Mari Belajaq Loghaq Kedah
#1
Posted 19 September 2006 - 01:22 PM
#2
Posted 19 September 2006 - 01:29 PM
Kamus Bahasa Kedah
PERKATAAN
SEBUTAN
MAKSUD
CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
ghonot
[gho.not]
tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.
ghupin
[ghu.pin]
kulit kering dari luka
Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..
kecek
[ke.chek]
pujuk
Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...
selului
[se.lu.lui]
kerap kali
Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...
meghelop
[me.ghe.lop]
hampir malam
Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..
ghona-ghoni
[ gho.na]
warna-warni
Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia
ghayup
[gha.yup]
lesap sekelip mata/ terlalu laju
Ish, puak ni bawak mutu me ghayup nak mampuih.. kot!
ghosek
[gho.sek]
selongkar
Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..
nyulog
[nyu.log]
jatuh tersembam/ dibelasah teruk
Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!
bulog
[bu.log]
lapar sangat
Tak ke bulog aku nak makan masakan dia tu..
taboh
[ta.boh]
pukul/ belasah
Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?
ghelah
[ghe.lah]
terkoyak
Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?
ghunaih
[ghu.naih]
cungkil/ kupil
Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..
geghek
[ge.ghek]
basikal
Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!
mod
[mot]
bawak pembonceng/ penumpang
Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...
sakan
[sa.kan]
hebat/ tak sangka
Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!
sekeh
[se.keh]
luku secara sipi
Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!
seneghih
[se.ne.ghih]
selisih
Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!
Meqhenin - tegang/cekang- perut Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik
tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi
Cemuih - bosan- cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok
perayat(mencurah rasa) depa hari-hari
Menyoqhok - sarapan pagi- pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak
bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi
Menghenyeh - gatai menqhela- tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik
putih tu
Ndoi - buaian- isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun
ndoi anak dia
cheme - pree- ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan
kelmarin
seneghih - berlaga sipi-sipi
beghetoh - berlaga,
pengkarq - jalan mengengkang sikit, "korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq,
ada hati nak main bola 7 sebelah"
mandom - lembab/slow, " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot
semalam?"
pangkin - benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan
dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"
cunggit - "misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan
macam gasi"
ayam piru - ayam belanda/turkey
pak/mak/anak menakan - pak/mak/anak saudara
ketorq - bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin
Heliaq - sapu atau lap
ayat dia : lepas makan jangan dok heliaq kat baju.
Kelepiaq - elakkan diri dari buat kerja.
ayat dia : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.
Melingkaq - maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia lebih kurang macam ni :
tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.
Baloq liat - malas
ayat dia : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.
Ceghin - tegak
Kughuih Kelepiang - teramat kurus.
ayat dia : korie tu dah la kughuih kelepiang ,rambut pulak ceghin macam bulu
landak.
kawaq - pencuri
melewaq- merayau/melilau
teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn di teghebe oleh
peyokong kedah yg tak puas ati...
cemerkap - tak cermat
megheben - mengarut
celuih - muat,padan
oklah..tu saja utk kali ni..nanti ada words yg best kita tulih lg..
idup kedah!!kedah boleh!!
Hinggut - goyang "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi....
maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda
lughuh..."
meghenyut - (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)
bincut - binjul "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala
hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"
pancat - pancit
klesen - mesin padi (first time aku dengaq bila wife aku sebut dulu, aku
gelak sampai pecah peghut.... aku ingat laa... "klesen" ni orang Hutan
Kampung saja yang sebut kot?... he he he jangan habaq kat bini aku, takut
kena tidoq luaq)
segagan - sebaya
beghemba - bersaing-saing.-.. "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba,
nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan
bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah
pada pagi kelmaghin...-.
met ngot - lembab selembab-lembabnya.-... Awat la yang met ngot sangat
ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....
Toyu - kicap
segan - malu
beranda - serambi
mengoit - jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat
matbed...
kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)
melugai - meloya
tambahan loghat perelih :
mengkait petei = jolok petai
surat abeik = surat khabar
hang nak mulih no = hang nak mampuih ka
loghat kedah versi paksu aku :
akanduri akandara = kenduri kendara
hastum = oiii
taik punai @ taik kanna = haram jadah, loklak betui
atah = bapa saudara
loghat kedah biasa :
raba = pemadam
tui motor = race motor
segan = malaih, tak mau (ini selalu mengkompiuskan orang KL)
gurmit = pengasah pensil, sharpenner
tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang...
tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau...(bukan caarq no)
telepaih - i) tertinggal - atan telepaih bas nak balik aloq setaq...
pot - tin...
peqhak - peqhak buih laa hang niii...
teqhandaih - terhantuk...
seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi ...
seghoh = kuruih + gelap
kelam = gelap
tirih = bocoq
plantaq = tempat duduk kat belakang gerek
serondoi = [ aku tak tau nak terang kat ampa. macam terpa la]
lau ayam = reban ayam
cekendon = lembut lutut
ketayap = kepiah
ban = batas tepi sungai
aih ketoi = ais batu
ghelai = hancur
LORAT PENANG
punggah = macam musnah la kot
chempera = terhegeh hegeh
juah = belagak
merak buih = suka menunjuk
jora = macam belagak gak la
siru = penin
loghat - sibuk, penyibuk
cth: awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..
punggai/tongkoi - baling,membaling
ayat:mat bed kena punggai dengan kayu..padan muka dia.
geleboq - lumpur
ayat:ghebau pak chaq jatuh dalam geleboq kat bendang pagi tadi...
meghela - gatai,suka dok kacau orang
ayat:awat yang hang dok meghela sangat ni?
lengai - mat ngot,lembab
ayat:atoi ni lengai la.suruh buat gheja apa pun tak buleh...
belengaih - melekat bergetah
ayat:Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.
pengkaq - kaki kenkang
ayat:kaki mat din pengkaq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.
bedengkoi -....
ayat:urat perut pak leh "bedengkoi" sebab dia mengeliat.
herot petot -(tolong bagi tau sat)
ayat:(tolong buat ayat sat...aku pun tak tau nak bagi ayat macam mana dah)
ghelin-menjeling
ayat:awek tu gheja dok ghelin kat aku je...minat kot?
#3
Posted 19 September 2006 - 01:36 PM
#4
Posted 19 September 2006 - 01:39 PM
Kalau Loghat Kedah, sama je macam bahasa baku tapi pada huruf "R" bunyi lebi kasar dan dalam, macam sebutan "achtung!" Kalau yang dekat atas tu lebih kepada istilah2.
Apa laa hampa dok megheben ni?
#5
Posted 19 September 2006 - 01:51 PM
timba - baldi
kasut - semua jenis selipar
roti - biskut kering / biskut ping pong
atan - nama manja..
#6
Posted 19 September 2006 - 01:56 PM
#7
Posted 19 September 2006 - 02:15 PM
awang orang teganu.. sampai kedai dia jadi atan... rasanya atan ni penang kot..
#8
Posted 19 September 2006 - 02:20 PM
#9
Posted 19 September 2006 - 02:21 PM
[nyu.log]
jatuh tersembam/ dibelasah teruk
Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!
kahag ni belagak ke?
#10
Posted 19 September 2006 - 02:27 PM
malas - segan
pemalas - penyegan...
#11
Posted 19 September 2006 - 02:38 PM
Rasanya loghat Kedah mcm lagi lembut dari loghat penang. Cuma kalau kedah yang dah atas2 sikit, dah semakin kasar.
Kureng, kahag ni macam ganas, garang.
#12
Posted 19 September 2006 - 02:45 PM
#13
Posted 19 September 2006 - 02:53 PM
Dapat marka belah sana kot?
#14
Posted 19 September 2006 - 03:05 PM
Kureng, kahag ni macam ganas, garang.
i mean bunyi depa lanyut lagi..
#15
Posted 19 September 2006 - 03:23 PM
Vocab of the day: tertomoih - jatuh tersembam.
"Ulaq melingkaq dalam seluaq ataih pagaq".
Edited by Nasir, 19 September 2006 - 03:25 PM.
#16
Posted 19 September 2006 - 04:32 PM
dak aih..bila masa aku ckp aku dok ada marka belah sana. saja nak perkaya kan bahasa. kan bahasa tue melambangkan bangsa. satu sbb lagi. aku dok suka tgk org blah kakitidoq dok ckp dlm bahasa diorg. kalu blah pantai2 terinek nie aku dah biasaq dengaq.ha...ha....hang mmg nak kene sekeh kat pala ngan aku nie rion. memandai aje hang buat statement tak betui kat aku.
#17
Posted 19 September 2006 - 04:40 PM
ke hang nak cari marka blah sana... kut-kut hang dah bosan carik tang sini ke,
erm.. satu lagi...ayat belajaq tu lebih sesuai ganti dgn mengaji coz depa x tanya hang belajaq mana? depa akan sebut hang mengaji mana? maybe citer mcm Mami Jarum bleh jd panduan utk hang ngaji loghat situ...
#18
Posted 19 September 2006 - 05:04 PM
nat = pasar hari/ pasar pagi
jom pi nat sat..
#19
Posted 19 September 2006 - 05:18 PM
nat = pasar hari/ pasar pagi
jom pi nat sat..
Hehehe, kalu tak silap aku, Changlun tu dah bahasa Siam, maksudnya gajah mati ka apa ke nama. Tapi memang ada kena mengena dengan gajah la.
#20
Posted 19 September 2006 - 06:49 PM
kalau kamus kawasan saya:
"ulau melingkau dalam seluau atas pagau"
hahaha best best
#21
Posted 20 September 2006 - 08:50 AM
erm.. satu lagi...ayat belajaq tu lebih sesuai ganti dgn mengaji coz depa x tanya hang belajaq mana? depa akan sebut hang mengaji mana? maybe citer mcm Mami Jarum bleh jd panduan utk hang ngaji loghat situ...
HA...HA...kalu dapat awek blah sana cara gak. meriah ghumah aku nanti.ada mmg suruh dia speaking loghat dia ja kat umah.
nie melaka mai nie......
#22
Posted 20 September 2006 - 11:19 AM
Vocab of the day: tertomoih - jatuh tersembam.
"Ulaq melingkaq dalam seluaq ataih pagaq".
Haa, betoi. Hat belah tanjung nu lenggok dia macam kelin skit lepaih tu kepala mau lebih.
Vocab of the day: Belemoih - kotor mcm kena lumur.
"Nasir tertomoih dalam lumpuq, sebab tu belemoih."
#23
Posted 20 September 2006 - 12:23 PM
#24
Posted 20 September 2006 - 01:32 PM
[se.keh]luku secara sipi
yang ni paling aku tak tahan nih...buleh gitu eh maksud dia...luku tapi...secara sipi gitu...
ni tak official eh...
ghaplah
[gha.plah]
-tak boleh harap
hang ni ghapla jingga betoi ar...itu pun tak buleh nak buat
p/s:kaler jingga tu da memang sejak azali...jangan la tanya asal bukan oren ke, kelabu asap ke eh...
ghosot
[gho.sot]
-kusut fikiran
yang hang nampak ghosot sangat ni, awatnya?
#25
Posted 20 September 2006 - 02:35 PM
ISH...ISH...meow2...takde la meow...cita dia camnie...aghi tue, aku ader pegi kursus induksi antara jabatan la. so campuk la ngan merata org. org terinek, blah terituh, blah palatidoq ngan blah kakitidoq.... so ader la sorang hamba Allah nie, dia nyer pelat kedah tak leh nak kata....phelak abis....dah ghamai org dok kenai dia. sampai org dok panggil dia nyiuk....pasal dia dok panggil pokok kelapa tue pokok nyiuk.....tue la punca nya. takde kene mengena nya aku dok keja marka dari sana la....
*org pun dok habaq aku nie ckp phelak kedah nie cam org siam...muah...muah...
#26
Posted 20 September 2006 - 02:54 PM
*org pun dok habaq aku nie ckp phelak kedah nie cam org siam...muah...muah...
Wahahahaa
#27
Posted 20 September 2006 - 03:30 PM
Vocab of the day: Belemoih - kotor mcm kena lumur.
"Nasir tertomoih dalam lumpuq, sebab tu belemoih."
Depa tak pangge lumpuq aih. Kalau di bendang depa pangge selut. Jadi, pembetulan dia jadi lagu ni: "Nasir tertomoih dalam selut, pasai tu belemoih."
Pada aku orang Kedah/ Utara ni penggunaan bahasa dia merangkumi pelbagai vocab yang aneh tetapi diletakkan dalam frasa ayat yang bukan-bukan. Contoh:
[n] Bangsa - jenis
Ayat: "Anak hangpa ni bangsa tak gheti respek orang tua ka apa?", kata Zamri dalam nada marah.
Perkataan lain yang sebutannya mungkin menjadi concern juga:
[n] Lepa - alpa
Ayat: "Anak hangpa ni lambat lepa ja, depa pi lungguk sampah nuh."
P/s: lungguk sampah = tapak pelupusan sampah.
#28
Posted 20 September 2006 - 03:36 PM
Pada aku orang Kedah/ Utara ni penggunaan bahasa dia merangkumi pelbagai vocab yang aneh tetapi diletakkan dalam frasa ayat yang bukan-bukan. Contoh:
[n] Bangsa - jenis
Ayat: "Anak hangpa ni bangsa tak gheti respek orang tua ka apa?", kata Zamri dalam nada marah.
Perkataan lain yang sebutannya mungkin menjadi concern juga:
[n] Lepa - alpa
Ayat: "Anak hangpa ni lambat lepa ja, depa pi lungguk sampah nuh."
P/s: lungguk sampah = tapak pelupusan sampah.
Ehehe, lumpuq tempat ayaq betakung tu. Selut tanah dia tu, kalau di bendang depa tak panggil selut dah kot depa panggil keleboq.
#29
Posted 20 September 2006 - 04:00 PM
Aha.. ni mesti Alor Star ke atas kot. Kalau kat bawah-bawah sikit dia panggil selut. Keleboq tu kira hardcore punya selut la kiranya.
Antara benda yang aku lama tak sebut, tapi kelakar sangat bila menyebutnya ialah: toslet - lampu suluh/ torch light.
Ayat: "Bok mai sat toslet tu nak suluh tengok depa dok watpa dalam gelap tu."
#30
Posted 20 September 2006 - 04:46 PM
ko gelakkan aku ek...takpe la...nama pun ngaji pelat kedah....
#31
Posted 20 September 2006 - 10:34 PM
#32
Posted 21 September 2006 - 09:15 AM
belejam = kotoq/sama macam 'belemoih'
"awat belejam sgt nih, pi mandi lekaih"
gon = bukit
"jgn bawak mutu laju2 tughun gon nu"
#33
Posted 21 September 2006 - 10:18 AM
*org pun dok habaq aku nie ckp phelak kedah nie cam org siam...muah...muah...
Heheh ok bro, aku caya
#34
Posted 21 September 2006 - 01:16 PM
belejam = kotoq/sama macam 'belemoih'
"awat belejam sgt nih, pi mandi lekaih"
gon = bukit
"jgn bawak mutu laju2 tughun gon nu"
Gon bukan bukit, tapi gaung.
#35
Posted 21 September 2006 - 02:13 PM
hahaha
just nak repharase loghat penang bahasa dia agak kasar/kurang ajar dari segi bahasa la.. tapi bunyi dia lembut beza ngan kedah..
tapi kat malaysia nih kat melaka kot yang loghat dia lagi kasar baik bunyi & bahasa...
#36
Posted 21 September 2006 - 02:40 PM
lompat - jump
makan - eat
#37
Posted 21 September 2006 - 04:18 PM
gon setau aku bukit/kawasan yg tinggi sket..bonggol ke..
#38
Posted 22 September 2006 - 06:14 PM
#39
Posted 25 September 2006 - 12:21 AM
#40
Posted 25 September 2006 - 12:46 AM
Sempena bulan Ramadhan ni, hang nak belajaq cakap Kedah, elok dengaq: Ceramah Ustat Shamsuri. Dia ni ceramah di mana-mana pun skill cakap Kedah baku dia memang "impressive". Kedah baku la tapi. Ayat stendet bahasa melayu betui. Cuma masa dia buat kelakar tu guna common sentences orang Kedah. Ceramah ni dah lama recordingnya, tapi kandungannya masih relevan sampai hari ni. Contoh-contoh dia pun ambil daripada zaman kondominium runtuh di Ulu Klang dulu nun.
Walau apa pun, utamakan kandungan ceramah, lebih awla daripada kelakar-kelakar dan nak belajar cakap Kedah. Hat tu buleh letak prioriti nombot dua la kot, inshAllah. Good luck.
1 user(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users











