Jump to content


- - - - -

Istiwa Matahari Di Kaabah


4 replies to this topic

#1 cyrus

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 615 posts
  • Gender:Female
  • Location:seghomban-kolumpo-baling
  • Freelance:Tidak

Posted 24 May 2007 - 06:07 PM

QUOTE
Istiwa Matahari Di Kaabah: Peluang Menyemak Arah Kiblat

FENOMENA ISTIWA UTAMA MATAHARI DI KAABAH:
Peluang Menyemak Arah Kiblat


Arah kiblat yang tepat boleh juga diperolehi apabila berlaku peristiwa 'istiwa utama matahari di Kaabah'. Istiwa utama (istiwa a'dzam) adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami istiwa utama dengan Kaabah dua kali dalam setahun. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Menurut hisab, peristiwa istiwa matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang.


Rajah 1 : Fenomena istiwa matahari di Kaabah

Ikutilah panduan berikut untuk menentukan arah kiblat dari tempat anda pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas:



Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak di semak arah kiblatnya.

<li>Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakannya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat di hujung tiang berkenaan.

<li>Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung dari sinaran matahari.


Rajah 2 : Penggunaan bayang menentukan arah kiblat

Tepat pada masanya pada 28 Mei jam 5.16 petang atau 16 Julai jam 5.28 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan, adalah bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah arah yang bertentangan. Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi- sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu.
(15 May 2007)


Sumber : http://imran.kusza.edu.my/miqat/index.php?link=30

Boleh la hari Isnin depan ni (28.05.2007) kita semak arah kiblat kita kat rumah atau pun opis kalau² terserong pula..

#2 Mr Gunn

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 640 posts
  • Location:Putrajaya
  • Kepakaran:membaca maklumat² it, eh itu hobi gua.
  • Freelance:Tidak

Posted 25 May 2007 - 08:32 AM

QUOTE
Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°.


Bang negeri mana yang dimaksudkan?

#3 root

    Kapten

  • Ahli Professional
  • 2,093 posts
  • Gender:Male
  • Location:Perantauan Jalur Lebar Tanpa Wayar.
  • Interests:Komputer dan membaca
  • Kepakaran:./configure && make && make install
  • Freelance:Tidak

Posted 28 May 2007 - 08:46 AM

Semua negeri/negara yang NAMPAK matahari pada waktu tersebut smile.gif

#4 aftersyok

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 430 posts
  • Gender:Male
  • Location:malaysia
  • Interests:web design, web programming, web security, graphic and multimedia, computer gaming, learning new things.
  • Kepakaran:Web Design, Web Based Application Dev, Graphic Design, PHP, Classic ASP, ColdFusion
  • Freelance:Ya

Posted 11 July 2009 - 05:39 PM

Tahun ni punya tarikh, bila yer???

#5 nixk

    Kapten

  • Ahli
  • 1,530 posts
  • Gender:Male
  • Location:belakang anda
  • Interests:p&c
  • Kepakaran:Bermadah helah dalam puisi cinta luka
  • Freelance:Tidak

Posted 13 July 2009 - 03:51 PM

QUOTE (aftersyok @ Jul 11 2009, 05:39 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Tahun ni punya tarikh, bila yer???



Arah kiblat boleh disemak Khamis ini (16 Julai 2009)
13/07/2009 2:51pm

TAWAU 13 Julai - Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.

- BERNAMA


- Khamis (16 Julai 2009)
- 5.28 petang





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users