Jump to content


3 Bulan Sebelum Selamat Hari Raya :)


22 replies to this topic

#1 obelicks

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,453 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Ya

Posted 26 July 2006 - 09:35 AM

Diam tak diam dekat ajer dah nak raya.. smile.gif tapi sebelum raya hargailah bulan2 islam nih Rejab, sya'ban dan ramadhan.. smile.gif seperti mana rangkap2 syair ini.. baru la dapat menikmati kemanisan syawal.. yang mulia.. smile.gif


QUOTE
Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadhan bulan menuai

Rejab menyucikan badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadhan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadhan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala


Selamat berpuasa sunat..

wallahualam..

Edited by obelicks, 26 July 2006 - 06:20 PM.


#2 Syahid

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 912 posts
  • Location:bangi, serdang
  • Interests:Computers
  • Kepakaran:serahkan pada yang pakar utk menilai :D
  • Freelance:Tidak

Posted 26 July 2006 - 09:37 AM

QUOTE(obelicks @ Jul 26 2006, 07:35 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Diam tak diam dekat ajer dah nak raya.. smile.gif tapi sebelum raya hargailah bulan2 islam nih Rejab, sya'ban dan ramadhan.. smile.gif seperti mana rangkap2 syair ini..
Selamat berpuasa sunat..

wallahualam..


dalam keadaan dunia kucar kacir ni
ramadhan sepatutnya dinantikan. betul tak? smile.gif

#3 mykus

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 182 posts
  • Gender:Male
  • Location:Johor Bahru
  • Kepakaran:PHP, HTML, LINUX
  • Freelance:Ya

Posted 26 July 2006 - 09:54 AM

QUOTE(Syahid @ Jul 26 2006, 09:37 AM) <{POST_SNAPBACK}>
dalam keadaan dunia kucar kacir ni
ramadhan sepatutnya dinantikan. betul tak? smile.gif



apsal setiap kali ramadhan jer, mesti tgh berperang, dulu kat iraq skrg kat lubnan pulak.

#4 mEoWsMArt^

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,005 posts
  • Gender:Male
  • Location:MY
  • Interests:Cari Duit!!
  • Freelance:Tidak

Posted 26 July 2006 - 09:59 AM

Selamat Hari Raya? Wehh!, posa pun belum lagi ni geng!! heheh
Tapi apa pun, semoga Ramadhan yang bakal disambut tahun ini akan memberikan kemenangan kepada umat Islam, khususnya buat saudara kita yang berada di bumi Palestin.

#5 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 26 July 2006 - 10:03 AM

Sebenarnya (kalau tak silap) obelicks nak fokuskan pada posa sunat kan smile.gif

#6 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 26 July 2006 - 10:16 AM

QUOTE
Waalaikumsalam,

Berhati-hati semasa menyebarkan risalah tentang kelebihan bulan Rejab, artikel di bawah mungkin sesuai dibaca bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham tentang kelebihan bulan rejab yang dihantar tidak lama dulu.

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam.

Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam di mana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra' dan mi'raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual di mana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fadilat beribadat di dalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab.

Begitu juga di zaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg diforwardkan mengandungi 'cut & paste' dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung di dalamnya. Rata-rata tarikan fad'il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya di dalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya'ir di bawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya
Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya
Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan di dalam lubuk hati kita:- Mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya?

Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw?

Mengapa di dalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Di sini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama'-ulama' muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.

Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan 'Haram' didalam Islam. Dalilnya terdapat di dalam Firmah Allah swt di dalam Surah Al-Taubah ayat 9: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.


Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "di antaranya empat bulan yg dihormati" ialah: "Empat bulan Haram - Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab"[2]


Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), di mana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura' (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama' mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat di dalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, di mana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:

"Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan di dalam risalahnya dengan topiknya: Penjelasan yg datang di dalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat di dalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu"

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada di dalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah di dalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada', di dalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu: Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Di masa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa: "Amalan Saleh di dalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya di dalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau

pun hari akhir.

Berkata Ibnu Hajar: 'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan'."

Beliau memetik beberapa hadis da'if dan palsu, diantaranya ialah:

i. "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu" - hadis ini Dha'if.

ii. "Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari mka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan" - hadis ini Dha'if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan di dalamnya terkandung matan:

"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" - Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas di dalam Rejab.

Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat:

"Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab." - Itu adalah hadis Mawdhu'

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya di dalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.

"Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama di dalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya di dalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini.

Adalah lebih aula di dalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj iaitu pengajaran darinya, di mana orang Islam menganggapnya berlaku di dalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui."

2. Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat di dalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]: "tidaklah ada kesahihan di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya - di dalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram....Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat.

Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: "Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa di dalam Sya'ban.."

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya: "Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"..... Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama' mengatakan hadis ini Palsu! .... yakni penipu.. Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama.

Di situ ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini.... Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan di dalam Hadis yg memasukkan perkara yg berlebih-lebihan...."

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan di dalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya : "Berkata ulama': Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar di atas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih ke atas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong."

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis.

Kata beliau: "Ulama' telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya... sesungguhnya telah datang hadis:

"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong....." (Riwayat Muslim di dalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya .... maka di sana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb.........."

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:

"Ibnu Hajar di dalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya dikhaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda: "Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail". - riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg di dalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya "Bid'ah wa hawadith" bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:

1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.

2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.

3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : "Puasa adalah amalan kebajikan". Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar."

4. Dr. Sayid Saabiq

Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa:

"Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram". Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh [6].

Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Di bawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salam pada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya? - Hadis ini Mawdhu' (palsu)

*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A'uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A'uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat ke atas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat. - Hadis ini Mawdhu' (palsu)

*Dalam sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan. - Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah. - Hadis ini Mawdhu' (palsu)

*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir. - Hadis ini Mawdhu' (palsu)

*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga. - Hadis ini Mawdhu' (palsu)

*Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu'.

Bagaimana beramal di dalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi [8] di dalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad:


"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw,katanya: Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata: Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah di bulan Haram, maka sesungguhnya di dalamnya dari Taubat Allah swt ke atas satu kaum, dan terdapat taubat di dalamnya untuk satu kaum yg lain"

Jelas di sini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt di dalam bulan-bulan ini.

b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:

"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah." Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda: "Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram". Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya'ban di mana Nabi saw berpuasa dengannya"

c. Seorang Ulama' Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat di dalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. Kata Dr Wahbah Zuhaily[10]: "Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat di sisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa di bulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw: ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seafdal puasa di bulan haram ialah Hari Al-Asyura', sebagaimana di antaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah: Sunat berpuasa di dalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu:- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu."

d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab [11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa di bulan-bulan haram, katanya: "Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya'ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali......... Hanbali: Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh."

e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bid'ah, beliau telah menjawab [12]:

"Berpuasa di dalam bulan adalah maqbul dan mustahab, ke atas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah ... Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan: "Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal, dan menamakannya "Al-Ayam Al-Baidh", selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal.... Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A'id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber'iitiba' dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw di mana tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Sya'ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq."

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Sya'ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama' Salaf.

Puasa-Puasa sunat yg lain

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai: "Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah" Puasa-puasa sunat (suka rela):

"1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu:- hari 13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu:- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya."

Para Fuqaha' berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada'kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]

Kesimpulan

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus. (Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada keempat-empat bulan-bulan haram. (Al-Saqr, Al-Qardawi)

4. Tiada ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa dan bertaubat. (Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:

- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah -Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan bulan-bulan Haram. (Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa di bulan Rejab sahaja, di mana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur di dalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASLah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw. wassalam

__________________________
Rujukan :

[1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.

[2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL : http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp

[3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/...atwaDisplay.asp?

hFatwaID=10249

[4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/...p?hFatwaID=1308

[5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/...?hFatwaID=10249

[6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi, 1995 (cetakan khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:

[7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil. Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat
Nurulhas.

[8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.

[9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan, 1996 ms. 269.

[10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu. Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 591.

[11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al-Arba'ah. Dar Al-Manar, 1999. ms447-448

[12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab. URL : http://www.islamonline.net/completesearch/...p?hFatwaID=1310

[13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa. Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms 415

[14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 595.
http://search.yahoo.com/search?p=fadilat+b...ipij/id119.html

Wassalam
Yasir

-----Original Message-----
From: "Mr X"
Sent: Tuesday, July 25, 2006 6:33 PM
Subject: Jangan lupa 26 Julai 2006 = 1 Rejab 1427
Importance: High

Assalamualaikum,

Kekawan untuk ingatan kita bersama.Insyaallah.

KELEBIHAN BULAN REJAB
======================

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.


Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

semoga kita sama2 m'dpt manfaat....
wassalam

Wallahualam


#7 obelicks

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,453 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Ya

Posted 26 July 2006 - 10:21 AM

QUOTE(Mr Gunn @ Jul 26 2006, 10:03 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Sebenarnya (kalau tak silap) obelicks nak fokuskan pada posa sunat kan smile.gif


Sekadar ingatan bagi mereka yang belum lagi membayar puasa biggrin.gif

kalau nak puasa sunat pun boleh.. (tapi berhati-hati juga merujuk posting mnajem smile.gif)

Edited by obelicks, 26 July 2006 - 10:21 AM.


#8 mEoWsMArt^

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,005 posts
  • Gender:Male
  • Location:MY
  • Interests:Cari Duit!!
  • Freelance:Tidak

Posted 26 July 2006 - 10:48 AM

Hehe betul tu. Tapi kalau awal sangat kita bakar semangat raya ni takut bila dah dekat nanti lemah jek semua...hehe. Oh yaa...tatkala menaip ni dah terbayang ayam panggang, ayam percik, nasi dagang, popia basah, nasi ambang, cendol, cincau...ohhh laparnyaaaa tongue.gif

#9 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 26 July 2006 - 02:27 PM

sebut nasi ambang teringat time stay tampoi dulu, nasi ambang pak man, taman dahlia

#10 juan pablo

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 522 posts
  • Gender:Male
  • Location:sEgAmAT---->jAy bEE
  • Interests:extreem sport
  • Kepakaran:huh! nope!
  • Freelance:Tidak

Posted 26 July 2006 - 03:27 PM

QUOTE(Mr Gunn @ Jul 26 2006, 02:27 PM) <{POST_SNAPBACK}>
sebut nasi ambang teringat time stay tampoi dulu, nasi ambang pak man, taman dahlia


HUH!!...bulan posa nie nak kene carik la kat bazaar ramadhan kat taman dahlia.tongue.gif

#11 matdin97

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,100 posts
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 26 July 2006 - 05:39 PM

warhg... terbayang bazar ramadhan ler pulak...

#12 owene97

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 388 posts
  • Kepakaran:novice
  • Freelance:Tidak

Posted 26 July 2006 - 05:45 PM

eerrrkk...kalender maner diorg pakai nie...baru rejab dah citer bazar ramadhan...kalo ebazar2u.com ade la...

#13 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 27 July 2006 - 08:20 AM

juan pablo
ko stay kat sana ker?
nampaknya hujung tahun ni nak lepak sana kejap.

#14 mafiosos

    Sarjan

  • Ahli
  • 124 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:jaga kebersihan komputer
  • Freelance:Tidak

Posted 27 July 2006 - 12:39 PM

QUOTE(mEoWsMArt^ @ Jul 26 2006, 10:48 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Hehe betul tu. Tapi kalau awal sangat kita bakar semangat raya ni takut bila dah dekat nanti lemah jek semua...hehe. Oh yaa...tatkala menaip ni dah terbayang ayam panggang, ayam percik, nasi dagang, popia basah, nasi ambang, cendol, cincau...ohhh laparnyaaaa tongue.gif


Terliur aku baca post ni. sampai tercekik air liur dibuatnya.......... hehehe

#15 mykus

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 182 posts
  • Gender:Male
  • Location:Johor Bahru
  • Kepakaran:PHP, HTML, LINUX
  • Freelance:Ya

Posted 27 July 2006 - 03:23 PM

dalam kita bergembira, jangan lupa pada yang tidak berupaya untuk bergembira. bagi aku raya tahun ni tak best walaupun dapat family baru tapi tetap tak best sob sob sob

#16 obelicks

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,453 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Ya

Posted 27 July 2006 - 04:03 PM

QUOTE(mykus @ Jul 27 2006, 03:23 PM) <{POST_SNAPBACK}>
dalam kita bergembira, jangan lupa pada yang tidak berupaya untuk bergembira. bagi aku raya tahun ni tak best walaupun dapat family baru tapi tetap tak best sob sob sob


naper awek lari ka?

#17 owene97

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 388 posts
  • Kepakaran:novice
  • Freelance:Tidak

Posted 27 July 2006 - 04:14 PM

QUOTE(obelicks @ Jul 27 2006, 04:03 PM) <{POST_SNAPBACK}>
naper awek lari ka?


die kate 'family baru'...kes kawen paksa kot...

#18 mykus

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 182 posts
  • Gender:Male
  • Location:Johor Bahru
  • Kepakaran:PHP, HTML, LINUX
  • Freelance:Ya

Posted 27 July 2006 - 10:57 PM

QUOTE(owene97 @ Jul 27 2006, 04:14 PM) <{POST_SNAPBACK}>
die kate 'family baru'...kes kawen paksa kot...



hahaha suka ati ko jer kahwin paksa, biarlah rahsia (dari album 'biarlah berusia') tongue.gif

#19 mEoWsMArt^

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,005 posts
  • Gender:Male
  • Location:MY
  • Interests:Cari Duit!!
  • Freelance:Tidak

Posted 28 July 2006 - 09:51 AM

QUOTE(Mr Gunn @ Jul 26 2006, 02:27 PM) <{POST_SNAPBACK}>
sebut nasi ambang teringat time stay tampoi dulu, nasi ambang pak man, taman dahlia


Uiks!...Tmn Dahlia tu mmg dekat sangat dgn tempat si Juan. Ohh Katirah Abu Bakar!...hausnyaa...huahuahua

#20 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 28 July 2006 - 12:37 PM

oh yer ker?
kat man ako juan/ Taman cempaka,kampung melayu, bnadar baru uda??
tapi tak berapa kenal sangat kejap jer kat situ dulu.

#21 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 28 July 2006 - 02:29 PM

Ya Selamat Berpuasa.
Insyaallah tahun ini kalau panjang umur murah rezeki saya berpuasa dan beraya di Arab Saudi.
Hari ni baru tender resignation dapat transfer ke Nokia Riyadh smile.gif

rolleyes.gif

#22 mafiosos

    Sarjan

  • Ahli
  • 124 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:jaga kebersihan komputer
  • Freelance:Tidak

Posted 28 July 2006 - 02:37 PM

QUOTE(rizal @ Jul 28 2006, 02:29 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Ya Selamat Berpuasa.
Insyaallah tahun ini kalau panjang umur murah rezeki saya berpuasa dan beraya di Arab Saudi.
Hari ni baru tender resignation dapat transfer ke Nokia Riyadh smile.gif

rolleyes.gif


congrate bro... saya pun ada bercadang nak pergi kat belah2 middle east ni. Probably dalam tahun depan kalau ada rezeki saya akan ke sana berkerja.. anyway selamat berpose kepada semua ahli tutorian...

#23 matdin97

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,100 posts
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 01 August 2006 - 01:58 PM

best gak puasa kat saudi. kalau ada rezeki leh buat umrah sekali ramadhan...





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users