Jump to content


Jerebu


8 replies to this topic

#1 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 09 October 2006 - 11:42 AM

Salam

Di mana boleh saya dapat maklumat ipu terkini?

Mengikut website ini(yand diperolehi dari google.com)
http://www.mestiambiltahu.com/j4.cfm?key=article

IPU terkini

Untuk mendapatkan bacaan IPU terkini, Sila layari laman web Jabatan Alam Sekitar di http://www.jas.sains.my/jas/default.html

Namun demikian website tersebut gagal untuk ditembusi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Keadaan jerebu di kuala lumpur semakin teruk dan teruk dan teruk.


-----
Selamat menyambut ramadhan

#2 mykus

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 182 posts
  • Gender:Male
  • Location:Johor Bahru
  • Kepakaran:PHP, HTML, LINUX
  • Freelance:Ya

Posted 09 October 2006 - 11:45 AM

QUOTE(alhakimie @ Oct 9 2006, 11:42 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Salam

Di mana boleh saya dapat maklumat ipu terkini?

Mengikut website ini(yand diperolehi dari google.com)
http://www.mestiambiltahu.com/j4.cfm?key=article

IPU terkini

Untuk mendapatkan bacaan IPU terkini, Sila layari laman web Jabatan Alam Sekitar di http://www.jas.sains.my/jas/default.html

Namun demikian website tersebut gagal untuk ditembusi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Keadaan jerebu di kuala lumpur semakin teruk dan teruk dan teruk.
-----
Selamat menyambut ramadhan



Kat JB ngan singapore pun teruk jugak

#3 alhakimie

    Sarjan Mejar

  • Ahli Professional
  • 248 posts
  • Location:Selangor,Kuala Lumpur
  • Interests:Jom join www.hattrick.org masa register kena bersabar sikit... mungkin seminggu atau 2 minggu lulus... nak validate user takut ada main cheat...
  • Freelance:Tidak

Posted 09 October 2006 - 01:05 PM

QUOTE(mykus @ Oct 9 2006, 11:45 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Kat JB ngan singapore pun teruk jugak



Akhirnya berjaya mendapatkan maklumat

http://www.doe.gov.my/index.php?option=com...temid=2&lang=en


MASA / TIME : 1.00 am
KAWASAN/AREA : Kuala Lumpur 159*
Putrajaya 171*

#4 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 09 October 2006 - 01:13 PM

alhamdulilah rasanya Putrajaya dah beransur dah

#5 pariezzz

    Korporal

  • Ahli Biasa
  • 50 posts
  • Gender:Male
  • Location:KL tp anak jati KEDAH
  • Kepakaran:Network Security
  • Freelance:Ya

Posted 09 October 2006 - 01:36 PM

Sesak nafas aku siot....
Hahaha teruk siot.....

Mcm kat genting tongue.gif

#6 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 09 October 2006 - 01:44 PM

ingat semua tu ujian dari Allah smile.gif

#7 @sriey

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 372 posts
  • Gender:Male
  • Location:satu kiblat yang sama...
  • Kepakaran:Active Directory, UNIX, Veritas Cluster Server, Exchange, Win2K, Win2K3 Svr
  • Freelance:Ya

Posted 09 October 2006 - 01:57 PM

td ada hujan sket kat cyberjaya ni..nampak cerah la sket..

#8 Jagermeist_

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 997 posts
  • Gender:Male
  • Location:middle earth
  • Interests:rugby,paintball,golf,WTF TKD tournament<br />
  • Kepakaran:IT Governance BS1799-COBIT-HIPAA-Sarbanes Oxley-BNM GPIS 1,Security Assessment,Compliance,Snort
  • Freelance:Tidak

Posted 09 October 2006 - 03:46 PM

Terasa macam kat Jakarta/Manila...sana memang hazy..berasap selalu...pencemaran teramat teruk...and orang2 dia memang dah biasa.
Hujan KL,dua kali dah...pagi sekali...ni petang. Tak tau lah hujan ni natural rain or cloud-seeding. Alhamdulillah dan kurang sikit.
Indonesia punya cara 'low cost Biological/Chemical Warfare'...bakar hutan...kita dan sesak2 nafas.
Sapa sini BCP Manager,apa lagi...declare 'Work From Home' la... laugh.gif . Natural Disaster gak nih.

#9 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat˛ it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 10 October 2006 - 07:58 AM

sehingga petang smalam kebnayakan tempat sudah beransur kadar jerebu melainkan beberapa tempat seperti Tanjung Malin masih tak berubah, manakala tempat berikut kadar jerebu semakin meningkat Gombak, W.P Labuan, Johor, Sabah & Sarawak.
Pagi ni tengok kat Putrajaya alhamdulilah dah beransur.

Berita Tempatan.

QUOTE
Hujan lebat gagal atasi jerebu
KUALA LUMPUR 9 Okt. – Keadaan jerebu yang melanda negara ini semakin buruk dengan lebih banyak kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berbanding semalam.

Sehingga pukul 5 petang ini, sebanyak 13 kawasan mencatatkan tahap tidak sihat berbanding 10 kawasan, petang semalam.

Hujan lebat di beberapa tempat pada pagi dan petang masih tidak berupaya memulihkan keadaan memandangkan hanya satu daripada 14 kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat pada 11 pagi ini, iaitu bandar raya Melaka kembali pulih.

Kawasan yang masih mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Ipoh dan Seri Manjung di Perak; Gombak, Pelabuhan Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam dan Kuala Selangor di Selangor; Kuala Lumpur dan Putrajaya; Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan serta Bukit Rambai di Melaka.

Keadaan ini memaksa Institut Perubatan Respiratori (IPR), Hospital Kuala Lumpur (HKL), membuka wad khas untuk pesakit yang mengalami masalah pernafasan ekoran cuaca berjerebu yang kembali serius.

Wad khas yang dilengkapi dengan enam katil itu dibuka sebagai langkah berjaga-jaga untuk menerima pesakit yang menghadapi masalah sistem pernafasan seperti asma dan bronkitis.

Sebanyak 51 klinik, masing-masing 38 di Semenanjung dan 13 di Sarawak telah dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk memberi rawatan segera kepada pesakit yang disebabkan jerebu.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (PPM), Datuk Dr. Teoh Siang Chin berkata, keadaan jerebu sekarang mampu menjejaskan kesihatan terutama kepada warga emas dan kanak-kanak.

Justeru pihaknya menasihati orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luaran mereka dan mengambil langkah berjaga-jaga.

‘‘Mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti menghidap asma, mudah batuk dan demam perlu lebih berhati-hati,’’ katanya.

Sementara itu, dua kawasan iaitu Petaling Jaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang mencatatkan jarak penglihatan kurang satu kilometer (km), iaitu masing-masing 0.8 km dan 0.5 km, manakala Subang dan Mersing mencatatkan jarak penglihatan satu km.

Lain-lain kawasan iaitu Prai, Butterworth, Bayan Lepas, Sitiawan, Ipoh, Lubuk Merbau, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Batu Embun, Muadzam Shah, Temerloh dan Kuantan mencatatkan jarak penglihatan di antara dua hingga lima km.
Sumber






1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users