http://blog.mypapit....nt-prosper.html
Kenapa Ramai Graduate It Tak Dapat Kerja suatu luahan...
#2
Posted 19 June 2006 - 08:56 PM
2. Seumur idup aku, penahkah aku buat application penuh ke? (penah)
3. Boleh ke aku coding satu web application php/asp/jsp lengkap tanpa rujuk buku?
(skrg ni adala 80% takyah rujuk buku/online)
4. Pernah ke ramai orang (termasuk orang US, UK, Sepanyol, Uganda) guna web application tu? Berapa ramaikah anggaran pengguna?
(baru ni check org england, Aussie, India....selalu gak la track)
5. - Ulangi soalan 3 dan 4 untuk desktop/standalone application pulak -
(xreti standalone...serious tak tipu)
6. Pernahkan aku selesaikan masalah orang lain dengan ciptaan aku?
(kadang2...
7. Adakah orang puji dan suka akan hasil development aku?
(ada juga..tp xde la melambung2 sangat)
#3
Posted 19 June 2006 - 10:21 PM
Nixk tak sempat nak menganggur
rakan2 seangkatan ramai yg amik kursus selain berkerja.Tak tau la pulak ada lagi ke tak rakan2 saya yang menganggur tak dapat kerja..ada sesetengah tu bila tak dapat kerja tapi pointer degree diorang tinggi,diorang apply master..dah selebih yg tak berkerja tu ramai yg amik kursus2.
p/s:member baik call,dia ajak apply MDC internship..entah lah..rasa sayang lak dgn kerja yg ada skrg..wpun gaji rate sama jer dgn fresh graduade yg lain,tapi still leh capture pengalaman .Member baik tu lak baru nak tamat kontrak dgn company dia n tak disambung kontrak,tu pasal apply MDC...dilema gak sbb ada org cakap amik MDC ni masa depan lebih cerah kearah gaji yg lebih mantap.....
#5
Posted 19 June 2006 - 11:07 PM
bioinformatics eh?
hurm.. berselirat di sebalik protein ... hehe
http://www.enformati...t/v3/v3-1-7.pdf
http://72.14.203.104...en&ct=clnk&cd=2
http://web.sfc.keio....faceK-Means.pdf
This post has been edited by mnajem: 19 June 2006 - 11:25 PM
#6
Posted 20 June 2006 - 06:28 AM
-fresh graduate demand gaji tinggi, lebih baik amik bangsa asing.. bayar murah...
-masa kat uni/kolej belajar utk pass examm.. tu pun nak kena suap...
-sebab dari kecik dah di didik utk belajar rajin2 supaya lulus dengan cemerlang supaya keluar nanti dapat kerja pangkat tinggi...
-taknak cuba kerja di bidang lain... EGO tinggi..!!
#7
Posted 20 June 2006 - 10:54 AM
Rata-rata aku tgk diorang ni ada 2 masalah, satu takde minat satu lagi selalu mengharapkan perkerjaan yang terbaik dengan bayaran yang terbaik.
#9
Posted 20 June 2006 - 11:49 AM
#10
Posted 20 June 2006 - 12:01 PM
so kalau tak ada kerja macam mana nak cari duit beli buku + hardware. aku percaya diorang dah berusaha bersungguh2 nak tambah skill.
tapi sesapa yang mengganggur lagi tu ada baiknya masuk SLG, mesti terdedah dengan dunia pekerjaan. untung2 dapat keje terus, berusaha bersungguh2.
#11
Posted 20 June 2006 - 12:51 PM
so kalau tak ada kerja macam mana nak cari duit beli buku + hardware. aku percaya diorang dah berusaha bersungguh2 nak tambah skill.
alasan ni aku tak boleh terima. kalau nak cerita pasal kesusahan nak beli buku, hardware, resource nak belajar, aku boleh cerita berjela-jela cuma takut korang pulak muak nanti ...
#12
Posted 20 June 2006 - 12:59 PM
tlg cerita...nak dengar...mungkin leh jadik motivasi untuk adik2 diluar sana yg 'serba kekurangan'
#13
Posted 20 June 2006 - 01:32 PM
Setuju, equip bukan alasan. Aku study dulu takde pc pun. Resource? Kau surf je dalam internet..bersepah-sepah. Cuma masalah kebnyakan graduate skarang rasa cukup dengan apa yang diorang ada. Yang paling best lagi, diorang selalu mengharapkan "nasib". Sikit sangat graduate sekarang yang macam amry (dapat teh tarik pun ok dah ni).
#14
Posted 20 June 2006 - 03:05 PM
citer jer takkan muak punyer, nak tau gak. boleh dibincangkan dengan lebih lanjut.
#15
Posted 20 June 2006 - 03:23 PM
Utk success dlm bidang ni sbnrnya mmg brgantung sepenuhnya kepada individu itu di mana kriterianya adalah minat yg mendalam dan usaha yg berterusan. kalau ade minat xde usaha sendiri pun x kemana. x bole kata xde duit utk hardware. Dulu duit masa kat kolej dulu tak kan xde budget utk buku, pc dll. refernce bertan-tan kat Internet.
#16
Posted 20 June 2006 - 03:35 PM
aiks.. camne bleh naik nama aku nih
tak dinafikan aku dulu rasa cukup resource (resource aku PC je, buku takde sebab aku dah biasa sume benda cari internet).. dan tak dinafikan juga memang ada certain golongan yang memang tak berkemampuan. tapi golongan yang tak berkemampuan sampai boleh tak dapat keje tu minoriti je pada pendapat aku. and kalau betul dia seriously tak berkemampuan, camne dia bleh masuk IPT in the first place? and then kalau dia tak masuk IPT dan tak dapat some sijil camne dia nak dapat keje? aku buat andaian bagi kebanyakan company yang nak amik staf IT minimum requirement is diploma baru dia akan pandang.
terus terang aku rasa kebanyakan orang yang grad IT (bidang lain aku tak tau, aku grad comp science utm), diorang bleh grad tu maksudnya diorang dah masuk IPT. diorang bleh masuk IPT tu maksudnya diorang dah ada minimum resource dah tu. sumber rujukan? internet berlambak, computer labs bleh guna free. buku? library tu ada, pun bleh pinjam free. nota kuliah? lecturer / kawan ada bleh tolong fotostat, sekali sekala free, sekali sekala bayaran at a minimum. tak salah kiranya aku kata majoriti yang masuk IPT tu dari golongan yang cukup berkemampuan, lebih2 lagi dengan segala macam sumber free yang aku sebutkan tadi. malah ramai bleh abis duit pun kat lain, gi jalan2 laa.. dating awek laa.. tengok wayang laa.. dan yang sewaktu.. so isu tak berkemampuan: for most people yang attend IPT, takdek.
so apa yang boleh buat diorang tak dapat keje? berdasarkan pengalaman aku, banyaknya tak dapat keje sebab company yang nak hire pun berat nak hire. skill tak cukup. kalau hire takleh buat keje baik takyah hire. company tu nak bayar orang untuk buat keje, bukan nak jadi badan kebajikan. so bukan salah company set certain criteria yang biasanya ramai IT grads tak dapat nak fulfill. tu pun company tu biasanya takde laa nak IT grads yang gile2 hardcore / ganaz / genius / (put your words here).. kalau dapat, diorang suka. kalau tak dapat, diorang takde pun expect sume fresh grads camtu. diorang expect fresh grad at least ada quite strong basic knowledge. selebihnya blaja waktu keje for new knowledge + experience.
kalau basic skill pun takde, waktu keje baru terkial-kial nak blaja basic skill, belum lagi masuk major domain company berkenaan, bleh la lupakan. takyah apply. kalau apply & dapat alhamdulillah, rezeki nasib baik (atau ada cable) la tu. kalau dapat kerja tu atas dasar nasib baik, then ready laa untuk blaja berhempas pulas berguling-guling memerah keringat siang malam polish skill supaya bleh memenuhi expectation company yang hire tu. diorang dah amik risk hiring orang yang tak tau apa sangat in the first place, so please work hard to increase your capability, skill, knowledge or else, risk being terminated, atau lagi, sekiranya nasib baik gak, takleh kata apa laa, rezeki. and kalau yang nak pegi cari keje tu sedar skill tak seberapa, sedar2 gak laa jangan laa letak expected salary tinggi sangat, atau bising keje lama gaji tak naik ke apa ke. kalau keje bagus gaji tak naik tu lain la cerita.
anyway, tu pendapat peribadi aku. mungkin betul mungkin tak. dan sekali lagi aku cakap skop kepada IT grads je, sebab aku grad IT, aku tau gak laa keadaan semasa tu sedikit sebanyak.
#17
Posted 20 June 2006 - 04:27 PM
[off topic]
Itu dikira pujian tu.
[/off topic]
#18
Posted 20 June 2006 - 05:37 PM
<off topic>
kalau yang tu dikira pujian, yang dalam kurungan tu dikira apa plak?
</off topic>
#19
Posted 20 June 2006 - 06:55 PM
aku yang ada degree electric/electronic engineering ni pun boleh kerja IT, takkan yang degree IT tak leh kerja IT? pelik kan?
dan sememangnya pelik sebab ramai yang ingat aku degree IT, bila diaorang tanya kat aku.
pada pandangan aku, bukan degree yang menjadi ukuran, tapi sebagus mana diri sendiri untuk adapt dalam persekitaran, dan menggunakan ilmu yang dah ada untuk manfaatkan kerja yang kita dah ada, atau tengah nak cari...
aku kenal ramai orang yang bukan degree IT, tapi kerja IT
#20
Posted 20 June 2006 - 09:51 PM
-fresh graduate demand gaji tinggi, lebih baik amik bangsa asing.. bayar murah...
-masa kat uni/kolej belajar utk pass examm.. tu pun nak kena suap...
-sebab dari kecik dah di didik utk belajar rajin2 supaya lulus dengan cemerlang supaya keluar nanti dapat kerja pangkat tinggi...
-taknak cuba kerja di bidang lain... EGO tinggi..!!
saya menganggur sebulan ++, dlm masa tak kerja tu mmg MELEPAK je kat rumah
saya rasa point bro T2 yg terakhir tu ada juga la terpalit sikit...
p/s: saya dulu xsuka belajar smpi nak LULUS cemerlang...
kalau dpt POTONG pointer budak boarding school dgn MRSM pon dh SUKA sangat2
#22
Posted 22 June 2006 - 12:38 PM
kalau yang tu dikira pujian, yang dalam kurungan tu dikira apa plak?
</off topic>
Yang tu dikira habuan sebab bagi pujian
hheehe.. suatu masa dulu.. terpalit jugak kat saya...
p/s.. kerja di kedai makan merupakan kerja pertama yang saya lakukan lepas grad dulu...
Aku pernah keje construction site, susun piling yang besar yang org ketuk "degung..degung.." tu. Itu pengalaman kerja aku yg pertama.
#23
Posted 22 June 2006 - 04:48 PM
Maybe that contributes to the limitation of chances to the IT grads...
#24
Posted 22 June 2006 - 04:59 PM
persoalan utama, kenapa orang-orang bukan IT boleh kerja IT? susahkah IT ni kalau orang bukan IT pun boleh kerja IT?
yang penting adalah bagaimana kita nak jadikan diri kita seperti berlian, supaya kita berharga, supaya orang cari kita, bukan kita cari orang.
#25
Posted 23 June 2006 - 11:01 AM
Rasanya bukan pasal IT saja, ianya menyeluruh kepada kerja lain juga.
Findings :
(1) Kebanyakanya tak dak skill komunikasi yang baik, espcially English. Ramai tak pandai susun ayat nak cakap.
(2) Perwatakan tak menarik, gabra semacam (lelaki tu), ada yng anggap interview tu mcm soalan periksa, bila dia tak tahu, muka berkerut, diam , tunduk, tunggu hujan turun, tak jawab.. interviewer dah naik menyampah dah
(3) Tak pandai menjawab soalan , tak tahu mcm mana nak pindah ke topik lain atau cara menjawab dgn lebih sopan/menarik apabila tak tahu
(4) Dalam resume pun kelentong, ada yang tulis antara skill yang dia ada ialah "Netscape Navigator"
(5) Tak ada pandangan jauh, bila diminta idea atau pandangan terhadap sesuatu perkara/isu
(6) Tak punya skil yang mendalam, tak serupa apa yang dinyatakan dalam CV/resume
(7) Tidak mengikuti perkembangan semasa, bila ditanya apakah yang terbaru dlm industri, dia pun tak tahu... tanya pasal negara pun dia tak tahu,.. jelas tak baca paper, memang tak minat membaca
Ada posting kata, kalau susah takkan orang bidang lain masuk bidang IT. Bidang IT ni luas, dari pengurusan, projek dan pembangunan perisian, network etc. Ada juga orang bidang IT masuk bidang lain... bidang akaun ke, pengurusan projek ke, memasak ke, berniaga ke, engineering ke.. apa2 je lah, yang penting itu minat. Statement sebegini mengurangkan minat orang ke bidang IT.
IMHO
#27
Posted 23 June 2006 - 12:21 PM
Betul.. tetapi individu tu yang "tak cukup".
IMHO
#28
Posted 23 June 2006 - 12:42 PM
Saya nak menambah, pemakaian juga penting, contoh dalam temuduga untuk goment khususnya.
terima kasih.
#29
Posted 23 June 2006 - 02:37 PM
saya masa temuduga, soalan no. berapa tak ingat la..
tp diorg ada tanya TEAM mana menang FIFA World Cup 1970
#30
Posted 24 June 2006 - 02:44 AM
bayangkan seketul batu yang tah pape bentuknya, tapi bila diberi tekanan(hakisan), terbentuk lah sebuah berlian yang indah....
p/s kata-kata itu mutiara, bertindak itu berlian...
#31
Posted 26 June 2006 - 04:57 AM
Rasanya bukan pasal IT saja, ianya menyeluruh kepada kerja lain juga.
Findings :
(1) Kebanyakanya tak dak skill komunikasi yang baik, espcially English. Ramai tak pandai susun ayat nak cakap.
(2) Perwatakan tak menarik, gabra semacam (lelaki tu), ada yng anggap interview tu mcm soalan periksa, bila dia tak tahu, muka berkerut, diam , tunduk, tunggu hujan turun, tak jawab.. interviewer dah naik menyampah dah
(3) Tak pandai menjawab soalan , tak tahu mcm mana nak pindah ke topik lain atau cara menjawab dgn lebih sopan/menarik apabila tak tahu
(4) Dalam resume pun kelentong, ada yang tulis antara skill yang dia ada ialah "Netscape Navigator"
(5) Tak ada pandangan jauh, bila diminta idea atau pandangan terhadap sesuatu perkara/isu
(6) Tak punya skil yang mendalam, tak serupa apa yang dinyatakan dalam CV/resume
(7) Tidak mengikuti perkembangan semasa, bila ditanya apakah yang terbaru dlm industri, dia pun tak tahu... tanya pasal negara pun dia tak tahu,.. jelas tak baca paper, memang tak minat membaca
Ada posting kata, kalau susah takkan orang bidang lain masuk bidang IT. Bidang IT ni luas, dari pengurusan, projek dan pembangunan perisian, network etc. Ada juga orang bidang IT masuk bidang lain... bidang akaun ke, pengurusan projek ke, memasak ke, berniaga ke, engineering ke.. apa2 je lah, yang penting itu minat. Statement sebegini mengurangkan minat orang ke bidang IT.
IMHO
point no 2 tu yang kite kene bagi penekanan...nampak je macam tade pape...tapi itu menggambarkan tingkah laku kite....kalau kite yang jenis rajin,berkeyakinan...tegas, tabah..sedikit sebanyak memberi kesan pade imej kite mase interview...care kite bercakap,muke pandang mane....
interviewer mmg xnak cari calon yang menggelabah,pemalu....sebab die dah tau personaliti kite, kalau die amik kite bekerja...die tau dengan diri kite yang pemalu ni, susah nak bergaul dengan orang...kalau xtau nak siapkan sesuatu kerje tu, atau xpaham sesuatu...xnak bertanye....diorang interviewer ni mmg dah tau dari awal...lagipun bukan calang2 orang yang jadi interviewer ni....orang yang dah berpengalaman...
sekarang ni trend company2 IT nak hire orang..diorang bagi problem programming utk diselesaikan....jadi mereka2 yg grad IT ni kene la mantap dlm programming....syntax, algo...logic tu sume interviewer nak tengok...diorang mesti la nak pilih calon2 yang ade skill,baru company diorang bleh maju....
saye skrg tgh study dip software engineering....xtau lagi cerah ke x mase depan....lagipun diploma...umur dah 20 lebih...kalau nak sambung degree , mak aihh time tu nak masuk 30 baru grad....nak kawin lagi...hehehe
rate2 utk keje kosong IT skrg, diorang nak calon yg grad degree IT...kalu diploma tu susah sikit la....maybe CGPA kene kaw kaw baru dapat keje....
p/s ... hari hari godek code, fikir utk mase depan....programming adalah periuk nasik saye...kalau xmahir abis la...
#32
Posted 26 June 2006 - 10:22 AM
Bro, ko kena beza sket dgn yg jenis menggelabah x tau ape2 dgn org yg jenis pemalu sket x byk cakap ni.(tp jgn la x bercakap langsung dan x tau ape2).
Aku cuma nak tambah sket ni. manusia ni ade macam2 personaliti. yang aku nak cakap kt sini ialah pasal 'introvert' & 'extrovert'.
org yg extrovert ni mmg nampak bertenaga, byk cakap dsb manakala yg introvert ni pulak mungkin nampak sebaliknya. tp perlu diingat kedua-duanya ade kelebihan masing2.
oleh itu majikan perlu lah bijak memilih kombinasi di antara kedua-dua ni. orang yang extrovert ni mungkin bleh bagi kerje2 yang bersesuaian ngan die begitu juga utk yg jenis introvert ni. ni aku ade petik artikel sket:
"In the extroverted attitude the energy flow is outward, and the preferred focus is on people and things. Extroverts tend to be energetic, enthusiastic, action-oriented, talkative, and assertive. These people like to do many activities that are in the midst of people, such as volunteering for community activites or taking part of church and business affairs; they find partying very entertaining. Therefore, an extroverted person is likely to enjoy time spent with people and find less reward in time spent alone.
In the introverted attitude the energy flow is inward, and the preferred focus is on thoughts and ideas. Introverts tend to be quiet, low-key, deliberate, and disengaged from the social world. They enjoy such activities such as reading, watching home movies and television, and doing quiet things in the vicinity of their home. Thus, one who is introverted is more likely to spend time alone or in contemplation, as these activities are rewarding. They may avoid social situations entirely, not because of shyness, but because they choose to.
While most people view being either introverted or extroverted as a question with only two answers, this is more of a scale, with people falling on both ends and in between. The term ambivert was coined to denote people who fall more or less directly in the middle and exhibit tendencies of both groups. Most people are considered ambiverts. An ambivert is normally comfortable with groups and enjoys social interaction, but also relishes time alone and away from the crowd."
#33
Posted 26 June 2006 - 08:19 PM
(copy paste kat browser)
Reaksi komuniti student UTAR, suh student utar jangan goyang kaki lagi, sbb ada melayu alaf baru. Kita sedia maklum kan pasal UTAR tu?. So, renungkanlah....
#34
Posted 27 June 2006 - 12:09 AM
(copy paste kat browser)
Reaksi komuniti student UTAR, suh student utar jangan goyang kaki lagi, sbb ada melayu alaf baru. Kita sedia maklum kan pasal UTAR tu?. So, renungkanlah....
Bagi url tak penuh
#35
Posted 27 June 2006 - 12:21 AM
Aku cuma nak tambah sket ni. manusia ni ade macam2 personaliti. yang aku nak cakap kt sini ialah pasal 'introvert' & 'extrovert'.
org yg extrovert ni mmg nampak bertenaga, byk cakap dsb manakala yg introvert ni pulak mungkin nampak sebaliknya. tp perlu diingat kedua-duanya ade kelebihan masing2.
oleh itu majikan perlu lah bijak memilih kombinasi di antara kedua-dua ni. orang yang extrovert ni mungkin bleh bagi kerje2 yang bersesuaian ngan die begitu juga utk yg jenis introvert ni. ni aku ade petik artikel sket:
"In the extroverted attitude the energy flow is outward, and the preferred focus is on people and things. Extroverts tend to be energetic, enthusiastic, action-oriented, talkative, and assertive. These people like to do many activities that are in the midst of people, such as volunteering for community activites or taking part of church and business affairs; they find partying very entertaining. Therefore, an extroverted person is likely to enjoy time spent with people and find less reward in time spent alone.
In the introverted attitude the energy flow is inward, and the preferred focus is on thoughts and ideas. Introverts tend to be quiet, low-key, deliberate, and disengaged from the social world. They enjoy such activities such as reading, watching home movies and television, and doing quiet things in the vicinity of their home. Thus, one who is introverted is more likely to spend time alone or in contemplation, as these activities are rewarding. They may avoid social situations entirely, not because of shyness, but because they choose to.
While most people view being either introverted or extroverted as a question with only two answers, this is more of a scale, with people falling on both ends and in between. The term ambivert was coined to denote people who fall more or less directly in the middle and exhibit tendencies of both groups. Most people are considered ambiverts. An ambivert is normally comfortable with groups and enjoys social interaction, but also relishes time alone and away from the crowd."
Aku memang setuju sesangat ni, kebanyakkan interviewer impress dgn org yg pandai cakap, kelentong masa interview, org pendiam ni diorg pikir tak pandai buat kerja. Tapi hakikatnya yg aku nampak selama ni pendiam ni pandai dlm kerja nya sendiri especially technical. Sbb introvert ni selalu nya focus dlm kerja.
Pendapat aku interviewer kat Malaysia ni masih belum matang dlm menilai dan memilih pekerja yg betul2 sesuai dgn kerja yg ditawarkan. Tapi kalau ada kedua2 sifat extrovert dan introvert ni lagi bagus, tapi jarang boleh dpt.
#37 Guest_mynullvoid_*
Posted 28 June 2006 - 07:37 PM
Okay la, I nak beri peluang untuk korang membuktikan kemampuan korang, company aku memerlukan programmer - to be exact PHP+MySQL; since ramai yang merunggut pasal pengalaman atau bahasa mahupun muka tak lawa - I am opening a chance untuk graduate yang tiada pengalaman; but kenala prepare; ni soalan bocor interview; BUAT ADDRESS BOOK guna PHP+MySQL gunakan VIM atau notepad - pastikan boleh ADD, DEL dan MODIFY.
email pada mohamedsulaiman@gmail.com
#38 Guest_mynullvoid_*
Posted 28 June 2006 - 07:52 PM
Okay la, I nak beri peluang untuk korang membuktikan kemampuan korang, company aku memerlukan programmer - to be exact PHP+MySQL; since ramai yang merunggut pasal pengalaman atau bahasa mahupun muka tak lawa - I am opening a chance untuk graduate yang tiada pengalaman; but kenala prepare; ni soalan bocor interview; BUAT ADDRESS BOOK guna PHP+MySQL gunakan VIM atau notepad - pastikan boleh ADD, DEL dan MODIFY.
email pada mohamedsulaiman@gmail.com
bukan email application tu, but email your CV
#39
Posted 08 July 2006 - 10:57 AM
Bro, saya berminat. tapi boleh tau location kat mana tak? skrg ni stay kat jb lah.
dulu sebelum masuk keje skrg ni, memang haru giler bahasa inggeris tak tau langsung. tp mujur lah interviewer tu yg byk ckp, dia citer pasal kompeni dia ngan sistem yg dia guna. pastu nak takut2 kan pulak ckp kene keje sorang lah apa lah. saya cuma jawab, yes i can do it, it is not the poblem, i can stayback, yes no itu jelah hahaha. nasib baik dapat gak keje tu sebab saya tau programming. dia suruh buat e-form dlm masa 3 bulan, dan dalam masa 3 bulan tu memang saya dapat deliver e-form terus confirm permanent.
saya rasa kalau kompeni tu pandang kepada kebolehan daripada masalah bahasa, memang bagus lah kompeni tu. sbb bukannya tak paham bi cuma tak reti nak balas jer
#40
Posted 08 July 2006 - 03:13 PM
"Yes, i'm willing"
Pastu memang betul betul work long hours. Itu aku tak kisah sangat. Dapat gaji lambat tu yang rasa macam nak berak keluar debu tu. So, "are you willing to work long hours?", is probably "this company still isnt stable, you'll get paid late often, oh, and there's no overtime".
#42
Posted 10 July 2006 - 11:09 AM
programmer which will do Macromedia Flash,XML,XSLT,network troubleshooting and jobs assigned from time to time.
sungguh longgar clause mereka itu
tu jawatan pegawai sokongan...
#43
Posted 10 July 2006 - 11:39 AM
sungguh longgar clause mereka itu
Part ni yang tak menahan tu.
Aku pernah kena interview, org tu ckp diorang akan bagi task baru dari masa kesemasa. Aku tanya task mcm mana, still dlm scope aku ke? Dia ckp itu tak tahu lagi. Puas aku bertaki dengan dia. Last2 tak dapat jugak.
#46
Posted 14 July 2006 - 12:16 PM
"Yes, i'm willing"
Pastu memang betul betul work long hours. Itu aku tak kisah sangat. Dapat gaji lambat tu yang rasa macam nak berak keluar debu tu. So, "are you willing to work long hours?", is probably "this company still isnt stable, you'll get paid late often, oh, and there's no overtime".
huhuhuhu, part gaji lambat mmg seksa,
aku paling x suka kalau pergi interview di interview oleh mereka yang tak tahu apa-apa, pastuh tunjuk lagak, hilang akal, dalam kepala terus fikir, takmo keje dengan bos macam ni..
#48
Posted 14 July 2006 - 04:03 PM
Hahahaaa, sabar2. Aku faham maksud kau. Itu kira kes lain. Yang kat atas tu kes lain.
#49
Posted 14 July 2006 - 04:12 PM
hahaha...sib baik aku g interview2 dlu technical person yg interview...kdg2 saje je dorg wat cam2, nak tgk ko ikut bengong cam dorang ke x...
#50
Posted 14 July 2006 - 05:08 PM
biasa yang interview tu bos.. management kadang ada la dia ajak sorang dua technical person..
aku pernah gak interview orang.. hr suh jadi tehnical reviewer..
selain boss group tu la.. tapi satu la aku nih jenis straight.. .. hak hak hak..
aku cakap kat kawan aku kebetulan yang aku interview tu orang nak gantikan dia..
dia kate kalau aku interview dia maunye dia tak dapat.. hak hak hak..
tapi paling sadis aku tengok orang interview nih
kebanyakannya tak buat research..
research pasal kerja dia..
research pasal company..
tapi kalau ko pi interview..
tengok orang tu tanya bukan2 tak related..
biasanya memang tak dapat tuh.. ada selected candiddate dah...
saje sake of interview untuk prosedur aje..
apapun ada orang pangil interview aku pi ajer..
Dapat tak dapat tu lain cerita seronok nak tengok gelagat penginterview nih selain nak test market dan test darah gemuruh, berdebat
don't worry be happy.. and try your best..
dah usaha selebihnya serahkan kepada Dia yang maha kuasa..
wallahualam..

Sign In
Register
Help



MultiQuote










