Jump to content


Sambungan Modem Dan Router


11 replies to this topic

#1 snbmf

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 15 posts
  • Freelance:Ya

Posted 10 December 2006 - 10:12 PM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Maaf jika pertanyaan saya ini telah diajukan beberapa kali. Saya cuba search tapi tak dapat apa yang hendak saya ketahui...

Soalan saya ialah bagaimana nak setkan router jenis LinkSys model WRT54G ?

Masalah saya begini,saya menggunakan line streamyx dari LAN orang lain (sewa kat kawan sebelah rumah). Modem yang digunakan oleh kawan saya jenis KASDA dari telekom malaysia dan mempunyai sambungan ke router jenis Prolink dia punya sendiri. Gateway streamyx dia ialah 192.168.1.254

Bila saya sambung ke Router LinkSys yang berada di rumah saya ianya mempunyai connection ke internet tetapi tak boleh jalan. Default Router tu ialah 192.168.1.1

Bagaimana saya nak selesaikan masalah connection ini ? Apa yang perlu saya lakukan ?

Harap ada master-master kat sini dapat menolong...

#2 sawi

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 816 posts
  • Gender:Male
  • Location:Middle-earth
  • Interests:Duduk depan komputer
  • Kepakaran:Troubleshooting hw/sw
  • Freelance:Ya

Posted 10 December 2006 - 10:46 PM

1. sambungan secara wireless @ cable utp

2. siapa lagi yg sewa talian tu... dan adakah dia boleh connect ke internet dgn jayanya?

3. apakah yg dimaksudkan dgn petikan ini "Bila saya sambung ke Router LinkSys yang berada di rumah saya ianya mempunyai connection ke internet tetapi tak boleh jalan. Default Router tu ialah 192.168.1.1"... mcm mana anda tahu dpt connection tu.. connection internet? atau connection LAN?

masalah berlaku mungkin disebabkan ada beberapa configuration yg tak kena.. sbb proses ni dah lalu 2 router... router kamu dan router rumah kawan kamu.. dan juga sebuah modem...

#3 zamri

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 981 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuantan
  • Interests:Linux, Open Source, SquirrelMail, phpBB, IPB, PHP, MySQL
  • Kepakaran:GNU/Linux (Slackware, Mandrake, RedHat), Windows 9x/ME/2000/XP, Networking(Firewall,DMZ, Web/Mail/File Servers)
  • Freelance:Ya

Posted 10 December 2006 - 10:53 PM

QUOTE(snbmf @ Dec 10 2006, 10:12 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

waalaikumsalam

QUOTE(snbmf @ Dec 10 2006, 10:12 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Maaf jika pertanyaan saya ini telah diajukan beberapa kali. Saya cuba search tapi tak dapat apa yang hendak saya ketahui...

Soalan saya ialah bagaimana nak setkan router jenis LinkSys model WRT54G ?

Masalah saya begini,saya menggunakan line streamyx dari LAN orang lain (sewa kat kawan sebelah rumah). Modem yang digunakan oleh kawan saya jenis KASDA dari telekom malaysia dan mempunyai sambungan ke router jenis Prolink dia punya sendiri. Gateway streamyx dia ialah 192.168.1.254

192.168.1.254 tu bukan gateway streamyx. Itu gateway kat router kawan ko tu.

QUOTE(snbmf @ Dec 10 2006, 10:12 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Bila saya sambung ke Router LinkSys yang berada di rumah saya ianya mempunyai connection ke internet tetapi tak boleh jalan. Default Router tu ialah 192.168.1.1

macamna tahu boleh connection ke internet? adakah modem dan router berasingan? kalau tak, buat connection direct ke modem LinkSys tu dan setkan pc ko sebagai "get IP automatically". begitu juga utk DNS setting. tgk dapt ke tak connection ke internet. check samada ko dapat network info dari modem tu dengan masuk dalam DOS prompt dan taip ipconfig. tgk dapat IP ke tak dan pastikan gateway ialah 192.168.1.1. check juga info ttg DNS. should be streamy DNS iaitu 202.188.0.133 dan 202.188.1.5.

QUOTE(snbmf @ Dec 10 2006, 10:12 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Bagaimana saya nak selesaikan masalah connection ini ? Apa yang perlu saya lakukan ?
Harap ada master-master kat sini dapat menolong...


try dulu saranan di atas dan kalau tak boleh juga telefon technical support tmnet atau panggil kawan2 yg terer membantu.

#4 Ferdaus

    Pegawai Waran 1

  • Ahli Professional
  • 349 posts
  • Gender:Male
  • Location:Port Klang
  • Interests:Baca forum ni la.
  • Kepakaran:Rangkaian komputer dan yang sewaktu dengannya.
  • Freelance:Tidak

Posted 10 December 2006 - 11:51 PM

Encik snbmf,

Saya cuba hendak memahami tentang setup LAN anda, kerana banyak perincian yang mungkin anda terlepas pandang. Dari penerangan anda saya boleh buat lakaran seperti di bawah:



Jika anda lihat, kami perlu tahu bagaimana rancangan anda untuk sambung ke rumah kawan, dan adakah Prolink yang anda maksudkan adalah wireless router? Juga, kami perlu tahu IP address bagi interface yang bertanda merah bulat.

Saya ada feeling ini disebabkan routing loop, sebabnya saya sendiri ada menggunakan modem Kasda 318D yang dibekalkan Telekom tersebut. Saya anggapkan default LAN interface bagi Kasda selalunya 192.168.1.1 dan mengikut kata anda, Linksys tersebut juga 192.168.1.1. Kecuali anda dapat berikan gambaran yang lebih jelas, maka pertolongan yang kami dapat beri hanya berdasarkan andaian.

Harap maklum.

Ferdaus.

#5 snbmf

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 15 posts
  • Freelance:Ya

Posted 11 December 2006 - 07:16 AM

QUOTE(sawi @ Dec 10 2006, 10:46 PM) <{POST_SNAPBACK}>
1. sambungan secara wireless @ cable utp

2. siapa lagi yg sewa talian tu... dan adakah dia boleh connect ke internet dgn jayanya?

3. apakah yg dimaksudkan dgn petikan ini "Bila saya sambung ke Router LinkSys yang berada di rumah saya ianya mempunyai connection ke internet tetapi tak boleh jalan. Default Router tu ialah 192.168.1.1"... mcm mana anda tahu dpt connection tu.. connection internet? atau connection LAN?

masalah berlaku mungkin disebabkan ada beberapa configuration yg tak kena.. sbb proses ni dah lalu 2 router... router kamu dan router rumah kawan kamu.. dan juga sebuah modem...



QUOTE(zamri @ Dec 10 2006, 10:53 PM) <{POST_SNAPBACK}>
waalaikumsalam
192.168.1.254 tu bukan gateway streamyx. Itu gateway kat router kawan ko tu.
macamna tahu boleh connection ke internet? adakah modem dan router berasingan? kalau tak, buat connection direct ke modem LinkSys tu dan setkan pc ko sebagai "get IP automatically". begitu juga utk DNS setting. tgk dapt ke tak connection ke internet. check samada ko dapat network info dari modem tu dengan masuk dalam DOS prompt dan taip ipconfig. tgk dapat IP ke tak dan pastikan gateway ialah 192.168.1.1. check juga info ttg DNS. should be streamy DNS iaitu 202.188.0.133 dan 202.188.1.5.
try dulu saranan di atas dan kalau tak boleh juga telefon technical support tmnet atau panggil kawan2 yg terer membantu.



QUOTE(Ferdaus @ Dec 10 2006, 11:51 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Encik snbmf,

Saya cuba hendak memahami tentang setup LAN anda, kerana banyak perincian yang mungkin anda terlepas pandang. Dari penerangan anda saya boleh buat lakaran seperti di bawah:



Jika anda lihat, kami perlu tahu bagaimana rancangan anda untuk sambung ke rumah kawan, dan adakah Prolink yang anda maksudkan adalah wireless router? Juga, kami perlu tahu IP address bagi interface yang bertanda merah bulat.

Saya ada feeling ini disebabkan routing loop, sebabnya saya sendiri ada menggunakan modem Kasda 318D yang dibekalkan Telekom tersebut. Saya anggapkan default LAN interface bagi Kasda selalunya 192.168.1.1 dan mengikut kata anda, Linksys tersebut juga 192.168.1.1. Kecuali anda dapat berikan gambaran yang lebih jelas, maka pertolongan yang kami dapat beri hanya berdasarkan andaian.

Harap maklum.

Ferdaus.



Terima Kasih semua kerana sudi reply.

Memang betul En.Ferdaus,modem Kasda default LAN 192.168.1.1 dan LinkSys saya juga memiliki default yang sama. Saya menyambung streamyx dari router kawan saya dengan cable. Jika saya tidak buat sebarang perubahan pada router saya ianya menunjukan sambungan ke internet. Ini saya lihat di dalam network connection,internet connected di samping icon LAN berkelip-kelip di dalam system tray. Tapi bila saya cuba buka sebarang page contoh yahoo,dia akan keluar error yang saya tak faham yang menunjukan internet tak boleh jalan.

Jika saya sambungkan terus LAN yang saya tarik dari rumah kawan ke pc saya,tiada masalah semua sambungan internet berjalan lancar. Kawan-kawan yang lain semua buat sambungan terus dari LAN ke pc masing-masing dan tiada masalah.

Masalah timbul bila saya cuba sambungkan wayar LAN itu ke router saya sahaja. Mungkin ada setting router yang tak betul telah saya lakukan. Harap dapat tunjuk ajar dari semua.

#6 matdin97

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,100 posts
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 11 December 2006 - 01:10 PM

mula-mula buka wrt54g tu
masukkan username & password
tukar IP wrt54g tu kepada nombor lain.
10.10.10.1 pun boleh.

lepas tu tengok connection wrt54g tu. pastikan connectionnya adalah direct ke gateway bukan PPPoE. (broadband without username)

#7 snbmf

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 15 posts
  • Freelance:Ya

Posted 11 December 2006 - 06:24 PM

QUOTE(matdin97 @ Dec 11 2006, 01:10 PM) <{POST_SNAPBACK}>
mula-mula buka wrt54g tu
masukkan username & password
tukar IP wrt54g tu kepada nombor lain.
10.10.10.1 pun boleh.

lepas tu tengok connection wrt54g tu. pastikan connectionnya adalah direct ke gateway bukan PPPoE. (broadband without username)


Terima kasih,saya akan cuba dahulu dan beritahu keputusannya...

#8 sawi

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 816 posts
  • Gender:Male
  • Location:Middle-earth
  • Interests:Duduk depan komputer
  • Kepakaran:Troubleshooting hw/sw
  • Freelance:Ya

Posted 11 December 2006 - 09:37 PM

router tu baru beli ke...
sebenarnya...kalau nak mudah, elok beli switch/hub jer...

just tukar cable tu dr straight, jadikan crossover ( ada jgk switch yg tak payah tukar to crossover, dia dh ada default port utk uplink)...

then dr switch to pc guna cable biasa...

masalah kamu ni berlaku sebab LAN tu dah jadi pening... tapi cubalah selongkar setting dalam router tu...

#9 matdin97

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,100 posts
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 13 December 2006 - 11:52 AM

saya pon baru belajar gak pasal ni semua.

bila dah siap pasang semua, dah rasa betul tapi internet masih tak boleh.

1. start - run - cmd - ipconfig
- apakah data2 yang diperolehi.

2. start - run - cmd - ping 192.168.1.1 (ni ping terus router yang pertama)
- apakah result yang diperolehi

3. start - run - cmd - ping ittutor.net
- apakah result yang diperolehi


ni contoh connection tersebut

PC (10.10.10.2) => WRT54G (10.10.10.1) => Prolink (192.168.1.154) => Kasda Modem => Internet

saya suspect masalah asal ialah konflik disebabkan Prolink dan WRT54G tersebut dua-dua DHCP on dan IP Range pulak sama 192.168.1.x - 192.168.1.xxx

#10 Dimenxion

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,408 posts
  • Gender:Male
  • Location:Shah Alam
  • Interests:Bermain Dengan Dimensi
  • Kepakaran:Windows Networking
  • Freelance:Ya

Posted 13 December 2006 - 12:18 PM

biasanya situasi macam nih. encapsulation dia tukar jadik dynamic ip. pastikan router tu dhcp disabled, tukar router ip tuh kepada ip yang lain. dan sambungkan kepada LAN port pada router to router, bukan WAN. InsyaAllah jadik. selalu buat macam gitu memang jadik

Edited by Dimenxion, 13 December 2006 - 12:21 PM.


#11 serv^down

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 177 posts
  • Gender:Male
  • Location:Batu Caves
  • Interests:Facebook
  • Kepakaran:Infomation Technology
  • Freelance:Ya

Posted 13 December 2006 - 02:13 PM

QUOTE
Terima Kasih semua kerana sudi reply.

Memang betul En.Ferdaus,modem Kasda default LAN 192.168.1.1 dan LinkSys saya juga memiliki default yang sama. Saya menyambung streamyx dari router kawan saya dengan cable. Jika saya tidak buat sebarang perubahan pada router saya ianya menunjukan sambungan ke internet. Ini saya lihat di dalam network connection,internet connected di samping icon LAN berkelip-kelip di dalam system tray. Tapi bila saya cuba buka sebarang page contoh yahoo,dia akan keluar error yang saya tak faham yang menunjukan internet tak boleh jalan.


rase nyer just tukar ip router linksys tuh
mungkin disebabkan ip same die conflic
just tukar ip router linksys 192.168.1.1 ker 192.168.1.10 ker
tak kisah.. cuma set no. selain dari 1
harap dapat membantu smile.gif

#12 snbmf

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 15 posts
  • Freelance:Ya

Posted 15 December 2006 - 05:32 PM

Terima Kasih semua kawan-kawan...Saya dah berjaya selesaikan masalah ini. Ianya berpunca dari masalah ip linksys dan prolink. Saya dah tukar ip linksys ke 10.10.10.0 dan telah berjaya ke internet dan tiada konflik lagi....

Terima kasih sekali lagi kerana sudi membantu.... biggrin.gif





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users