

QUOTE(sharuzzaman @ Jun 1 2005, 09:35 AM)
tak yah susah-susah beli, guna jer Squid dengan Dans Guardian...

guna ClarkConnect pun boleh gak...

saya terfikir nak tulis artikel pasal blocking guna Squid dengan Dans Guardian ni, dalam Kosmo boleh publish tak? biggrin.gif


Rasanya lebih baik letak kat Blog...tulis dari A to Z macam Bro Rizal buat...baru le maximum penggunaan ittutor ni...

#10 sharuzzaman

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,370 posts
  • Gender:Male
  • Location:Perak
  • Interests:Elektronik dan Perisian Bebas (GPL)
  • Kepakaran:Linux, Open Source, Training, OpenOffice, Network, Hardware
  • Freelance:Ya

Posted 01 June 2005 - 11:11 AM

QUOTE(scaryboy @ Jun 1 2005, 10:47 AM)
Rasanya lebih baik letak kat Blog...tulis dari A to Z macam Bro Rizal buat...baru le maximum penggunaan ittutor ni...


tu tak jadi masalah, tapi kalau dalam blog, orang ITTutor jer la yang baca.. orang awam kat luar sana tu, yang menjadi target audience, tak tahu gak...

kena reach out kat public, baru orang tahu solution tu ada, tak payah nak buat atau beli...

#11 therion

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,978 posts
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 01 June 2005 - 11:26 AM

QUOTE(sharuzzaman @ Jun 1 2005, 12:11 PM)
tu tak jadi masalah, tapi kalau dalam blog, orang ITTutor jer la yang baca.. orang awam kat luar sana tu, yang menjadi target audience, tak tahu gak...

kena reach out kat public, baru orang tahu solution tu ada, tak payah nak buat atau beli...


Tulis dan hantar kat ruangan forum utusan smile.gif . Editor biasanya berminat dengan respon untuk isu-isu semasa.

#12 AbgLang

    Kapten

  • Ahli
  • 1,502 posts
  • Location:Sabahan.NET
  • Freelance:Ya

Posted 01 June 2005 - 11:41 AM

Salam..

Muka hadapan Berita Harian hari ini
"Tiada akses di pejabat: Perisian sekat laman web lucah diperluas ke jabatan, sekolah "

Kawalan terhadap capaian ke internet sebenarnya suatu yang sudah lama di bincangkan di kalangan Orang Teknikal yang menjaga network. Kawalan bukan sahaja dari aspek sekat capaian ke laman web lucah tetapi juga meliputi :
Kawalan ke laman sembang
kawalan ke laman warez
Kawalan terhadap download movie / fail2 besar
Kawalan terhadap p2p

Dari aspek ini, saya melihat ia lebih kepada kawalan kepada layer 1 dalam 7 layer network.

Dalam kerajaan ingin mengimlimentasi perisian Commercial, adalah lebih kerajaan menggunakan perisian yang FOSS (Free open Source Software) atau yg berlesenkan GPL.
Dengan pengunaan perisian FOSS / GPL ini, akan menjimatkan wang kerajaan berjuta-juta ringgit di samping mencegah pengaliran wang ke luar negara.

Seperti yg kita sedia maklum, kebanyakan perisian security commercial sekarang, adalah dibuat di luar negara. Untuk implemtasi ini, tentu sahaja kita terpaksa membeli perisian ini melalui pengedar yang di lantik di Malaysia. Bukankah ini merugikan negara.

Di tempat saya, saya menggunakan FOSS software. Dengan implementasi :
OS Linux Red Hat 9 +
Squid (cahing/proxy server software) +
Squidguard ( blacklist URL and pattern) +

Seperti yg kita ketahui, port 80 adalah port yg paling kerap digunakan untuk ke internet.
Saya menggunakan transparent proxy, untuk strictkan port 80 ke intenet.
Sebenarnya ia lebih baik sekiranya ditambah menggunakan clamav untuk check virus download oleh pengguna dari web tapi saya tak tau nak configure utk digunakan bersama squid smile.gif

Alhamdulillah, ia banyak membantu saya dalam kawalan access ke internet. Walaupun dalam institusi saya, hampir seribu PC yg saya jaga, masalah virus atau masalah connection lembab amat kurang.

Dengan produk commercial yg berharga beribu-ribu ringgit, dengan pelbagai jenis lesen antaranya per connection, per user , per client atau banyak lagi sebenarnya hanya membazirkan duit kerana perisian Squid ini mampu melakukan atau s*t*nding dengan produk commercial ini.
Hanya kepakaran yg diperlukan, untuk System Administrator download, install dan implement dalam network.

Tulisan dari :
http://www.sabahan.net/

#13 cik.papit

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 411 posts
  • Gender:Male
  • Location:taman fakap utama
  • Interests:surfing website, linux, c programming, mobile device programming
  • Kepakaran:expert system, php, JavaME,C
  • Freelance:Tidak

Posted 01 June 2005 - 02:23 PM

aku pun penah gak pakai SquidGuard nie utk testing purposes, actually pakai Free Software nie mmg banyak kebaikkannya sbb kita tak dibelenggu dgn masalah lesen dan vendor lockdown.. termasuklah firewall.. dalam-dalam semua jenis firewall tak bleh lawan dengan firewall iptables, walaupun awal2 nampak cam susah nak pakai... tp sebenarnya sangat berkuasa serta mudah nak buat port forwarding, filtering, logging... tak pernah lagi jumpa firewall commercial lain yang boleh fine-grain tuning mcm iptables...

#14 root

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 2,093 posts
  • Gender:Male
  • Location:Perantauan Jalur Lebar Tanpa Wayar.
  • Interests:Komputer dan membaca
  • Kepakaran:./configure && make && make install
  • Freelance:Tidak

Posted 01 June 2005 - 02:43 PM

Hint: MEMANG ada perisian/pekakasan komersil yang guna Linux /netfilteripchains smile.gif

Oya, cuba-cuba tengok-tengokkan modul tambahan Layer 7 pada netfilter

http://l7-filter.sourceforge.net/L7-HOWTO-Netfilter

Edited by root, 01 June 2005 - 02:46 PM.






1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users