Malam Nisfu Syaaban
#1
Posted 28 August 2007 - 10:25 AM
Hari ini 28 Ogos 2007 bersamaan 14 Syaaban 1428
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”
#2
Posted 28 August 2007 - 10:39 AM
Ulas Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Sila baca http://yapis.blogspot.com/2007/08/jauhid-b...fu-syaaban.html
Sekian Harap Maklum
#3
Posted 28 August 2007 - 10:47 AM
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia) formerly KUSZA
Baca dengan lanjut
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesda...230451/Article/
Edited by ptit, 28 August 2007 - 10:49 AM.
#4
Posted 28 August 2007 - 11:09 AM
Thanks for the info.
Malam2 aku bukak radio IKIM,rata2 ramai pemanggil radio IKIM mmg mengamalkan 'berhimpun' di masjid pada malam Nisfu Syaaban dan mengadakan bacaan Yasin etc. Lepas solat Isya semalam di masjid,aku terus balik pasal nak makan,tapi tengok masjid ada mengadakan majlis.
hmm....
#5
Posted 28 August 2007 - 11:12 AM
#6
Posted 28 August 2007 - 12:06 PM
Ada yang nakal sket: Malam Nafsu Sya'ban...
#7
Posted 01 September 2007 - 08:03 PM
#8
Posted 03 September 2007 - 01:17 PM
very interesting remark... plz specify which part of 'belakang tu' of yaasin. thnx.
#9
Posted 03 September 2007 - 02:29 PM
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia) formerly KUSZA
Macamana nih..?
awal2 kata ada hadis sahih, lepas tu takde pulak..
kes permainan telefon rosak lagi lah nih..?
network unsecured..? packet loss..? data corrupted..? unauthorized..? hacked..? ssl abuse..?
#10
Posted 03 September 2007 - 05:35 PM
harga dia lebih kurang RM 2.50 boleh dibeli mana2 kedai buku...
#11
Posted 03 September 2007 - 07:01 PM
bleh sertakan info dari rujukan mana yg ko quote pasal hadis sahih nisfu syaaban tuu..
so, next time bleh double check / hati2 bila refer kat rujukan yg sama tuu..
#12
Posted 03 September 2007 - 10:18 PM
biasa kalu baca Yasin dia pakai Quran yg kecik tu.... dlm tu ade doa tahlil, dan juga doa Nisfu Syaaban...
cuba tengok balik...klu korang xde yg tu jgn bimbang, kat masjid ade banyak
#13
Posted 07 September 2007 - 12:26 PM
Amalan imam shafie ke?
Benda baik kadang tak salah nak buat cuma jangan angap wajib dah la..
Sampai paksa orang buat pulak..
Tapi sesunguhnya bulan rejab syaban ramadan nih antara bulan-bulan yang mulia..
kenapa 15 nisfu kena gali lagi la.. tentu ada susur galur kenapa dan mengapa amalan nisfu sya'ban jadi amalan biasa dalam islam malaysia..
Ada banyak pendapat dan aliran
so hati-hati dalam menilai dan jangan mudah mengambil hukum dan menghukum orang...
dan jangan sesekali bertelagah..
Wallahualam.
biasa kalu baca Yasin dia pakai Quran yg kecik tu.... dlm tu ade doa tahlil, dan juga doa Nisfu Syaaban...
cuba tengok balik...klu korang xde yg tu jgn bimbang, kat masjid ade banyak
Tak semua ada la..
selected je ada..
Edited by obelicks, 07 September 2007 - 12:33 PM.
1 user(s) are reading this topic
0 members, 1 guests, 0 anonymous users











