Jump to content


Ijazah Palsu 'phd' Cuma Rm200


14 replies to this topic

#1 enduser

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,312 posts
  • Location:ipoh

Posted 22 July 2006 - 10:49 PM

Wednesday, July 19, 2006

Ijazah palsu 'PhD' cuma RM200

Oleh Ahmad Nazri Mohamad dan Syah Rul Aswari Abdullah
Harian Metro

Mereka yang gagal dalam pelajaran termasuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh menyamar memiliki gelaran Doktor Falsafah (PhD) dengan hanya membeli segulung ijazah kedoktoran universiti tempatan palsu berharga RM200.

Ijazah ekspres itu bukan saja bagi peringkat PhD, malah diploma dan ijazah kepujian boleh diperoleh dalam tempoh beberapa hari saja tanpa perlu membayar yuran pengajian beribu-ribu ringgit, mengikuti pengajian bertahun-tahun, memerah otak menduduki peperiksaan atau menyiapkan tesis.

Apa yang perlu dilakukan hanya membelanjakan RM200 hingga RM1,500 melalui internet menggunakan kad kredit atau pemindahan wang ke bank secara on-line untuk membeli ijazah itu daripada pihak tertentu.

Lebih mengagumkan, ijazah itu boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan kerana kebanyakan majikan lebih tertarik meneliti tahap pencapaian calon berbanding mengesahkan keaslian sijil yang dijadikan bukti pencapaian akademik.

... selanjutnya : http://www.malaysia-today.net/blog/2006/07...-cuma-rm200.htm

#2 khairul

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 430 posts
  • Location:Malaya
  • Interests:Berbincang + bertukar idea

Posted 23 July 2006 - 11:11 AM

Nak kongsi cerita sedikit, untuk renungan dan imbangan diri. Saya mungkin salah, kalau silap harap betulkan.

Saya dpt tahu ada pakar internet dgn seorang penyanyi yg dah bergelar "Dr" (mereka ni agak saling mengenali secara peribadi). Setahu saya pakar internet tu tak pernah buat Phd pun (yang penyanyi tu saya tak berapa kenal, jadi tak boleh komen), cuma tiba-tiba dapat award dari "Certificate of Doctorate in Business Administration" (CDBA) dari UK. Adakah "certificate" itu melayakan diri mejadi "Doctor" ? Kalau selalu nya samada Doctor Phd (Doktor falsafah) atau Doctor MD (Doktor perubatan), adakah pemegang CDBA boleh di panggil doctor ? Kalau bukan doktor falsafah dan doktor perubatan, ini doktor "sijil" ?

Apa pandangan anda.

#3 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 23 July 2006 - 11:25 AM

hermm macam aku lak wondering dalam homophathy field ramai betul doctor,siap ada "sir" la "proffesor" la... macam senang je dapat... just wondering..
pasal doktor yg bro cakap tu aku tau sapa... tapi i don't really want to question la.. since Phd holder should have present paper somewhere-conference ke since Phd is about inventing new things.
nak jadi doktor guna Honorable Doctor pun boleh... tak perlu buat phd rasanya sebab dianugerahkan oleh universiti..

#4 matdin97

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,100 posts
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 23 July 2006 - 12:36 PM

doktor kehormat dah tak dibenarkan pakai doktor kat depan namanya...

#5 juan pablo

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 522 posts
  • Gender:Male
  • Location:sEgAmAT---->jAy bEE
  • Interests:extreem sport
  • Kepakaran:huh! nope!
  • Freelance:Tidak

Posted 23 July 2006 - 12:42 PM

SENANG NAK MENIPU SEKARANG NIE EK. TUE LA KALU DUNIA KALU DAH SEMAKIN MAJU NGAN CANGGIH NIE. so tak salah la kalu dikatakan "duit dah boleh beli macam".

#6 Mr Hulk

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 633 posts
  • Gender:Male
  • Location:Skudai , Johor
  • Interests:Pretty girls!
  • Kepakaran:ASP.NET, VB.Net
  • Freelance:Tidak

Posted 23 July 2006 - 01:40 PM

yang aku tahu...dalam homopati ...dieorg guna gelaran Drs ....bukan Dr ......

#7 khairul

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 430 posts
  • Location:Malaya
  • Interests:Berbincang + bertukar idea

Posted 23 July 2006 - 05:49 PM

Drs tu di sebut "doktor-randes", maaf kalau salah penafsiran. Ada sebab dapat Drs, sebab belajar.

Yg jadi masalahnya, ada juga yg tipu, dapat cuma "certificate of doctorate", pun boleh bergelar Dr ke? Bukan sebab invent apa2, sebab dia memang tak invent apa2 pun. Cuma sebab present paper tertentu kut. Tapi yang diterima hanya level "certificate", "cerificate of doctorate" lah. Mungkin saya salah. Yelah, faham lah sebab dia nak cari makan dgn imej yang gah itu. Tapi, takkan sampai begitu sekali.

Kalau anda tulis pada name card anda "Dr", jarang orang akan bertanya Phd ke Md ke apa2 ke. Sama juga saya kenal seorang pengusaha ubatan alternatif, agak berjaya jenama beliau. Beliau seorang Dr, bukan Dr perubatan. Tetapi ramai orang andaikan beliau Dr perubatan sebab bidang yang diceburi beliau itu. Saya lihat, bila berjumpa pelangan/pihak public yang menganggap beliau Dr perubatan --- melalui context apa yang dibicarakan bersama, pihak tersebut membuat statement yang menunjukkan pihak tersebut menganggap Dr tersebut ialah Dr perubatan. Dalam perbualan tersebut, Dr tersebut tidak pula menidakkan, cuma berkata seperti "yelah, well...." , sengih2 senyum2 skit...Semacam bermaksud "boleh juga saya berbuat demikian".

IMHO

#8 obelicks

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,453 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Ya

Posted 24 July 2006 - 05:33 PM

cert nih untuk gaji jer biggrin.gif
lelain tuh depends pada skills gak..
camne nego camne jual diri tuh..

tapi tu la.. mungkin company2 nih tak check lanjut kelayakan sijil tu betul2 ke tak..
lama dah cerita penipuan sebegini tak sangka pulak leh dijadikan bisnes hahaha..

#9 T2

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 1,616 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Interests:rawking...
  • Kepakaran:tulis terbalik
  • Freelance:Ya

Posted 24 July 2006 - 05:41 PM

QUOTE
Ijazah Palsu 'phd' Cuma Rm200


nak beli 3 keping... hehehe...

#10 kureng

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,480 posts
  • Gender:Male
  • Location:di tempat itu
  • Interests:Kebarangkalian, ramai, rileks-lepak, $$$ dan lain-lain
  • Kepakaran:Copy & Paste
  • Freelance:Tidak

Posted 24 July 2006 - 05:44 PM

em, kalau_la benda ni SAH, aku xtau nak beli phd dlm bidang ape... rolleyes.gif

PHd dlm elektrikal mcm poyo je tongue.gif

#11 cik.papit

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 411 posts
  • Gender:Male
  • Location:taman fakap utama
  • Interests:surfing website, linux, c programming, mobile device programming
  • Kepakaran:expert system, php, JavaME,C
  • Freelance:Tidak

Posted 25 July 2006 - 12:05 PM

QUOTE(kureng @ Jul 24 2006, 05:44 PM) <{POST_SNAPBACK}>
em, kalau_la benda ni SAH, aku xtau nak beli phd dlm bidang ape... rolleyes.gif

PHd dlm elektrikal mcm poyo je tongue.gif


Hehe, to maksudnya tahap moraliti ko masih tinggi lagi... kess kess kess

#12 ayobkelubi

    Kadet

  • Ahli
  • 47 posts
  • Gender:Male
  • Location:masih lagi di ulu banat
  • Interests:bolasepak,buku,rocking sounds,watching movies from VCD,DVD,Big screen.
  • Kepakaran:Pakar main-main
  • Freelance:Tidak

Posted 25 July 2006 - 06:52 PM

serius,aku marah sgt bila benda2 macam nie di jual beli, tak fikir ker anak-anak orang susah yang bijak pandai tu belajar bersungguh-sugguh utk dapatkan sekeping kertas nie?. kalau dpt tahu orang yang jual nie mmg sure teruk aku belasah. untak padang pasir pun tak macam ni punya perangai!

#13 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 25 July 2006 - 10:39 PM

hehehe
nak buat literature review, menyelongkar online database macam IEEE,ACM,print,baca berkepuk-kepuk paper pun dah nak termuntah,

ni mudah-mudah je rm200 dapat Phd. what the heck.

minda simplistik of BolehLAND!

laugh.gif

#14 wira_zanoramy

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 338 posts
  • Freelance:Tidak

Posted 26 July 2006 - 09:24 AM

Org yg buat master dan PhD ikut jalan yg betul, boleh berkongsi kepakaran, pengalaman dan ilmu dia kpd org lain. Darjat dia diangkat sebab dia menuntut ilmu dan berilmu. Boleh tolong bangsa dan agama. Majukan negara.

Org yg 'buat' master dan PhD melalui cara menipu hanya dapat rugi saja. Penat nak berlagak pandai lagi (dengan sijil palsu). Nak kena menipu org lagi. Tambah dosa lagi (dah la dosa sedia ada pun dah byk). Haiiihh...Banyaknya kerja nak kena buat. Sama la mcm pesan Dr Iskandar Tuah, "Utk berjaya tu jalannya sukar, tapi utk tidak berjaya pun jalannya sukar juga".

Mahal ooo bayar RM200 semata2 utk sekeping kertas. Bukan senang nak dpt RM200. Kalau print sendiri kat rumah tak sampai RM10, full colour lagi tu. Printer sekarang dah murah. Katrij dia boleh refill lagi. Boleh print atas glossy paper lagi. Boleh edit dgn photoshop, tambah design2, logo2 yg nampak pandai lagi nan cerdik. Logo MIT ke Harvard ke..logo 100% satisfaction guaranteed ke..100% genius ke..10years dean list ke..buatan malaysia ke..logo sekolah dulu ke..apa ke..mengikut citarasa.

RM200 tu baik buat beli nasi lemak biasa. Dpt juga dalam dua ratus bungkus boleh share dgn kawan2 sepejabat. Dapat pahala, eratkan silaturrahim. Hahahaha. Apa yg aku merapu di pagi hari ni..! laugh.gif

#15 obelicks

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,453 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Ya

Posted 26 July 2006 - 06:32 PM

lebih kurang sama aje kalau belajar untuk cert..
sebab bila dapat cert nih ilmu tak diamalkan..
lama-lama berlapuk juga..

smile.gif cuma ada kenangan ler.. jadi ada ilmu mari lakita amalkan.. dan berbakti.. sia2 aje kita simpan ilmu...

wallahualam





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users