Bola Sepak Malaysia
#1
Posted 19 July 2006 - 05:39 PM
Basri gak sempoi...
Ahmad Basri berkata, skuad kebangsaan melalui zaman kemerosotan yang teruk dalam tempoh 20 tahun dengan kali terakhir memenangi pingat emas di Sukan Sea 1989 di Kuala Lumpur.
“Selepas itu, tiada apa yang boleh dibanggakan bola sepak negara kita,” katanya kepada Arena Metro, semalam.
Pengurus skuad Kedah itu menambah, dalam tempoh itu, FAM hanya membuang masa kerana tiada perancangan tepat bagi meningkatkan mutu bola sepak negara.
“Kita mempunyai liga profesional yang sepatutnya mampu menyumbang kepada pembangunan bola sepak negara.
“Tetapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila mutu bola sepak kita terus merosot begitu teruk sekali ketika ini,” katanya.
Beliau yang begitu kecewa sekali dengan perkembangan bola sepak negara ketika ini berkata, FAM sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengadakan perbincangan dalam suasana terbuka dan bukannya hanya bersetuju dengan sebarang cadangan yang dikemukakan.
“Kalau orang yang diberi tugas tidak boleh buat, kita kena cari jalan lain.
“Kita kena tumpu kepada apa yang perlu dilakukan atau tukar pengurusan yang ada sekarang,” katanya.
Beliau membuat kesimpulan, sejak pengurusan baru FAM dibentuk pada 1984, badan induk bola sepak negara itu gagal menjalankan tugas mereka.
“Mereka gagal sama sekali dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
“Jadi, jika gagal memenuhi matlamat yang ditetapkan, lebih baik tugas ini diserahkan kepada pihak lain daripada diteruskan dan gagal juga akhirnya,” katanya.
#2
Posted 19 July 2006 - 06:13 PM
Tetapi cadangan YB Gafur Salleh supaya pengurusan FAM diserahkan kpd Myteam kelolaan orang politik adalah sesuatu yg jauh lebih tersasar dpd kesilapan-kesilapan FAM selama ini. Orang politik dalam negara kita sudah ternyata lebih cenderung menjahanamkan dpd menambahnilai sesuatu yg diserahkan kpd mereka. Lihat sahaja MAS, PROTON, RHB Bank, etc...
Saya bukan generalize semua politikus adalah tikus membaiki labu. Tetapi falsafah yg telah diwahyukan kpd umat manusia melalui lisan Muhammad s.a.w. telah tersedia utk dihayati "Apabila kamu menyerahkan sesuatu perkara utk ditangani oleh mereka yang bukan ahli, maka tunggulah kehancuran perkara itu!"
Sepatutnya urusan bolasepak diserahkan kpd mereka yang mendalami bidang itu dan (saya tegaskan DAN) mampu mengembangkannya. Sukan bolasepak adalah satu industri. Oleh itu tidak memadai menyerahkan urusan bolasepak kpd mereka yg hanya tahu aspek teknikal. Malah calon-calon yg bakal menerima tanggungjawab itu mestilah juga berjiwa pejuang dan berfikiran usahawan.
#3
Posted 19 July 2006 - 06:19 PM
#4
Posted 20 July 2006 - 09:20 AM
#5
Posted 20 July 2006 - 09:58 AM
nak salahkan yang mengendalikan pun tak boleh juga,lihat sahaja pemain kebangsaan kita hari ni.semangat takde langsung!.semua berebut nak main LIGA M sebab boleh pakai keter beso.duit banyak,jadi terkenal masuk majalah hiburan,boleh berlibur-libur tapi bila panggil main untuk negara,semua macam paksa rela sebab elaun yang diberi tak seberapa compare kepada gaji mereka.
buka nak banggakan bangsa asing tapi lihat mereka di sana tu,bila masa musim liga,mereka bermain betul-betul kerana di bayar gaji tapi bila di panggil wakili negara,mereka betul-betul bermain kerana negara.kalau kalah menangis beb!,pernah tengok pemain kebangsaan kita kalau kalah menangis?.
itulah. terlalu banyak politik dan kurangnya patrioritik.
sekian.
#6
Posted 20 July 2006 - 10:06 AM
Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai) - Surah al-Qasas ayat: 26
#7
Posted 20 July 2006 - 10:57 AM
tetapi itu susah nak dilaksanakan sekarang ni.
#8
Posted 28 July 2006 - 09:05 AM
sori la ye kepada sesapa kaum keluarga yang terlibat dalam FAM ni...tak leh nak cakap apa...makin lama makin menurun ranking...
salahkan player kot...ehehehee...
ala...klinsmann, lippi pun letak jawatan...
FAM buka gelanggang
Oleh AMRAN MULUP
PETALING JAYA - Kritikan serta cemuhan semata-mata bukan menjadi jalan penyelesaian jika ingin melihat maruah bola sepak kebangsaan kembali disegani di rantau Asia malahan di persada dunia.
Sebaliknya, apa yang penting adalah himpunan pandangan bernas, keringat dan kepakaran daripada kerajaan, individu, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau peminat bola sepak untuk menjadi titik tolak bagi membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membentuk pasukan paling mantap.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, beliau yakin jika seluruh pihak bergabung tenaga membantu badan induk itu dengan melahirkan idea, pandangan serta kepakaran, tidak mustahil hasrat yang diinginkan oleh seluruh rakyat untuk melihat skuad kebangsaan di pentas dunia akan menjadi kenyataan.
Menurut beliau, sikap segelintir pihak yang melontarkan kecaman dan cemuhan tanpa sebarang pandangan bernas bukan bertujuan untuk membantu FAM.
‘‘Dengan menggesa semua pemegang jawatan tertinggi dalam FAM meletak jawatan itu bukan tindakan yang bijak dan bukan menjadi jalan penyelesaian.
‘‘FAM mempunyai peraturan dan sebarang usaha merombak pihak pengurusan tertinggi badan induk itu perlu dilakukan pada mesyuarat agung dan bukan sewenang-wenang meminta orang meletak jawatan ,’’ katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM dekat Kelana Jaya di sini, semalam.
Sehubungan itu, Dr. Ibrahim sekali lagi menegaskan, kerja sama daripada semua pihak amat penting untuk merealitikan impian seluruh rakyat bagi melihat skuad bola sepak kembali disegani.
Menurut beliau, melahirkan pemain di peringkat akar umbi terutama di sekolah amat penting untuk pembentukan skuad negara.
Ujarnya, selagi tidak ada pemain berkualiti dilahirkan di peringkat sekolah sukar untuk Malaysia membentuk sebuah pasukan yang mantap untuk menggegar dunia.
FAM katanya, kini bergantung kepada skuad bawah 20 tahun yang akan menggalas cabaran pada pusingan akhir Belia Asia di Kolkata, India, Oktober ini.
#9
Posted 28 July 2006 - 11:23 AM
#10
Posted 28 July 2006 - 11:47 AM
#11
Posted 28 July 2006 - 12:11 PM
dah terbukti ibrahim saad tu mmg pndai menghancur ..tgk la penang..tnya org penang..
#12
Posted 28 July 2006 - 12:20 PM
jika keadaan ini yang akan berterusan sehingga waktu yang tiba.
#13
Posted 28 July 2006 - 12:23 PM
boleh punye.. kena ada semangat le.. 2018 sempat lagi nak train bagi makan skills etc..
#14
Posted 29 July 2006 - 11:35 PM
Aku bukannya minat sangat bola kat Malaysia sebab aku rasa diaorang main tak best. Macam pemalas je aku tengok.
Tapi kadang2 aku terpikir jugak macam mana nak menyelasaikannya, walaupun obviously bukan masalah aku nak tolong fikirkan.
Apa kata kalau, juara Piala Malaysia ke, Liga Malaysia ke, kalau menang kejuaraan tu, setiap sorang pemain tu dapat RM 1 juta ringgit? Korang rasa diaorang main sungguh2 ke tak?
Aku rasa nak raise 1 juta setiap sorang tu, rasanya tak susah. Dapatkan sponsor banyak2 daripada konglomerat di Malaysia dan even gomen sendiri pun. Dapatkan PNB, Sime Darby, Air Asia, Petronas... dan sebagainya. Oleh kerana benda ni orang tak pernah buat lagi, maka ia akan jadi breakthru punya approach dan lain daripada sebelum ini. Secara otomatik, media akan buat liputan meluas, macam myTeam tu. Dan sekali gus, sebagai imbuhan kepada sponsors, diorang akan dapat promotion dan advertisement. Big2 banners on the field during matches.
Setiap pemain yang hebat akan digalakkan (dan dimanjakan) lagi dengan majalah2 popular sukan dan majalah Mangga, Mastika dan mungkin boleh masuk Melodi. Dah dapat satu juta, riuh satu Malaysia, pergi Genting highland gi sambut Anugerah ERA dan sebagainya... Dapat glamer, dapat kahwin dengan Syarifah Amani dan sebagainya...
Pemain yang kalah pulak punya la berlatih sampai koyak otot sebab dan akan usaha mengalahkan John Rambo sebab nak menang satu juta.
Dan sebagai hasilnya, mutu permainan jadi sungguh berkualiti dan sekali gus mengangkat ranking Malaysia di mata dunia.
Aku tak rasa benda ni impossible. Cuma kena ada tangan je yang sanggup dan berani buat perubahan. FAM ke gomen ke sapa ke, tu semua belakang cerita. Yang penting sekali duit. Kerana semua orang tahu manusia sekarang sanggup mati kerana duit.
Just a thought.
#15
Posted 30 July 2006 - 03:18 AM
Eh Malaysia ada bola sepak ke???
#16
Posted 30 July 2006 - 08:55 AM
Walau bosan mana game Team M'sia. Terimalah hakikat yg itulah Team Malaysia yg kita ada.
Nak tak nak..sorak jugak la. Kalau rasa anda sokong bolasepak Malaysia dan sukakan bolasepak..jom Futsal next Friday (refer Forum Sembang - Chit Chat Futsal Season 2). Cakap semua org boleh cakap...sepak tak semua org berani sepak (bakarunn bakarunn).
#17
Posted 30 July 2006 - 11:49 AM
Walau bosan mana game Team M'sia. Terimalah hakikat yg itulah Team Malaysia yg kita ada.
Nak tak nak..sorak jugak la. Kalau rasa anda sokong bolasepak Malaysia dan sukakan bolasepak..jom Futsal next Friday (refer Forum Sembang - Chit Chat Futsal Season 2). Cakap semua org boleh cakap...sepak tak semua org berani sepak (bakarunn bakarunn).
Gua Terengganu....
#18
Posted 31 July 2006 - 12:54 PM
#19
Posted 31 July 2006 - 05:13 PM
kalau bookie bagi 10 juta untuk kalah camno?
#20
Posted 31 July 2006 - 05:55 PM
Wakaka.lawa tul avatar ko nixk.
#21
Posted 01 August 2006 - 08:41 AM
Oleh Ahmad Khawari Isa
Elak pegawai turut jadi mangsa tidak dibayar elaun mulai musim depan
PENINGKATAN jumlah aduan terhadap isu bayaran tertunggak membabitkan pegawai pasukan kini memaksa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperketatkan lagi syarat pendaftaran untuk Liga Malaysia, musim depan.
Sumber Berita Harian
#22
Posted 01 August 2006 - 09:37 AM
Aku rasa nak raise 1 juta setiap sorang tu, rasanya tak susah. Dapatkan sponsor banyak2 daripada konglomerat di Malaysia dan even gomen sendiri pun. Dapatkan PNB, Sime Darby, Air Asia, Petronas... dan sebagainya. Oleh kerana benda ni orang tak pernah buat lagi, maka ia akan jadi breakthru punya approach dan lain daripada sebelum ini. Secara otomatik, media akan buat liputan meluas, macam myTeam tu. Dan sekali gus, sebagai imbuhan kepada sponsors, diorang akan dapat promotion dan advertisement. Big2 banners on the field during matches.
Setiap pemain yang hebat akan digalakkan (dan dimanjakan) lagi dengan majalah2 popular sukan dan majalah Mangga, Mastika dan mungkin boleh masuk Melodi. Dah dapat satu juta, riuh satu Malaysia, pergi Genting highland gi sambut Anugerah ERA dan sebagainya... Dapat glamer, dapat kahwin dengan Syarifah Amani dan sebagainya...
Pemain yang kalah pulak punya la berlatih sampai koyak otot sebab dan akan usaha mengalahkan John Rambo sebab nak menang satu juta.
Dan sebagai hasilnya, mutu permainan jadi sungguh berkualiti dan sekali gus mengangkat ranking Malaysia di mata dunia.
Aku tak rasa benda ni impossible. Cuma kena ada tangan je yang sanggup dan berani buat perubahan. FAM ke gomen ke sapa ke, tu semua belakang cerita. Yang penting sekali duit. Kerana semua orang tahu manusia sekarang sanggup mati kerana duit.
Just a thought.
I don't think so. Malaysia kalah kepada Vietnam yg dulunya pasukan belasahan kaw-kaw punya (think! Malaysia 20- Vietnam 0 is not impossible
Bila sebut bolasepak juga kita kena fikirkan dalam long-term. mesti ada target dan plan2 sistematik utk achieve the target dan ini termasuklah pembentukan skuad pelapis. Idea penubuhan semula akademi sukan oleh Datuk Basri Akil adalah satu idea yg baik.
#23
Posted 01 August 2006 - 02:18 PM
#24
Posted 01 August 2006 - 04:06 PM
Bukan aku tak setuju, tetapi mampukah kita mengikut jejak Korean dan Jepun?. Mereka negara maju dan mempunyai duit yg banyak untuk pembangunan bolasepak mereka. Kelak-kelab mereka kaya dan mempunyai sponsor yg kaya juga, tetapi kelab dan negeri kita ada yang tidak dapat membayar gaji pemain untuk beberapa bulan. Kebanyakkan dari kelab juga memerlukan bantuan dari FAM. Jadi relevankah untuk kita mengikut jejak seperti jepun dan korea.
Aku lebih suka kalau bolasepak kita melihat pada negara afrika, bagaimana mereka melahirkan pemain-pemain yang berbakat, kita lihat pada piala dunia yg lepas, Ghana, Togo, Ivory Cost dan Trinidad & Tobago. Negara apakah mereka itu, adakah mereka negara yg terkenal dengan liga tempatan mereka? Adakah mereka negara yang kaya?, tetapi mengapa mereka mampu layak ke piala dunia dan Ghana pula layak pergi ke pusingan kedua piala dunia. Apakah rahsia kejayaan mereka?.
Pada pendapat aku, adalah lebih baik kita meletakkan liga tempatan kita ini hanya pada tahap semi-pro sahaja, tak usah kita naikkan pada tahap pro. Kita lihat apa yg berlaku sekarang ialah, ambil contoh seorang pemain bolsepak bernama Ali yg bermain untuk sekolah, Ali mempunyai bakat yg tinggi didalam permainan bolasepak, selepas memasuki kejohanan sekolah maka Ali telah diambil untuk bermain diperingkat daerah dan seterunya negeri. Ketika diperingkat negeri Ali telah mendapat gaji yang lumayan sekitar rm10k sebulan tidak termasuk elaun dan bonus, jadi pada pandangan Ali apakah sasarannya selapas itu untuk meningkatkan skill dan quality permainannya. Jawapan sudah pasti tiada. Jika Ali terpilih mewakili negara sekalipun Ali tetap pada tahap yang sama dan tidak akan meningkat, ini kerana sebagus mana sekalipun Ali tiada kelab luar yang akan mengambil Ali mewakili kelab mereka.
Jadi apa perlunya Ali bersusah payah untuk meningkatkan prestasinya, kemungkinan yg ada ialah kelab dalam liga tempatan yg berminat untuk mengambil Ali bermain untuk mereka dan menawarkan gaji yg lebih, tetapi berapa banyak kelab yg mampu membayar gaji Ali lebih dari RM10k sebulan?…
Kerana itulah lebih elok liga kita ditahap semi-pro sahaja, jika seseorang pemain kita mahu gaji yang lebih mereka perlu bermain dengan kelab luar negara dan mencuba nasib di eropah, jadi disini dengan sendirinya sikap pemain itu akan berubah, dari bermain untuk sekolah, kemudian negeri dan kemudian mereka akan mesasarkan untuk bermain dengan kelab luar yang lebih mencabar dan ini akan sentiasa memotivasikan pemain itu untuk terus meningkatkan skill dan quality permainannya. Apabila mewakili negara merekan perlu bermain bersungguh-sungguh kerana kelab luar yg dia wakili akan melihat prestasinya. Jika merosot kemungkinan dia akan diletakkan dibangku simpanan kelab luar yg dia wakili. Maka dengan sendirinya Malaysia akan dapat pemain yg benar-benar ingin bermain untuk negara dan akan memberikan sepenuh tumpuan didalam permainannya. Apabila ini berlaku adalah mustahil ranking Malaysia tidak dapat ditingkatkan dan harapan untuk Malaysia layak ke piala dunia adalah lebih cerah.
Sebab itu jika kita lihat pemain-pemain afrika kebanyakkannya bermain di eropah, tidak kira divisyen berapa mereka bermain tetapi apa yg penting mereka dapat bermain diliga yg lebih mencabar dan dari situ kelab-kelab yang lebih besar dan hebat akan melihat mereka bermain. Wakil-wakil kelab eropah yg hebat tidak akan dtg ke Malaysia untuk tgk pemain yg mana boleh mewakili mereka. Kita lihat seperti park je sung, ManU bukan dtg ke korea dan membelinya, tetapi mereka lihat dia bermain ketika mewakili PSV. Begitu juga Essien perancang utama Ghana, Chelsea bukannya pergi ke Ghana dan lihat dia bermain, tetapi Chelsea membelinya dari Lyon, dan ramai lagi pemain-pemain afrika yg bermain dgn kelab yg besar diambil dari kelab eropah yg kecil.
Jadi apa yg perlu ialah, fam perlu memikirkan bagaimana caranya untuk mengesport pemain kita bermain di eropah, jika perlu agen maka fam perlu mencari agen yg bagus untuk memperkenalkan pemain kita kepada kelab-kelab eropah. Tidak perlu kita dok heboh untuk menukar peraturan dan undang-undang liga M, buatlah apa sekalipun pada liga kita, ditahap itu jugalah pemain kita akan bermain, dan jika tindakan drastic tidak dibuat, jangan kata 2018, 2081 pun belum tentu kita layak. Percayalah.
#25
Posted 01 August 2006 - 04:43 PM
Japan Football Ass. pernah mengimport tenaga pengurusan dr FAM sebelum mereka melangkah ke alam prosesional kerana pada satu masa dulu liga malaysia even semi-pro adalah liga yang paling managed di asia walau pembangunan kurang
Errrrrrrr...... membebel plak
#26
Posted 01 August 2006 - 06:00 PM
#27
Posted 02 August 2006 - 01:28 AM
Saudara,
kita berfikiran jauh...berpandangan jauh...so, target kita bukan nak kalahkan pasukan cikai2 asia cam Thailand n indon tu,tapi target kita nak kalahkan team tough2 cam Brazil..So time lawan Thailand,kita sesaje bagi kalah lah..lagipun Thailand tak pernah target 2018 untuk layak ke Piala Dunia cam kita yg berfikiran jauh dan realistik nih.So,kita saje jer bagi kalah dgn pasukan Singapore, Thailand, Indonesia dan Vietnam.Target kita nak tewaskan pasukan2 handalan dunia seperti Argentina,Italy,Frace dan Brazil.muahaha
p/s:bila la sultan dua org tu nak berundur?susah...susah...
#28
Posted 02 August 2006 - 08:32 AM
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
SHAH ALAM – Pelik! Bengkel Program Pembangunan Bola Sepak Belia Kebangsaan selama dua hari yang berakhir di Hotel Grand Bluewave di sini semalam, gagal menyaksikan kehadiran wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Bengkel anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) dan Jabatan Pendidikan Jasmani Sekolah ini sekadar mengumpul ahli akademik universiti, konsultan, pendidik kanak-kanak, jurulatih pencarian bakat, Majlis Sukan Kelantan dan Sekolah Sukan Bukit Jalil sedangkan FAM yang sepatutnya ‘mendukung watak utama’, cuma memandang sepi dan dingin.
Mungkin kerana itulah, sidang akhbar selepas bengkel ini juga tidak mampu mendedahkan hasil dan rumusan sebenar pesertanya kepada media terutama dalam mencungkil kelemahan perancangan pembangunan bola sepak negara yang dikatakan diatur sejak 1986.
Pengarah Bahagian Pembangunan MSN, Saadon Shukor berkata, pihaknya sudah mengundang wakil FAM untuk menyertai bengkel ini tetapi soal sama ada mahu hadir atau tidak, masih terletak pada budi bicara mereka.
“Kami sudah jemput wakil FAM tetapi biasalah, kalau mereka tidak datang kerana masalah tertentu, apa boleh kami buat,” katanya yang bagaimanapun menyangkal bengkel ini agak pincang tanpa input secara terus daripada wakil badan induk bola sepak itu.
Untuk tidak terus mengeruhkan hubungan dengan FAM, secara diplomasi beliau berkata, “tugas bengkel ini ialah cuba mengenal pasti masalah akar umbi bola sepak negara dan kami tetap akan bentangkan rumusannya kepada FAM.
“Hakikatnya demi kepentingan negara, MSN masih cuba membantu memajukan bola sepak negara dalam situasi menang-menang atau secara perkongsian pintar,” kata Saadon.
Jelasnya, rumusan bengkel akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pembangunan Belia FAM yang dipengerusikan Timbalan Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Jawatankuasa Sukan Teras untuk tindakan susulan.
Sumber Utusan
#29
Posted 03 August 2006 - 10:34 AM

MSN memang sengaja belakangkan FAM: Ibrahim
Oleh Ahmad Khawari Isa
Dakwa Pengarah Pembangunan, Saadon Shukor buat keputusan sendiri
SEHARI selepas tanggapan diperteguhkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkannya – Majlis Sukan Negara (MSN) memang sengaja membelakangkan mereka dalam bengkel membincangkan program pembangunan bola sepak secara jangka panjang.
Malah secara lebih tegas, FAM – dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, semalam – mendakwa segala tindakan meminggirkan mereka itu dilakukan Pengarah Pembangunan MSN, Saadon Shukor.
Puncanya ialah apabila Bahagian Pembangunan MSN, diketuai Saadon, menganjurkan ‘Bengkel Perbincangan Program Pembangunan Belia Kebangsaan’ yang langsung tidak dihadiri walau seorangpun pegawai FAM.
Bharian - Fam ampas
#30
Posted 03 August 2006 - 10:51 AM
banyak badan redundent la..
tu yang gaduh
#31
Posted 03 August 2006 - 10:54 AM
PETALING JAYA – Tarikh pemberitahuan yang suntuk, masalah kos dan tidak dirunding terlebih dulu menjadi tiga alasan utama mengapa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menghantar wakilnya ke Bengkel Program Pembangunan Bola Sepak Belia Kebangsaan di Shah Alam, kelmarin.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad mempersoalkan bagaimana pihaknya mampu membuat persediaan apabila bengkel itu hanya diberitahu menerusi faks pada 27 Julai lalu dan diterima, sehari kemudian.
“Hanya dalam tempoh dua hari bekerja yang diberitahu sebelum bengkel itu (Isnin lalu dan kelmarin), apa yang dapat kami persiapkan?,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
#32
Posted 08 August 2006 - 01:28 PM
DESAS desus kini bertiup kencang - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dikatakan akan meletakkan jawatannya daripada badan induk itu.
Perkhabaran itu kini jadi topik perbualan hangat di kalangan warga bola sepak tempatan, dengan pelbagai spekulasi dan ulasan timbul untuk mengupas ?kejutan besar? itu.
Namun, pengesahan mengenainya tidak diperoleh, dengan cubaan berterusan untuk mendapat kepastian daripada Dr Ibrahim mahupun pemimpin tertinggi FAM lain menemui jalan buntu.
Sumber Berita Harian
#33
Posted 08 August 2006 - 04:14 PM
tak cukup gembira....aku nak dua org sultan tu nyah dari persatuan tuh!
#34
Posted 23 August 2006 - 08:07 AM
apa pandangan korang semua?
SHAH ALAM – Kejohanan Pesta Bola Merdeka ke-38 bermula di Stadium Shah Alam malam ini menjadi pentas terbaik buat skuad kebangsaan untuk menafikan segala kritikan dan cemuhan yang dilemparkan ekoran kedudukan memalukan berada pada tangga ke-146.
Sumber Utusan Malaysia
#35
Posted 24 August 2006 - 09:56 AM
Mlm tadi saper pegi tgk....bila aku baca berita, mcm malaysia ni main cam hampeh jer...
Malaysia Cemas
#36
Posted 24 August 2006 - 10:23 AM
Aku dah bosan dgn bolasepak malaysia. bila kita support dorang, asyik dikecewakan je, tak pernah ada kemajuan bila dah gagal tu. Bila kita kutuk bola sepak negara sendiri, orang kata kita tak patriotik sapot negara sendiri pulak. so mcm mana nih.. salah rakyat yg menyumbang duit utk biaya skuad kita ni atau salah persatuan? ke salah pemain? salah sapa ni? Nak kata salah rakyat, takde sebab dah, kita dah sumbang duit, maka org yg berwajib tu sumbangkan la tenaga dan ilmu kat pemain2. tapi apa dah jadi skang ni? Aduuhaiii Bola Sepak Malaysia...
Kita dah lama dalam arena bolasepak, tapi kenapa mutu permainan kita semakin mundur berbanding indonesia/singapore dan lain2 negara? USA dulu buta bola sepak, depa agung2kan American Football yang pakai mcm topi astronaught tapi main mcm rubgy. Tapi skang ni dah bleh masuk Piala Dunia. Aku rasa kita main bola sepak lagi lama dari USA ni kan? Tapi nape depa dah bleh masuk Piala Dunia? Kita lak cemana? Asyik gitu la dok negeri sendiri, main ngan ASEAN. Tu pun idup segan mati tak mau...
Aduuhaiii Bola Sepak Malaysia...
aku rasalakan.. dari membazir duit rakyat biaya skuad kebangsaan atau seangkatan dgnnya, apa kata skuad kebangsaan diserapkan ke dalam skuad kebangsaan Futsal... kalau ada la kan.. ada jugak hala tuju futsal nih..
Aduuhaiii Bola Sepak Malaysia...
#37
Posted 24 August 2006 - 11:13 AM
#38
Posted 24 August 2006 - 12:01 PM
Dalam game FIFA World Cup 2006 pun Malaysia tak layak...
#39
Posted 24 August 2006 - 12:07 PM
#40
Posted 24 August 2006 - 04:59 PM
maklum leer Spur menang kan
bagus player baru tu, berbaton
#41
Posted 28 August 2006 - 10:14 AM
Lepas Jawatan
#42
Posted 01 September 2006 - 06:01 AM
Tengku Abdullah tetap berundur
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tetap dengan pendiriannya tidak akan mempertahankan jawatannya pada kongres persatuan itu tahun depan.
‘‘Saya tetap dengan keputusan tidak akan bertanding. Keputusan saya bukan disebabkan tekanan mana-mana pihak.
‘‘Saya berpendapat sukan bola sepak memerlukan satu komitmen yang hanya mungkin dapat diberikan oleh pengganti saya,” katanya kepada Sukan Utusan di pejabatnya di sini, semalam.
Menurut Tengku Abdullah, beliau mahukan satu perubahan yang besar dilakukan terhadap sukan bola sepak negara.
‘‘Keputusan saya ini juga bukan bermakna kerana kita telah gagal untuk mencapai satu tahap yang diharap-harapkan... tetapi sudah sampai masanya kita bergerak daripada satu era ke era yang baru,’’ tegas beliau.
Tengku Abdullah seterusnya menjelaskan bahawa antara faktor yang membuatkan beliau mengambil keputusan itu ialah untuk memberikan peluang kepada mana-mana pihak yang merasakan mereka mampu membawa sukan bola sepak negara ke tahap yang lebih baik.
Perubahan
Katanya, beliau mungkin telah membawa FAM dan bola sepak negara mencapai tahap yang dikehendaki dengan perubahan-perubahan yang telah dilakukan selama ini tetapi merasakan sudah sampai masanya bola sepak negara dibawa ke satu tahap baru.
Tengku Abdullah mengumumkan hasratnya itu baru-baru ini dalam keadaan sukan bola sepak negara menjadi topik hangat termasuk di Dewan Rakyat.
Isu kemerosotan sukan bola sepak menjadi hangat semula sebaik tamat Piala Dunia 2006 di Jerman pada Julai lepas dan kejatuhan kedudukan skuad kebangsaan dalam ranking dunia.
Keputusan Tengku Abdullah untuk tidak mempertahankan kerusi timbalan presiden pada Kongres FAM yang akan berlangsung tahun depan bagaimanapun tidak dipersetujui oleh beberapa pihak yang melihat peranan beliau masih diperlukan.
‘‘Saya merayu beliau memikirkan semula keputusan tersebut. Sekiranya ketiadaan masa yang menghalangnya, saya sendiri sedia membantu menguruskan hal ehwal FAM,’’ kata Penerbit Eksekutif MyTeam, program bola sepak realiti TV, Khairy Jamaluddin yang juga ahli majlis bebas FAM.
Mengenai pencapaian skuad negara pada Pestabola Merdaka yang baru sahaja tamat, Tengku Abdullah merasakan kejohanan tertua di Asia itu telah menunjukkan bahawa skuad negara lemah dari segi gerakan penyudah di sebalik kemampuan menguasai perlawanan.
‘‘Kita perlukan penyudahan yang berbisa,’’ katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kerana menyenaraikan skuad kebangsaan ke Sukan Asia yang akan berlangsung di Doha, Qatar pada Disember ini.
‘‘Pasukan kita perlu terus diberikan pendedahan di peringkat antarabangsa. Jika kita tidak hantar, maka kita akan terus mundur,’’katanya.
p/s: Hope penggantinya lebih bijak pandai dari beliau.hehe
#43
Posted 20 November 2006 - 06:08 PM
Khairy terkilan
Oleh Ravale Savarinathan
Kesal tindakan Serbegeth jadi pengurus pasukan Telekom Melaka
PENGERUSI Perak UPB/MyTeam, Khairy Jamaluddin terkilan serta terkejut dengan tindakan Serbegeth Singh yang mengambil tindakan drastik untuk menyertai Telekom Malaysia FC (TMFC) sebagai pengurus pasukan musim ini.
Khairy yang hanya mengetahui berita mengenai tindakan Serbegeth atau lebih dikenali dengan panggilan Shebbie memangku jawatan berkenaan melalui akhbar dua hari lalu nyata kecewa serta terkilan dengan perkembangan ini.
Beliau yang menyifatkan Shebbie sebagai kawan rapatnya berkata bekas pemain kebangsaan itu tidak pernah memberitahunya atau memaklumkan mengenai hasratnya itu untuk menyertai TMFC.
“Dia mempunyai hak untuk menyertai mana-mana pasukan namun sebagai kawan yang rapat dia sepatutnya memberitahu atau memaklumkan mengenai hasratnya itu dan saya tidak akan menghalangnya dari menyertai pasukan lain.
“Lagipun saya ada banyak perancangan yang harus dilakukan dengan bantuannya bagi memantapkan pasukan Perak UPB/MyTeam yang akan mengharungi Liga Perdana musim ini.
“Malah kita tidak pernah berselisih faham atau bercanggah pendapat dalam usaha untuk memajukan sukan bola sepak di negara ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Khairy berkata, sekiranya Shebbie tidak berminat atau tidak selesa dalam Perak UPB/My Team dia boleh menyuarakan pendapatnya untuk kebaikan semua pihak dan cara yang dilakukannya itu bukan caranya kerana ia boleh disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata, Shebbie tetap bersama Perak UPB/My Team dalam usaha untuk menjayakan program MyTeam TV Reality Show yang akan diadakan tak lama lagi.
Dalam pada itu, Khairy amat berpuas hati dengan perkembangan kedua-dua pasukan Liga Perdana dan Piala Presiden.
Katanya, pasukan senior yang sedang menjalani latihan pusat di Kuala Lumpur di bawah kendalian jurulatih impot dan beliau yakin Perak UPB/MyTeam akan menberi saingan hebat kepada pasukan lain.
Pasukan itu disertai beberapa bekas pemain MPPJ musim lalu serta turut diperkuatkan dengan dua pemain kebangsaan bawah 20 tahun yang menyertai Piala Remaja Asia di Bangalore, India baru-baru ini selain beberapa pemain MyTeam.
“Saya yakin pasukan ini akan menjadi pasukan digeruni lawan musim ini,” katanya.
Bagaimanapun, Khairy berkata, satu sidang akhbar mengenai persiapan pasukan itu akan diadakan di ibu kota dalam masa dua atau tiga hari lagi.
Beliau berkata, persiapan untuk menubuhkan pasukan mantap untuk saingan Piala Presiden turut sedang rancak berjalan.
“Satu pemilihan pemain sudah diadakan di Stadium Mindef, Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 November lalu dan sambutannya amat menggalakkan.
“Seramai 92 pemain dari seluruh negara menyertai sesi pemilihan berkenaan yang dikendalikan jurulatih Jacob Joseph. Sesi kedua diadakan di Teluk Intan selama tiga hari yang berakhir semalam (kelmarin).
“Saya amat berpuas hati kerana ramai pemain hadir menunjukkan bakat masing-masing dalam usaha untuk menyertai Perak UPB/My Team ini,” katanya.
Khairi turut mengumumkan gelanggang tuan rumah untuk pasukan Piala Presiden adalah di Stadium Mini, Jalan Speedy, Teluk Intan.
Katanya, semua perlawanan akan berlangsung pada sebelah petang dan masuk adalah percuma.
Utusan Metro
#44
Posted 21 November 2006 - 10:36 AM
#45
Posted 21 November 2006 - 01:46 PM
tapi tup tup tuo apa jadi...
#46
Posted 21 November 2006 - 07:59 PM
masa tu zainal abidin dan dollah salleh top gile!
mmg best diorang main
tak dapat bayangkan kalau skarang macam tu. lawan striker cam milan baros + koller. hahaha
#47
Posted 22 November 2006 - 08:33 AM
sebelum world cup r/Zech no 2 rangking dunia tuuuuu
ini cerita Skuad Bawah 23 kita plak...
KUALA LUMPUR – Mengakui skuadnya bebas daripada tekanan, Norizan Bakar merasakan pasukan bawah 23 negara mampu menunjukkan taring pada Sukan Asia Doha Disember ini.
Malah, ketua jurulatih skuad bola sepak negara itu yakin pasukan bimbingannya mampu membuktikan sesuatu kepada peminat apabila temasya di ibu negara Qatar itu tamat.
“Semua orang sudah tahu kami akan ke Doha tanpa tekanan. Realitinya dalam keadaan sekarang saya yakin kita boleh pergi jauh,” katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam, selepas mengumumkan senarai 20 pemain negara yang akan ke Sukan Asia.
Keyakinan Norizan, yang membawa skuad negara menang gangsa Sukan SEA di Filipina dua tahun lalu, juga bersandarkan bahawa anak-anak buahnya sudah cukup berpengalaman di peringkat antarabangsa sekali pun masih di usia muda.
“Walaupun mereka masih di bawah usia 23 tahun, tetapi mereka tahu apa yang negara kita harapkan daripada mereka.
“Mereka sudah tahu bagaimana untuk menghadapi perlawanan antarabangsa. Ini termasuk pemain bawah 20 tahun, Mohd. Khyril Muhaymeen Zambri dan Safiq Rahim, telah mengharungi banyak perlawanan persahabatan dan kejohanan antarabangsa.
“Tetapi, matlamat utama kami ialah mahu bermain sebaik mungkin. Sasaran ini akan dibantu oleh faktor bahawa pasukan kita tidak dihantui sebarang tekanan,” ujar beliau.
Sukan Asia membenarkan tiga pemain dari skuad senior untuk disenaraikan, justeru Norizan mengharapkan ketua pasukan Norhafiz Zamani Zamani Misbah dan rakannya di bahagian pertahanan Muhamad Khaironnisam Shahabuddin Hussain serta penyerang Hardi Jaafar dapat menjalankan tanggungjawab mereka membimbing rakan-rakan muda mereka apabila beraksi dalam keadaan terdesak.
‘‘Selain itu, pengalaman luas penyerang Pahang, Mohd. Fadzli Saari yang masih berusia di bawah 23 tahun tetapi telah menjadi anggota tetap skuad senior sejak di bawah kendalian Alan Harris, juga dipertanggungjawabkan untuk menyatukan pasukan apabila diasak oleh pasukan lawan,’’ kata Norizan.
Skuad negara yang mara ke pusingan kedua secara automatik setelah menjadi pasukan pilihan ketika undian awal, berada dalam Kumpulan E bersama-sama Oman, China dan berkemungkinan Iraq yang dilihat memiliki kemampuan melepasi pusingan kelayakan.
“Kita akan menghadapi tiga pasukan yang kuat di peringkat awal. Oman mempunyai beberapa pemain yang beraksi dalam Liga Perdana England, China dilatih oleh bekas jurulatih skuad Piala Dunia Ghana manakala Iraq, yang berkemungkinan layak dari pusingan kelayakan, juga kuat walaupun negara mereka masih berperang.
“Tetapi saya yakin pasukan kita boleh melakukan sesuatu. Saya percaya pemain-pemain akan memberikan komitmen 100 peratus.
“Kita akan pergi dengan keghairahan (untuk menunjukkan kemampuan) dan semangat membara,” katanya.
Sumber utusan
#48
Posted 19 December 2006 - 09:04 AM
Muakakakakaka..... tahun 2014... dia akan letak sasaran menjelang tahun 3000 masihi....
#49
Posted 19 December 2006 - 02:42 PM
KUALA LUMPUR – Kegagalan di pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Asia Bawah 20 di Bangalore serta gagal meraih sebarang pingat di temasya Sukan Asia Doha baru-baru ini, menyaksikan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bola sepak kebangsaan jatuh lagi.
Daripada menduduki tangga ke-146 sebelum ini, skuad bola sepak kebangsaan yang gagal meraih sebarang kedudukan terbaik sepanjang tahun ini, terpaksa menerima hakikat terjerumus ke tangga ke-152 dalam ranking terbaru dunia yang dikeluarkan oleh FIFA, semalam.
Situasi itu mengesahkan lagi betapa parahnya kedudukan bola sepak negara di pentas dunia ketika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mensasarkan untuk mencapai impian beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 2022.
Kedudukan terbaru bola sepak negara pastinya mengundang pelbagai reaksi di kalangan peminat dan pemerhati bola sepak menyaksikan ranking FIFA bola sepak terus jatuh.
Sementara itu, Brazil masih lagi kekal di tangga teratas FIFA buat kali kelima berturut-turut sementara juara dunia 2006, Itali berada di tempat kedua.
Itali hanya memperoleh beberapa keputusan terbaik untuk berada di kedudukan teratas tetapi mendapat pencapaian terbaik daripada tangga ke-12 terus ke tangga kedua memungut lebih 500 mata.
Argentina yang gagal layak ke separuh akhir Piala Dunia di Jerman Jun lalu kekal di tangga ketiga diikuti oleh Perancis (4), England (5), Jerman (6), Belanda (7), Portugal (8), Nigeria (9) dan Republik Czech (10).
Wakil Afrika, Nigeria berjaya mengekalkan tempat di tangga kesembilan dan tidak berganjak kedudukan begitu juga dengan naib juara Piala Dunia, Perancis dan semi finalis, Jerman.
Tidak banyak berlaku perubahan kedudukan berdasarkan ranking pada November lalu.
---dari http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=...mp;pg=su_03.htm
#50
Posted 19 December 2006 - 05:09 PM
1 user(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users











