Jump to content


Buka Akaun Asb


36 replies to this topic

#1 eastone

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 668 posts
  • Gender:Male
  • Location:K.L
  • Interests:I.T, Photography, Bowling, Music, Multimedia.
  • Freelance:Tidak

Posted 29 November 2005 - 11:20 AM

tumpang tanya...
kat mane leh bukak akaun baru??
bape minimum nak kena masuk??

tenkiu...

#2 Dimenxion

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,408 posts
  • Gender:Male
  • Location:Shah Alam
  • Interests:Bermain Dengan Dimensi
  • Kepakaran:Windows Networking
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 11:24 AM

asb rasanya kat pejabat pos pun boleh bukak...
minimum aku tak pasti la.. rasanya rm10

#3 mEoWsMArt^

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,005 posts
  • Gender:Male
  • Location:MY
  • Interests:Cari Duit!!
  • Freelance:Tidak

Posted 29 November 2005 - 11:33 AM

Boleh bukak kat mana˛ agen ASN/ASB seperti di cawangan POS Malaysia, Maybank, RHB dan yang sewaktu dengannya

#4 eastone

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 668 posts
  • Gender:Male
  • Location:K.L
  • Interests:I.T, Photography, Bowling, Music, Multimedia.
  • Freelance:Tidak

Posted 29 November 2005 - 11:51 AM

ok thanx guys...
maybank & post office boleh??
minimum rm10 ekk??

orang sumer dah berpuluh ribu dalam bank...
aku baru nak bukak akaun...ayarkk!!

tu la...dulu tak beringat...

tenkiu...

#5 darkymra

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,173 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur or Kuantan
  • Freelance:Tidak

Posted 29 November 2005 - 12:00 PM

sambil2 tu aku nak tanya gak pasal asb nih.... asb nih ada expiry date ke? bukannya apa... kalo tak silap aku masa aku form 3 dulu aku ada bukak akaun asb nih.... pastu aku taktau lak apa status dia sampai skang... kalo asb nih tak expired, kat mana kita leh check status akaun kita?

#6 T2

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 1,616 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Interests:rawking...
  • Kepakaran:tulis terbalik
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 12:00 PM

QUOTE(eastone @ Nov 29 2005, 11:51 AM)
ok thanx guys...
maybank & post office boleh??
minimum rm10 ekk??

orang sumer dah berpuluh ribu dalam bank...
aku baru nak bukak akaun...ayarkk!!

tu la...dulu tak beringat...

tenkiu...

hehe,.. ok la tu.. dah beringat.. macam aku.. tak ingat-ingat lagi ni.. hhahah... kalau nak beribu-ribu dalam akaun pun boleh... tapi bulan-bulan kena la bayar kat bank.. kira macam buat loan utk ASB laa... maybank tak silap ada servis ni...

#7 T2

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 1,616 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Interests:rawking...
  • Kepakaran:tulis terbalik
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 12:02 PM

QUOTE(darkymra @ Nov 29 2005, 12:00 PM)
sambil2 tu aku nak tanya gak pasal asb nih.... asb nih ada expiry date ke? bukannya apa... kalo tak silap aku masa aku form 3 dulu aku ada bukak akaun asb nih.... pastu aku taktau lak apa status dia sampai skang... kalo asb nih tak expired, kat mana kita leh check status akaun kita?

kalau nak check status...cuba tengok kat pejabat pos...

#8 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 29 November 2005 - 12:03 PM

ha'ah.. sekarang ni bank yg komersial cam maybank, bcb, rhb etc dah boleh bukak akaun asb/asn... kalau boleh pi kat bank yg kita ada akaun je...

alaa... masuk je RM100 dulu... boleh punya....

dark... nak check status kat bank boleh (yg ada asb)... kat pejabat pos lagi boleh... bagi je buku.. bagitau orang kat kaunter tu nak update buku...

QUOTE
orang sumer dah berpuluh ribu dalam bank...
aku baru nak bukak akaun...ayarkk!!

tu la...dulu tak beringat...
bla bla blaa... kerana akan sampai waktunya... seseorang itu akan tersedar dari lamunan mimpi˛ indahnya... dan melakukan sesuatu yang nyata... wink.gif

QUOTE
hehe,.. ok la tu.. dah beringat.. macam aku.. tak ingat-ingat lagi ni.. hhahah... kalau nak beribu-ribu dalam akaun pun boleh... tapi bulan-bulan kena la bayar kat bank.. kira macam buat loan utk ASB laa... maybank tak silap ada servis ni...
bla bla blaa.... kerana belum sampai waktunya... seseorang itu masih lagi dilamun mimpi˛ indahnya... biggrin.gif

#9 Dimenxion

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,408 posts
  • Gender:Male
  • Location:Shah Alam
  • Interests:Bermain Dengan Dimensi
  • Kepakaran:Windows Networking
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 12:07 PM

QUOTE(darkymra @ Nov 29 2005, 12:00 PM)
sambil2 tu aku nak tanya gak pasal asb nih.... asb nih ada expiry date ke? bukannya apa... kalo tak silap aku masa aku form 3 dulu aku ada bukak akaun asb nih.... pastu aku taktau lak apa status dia sampai skang... kalo asb nih tak expired, kat mana kita leh check status akaun kita?



kalau bukak akaun masa umur blum 18... bila dha capai umur 18 kene tukar...

#10 T2

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 1,616 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Interests:rawking...
  • Kepakaran:tulis terbalik
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 12:12 PM

QUOTE(sniper @ Nov 29 2005, 12:03 PM)
bla bla blaa.... kerana belum sampai waktunya... seseorang itu masih lagi dilamun mimpi˛ indahnya...  biggrin.gif

hehe bla blaa blaa.. hehe.. tak cukup bajet la nak masuk 100 sebulan-bulan.. skg ni belanja mesti ngam-ngam jek... tapi ada la simpan kat ASB cawangan parents aku.. hehe...

#11 darkymra

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,173 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur or Kuantan
  • Freelance:Tidak

Posted 29 November 2005 - 12:19 PM

QUOTE(sniper @ Nov 29 2005, 12:03 PM)
dark... nak check status kat bank boleh (yg ada asb)... kat pejabat pos lagi boleh... bagi je buku.. bagitau orang kat kaunter tu nak update buku...

masalahnya buku pon aku takde... ntah mana hilangnya... maklum la... masa tu baru form 3... mana nak pk pasal pelaburan ni... huhuhuhuhu...

QUOTE(Dimenxion @ Nov 29 2005, 12:07 PM)
kalau bukak akaun masa umur blum 18... bila dha capai umur 18 kene tukar...

ooooo ye ke? baru aku tau nih... tu kira kena upgrade akaun ataupun kena bukak akaun baru?

#12 Dimenxion

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,408 posts
  • Gender:Male
  • Location:Shah Alam
  • Interests:Bermain Dengan Dimensi
  • Kepakaran:Windows Networking
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 12:37 PM

darkmyra~ kene tukar akaun dari akaun remaja ke akaun dewasa biggrin.gif

#13 eastone

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 668 posts
  • Gender:Male
  • Location:K.L
  • Interests:I.T, Photography, Bowling, Music, Multimedia.
  • Freelance:Tidak

Posted 29 November 2005 - 12:39 PM

ehhh...darkymra bukan remaja lagik ke?? biggrin.gif biggrin.gif

kalau buat kat post office cepat tak??
leh dapat buku on the spot ke??

tenkiu...

#14 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 29 November 2005 - 12:42 PM

dark... ko ingat tak no. akaun..? tak ingat takpe (trace by ic).. ko kena pi dekat ejen asb (pos office or bank)... aku cadangkan ko pergi ke pejabat pos besar... cepat dan kurang masalah... nanti bagitau ko nak tukar dari akaun remaja ke dewasa... bagitau la reason akaun tu masa ko form 3... sekarang dah form 14... buku dah hilang... biggrin.gif

eastone.. lebih baik buat kat pejabat pos besar... pejabat pos office kecik kot habis atau takde buku...

#15 darkymra

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,173 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur or Kuantan
  • Freelance:Tidak

Posted 29 November 2005 - 12:45 PM

QUOTE(eastone @ Nov 29 2005, 12:39 PM)
ehhh...darkymra bukan remaja lagik ke?? biggrin.gif  biggrin.gif

uihhhhhh... aku muda remaja lagik... beberapa tahun lagik baru aku kena upgrade akaun remaja aku ke akaun dewasa... eheheheheh... laugh.gif

#16 sharuzzaman

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,370 posts
  • Gender:Male
  • Location:Perak
  • Interests:Elektronik dan Perisian Bebas (GPL)
  • Kepakaran:Linux, Open Source, Training, OpenOffice, Network, Hardware
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 12:46 PM

kalau buku dah hilang.. pegi report dulu kat polis... lepas tu baru bawak report tu pegi jumpa bank...

kalau jumpa bank terus, nanti mesti diaorang suruh report polis jugak... so, baik la buat report polis siap-siap..

takkan takut report polis, bukan buat salah.. kecuali la ada saman tak bayar lagi biggrin.gif

#17 T2

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 1,616 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Interests:rawking...
  • Kepakaran:tulis terbalik
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 01:15 PM

hehe... buku bank hilang pun kena report polis gak ke? huhu...cerewetnyaa..

#18 akram

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 458 posts
  • Gender:Male
  • Location:Packets
  • Interests:Computers Enthusiasts, Cars, Photography [NEW] ... and PlayStation :P
  • Kepakaran:pakar tulis blog sendiri dan baca blog orang lain, pakar offtopic :P
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 07:11 PM

skang ni ada skim yang buat pinjaman kat bank2, pastu bank2 tu akan masukkan pinjaman kita dalam asb, sebagai sijil, cth 10k untuk 10 tahun dalam asb, bulan2 kita bayar kat bank. Lagi cepat nak simpan duit dan disiplin simpan duit tu terjamin la, memang la ada kita rugi, tapi awal2 je, kalau stay simpan sampai 10 tahun, boleh double duit kita tu, huhu. Kalau harap simpan secara manual dalam asb, banyak la bulan yang berlubang nanti, hehe.

#19 sharuzzaman

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,370 posts
  • Gender:Male
  • Location:Perak
  • Interests:Elektronik dan Perisian Bebas (GPL)
  • Kepakaran:Linux, Open Source, Training, OpenOffice, Network, Hardware
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 07:32 PM

QUOTE(akram @ Nov 29 2005, 07:11 PM)
skang ni ada skim yang buat pinjaman kat bank2, pastu bank2 tu akan masukkan pinjaman kita dalam asb, sebagai sijil, cth 10k untuk 10 tahun dalam asb, bulan2 kita bayar kat bank. Lagi cepat nak simpan duit dan disiplin simpan duit tu terjamin la, memang la ada kita rugi, tapi awal2 je, kalau stay simpan sampai 10 tahun, boleh double duit kita tu, huhu. Kalau harap simpan secara manual dalam asb, banyak la bulan yang berlubang nanti, hehe.


sekarang ni tak berbaloi buat pinjaman... dulu-dulu masa ASB bagi dividen antara 10 ke 12% memang berbaloi.. skang ni setakat 7 - 8% jer..

lagi satu, pinjaman ni tak liquid... kalau sesak memang tak leh keluar... tapi kalau simpan sendiri.. sesak boleh keluar... janji lepas tu kena masuk balik..

biar berdikit-dikit, yang penting sentiasa simpan...

simpan RM 30 sebulan apa salahnya, setahun dah ada RM 360... rule of thumb yang biasanya aku guna adalah simpanan 10% dari sebarang income yang kita dapat. kalau gaji RM 2000, simpan la RM 200, baki baru belanja...

2nd rule of thumb, bayaran pinjaman mesti tak lebih 1/3 dari gaji, ni dapat dari buku. kalau gaji RM 2000, hutang mesti tak lebih RM 666, kalau lebih, memang cari nahas

pernah baca satu buku, dia kata kalau tak mampu simpan RM 1 sehari, maknanya orang tu tak mampu nak manage duit dia...

#20 @sriey

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 372 posts
  • Gender:Male
  • Location:satu kiblat yang sama...
  • Kepakaran:Active Directory, UNIX, Veritas Cluster Server, Exchange, Win2K, Win2K3 Svr
  • Freelance:Ya

Posted 29 November 2005 - 08:31 PM

ari tu ada malasah yg hampir serupa, akaun patut kena tukar sbb dah dewasa, pastu bila p kat bank, (maybank) dia cakap tak yah tukar buku@akaun, automatik upgrade. cuma p print balik penyata je la..tak dak la banyak sangat pun..akaun bukak masa sekolah menengah..huhuh

#21 nixk

    Kapten

  • Ahli
  • 1,530 posts
  • Gender:Male
  • Location:belakang anda
  • Interests:p&c
  • Kepakaran:Bermadah helah dalam puisi cinta luka
  • Freelance:Tidak

Posted 29 November 2005 - 09:23 PM

QUOTE(akram @ Nov 29 2005, 07:11 PM)
skang ni ada skim yang buat pinjaman kat bank2, pastu bank2 tu akan masukkan pinjaman kita dalam asb, sebagai sijil, cth 10k untuk 10 tahun dalam asb, bulan2 kita bayar kat bank. Lagi cepat nak simpan duit dan disiplin simpan duit tu terjamin la, memang la ada kita rugi, tapi awal2 je, kalau stay simpan sampai 10 tahun, boleh double duit kita tu, huhu. Kalau harap simpan secara manual dalam asb, banyak la bulan yang berlubang nanti, hehe.


saya balas quote ni dgn memetik jawapan dari seorg rakan nama trew di ruang bincang.net

Cuba kita fikir2 kan...

Assalamualaikum,

Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri
jawapan samada untung atau rugi buat ASB loan ini.
Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya
samada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.


Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan
tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu.
Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat
keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB
dengan duit pinjaman bank).


Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari
Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank
mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)
==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.


Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd
anda. Contoh: dividen 7% setahun, anda akan dapat RM
7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda
suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM
100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah,
pendidikan anak dan sebagainya.


Cara A - Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
----------------------------------------------------
Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney,
jika dividen 7% setahun atau RM 7,000 itu dibayar
semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda,
loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6
bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,827
(termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg
dibayar semula setiap tahun)


Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk
mendapatkan RM 100,000 selepas 7-8 bulan. Untung atau
rugi?


Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan
selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM
94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpanutk 8
tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai
pelaburan anda = 102,850. Dah lebih RM 100,000 dah.




Cara B - Belanjakan Dividen setiap tahun dan maintain
bayar bulanan kpd loan
-----------------------------------------------
Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9%
setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahun
adalah RM 175,359 (kos)


Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000
dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+)
---------------------------------------
Duit Yang Diterima = RM 240,000
---------------------------------------



Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda
perolehi RM 240,000 dalam masa 20 tahun sedangkan kos
pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.


Untung pada mata kasar = RM 64,641


Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan
anda maintain bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun,
anda sebenarnya rugi besar.


Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk
tempoh 20 tahun, nilai pelaburan anda akan menjadi
RM 383,018.


Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari
bank, anda kehilangan 'potential gain'
Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = RM 240,000 (-)
-------------------------------------------------
Kehilangan Keuntungan RM 143,018
================================================



Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank
Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM
175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna
mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang
anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri.
Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana
ASB adalah untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan,
mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka
ambil dari pelaburan anda.


Yang Rugi ==> Anda sebenarnya.
Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit
sendiri. Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang.


Diharap email ini dapat menjawab dilemma anda selama
ini. Terima kasih.
----------------------------
trew ;-)

#22 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 30 November 2005 - 12:54 AM

QUOTE(@sriey @ Nov 29 2005, 08:31 PM)
ari tu ada malasah yg hampir serupa, akaun patut kena tukar sbb dah dewasa, pastu bila p kat bank, (maybank) dia cakap tak yah tukar buku@akaun, automatik upgrade. cuma p print balik penyata je la..tak dak la banyak sangat pun..akaun bukak masa sekolah menengah..huhuh
kemajuan sistem telah berkembang... sekarang ni kalau tak tukar akaun pun cuma kena tukar buku baru... update alamat, tukar tandatangan atau guna cop ibu jari...

QUOTE(T2 @ Nov 29 2005, 01:15 PM)
hehe... buku bank hilang pun kena report polis gak ke? huhu...cerewetnyaa..
mungkin sekarang ni dah kena report.. sebelum˛ ni macam kes aku dulu bawa IC je... biggrin.gif maklumlah... zaman kolar putih dah sekarang ni...


QUOTE(akram @ Nov 29 2005, 07:11 PM)
skang ni ada skim yang buat pinjaman kat bank2, pastu bank2 tu akan masukkan pinjaman kita dalam asb, sebagai sijil, cth 10k untuk 10 tahun dalam asb, bulan2 kita bayar kat bank. Lagi cepat nak simpan duit dan disiplin simpan duit tu terjamin la, memang la ada kita rugi, tapi awal2 je, kalau stay simpan sampai 10 tahun, boleh double duit kita tu, huhu. Kalau harap simpan secara manual dalam asb, banyak la bulan yang berlubang nanti, hehe.
akram... aku pernah buat pinjaman pelaburan (sijil) ni dengan maybank masa start kerja pada tahun 1995 dulu... pinjam RM10,000... bayar RM50 setiap bulan... setiap tahun ada dividen dan bonus... tapi skim loan ni masa tu... bank ambil dividen... kita dapat bonus... bonus berapa je..?? camni laa.. aku kira secara sifar... setiap tahun aku kena bank in balik duit dividen+bonus yg dapat setiap tahun tu... aku keluarkan RM1,400 (dividen+bonus) tahunan... bayar kepada maybank RM1,100... aku dapat RM300 lebih je... tapi sebab nak bayar cepat.. RM300 tu sekali aku bank in... coz takde nak guna jugak duit tu... RM50 tu sentiasa bayar hinggalah pada tahun 2000.. masa aku nak buat PJJ... duit tak cukup.. nak tak nak aku keluarkan loan ni terus... korang tau aku dapat berapa..? RM3000 lebih je... cuba kira...

RM50 x 12 (setahun) = RM600

RM600 x 5 tahun = RM3,000

duit bonus RM300 x 5 = RM1,500 (lesap)

patutnya aku dapat RM4,500 lebih kurang... mana pergi duit tu..? bank kata tolak itu ini begitu begini... tu yang dapat RM3,000 je tu... 1,000 lebih hilang tu bang... start dari hari itu aku malas dah nak buat loan bank untuk pinjaman pelaburan... aku dah kira kalau selama 10 tahun aku bayar RM50 sebulan dan bonus aku tu aku bayar juga kat maybank.. aku cuma untung RM3,000 je (hasil bonus)... bank untung RM7,000... (hasil dividen)... tidaklah besar sangat untungnya... risikonya bila kita nak stop atau nak keluarkan duit.. banyak rugi pulak jadinya... ape pun kalau ada disiplin bayar selama 10 tahun sekalipun... bank guna duit kita juga untuk keuntungan... macam biasa laaa... dari apa yg sedara nixk paste tu pun.. kita boleh agak dah...

aku sependapat juga dengan sedara sharuzzaman... buat simpanan sendiri... cuba simpan sendiri RM100 sebulan... kalau tak keluarkan duit tu... 10 tahun dapat la RM12,000... itu tak termasuk bonus dan dividen lagi tu... aku rasa boleh cecah RM16,000... untung RM4,000.... tak kisahlah.. janji nak keluarkan bila˛ masa pun boleh...

kalau korang prihatin terhadap kesihatan... simpan je dalam insuran... RM100 sebulan.. kalau masuk hospital ke..? sakit... bedah... ada backup... lepas je 25 tahun atau peringkat matang dah boleh keluar semua dah... macam saving hari tua la ni... kalau buat tabungan pendidikan dan kesihatan anak˛... umur mereka 17 tahun je dah boleh keluarkan beberapa peratus untuk biayai pengajian... tapi jangan lupa... bukan simpanan ni je kena ada.. kena ada emergency saving jugak... macam aku... RM100 untuk insuran.. RM100 untuk ASB (emergency saving la ni)... sesak ka apa ka..? aku keluarkan yg ASB je... senang nak manage... tak sakit kepala nak fikir dah...

ape pun... korang boleh fikir sendiri yg mana baik... aku rasa aku dah sesuai camni... hehehh... biggrin.gif

#23 T2

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 1,616 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Interests:rawking...
  • Kepakaran:tulis terbalik
  • Freelance:Ya

Posted 30 November 2005 - 07:18 AM

QUOTE
RM50 x 12 (setahun) = RM600

RM600 x 5 tahun = RM3,000

duit bonus RM300 x 5 = RM1,500 (lesap)

banyak jugak duit yang lesap tu. boleh beli lense....takpon gitar karan ke.. biggrin.gif

#24 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 30 November 2005 - 10:08 AM

QUOTE(T2 @ Nov 30 2005, 07:18 AM)
banyak jugak duit yang lesap tu. boleh beli lense....takpon gitar karan ke..  biggrin.gif

hehee... masa tu memang bengang.. tapi nak buat cemana... dah rules bank camtu... apa yg terbaik.. aku lupakan saja... aku anggap duit tu maybank guna untuk melabur dan melabur.. hinggalah sampai tahap boleh develop maybank2u... aku rasa 1 sen duit aku masuk kot kat situ... huhuuu... ph34r.gif

#25 T2

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 1,616 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Interests:rawking...
  • Kepakaran:tulis terbalik
  • Freelance:Ya

Posted 30 November 2005 - 10:50 AM

QUOTE(sniper @ Nov 30 2005, 10:08 AM)
hehee... masa tu memang bengang.. tapi nak buat cemana... dah rules bank camtu... apa yg terbaik.. aku lupakan saja... aku anggap duit tu maybank guna untuk melabur dan melabur.. hinggalah sampai tahap boleh develop maybank2u... aku rasa 1 sen duit aku masuk kot kat situ... huhuuu... ph34r.gif

hehehe.. tapi ada charge lain pulak untuk maybank2u.... dan untuk pengeluaran melebihi 4 kali sebulan di ATM...

#26 akram

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 458 posts
  • Gender:Male
  • Location:Packets
  • Interests:Computers Enthusiasts, Cars, Photography [NEW] ... and PlayStation :P
  • Kepakaran:pakar tulis blog sendiri dan baca blog orang lain, pakar offtopic :P
  • Freelance:Ya

Posted 30 November 2005 - 01:14 PM

hehe, kan saya kata gak, memang kita ada rugi smile.gif, actually, memang ada pro dan contra, IMHO, kalau la disiplin seseorang tu tak kuat nak nyimpan duit, maybe la dia boleh buat cara loan tu, sebab nak tak nak, bank tetap akan tolak duit dari akaun bank, tapi kalau disiplin kita kuat nak simpan 700 sebulan secara manual dalam asb, tak payah la pakai loan tu. smile.gif, semua pun betul kat atas tu, saya tak kata salah, sebab saya pun penah kira, memang kita ada rugi, dan 10k yang kita pinjam tak cair, nape nak cair kalau kita memang nak simpan duit tu? bukan ke simpan kat asb untuk masa panjang. Kalau nak cairkan duit kat asb, baik simpan kat ATM je. Hari2 boleh keluarkan.

Setiap loan semua akan menguntungkan bank lebih dari pengguna, mana ada bank yang kasi buat loan, tapi kita yang untung. Cuma saya rasa, kalau kita jenis simpan tak keluar2kan duit dari asb tu, lepas 10 tahun, 10k tu akan cair, dan campur ngan bonus, dia dah jadi 2 kali ganda.

Contoh ek, pinjam 10k dalam 10 tahun, bulan2 bayar 115.

115x12x10 =13800 nilai kene bayar , memang 3800 dah ilang entah mana, tapi kita tak kira pun 7% dari 10k tu setiap tahun.

bonus 7% dari 10k = 700x10 tahun = 7000 , so kalau kita tak keluarkan duit dalam asb tu, kita akan ada lebih kurang 17000 dalam asb dalam masa 10 tahun. tongue.gif, dalam masa 10 tahun tu, kita untung 3200. Tapi ingat, 10 tahun tanpa keluarkan sebarang faedah tu.

tu pun kalau kita rajin nak tunggu selama 10 tahun la sampai 10k yang kita pinjam tu cair, hehe. Well, terpulang la kat individu memasing, ada yang pk tak bagus, ada yang pk bagus.

hehe, citer bab duit simpanan ni, memacam saya buat, insurance pun buat, asb pun buat, simpan dalam tabung haji pun buat, freelance pun buat. Kalau boleh, semua yang berkaitan dengan simpanan dan perlaburan saya nak buat, tapi sebab gaji sekarang kecik, so kene la match dengan duit yang ada. Insurance tu priority saya memang untuk kesihatan, tapi perlaburan tu sampingan la smile.gif

Kalau salah kira, saya minta maaf ye. Tolong betulkan

Edited by akram, 30 November 2005 - 01:23 PM.


#27 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 30 November 2005 - 01:29 PM

QUOTE(T2 @ Nov 30 2005, 10:50 AM)
hehehe.. tapi ada charge lain pulak untuk maybank2u.... dan untuk pengeluaran melebihi 4 kali sebulan di ATM...

yg ni pun aku rasa tak kisah dah... sebab kira boleh tolak duit minyak.. tol.. parking untuk ke bank... hehehh...

akram.. betul jugak apa yg ko cakap tu... senang cite... kita anggap loan ni memang tak untung banyak pun pada kita (peminjam).. untuk support boleh... yg untung tetap bank... tak gitu..?? hehehee... aku harap orang yg tak biasa menyimpan cara melabur kena fikir cara lain la untuk simpan duit... kalau tak naya je.. baik simpan sendiri.. kemudian pasal simpan duit dalam ATM tu bahaya... itu duit belanja namanya... bukan duit simpanan... duit simpanan ni guna bila keperluan yg besar.. kes emergency, nak buat down payment, nak buat beli barang yg besor˛, nak pi Haji... kalau takde saving camni... payah...

tapi kalau ada segedebuk 10K... simpan kat ASB atau masuk lam saham... haaa... ini jangan memain... 10 tahun dah boleh goyang kaki dah... laugh.gif

p/s: hak milik kekal... kekeekehhh.. jangan lupa bayar zakat...

#28 akram

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 458 posts
  • Gender:Male
  • Location:Packets
  • Interests:Computers Enthusiasts, Cars, Photography [NEW] ... and PlayStation :P
  • Kepakaran:pakar tulis blog sendiri dan baca blog orang lain, pakar offtopic :P
  • Freelance:Ya

Posted 30 November 2005 - 01:34 PM

oh ye, tu kiraan kasar, sebenarnye, kita akan dapat lebih dari 17000, sebab, % yang dia kira tu, berdasarkan nilai simpanan kita yang ada dalam asb tu, bukan base on 10k tu saja, cth. tahun pertama, dia kira 7% base on 10k, tahun kedua dia dah kira 7% base on 10k + 7% tahun pertama. So dia akan sentiasa bertambah2.

Kita akan rugi bila kita dah putus asa simpan cara tu selama 10 tahun. Kira macam credit card juga la, bank akan rugi kalau kita bayar credit card on time. Sebab bank tu hanya akan untung kalau kita duk tangguh bayar, dia makan interest. tongue.gif

Maybe ada lagi point bro2 semua yang tak setuju dengan pendapat saya, tapi, masing2 ada pendapat dan alasan memasing. Kita demokrasi. Hehe

Edited by akram, 30 November 2005 - 01:44 PM.


#29 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 30 November 2005 - 01:45 PM

QUOTE(akram @ Nov 30 2005, 01:34 PM)
oh ye, tu kiraan kasar, sebenarnye, kita akan dapat lebih dari 17000, sebab, % yang dia kira tu, berdasarkan nilai simpanan kita yang ada dalam asb tu, bukan base on 10k tu saja, cth. tahun pertama, dia kira 7% base on 10k, tahun kedua dia dah kira 7% base on 10k + 7% tahun pertama. So dia akan sentiasa bertambah2.
akram... calculation ni kalau duit kita sendiri tu kita simpan 10K memang kita dapat... tapi kalau kita pinjam bank... 7% tu bukan ke bank ambil..? kita cuma boleh ambil bonus je yg biasanya 2%... tapi ini skim pinjaman yg aku buat dulu laa.. sekarang ni taktau laaa kot kita boleh dapat semua dividen... hehehh...

#30 akram

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 458 posts
  • Gender:Male
  • Location:Packets
  • Interests:Computers Enthusiasts, Cars, Photography [NEW] ... and PlayStation :P
  • Kepakaran:pakar tulis blog sendiri dan baca blog orang lain, pakar offtopic :P
  • Freelance:Ya

Posted 30 November 2005 - 02:10 PM

erm, saya rasa 7% tu kita amik terus, sebab, tahun lepas saya update buku asb, ada 800 dalam buku, yang 10k tu dia sijil, so kita tak nampak dalam buku asb tu. Maknanya % tu memang kita amik terus. Tahun ni tak pi lagi update buku, ingat nak biar je dulu, hehe.

Nak 10k nampak dalam buku tu, kene tunggu lagi 10 tahun le. tongue.gif. Bank tau kita ni jenis tak sabar, so tu pasal dia buat 10 tahun tempoh bayar, bank memang dah budjet, org tu akan cancel loan tu sebelum sampai 10 tahun. Hehe, kalau orang cancel awal, rugi la orang tu dan bank akan untung.

smile.gif

Edited by akram, 30 November 2005 - 02:14 PM.


#31 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 30 November 2005 - 02:36 PM

akram... baik ko check bebetul dengan bank tu balik... sebab kes member aku yg join bersama dulu kena interest... aku ingat dia paham.. rupanya dia tak paham dan miss info... memang la kalau kita pinjam 10K dari maybank dan simpan dalam ASB... segala dividen dan bonus akan masuk ke dalam akaun ASB tu juga... tapi sebenarnya maybank tu minta dividen.. kita cuma boleh ambil bonus saja... so.. kena keluarkan dividen tu dan masukkan semula ke maybank (akaun bayaran RM50 sebulan tu juga)... so.. takde interest tahunan... member abg tu sampai 5 tahun dok guna dividen tu... bila dia stop... abg dapat RM3,000 lebih... dia dapat lagi kurang... RM2,500...

tapi kalau skim tu dah berubah ok laa.. aku rasa dengan dividen dan bonus tu pun kita boleh topup atau gunakan untuk bayaran balik untuk 5-6 bulan tu... ye dak..?? kalau skim macam ni nak maintain pun takpe laaa... sebab rolling duit tu je... kot sesak boleh guna dulu dividen...

#32 akram

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 458 posts
  • Gender:Male
  • Location:Packets
  • Interests:Computers Enthusiasts, Cars, Photography [NEW] ... and PlayStation :P
  • Kepakaran:pakar tulis blog sendiri dan baca blog orang lain, pakar offtopic :P
  • Freelance:Ya

Posted 30 November 2005 - 03:07 PM

hmm, hehe tu kefahaman saya la, tapi maybe gak saya salah, kene check balik la. Tapi kalau secara logik, nape bank tu buat mende camtu kalau dia nak rugi kan kita ek? Pelik gak. Mesti dedua akan untung kalau kena cara dia. Yang saya pk, pengguna akan untung kalau dia bersabar sampai habis 10 tahun, bank plak akan untung kalau pengguna tu cancel awal sebelum 10 tahun.maybe gak la saya salah, minta maaf la kalau saya salah ek smile.gif

#33 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 30 November 2005 - 03:33 PM

akram.. ini bukan isu salah atau betul.. tapi isu skim itu sendiri... mungkin skim kita berlainan... bank memang buat skim untuk peminjam pening... hehehh...

macam skim yg aku ambil dulu... 10K... macam ni...

simpanan pelaburan dari maybank = RM10,000
simpanan dalam ASB = RM10,000
bayar bulanan ke maybank = RM50
setiap tahun dapat dividen = RM1,200 (yg ni kena bayar ke maybank juga mengikut amaun surat tuntutan...)
(dividen ni antara RM1,100 - RM1,200 bergantung kepada percent tahunan... aku ambil yg banyak)
setiap tahun dapat bonus = RM200 - RM300 (yg ni boleh belanja.. atau kekal simpan dalam ASB)

kalau kita maintain skim ni hingga 10 tahun...
kita bayar RM50 x 12 x 10 = RM6,000
dividen tahunan yg kita bayar ke maybank selama 10 tahun :
RM1,200 x 10 = 12,000


selepas 10 tahun... maybank dapat :
bayaran + dividen
RM6,000 + RM12,000 = RM18,000

selepas 10 tahun... kita dapat :
simpanan sijil + bonus (RM300 x 10) - ini kalau bonus tak guna... kalau guna..?? yillekk...
RM10,000 + RM3,000 = RM13,000

jadi.. untung la jugak... tapi siapa yg lebih untung..?? bank jugak...

#34 akram

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 458 posts
  • Gender:Male
  • Location:Packets
  • Interests:Computers Enthusiasts, Cars, Photography [NEW] ... and PlayStation :P
  • Kepakaran:pakar tulis blog sendiri dan baca blog orang lain, pakar offtopic :P
  • Freelance:Ya

Posted 30 November 2005 - 04:04 PM

saya rasa, yang sekarang ni tak macam tu, sebab faedah yang kita dapat tu, memang kita punya, samada nak bayar balik kat bank guna faedah tu, atas budi bicara kita. Apa yang kita kene bayar kat maybank balik ialah bulan2 tu. 115x 10 tahun. Tu je, x de cas lain. Buat masa ni la, tatau la masa akan datang Maybank buat perubahan pulak. smile.gif

Pelik gak, nape kene bayar 1200 kat maybank balik? Saya x de kene bayar pun 1200 kat maybank, dah 2 tahun setengah dah ni, hurmm. Actually bro, saya rasa better check balik kat maybank la mende camni. smile.gif

Dulu lain, sekarang lain.

Edited by akram, 30 November 2005 - 04:08 PM.


#35 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 30 November 2005 - 04:35 PM

yup... rasanya skim yg berbeza... sebenarnya RM1,200 tu bukan 'kena' bayar... tapi 'tuntutan' maybank iaitu dividen yg kita dapat setiap tahun.. bonus je yg kita boleh ambil... sebab tu aku kena bayar tuntutan tu kat maybank dalam RM1,200 setahun... sebab percent pelaburan masa tu 11% - 13%... lagipun bayaran bulanan pun sikit je tu.. RM50...

hah.. awal˛ ni baik check dulu... confirm bebetul... kang naya...

#36 1kHz

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 1,520 posts
  • Gender:Male
  • Location:Shah Alam
  • Kepakaran:.NET
  • Freelance:Tidak

Posted 30 November 2005 - 04:55 PM

Utk hal2 ASB/ASN ni, terus je pergi kat pejabat besar dia kat bwh bangunan PNB, sebelah tabung haji.. Kalau buku hilang, nak buat buku baru kena angkat sumpah dulu.. Kat situ ada Pesuruhjaya Sumpah.. kena bayar dlm RM25 mcm tu lah.. aku dulu pun akaun rumaja jugak, dah hilang.. pastu ingat nak bukak buku baru.. tak boleh rupanya, sbb yg lama hidup la.. jadi kena upgrade la ke akaun tidak rumaja..

#37 kaklie78

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 234 posts
  • Gender:Female
  • Location:selangor
  • Freelance:Tidak

Posted 01 December 2005 - 10:10 AM

sy pun ade amik skim ni... so far ok la sebab kalau nak harap menyimpan tanpa paksaan membayar... jawabnya menyimpan kat shopping complex la

sy bayar tiap2 bulan 200+ and hujung tahun tunggu dividen

utk sesape yg baru keje... boleh la amik skim ni.... pelaburan masa depan biggrin.gif





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users