Jump to content


* * * - - 2 votes

Insurans and Takaful


319 replies to this topic

#1 mystique_nw

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 269 posts
  • Gender:Female
  • Location:Miri
  • Interests:Web Design n Development, Entrepreneurship, Database Stuffs, Blogging, Travelling, Kayaking
  • Kepakaran:Oracle PL/SQL, Pro*C .. Soon BW, SAP
  • Freelance:Tidak

Posted 22 January 2007 - 04:28 PM

I'm sure lots of people here ada insurans kan?

Anyway, saya berminat nak beli insurans/takaful, sebab kalau tiba-tiba kematian, akan senangkan family, and jika lepas tempoh matang, dia akan act as a simpanan, maknanya duit yang terkumpul boleh dikeluarkan.

Bagusnya pun boleh guna untuk deduct tax..

Anyway, apa ciri-ciri yang perlu kita tengok sebelum beli insurans/takaful. Saya lebih berminat pada takaful, sebab dalam 1970-an insurans dah diisytiharkan haram.. setahu saya, insurans dah banyak mengalami perubahan.. so saya tak tahu pendapat ulama' terbaru tentang takaful.

Dan ada perbezaan ke takaful nasional dan takaful malaysia?

Mari bincangkan..

#2 pablo

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 170 posts
  • Gender:Male
  • Location:KL
  • Kepakaran:Videografi,Video Editing
  • Freelance:Ya

Posted 23 January 2007 - 01:17 AM

Kalau dari segi konsep takaful tu takda beza kot. Mungkin bezanya dari pembahagian untung dsb nyer lah kot. Lagi satu yang aku tau Takaful Malaysia dia takda agen. Nak beli kena cari pejabat dia berbanding Takaful Nasional ada ejen.

Cuma aku ada sikit kemuskilan, Apa yang aku tau Takaful ni semua ada ambik insuran jugak pada insuran jugak. Diorang akan ambik dari satu lagi bapak segala insuran kat Malaysia ni. Takaful Nasional bawah MNI dan ambik pada MNRB (kalau tak salah aku) jugak. MNRB & MNI menjalankan perniagaan konvensional insuran jugak, jadi wang kita tu bagaimana? Takaful Malaysia sahaja satu - satunya yang dibawah Bank Islam tapi now dah dijual kepada Maybank pula

#3 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 23 January 2007 - 07:50 AM

salam.saya pernah jadi agen takaful ikhlas dulu.

well,kalo nak tengok ada beberapa isu;

1-your claim. how fast you can get your claim.

2-agen tu sendiri. biasanya agen tu orang yg kita kenal,senang kalo nak kejar kalau ada apa-apa claim.lagipun susah sikit dia nak cabut gitu je.cuma kalau dia dah stop,akaun kita tu akan dipindah tanggungjawab kepada agen lain.

3-kalo you stop your akaun,how much your savings(takaful guna sistem simpanan,tak pasti conventional macam mana. sebab tu takaful mahal sikit,sebab duit tu boleh dapat balik. cuma berapa % tu tak pasti. yang saya tau takaful malaysia tak guna agen,jadi tak perlu bayar komisen. kesannya ialah you got your money back more than the other competitior-takaful)

4-yang membezakan antara takaful & conventional ni pada pemerhatian saya ialah:
  • sistem akad
  • patern pelaburan
  • terma & istilah-yang ni kadang orang claim,benda conventional tapi dibungkus term arab,jadila nampak islam.well.
pasal MNRB tu,saya pun dulu wonder jugak,sebab all these system is coming from the conventional funding.well what say you

Maybank Islamic counter,prudential dan lainnya tu pun funding yang sama. cuma kaedah fiqh yang seingat saya digunakan ialah

la dharar wala dhirar. bil makna, untuk mengurangkan mudharat yang lebih besar,ambik mudharat yang kecil. dalam kes ni mudharat kecil tu guna sistem conventional punya funding untuk establish sistem kewangan/takaful islam.

ikutkan duit kita ni pun bukan 100% halal. tu yang kena bayar zakat etc.

#4 dotCOM

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 8 posts
  • Freelance:Tidak

Posted 23 January 2007 - 09:35 AM

Maybank ambilalih Takaful Nasional bukannya Syarikat Takaful Malaysia (BIMB).
sekarang ni dah banyak produk Takaful termasuk yg ada Medical Card.

#5 ichak

    Korporal

  • Ahli
  • 88 posts

Posted 23 January 2007 - 11:12 AM

aku amik Takaful Ikhlas...
aku amik sbb member aku promote suh amik...ehhehe...
tp bgs sbnrnya...sbb cpny aku skrg ni pon tak byk cover medical..limited...
lgpon Takaful ni leh jd simpanan...
kalo tade pa pe...duit tu leh kuarkan...
tp yg tak besnya tade medical card...
leceh la nak kena dulukan duit kita...

#6 eldnac

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 35 posts
  • Gender:Female
  • Location:Kuala Lumpur
  • Kepakaran:C++, Java, VB.Net(everage je, not as cool as u guys), SAP HR..coming soon WebDynPro.
  • Freelance:Tidak

Posted 23 January 2007 - 12:16 PM

Kalau beli takaful ni kena tengok apa matlamat dulu. Kalau matlamat nak menyimpan, maybe kita tak kisah bayar mahal sikit sebab lagi banyak simpan lagi bagus. Pulangan pun rasanya lagi tinggi dari Tabung Haji(4%-5%), cuma simpanan hanya boleh keluar lepas 5 tahun kot. Tak salah aku la kan. Tapi, kalau matlamat perlindungan, itu yang kena tengok dulu. Sebelum tu, takaful ni ada am dengan life.

Macam Takaful Ikhlas yang aku beli tu memang dah pakej dah. Ada khairat kematian la, elaun hospital la. Itu panggil apa eh? Endownmen? Rider? Tak tau apa term yang betul. Macam aku ni, aku tak kisah sangat benda alah tu semua. Yang aku nak cover sangat macam kematian, lumpuh(ada takrif lumpuh, kena baca polisi tu) dan penyakit kritikal. Kalau lumpuh kekal, kita hilang upaya kerja, so nak sara hidup ada la duit backup. Kalau berlaku kematian, duit tu maybe untuk adik2 yang masih sekolah atau mak ayah yang dah tua dan tak mampu bekerja. Penyakit kritikal macam barah, sakit jantung memang akan makan belanja besar.

Jadi, based pada matlamat tu, baru agen takaful tu akan adjust jumlah coverage untuk setiap item dalam polisi tu. Sebelum tu, dia akan tanya berapa yg kita mampu bayar. Katakan RM 150.00. Amaun ni kita yang tentukan. Lagipun, aku tak rasa la perempuan kena ambil banyak2. Especially kalau dah kahwin, sebab husband la yang kena ambil kan? kan? tongue.gif Lepas tu dia akan tanya setiap satu item dalam pakej tu, kita nak cover berapa. So, maybe kita akan jawab in event of kematian kita, kita nak waris terima RM 100,000.00. Amaun ini akan sama jika berlaku lumpuh pada kita. Penyakit kritikal jumlahnya akan rendah lagi(yang aku dapat la). Logiknya, maybe kita ada company cover kos perubatan & dsbnya.

So, pada pandangan aku, ikut matlamat kita. Tak kisahla mana2 takaful pun. Then adjust amaun tu nak cover tang mana. Lepas tu tengok prosidur claim kot. Lambat atau cepat? Ni aku tak tau sangat, maybe orang lain yang ada pengalaman boleh explain. Bab guna agen atau tak ni pun aku tak tau. Lepas beli baru aku terfikir kalau agen tu quit amacam? Kalau member yang jadi agen maybe boleh tengok cara dia samada dia komited atau tak. Lagi satu, angan la ambil sebab kawan. Buat apa ambil kalau tak ada keperluan. Unless korang memang sesaja nak labur duit yang banyak tu. Last sekali, aku bukan agen smile.gif

#7 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 23 January 2007 - 12:38 PM

kalau bab lumpuh,kemalangan tempat keje bukan dah ade perkeso ke...
cuma jarang la orang sebut claim perkeso,lagipun kalau luar tempat keje dia tak cover kan . hehe..

aku dulu waktu nak promote takaful ikhlas susah jugak,produk line tak banyak.
macam ipar aku agen TN pun dah masuk Prudential,sebab Prudential lagi professional dan mereka pun dah offer Islamic line.

kalau nak korek2 memang pening... hehe.. better jangan korek jauh sangat,nanti temasuk lubang terus tak boleh kluar.

#8 ichak

    Korporal

  • Ahli
  • 88 posts

Posted 23 January 2007 - 12:45 PM

ramai prefer prudential sbb diaorg ada medical card...
tp walaupon prudential ada takaful...tp dia still conventional nye insurans...
tah la...aku pon tak reti bab2 ni...hehe..

#9 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 23 January 2007 - 12:52 PM

dia ada dua options la tu,macam Maybank. ko kena fahamkan dulu beza Islamic Insurance dengan Conventional.. dia bukan stakat term je.
macam BSKL pun ada dua kaunter,conventional dengan Syariah.

kena kasi sokongan kat Islamic financial ni supaya kita boleh jadi contoh hehe.. ikutkan aku prefer Takaful Malaysia sebab premium dia lagi murah.. dan kalau kita nak withdraw jumlah peratusan lebih tinggi. mana la tau sesak takde duit ke kan.

#10 eldnac

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 35 posts
  • Gender:Female
  • Location:Kuala Lumpur
  • Kepakaran:C++, Java, VB.Net(everage je, not as cool as u guys), SAP HR..coming soon WebDynPro.
  • Freelance:Tidak

Posted 23 January 2007 - 02:50 PM

Kalau orang yang tak ada Perkeso? Tak ada Socso? Aku still rasa takaful ni alternatif terbaik untuk orang yang takut nak invest dalam unit trust tapi dalam masa yang sama nak hasil sikit2..

Lagi satu bab syarikat/service takaful yang induknya konvensional, dulu pernah ada orang explain kat aku masa company aku buat training islamic banking. Dia kata duit kita tu memang bercampur dengan duit2 dari service konvensional, tapi sistem lain2. As long sistem digunakan Islamic and tak ada riba' etc, tak ada masalah..

Edited by eldnac, 23 January 2007 - 02:51 PM.


#11 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 23 January 2007 - 03:09 PM

QUOTE(eldnac @ Jan 23 2007, 02:50 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Kalau orang yang tak ada Perkeso? Tak ada Socso? Aku still rasa takaful ni alternatif terbaik untuk orang yang takut nak invest dalam unit trust tapi dalam masa yang sama nak hasil sikit2..

Lagi satu bab syarikat/service takaful yang induknya konvensional, dulu pernah ada orang explain kat aku masa company aku buat training islamic banking. Dia kata duit kita tu memang bercampur dengan duit2 dari service konvensional, tapi sistem lain2. As long sistem digunakan Islamic and tak ada riba' etc, tak ada masalah..


kampeni apa yang takde Perkeso/Socso ni. aku kurang faham sket. kadang tu aku ingat perkeso ni utk tabungan kemalangan tempat keje. tapi kalo sampai pencen or berenti takde apa2 leh withdraw ke

#12 Jagermeist_

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 997 posts
  • Gender:Male
  • Location:middle earth
  • Interests:rugby,paintball,golf,WTF TKD tournament<br />
  • Kepakaran:IT Governance BS1799-COBIT-HIPAA-Sarbanes Oxley-BNM GPIS 1,Security Assessment,Compliance,Snort
  • Freelance:Tidak

Posted 23 January 2007 - 04:20 PM

QUOTE(ichak @ Jan 23 2007, 12:45 PM) <{POST_SNAPBACK}>
ramai prefer prudential sbb diaorg ada medical card...
tp walaupon prudential ada takaful...tp dia still conventional nye insurans...
tah la...aku pon tak reti bab2 ni...hehe..


PruBSN adalah joint-venture diantara Prudential Assurance dan BSN.
Produk mereka adalah Takakul dan syariah base.
Conventional base insurance adalah Prudential Assurance,sebuah syarikat Prudential juga.

Semua syarikat insurance dan takaful di Malaysia diwajibkan untuk re-insure,dan diantara re-insurance yang ada
Malaysia National Reinsurance Berhad,dahulunya sebuah anak syarikat PNB.

Medical card PruBSN boleh digunakan dimana2 hospital,seperti Ampang Putri dan Glenagles Intan.

#13 eldnac

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 35 posts
  • Gender:Female
  • Location:Kuala Lumpur
  • Kepakaran:C++, Java, VB.Net(everage je, not as cool as u guys), SAP HR..coming soon WebDynPro.
  • Freelance:Tidak

Posted 23 January 2007 - 04:29 PM

Company apa yang tak ada Socso, Perkeso or worst tak ada EPF? Banyak. At least sebab aku dah masuk 2 company yang macam tu, kira banyak la kan?

Biasanya company2 kecik, capital rendah yang tak ada semua ni. Projek based on tender kan? Kalau tak ada tender, tak adalah income. Gaji 2-3 bulan sekali. Tu pun dapat ansur2..Mana nak maintain EPF, apatah lagi Socso? Company kecik bukan senang nak dapat tender. PM lama aku kerja 9 tahun w/o EPF & semua2 tu. Bayang gaji dia 5k-6k tak pernah ada EPF. So mana nak savings? Dekat takaful & unit trust. Kadang nasib kita tak baik, tak ada pilihan, tapi kenala bijak divert ke mana2 peluang yang ada..

#14 Dimenxion

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,408 posts
  • Gender:Male
  • Location:Shah Alam
  • Interests:Bermain Dengan Dimensi
  • Kepakaran:Windows Networking
  • Freelance:Ya

Posted 23 January 2007 - 04:34 PM

QUOTE(eldnac @ Jan 23 2007, 02:50 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Kalau orang yang tak ada Perkeso? Tak ada Socso? Aku still rasa takaful ni alternatif terbaik untuk orang yang takut nak invest dalam unit trust tapi dalam masa yang sama nak hasil sikit2..

Lagi satu bab syarikat/service takaful yang induknya konvensional, dulu pernah ada orang explain kat aku masa company aku buat training islamic banking. Dia kata duit kita tu memang bercampur dengan duit2 dari service konvensional, tapi sistem lain2. As long sistem digunakan Islamic and tak ada riba' etc, tak ada masalah..



kalau ko perkerja tetap dan takda SOCSO, baik ko gi report. ko ada hak. pernah terjadi pada aku. waktu tu blum ada insuran, eksiden patah tangan, nak claim socso takda. aku gi report kat socso, kampeni takleh cakap apa la... last last dapat gak hak aku... banyak tuh bukan takat 1-2K je... 8K tuh... nak harap kompeni bagi.. jangan harap la...

#15 sik tauk

    Pegawai Waran 2

  • Ahli Professional
  • 416 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuching/Puchong
  • Interests:self-defence i.e. style-free (street) fighting, creative-writing, agro-industries (farming, breeding).
  • Kepakaran:Oracle database/apps server; UNIX/Linux; IT Project Management
  • Freelance:Ya

Posted 24 January 2007 - 12:20 PM

Fatwa yg menetapkan hukum insuran hayat konvensional sebagai Haram mnggariskan ciri-ciri yg jelas sbg reasons:

1. Maiseer (Judi) - Ada beberapa senario pemegang polisi boleh kehilangan 100% dpd premium yg telah dibayar kpd Insurer. Contohnya, ada polisi yg menyatakan jika penamatan dilakukan sebelum 1 tahun, maka nilai serahan adalah zero...

2. Gharor (urusniaga yg kabur) - Polisi dlm Insurans Konvensional bukan lah produk yg tertentu, tetapi pengakuan Insurer utk mbayar sejumlah wang kpd pemegang polisi bila berlaku musibah yg tertentu. Contohnya dlm satu polisi endowment, premium perlu dibayar setiap bulan ialah RM50 utk sejumlah sum insured, let say, RM50,000. Pemegang polisi tidak akan tahu berapa byk yg dia perlu mbayar sehingga berlakunya musibah yg diinsurankannya. Oleh itu, jual beli polisi itu menjadi urusniaga yg kabur lantaran ketiadaan produk/service yg tertentu, dan harga yg tertentu.

3. Riba - Nilai serahan pada tempoh matang disertakan dgn interest. Apatah lagi sumber income Insurer adalah dpd business ribawi.

Jadi, utk membezakan urusniaga takaful, KITA mesti memastikan sekurang-kurangnya 3 ciri tersebut tiada. Selain itu konsep takaful (kafalah) amat berbeza dpd insurans konvensional:

1. Aqad
Takaful ialah aqad tabarru' dan kafalah: iaitu niat utk menyumbang dan saling melindungi. Wang sumbangan tidak menjadi milik pengendali takaful. Tetapi pengandali boleh mengambil upah menguruskan dana yg terkumpul.
Insurans pula ialah urusniaga jual-beli. Premium yg dibayar adalah milik insurer.

2. Nilai serahan
Takaful: Nilai serahan adalah sebahagian dpd sumbangan, ditambah dgn keuntungan secara mudarabah.
Insurans: Ribawi

3. Strict adherence to Syariah and Akta Takaful
Takaful ada lembaga pengawasan Syariah dan tertakluk juga kpd Akta Takaful.
Insurans???

Ini cuma kefahaman saya yg sedikit tentang takaful vs insurance...

#16 ichak

    Korporal

  • Ahli
  • 88 posts

Posted 24 January 2007 - 12:51 PM

eh...offtopic sat...
kalo nak buat kira2 zakat pendapatan...aku tgk kalkulator kat website zakat tu kita leh tolak Tabung Haji, MOCCIS ngan Takaful...errr...takaful tu kira insurans ni ke?leh ke aku tolak insurans ni lam kira2 aku?aku amik Takaful Ikhlas...

#17 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 24 January 2007 - 12:59 PM

QUOTE(ichak @ Jan 24 2007, 12:51 PM) <{POST_SNAPBACK}>
eh...offtopic sat...
kalo nak buat kira2 zakat pendapatan...aku tgk kalkulator kat website zakat tu kita leh tolak Tabung Haji, MOCCIS ngan Takaful...errr...takaful tu kira insurans ni ke?leh ke aku tolak insurans ni lam kira2 aku?aku amik Takaful Ikhlas...


dia boleh tolak TAKAFUL sebab Islamic insurance (konsep conventional ngan Islamic insurance pun lain).pelaburan dalam Takaful pun kena ambik kira jugak utk kasi pelepasan zakat tu.

kalau conventional aku rasa macam tak pasti pulak sebab alokasi insurans ni ade ke dana tu mengalir pada komuniti muslim dan pelaburan halal sahaja.

#18 ichak

    Korporal

  • Ahli
  • 88 posts

Posted 24 January 2007 - 01:55 PM

so kesimpulannya aku leh tolak la duit yg aku bayar insurans takaful tiap2 bln tu kan?

#19 mystique_nw

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 269 posts
  • Gender:Female
  • Location:Miri
  • Interests:Web Design n Development, Entrepreneurship, Database Stuffs, Blogging, Travelling, Kayaking
  • Kepakaran:Oracle PL/SQL, Pro*C .. Soon BW, SAP
  • Freelance:Tidak

Posted 24 January 2007 - 04:15 PM

Masa saya nak check kadar tukaran RM.. saya terjumpa page ni http://www.insuranceinfo.com.my/ , insurance info by BNM. Contents look good and comprehensive. Nanti balik ofis saya baca..

#20 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 24 January 2007 - 08:09 PM

QUOTE(ichak @ Jan 24 2007, 01:55 PM) <{POST_SNAPBACK}>
so kesimpulannya aku leh tolak la duit yg aku bayar insurans takaful tiap2 bln tu kan?


tu ko kena tanya agen pusat kumpulan zakat betul-betul. smile.gif
sebab aku tak ingat masa isi borang potongan tu.. yang aku ingat TH ade.. dan kalau ada potongan ansuran takaful pun,berapa % yang dia boleh tolak dari jumlah semua tu..

hehe aku tak ingat sangat.sorry le.

#21 ibm632

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 168 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Tidak

Posted 05 February 2007 - 12:01 AM

QUOTE(mnajem @ Jan 23 2007, 12:38 PM) <{POST_SNAPBACK}>
kalau bab lumpuh,kemalangan tempat keje bukan dah ade perkeso ke...
cuma jarang la orang sebut claim perkeso,lagipun kalau luar tempat keje dia tak cover kan . hehe..

aku dulu waktu nak promote takaful ikhlas susah jugak,produk line tak banyak.
macam ipar aku agen TN pun dah masuk Prudential,sebab Prudential lagi professional dan mereka pun dah offer Islamic line.

kalau nak korek2 memang pening... hehe.. better jangan korek jauh sangat,nanti temasuk lubang terus tak boleh kluar.


QUOTE(mnajem @ Jan 23 2007, 12:38 PM) <{POST_SNAPBACK}>
kalau bab lumpuh,kemalangan tempat keje bukan dah ade perkeso ke...
cuma jarang la orang sebut claim perkeso,lagipun kalau luar tempat keje dia tak cover kan . hehe..

aku dulu waktu nak promote takaful ikhlas susah jugak,produk line tak banyak.
macam ipar aku agen TN pun dah masuk Prudential,sebab Prudential lagi professional dan mereka pun dah offer Islamic line.

kalau nak korek2 memang pening... hehe.. better jangan korek jauh sangat,nanti temasuk lubang terus tak boleh kluar.


Tak payah pening kepala ... tengok pada nama syarikat tu dulu baru nilai ... yg provided Takaful adalah Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) bukannyer Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB). Untuk pengetahuan semua 2 diatas adalah syarikat yg berlainan, cuma berkongsi ajen yg sama.
Untuk pengetahuan semua Produk Takaful Prudential BSN memang di iktiraf oleh semua bangsa di malaysia, memang terbukti dimana bermula November hingga Disember 2006 hampir 2/3 yg melanggan produk Takaful Prudential adalah orang bukan Islam. Cuba renungkan bersama Produk yg disediakan khusus utk membantu kita tapi orang lain yg ambil kesempatan tersebut.
mmm... tak leh nak kata lagi.

ibrahimhasan@prupartner.com.my

Edited by ibm632, 05 February 2007 - 12:04 AM.


#22 sik tauk

    Pegawai Waran 2

  • Ahli Professional
  • 416 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuching/Puchong
  • Interests:self-defence i.e. style-free (street) fighting, creative-writing, agro-industries (farming, breeding).
  • Kepakaran:Oracle database/apps server; UNIX/Linux; IT Project Management
  • Freelance:Ya

Posted 17 February 2007 - 07:24 PM

QUOTE(ibm632 @ Feb 5 2007, 12:01 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Cuba renungkan bersama Produk yg disediakan khusus utk membantu kita tapi orang lain yg ambil kesempatan tersebut.
mmm... tak leh nak kata lagi.

ibrahimhasan@prupartner.com.my

Jangan mengeluh bang... Itu adalah sebahagian dpd tanggungjawab dan cabaran syarikat-syarikat pengendali takaful dan agen-agennya untuk menyebarkan kesedaran di kalangan org Islam (terutamanya Melayu) di Malaysia tentang kepentingan takaful. Dan, utk penerate pasaran itu yang sangat luas lagi segar... Selamat Maju Jaya!

biggrin.gif

#23 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 17 February 2007 - 08:20 PM

QUOTE(ibm632 @ Feb 5 2007, 12:01 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Tak payah pening kepala ... tengok pada nama syarikat tu dulu baru nilai ... yg provided Takaful adalah Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) bukannyer Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB). Untuk pengetahuan semua 2 diatas adalah syarikat yg berlainan, cuma berkongsi ajen yg sama.
Untuk pengetahuan semua Produk Takaful Prudential BSN memang di iktiraf oleh semua bangsa di malaysia, memang terbukti dimana bermula November hingga Disember 2006 hampir 2/3 yg melanggan produk Takaful Prudential adalah orang bukan Islam. Cuba renungkan bersama Produk yg disediakan khusus utk membantu kita tapi orang lain yg ambil kesempatan tersebut.
mmm... tak leh nak kata lagi.

ibrahimhasan@prupartner.com.my


orang kata ADA APA pada nama.
so penilaian hanya pada nama bukan style saya,maaf.

saya akan nilai dulu isi kandungan dia,sebelum saya membuat kesimpulan,lagipun prudential ni player baru dalam Takaful,sebab sebelum ni sewaktu saya dilatih jadi agen,ada empat sahaja takaful provider.

#24 Jagermeist_

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 997 posts
  • Gender:Male
  • Location:middle earth
  • Interests:rugby,paintball,golf,WTF TKD tournament<br />
  • Kepakaran:IT Governance BS1799-COBIT-HIPAA-Sarbanes Oxley-BNM GPIS 1,Security Assessment,Compliance,Snort
  • Freelance:Tidak

Posted 17 February 2007 - 09:32 PM

Prudential mungkin player baru dalam Takaful,tetapi ia merupakan Seasoned player dalam Insurance.

The expertise from running conventional insurance is now being transfered to Takaful,and if I may add,they were matched made in heaven,by teaming up with BSN.

Check out the Syariah advisory board: here

Tapi,aku setuju dengan pendapat ibrahim ihsan,penetration rate untuk produk insurance/takaful bagi kaum Melayu/Islam adalah amat rendah kurang dari 20% (rujuk data LIAM)dari total bangsa Melayu/Islam. Puncanya,kurang kesedaran tentang kepentingan Takaful...simpanan untuk hari mati anda. Mungkin juga kerana kurangnya kesedaran bangsa Melayu tentang Financial Intelligence.

Jadi diharapkan,agen2 Takaful dapat berdakwah dan moga lebih ramai umat Islam di Malaysia melindungi diri mereka atau dapat 'manage their risk exposure'.

#25 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 17 February 2007 - 09:59 PM

kalau tengok premium takaful ni lebih tinggi daripada conventional sebab

1) sistem wakalah/tabungan untuk peserta lain
2) komisen untuk agen
3) skim "simpanan" di mana peserta kalau rasa tak larat tu boleh terminate dan keluarkan balik "simpanan" dia tu

sistem konvensioan pulak instalment bulanan lebih rendah sebab dia burn macam tu je. dah mati si pencarum baru dapat. aku tak sure kalau ada skim convetional yang buat style saving ni. kalau diorang buat pun takde masalah dari segi cara implementation,cuma "islam" tidaknye la

nak kata berdakwah tu macam betul le dakwah,tapi bagi aku,aku cakap tu marketing je.sebab aku punya manager dulu bukan paham sangat pasal roh islamic takaful ni,dia pun dari conventional. bagi aku dia lebih cenderung how to gain more $$$$$ l. pasal tu disket untuk softcopy takaful projection pun dia jual sekeping RM10.kena beli dua lak tu jadi RM20.

aku tanya agen agency lain kasi free je. macam haram

Edited by mnajem, 17 February 2007 - 10:03 PM.


#26 ibm632

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 168 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Tidak

Posted 16 April 2007 - 12:29 PM

As'kum semua ... senyap sikit ...sebok buat sale ... Alhamdulillah dapat saya tolong 3 keluarga bulan lepas... urusan kemasukan wad. Bill settled dan tunggu cek hospitak benefit ajer.

#27 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 22 April 2007 - 10:30 AM

aku baru register Takaful-Prudential ngan abang ipar aku.
ambik polisi rm100 per bulan

bagi aku Prudential-BSN takaful medical scheme ni lebih praktikal,sebab say limit RM150k tu untuk sepanjang hayat & bagi sapa-sapa yang masih sihat, sila la mendaftar sebab anda tak tahu bila anda sakit etc.

dan scheme pun fleksible (say MC100 ke scheme lain etc)

umur saya 26 tahun.

cuma bezanya ia adalah bersifat individu.. jadi kalau ada anak/isteri,carumkan setiap mereka satu akaun berasingan.

maklumla anak-anak kecik tak tau bile sakitnye (aku tak kawin lagi, heheheee)

//semalam main boling ngan geng Haji Firdaus (top performer Prudential Takaful) kat Sunway Summit.

Edited by mnajem, 22 April 2007 - 10:31 AM.


#28 Jagermeist_

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 997 posts
  • Gender:Male
  • Location:middle earth
  • Interests:rugby,paintball,golf,WTF TKD tournament<br />
  • Kepakaran:IT Governance BS1799-COBIT-HIPAA-Sarbanes Oxley-BNM GPIS 1,Security Assessment,Compliance,Snort
  • Freelance:Tidak

Posted 22 April 2007 - 02:04 PM

mnajem,

medical card dah dapat?

#29 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 22 April 2007 - 08:19 PM

QUOTE(Jagermeist @ Apr 22 2007, 02:04 PM) <{POST_SNAPBACK}>
mnajem,

medical card dah dapat?


Belum lagi... 15 hari lagi.

#30 ibm632

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 168 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Tidak

Posted 29 April 2007 - 03:26 PM

Bagus tu mnajem .... Siapa nama abang awak tu mungkin saya kenal dia ... Alhamdulillah saya baru sampai ke rumah .. Baru balik dari Trip Pru-BSN UMRAH di Mekkah. HJ Firdaus pun ader sekali.

QUOTE(mnajem @ Apr 22 2007, 10:30 AM) <{POST_SNAPBACK}>
aku baru register Takaful-Prudential ngan abang ipar aku.
ambik polisi rm100 per bulan

bagi aku Prudential-BSN takaful medical scheme ni lebih praktikal,sebab say limit RM150k tu untuk sepanjang hayat & bagi sapa-sapa yang masih sihat, sila la mendaftar sebab anda tak tahu bila anda sakit etc.

dan scheme pun fleksible (say MC100 ke scheme lain etc)

umur saya 26 tahun.

cuma bezanya ia adalah bersifat individu.. jadi kalau ada anak/isteri,carumkan setiap mereka satu akaun berasingan.

maklumla anak-anak kecik tak tau bile sakitnye (aku tak kawin lagi, heheheee)

//semalam main boling ngan geng Haji Firdaus (top performer Prudential Takaful) kat Sunway Summit.


#31 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 29 April 2007 - 05:10 PM

QUOTE(ibm632 @ Apr 29 2007, 03:26 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Bagus tu mnajem .... Siapa nama abang awak tu mungkin saya kenal dia ... Alhamdulillah saya baru sampai ke rumah .. Baru balik dari Trip Pru-BSN UMRAH di Mekkah. HJ Firdaus pun ader sekali.


abang ipar-taufiq
ibm632-hang buat full time ke?

#32 milanista

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 39 posts
  • Location:Circus Maximus
  • Kepakaran:MS Server, LAN/WAN, CITRIX, Redhat
  • Freelance:Ya

Posted 30 April 2007 - 12:58 AM

menarik gak topic ni
xder buat opening for new agents ker?

#33 ibm632

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 168 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Tidak

Posted 01 May 2007 - 12:42 AM

Untuk sesiapa yang tahu lebih lanjut mengenai Takaful Pru BSN dan juga yg nak jadi kualiti wakil/ejen bagi Pru BSN TAkaful Berhad dan Prudential Assurance Malaysia Berhad, boleh hubungi saya di :

ibrahim hasan Wakil bagi area KL/Selangor/KB/JB/Kuantan/Seberangjaya
ibrahimhasan@prupartner.com.my
www.prubsn.com.my
013 3657276
Jangan nak buat appoinment dgn saya ... sebab tugas utama saya adalah memberi penerangan dan kalau untuk meminta anda menyertai plan ( sain untuk produk ) priority yg ke 10...

QUOTE(milanista @ Apr 30 2007, 12:58 AM) <{POST_SNAPBACK}>
menarik gak topic ni
xder buat opening for new agents ker?


#34 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 21 May 2007 - 12:35 PM

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/M...cle/indexm_html

QUOTE
BUKIT MERTAJAM: Seorang ibu tunggal, Norma Ismail, 52, terkejut kelmarin apabila menerima wang perlindungan insurans berjumlah RM28,860 dari Takaful Nasional Sdn Bhd (TN) selepas kematian suaminya.


Ini kerana Norma langsung tidak menyedari suaminya, Wan Omar Wan Mohd Maayudin, 54, yang meninggal dunia pada 14 November tahun lalu menyertai pelan berkenaan untuk meringankan bebanan keluarga selepas ketiadaannya.

Norma hanya mengetahui arwah suaminya menyertai insurans takaful keluarga selepas Pengurus Agensi TN, Husni Hashim, memintanya mengemukakan laporan perubatan Wan Omar.

Katanya, laporan perubatan itu mengesahkan arwah suaminya menghidap penyakit paru-paru selepas menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Balik Pulau.

“Saya terharu arwah suami menyertai pelan insurans takaful semata-semata untuk meringankan bebanan keluarga selepas kematiannya tanpa diketahui keluarga,” katanya selepas menerima cek tuntutan takaful keluarga daripada Husni di Bandar Perda di sini, semalam.

Pada majlis itu, Husni turut menyampaikan cek tuntutan sama RM19,829 kepada Zahid Che Mee, 40, mewakili adiknya, Zuraida Che Mee, 38, yang meninggal dunia akibat penyakit jantung tahun lalu.

Norma berkata, wang yang diterima itu akan digunakan bagi membiayai pendidikan dua anaknya, Wan Muhamad Wafi, 10, yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau dan Wan Syafidatul Ima, 20, di Institut Teknikal Malaysia-Jepun, di Bukit Minyak.


#35 wan_imran

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 4 posts
  • Kepakaran:Windows,Networking,It
  • Freelance:Ya

Posted 29 May 2007 - 07:26 AM

apa pendapat ttg insurans MAA??

boleh share skit2...
biggrin.gif biggrin.gif

#36 ptit

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 805 posts
  • Gender:Male
  • Location:Shah Alam
  • Interests:?
  • Freelance:Tidak

Posted 29 May 2007 - 11:12 AM

ING ok ke...dalam diam parents aku masukkan aku dlm ING...bulan bulan dia yg bayar....aku pun tak tau apa..alih alih ada insuran hayat....semua adik beradik ku ada.....tp aku nak masuk insurance lain...apa yg recommended heh...klu bleh nak yg ada support medical for maternity...senang untuk bakal isteriku nnt...

mnajem,
ko dah dpt ke medical card....terangkan sket..benefit takaful-prudential.

#37 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 30 May 2007 - 08:41 AM

ptit, dokumen sampai kat kampung,aku kat penang lagi,tak sempat check.
tunggu ibm62 reply lagi bagus,dia orang dalam biggrin.gif

Edited by mnajem, 30 May 2007 - 08:42 AM.


#38 ibm632

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 168 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Tidak

Posted 03 June 2007 - 10:35 AM

QUOTE(ptit @ May 29 2007, 11:12 AM) <{POST_SNAPBACK}>
ING ok ke...dalam diam parents aku masukkan aku dlm ING...bulan bulan dia yg bayar....aku pun tak tau apa..alih alih ada insuran hayat....semua adik beradik ku ada.....tp aku nak masuk insurance lain...apa yg recommended heh...klu bleh nak yg ada support medical for maternity...senang untuk bakal isteriku nnt...

mnajem,
ko dah dpt ke medical card....terangkan sket..benefit takaful-prudential.



As'kum Ptit, mintak maaf byk sebab lambat reply... ok memang bagu ko dah ade ING tu... coverage dia pun boleh tahan .. medical dia lebih kurang prudential-takafull gak cuma dia tak boleh bagi elaun harian kalau masuk wad RM 400 sehari. Then kalau Prudential Takaful ni sesetengah sepital siap bagi diskaun 20% lagi.

Yang materniti untuk bakal orang rumah pun ader ... bukan setakat tu mintak tunang awak ambik sekarang then bila dah kawin nanti prudential akan bagi saguhati RM 1500... lepas kalau bersalin prudential akan bagi lagiRM 1500... pasal penyakit melibatkan maternity ni jgn ckp laa berpuluh ribu dia orang bagi pampasan.

Mnajem- saya turut bersimpati dgn Puan Norma Ismail atas kematian suami dia sbab sakit paru2, tapi kan lagi bagus kalau dia ambik insuran yg boleh tanggung medical untuk rawatan sakit dia tu. Saya tau semua tu takdir , tapi kita tak usaha sebab tak ader duit. Katalah kalau ader orang nak bayar bill prubatan sudah tentu kita akan faedah itu.

Ptit .... kalau nak tau lebih lanjut better contact aku direct 0133657276(ibrahim)

#39 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 03 June 2007 - 10:42 AM

QUOTE(ibm632 @ Jun 3 2007, 10:35 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Yang materniti untuk bakal orang rumah pun ader ... bukan setakat tu mintak tunang awak ambik sekarang then bila dah kawin nanti prudential akan bagi saguhati RM 1500... lepas kalau bersalin prudential akan bagi lagiRM 1500... pasal penyakit melibatkan maternity ni jgn ckp laa berpuluh ribu dia orang bagi pampasan.



aiii yang pempuan je kehh yang laki takkan takde duit dah abis kasi hantarannn,perempuan dapat hantaran+prudential kasik lagik.


woooo

#40 ibm632

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 168 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Tidak

Posted 03 June 2007 - 10:59 AM

QUOTE(mnajem @ Jun 3 2007, 10:42 AM) <{POST_SNAPBACK}>
aiii yang pempuan je kehh yang laki takkan takde duit dah abis kasi hantarannn,perempuan dapat hantaran+prudential kasik lagik.


woooo


Tah laaa.... prudential ni tak adil lah ... pilih bulu ajer... so Mnajem dah baca dah polisi ...

Saya minggu lepas 2 cliem masuk wad.... then minggu lepas ajer saya serak 3 cek pada client RM 2100 , RM 900 dan Rm 600..

semua baby yg masuk wad.

#41 wan_imran

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 4 posts
  • Kepakaran:Windows,Networking,It
  • Freelance:Ya

Posted 15 June 2007 - 08:37 PM

Salam.
pada member2 sana,apa kata sy advice amik MAA insurans.stakat nie product dia mmg bagus.example mcm
Medical Card n Personal Accident.

untk rider2 yg naik moto tu,
cuba renung balik
sum insured 50K,
annually hanya rm 206.
faedah2 mmg interested.

bagi mereka2 yg benar2 berminat
hubungi
-wan-
0176563473

#42 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 15 June 2007 - 08:39 PM

ai register terus promote industri hang.
introduce la dulu background.

#43 dolphin

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 594 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuala Lumpur
  • Kepakaran:tgk, baca dan garu kepala
  • Freelance:Ya

Posted 15 June 2007 - 09:23 PM

insurans ?
saya skrg ada 3 insurans
tak tau la bagus ke tak
1. takaful nasional rm 59 sebulan
2. MCIS rm 50 sebulan
3. Insuran Kelompok angkatan tentera malaysia tak ingat berape
unsure.gif

Edited by dolphin, 15 June 2007 - 09:25 PM.


#44 Golok

    Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 144 posts
  • Kepakaran:Drift
  • Freelance:Ya

Posted 16 June 2007 - 11:54 PM

next month bercadang nak beli insurans, ada member iklan hong leong insurans.
Sapa-sapa ada tau sedikit sebanyak tentang hong leong insurans kasi review sikit..

Agen2 insurans kat sini bolehlah iklan product korang kat aku..

#45 wan_imran

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 4 posts
  • Kepakaran:Windows,Networking,It
  • Freelance:Ya

Posted 17 June 2007 - 12:05 PM

Assalamualaikum...
firstly,sy minta maaf atas sbb x introduce myself dlm forum nie
sy wan dr Klang Valley.
currently sy agent MAA insurans.
dlm MAA ada Medical Life Insurans,Personal Accident Insurans dan banyak lagi.

ada masa ble free discuss..
Contact
-wan-
0176563473

#46 ibm632

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 168 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Tidak

Posted 22 June 2007 - 10:56 AM

Takaful yg merangkumi semua yg kita perlukan iaitu :

1. Perlindungan
a. Khairat kematian biasa max RM 2,000,000
b. Pampasan penyakit Kritikal
c. Elaun Harian di Hospital RM 400 sehari
d. Khairat kematian kemalangan RM 2,000,000
e. Pengecualian ( freee taka payah bayar lagi)
f. Dan banyak lagi ....

2. Medical Card
Apa saja penyakit .... Jumlah Perlindungan dlm setiap kad ialah
yang paling rendah ialah RM 150,000 dan paling tinggi RM 450,000

3. Saving.
Saving dia paling kalau dibanding dgn mana2 takaful buat masa
sekarang.

Kalau nak maklumat lebih samaada nak tahu pasal produk atau nak jadi wakil/ejen .. hubungi saya.

ibrahim

#47 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 22 June 2007 - 11:06 AM

ibrahim,kena ambik exam ejen lagi tak?
saya dulu masa buat takaful ikhlas ada ambik exam insurans
.. yang prudential ni kira takaful ke atau macam mana. sebab konsep medical card ni nampak berbeza .

kalau buat part time macam mana prospek?

//respek gak jadi ejen full time ni i.e kena halau,marah etc tapi still maintain senyum hehe

#48 ibm632

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 168 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Tidak

Posted 22 June 2007 - 04:48 PM

Kena ambik 2 lagi exam Invesmenlink (CEILI) dan Takafulink.Tapi kalau nak jual Prulink (convensional ) just ambik CEILI ajer. Bermula dengan part time dulu pastu terus pecut lepas setahun.. terus fulltime.

QUOTE(mnajem @ Jun 22 2007, 11:06 AM) <{POST_SNAPBACK}>
ibrahim,kena ambik exam ejen lagi tak?
saya dulu masa buat takaful ikhlas ada ambik exam insurans
.. yang prudential ni kira takaful ke atau macam mana. sebab konsep medical card ni nampak berbeza .

kalau buat part time macam mana prospek?

//respek gak jadi ejen full time ni i.e kena halau,marah etc tapi still maintain senyum hehe


#49 wan_imran

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 4 posts
  • Kepakaran:Windows,Networking,It
  • Freelance:Ya

Posted 23 June 2007 - 10:37 AM

erm..kena amik exam CEILI

#50 ibm632

    Staf Sarjan

  • Ahli
  • 168 posts
  • Gender:Male
  • Freelance:Tidak

Posted 29 June 2007 - 01:28 AM

Client ada 200 orang.. purata yg admit menggunakan medical card 5 org sebulan dan purata elaun Harian dlm wad setiap orang dpt Rm 1000 hingga RM3000. Alhamdulillah dapat jugak aku tolong orang melayu dlm bab ni.





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users