Jump to content


- - - - -

Membina Hotspot Sendiri Cara Mudah


35 replies to this topic

#1 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 31 January 2008 - 09:55 AM

Tujuan
Untuk menghadkan access wifi kepada orang tertentu sahaja dan juga untuk monitoring. Boleh jugak digunakan untuk jadi sistem hotspot seperti di kedai mamak atau starbucks. Dan juga boleh digunakan untuk buat bisnes sampingan untuk sesiapa yang duduk di flet/aprtment/codo


Bahan-bahan

1.PC Intel purba dengan 2 Network card ( aku guna DLINK ) dan ada floppy drive atau usb thumbdrive
2.Linksys WRT54G ver 5 ( apa-apa jenis AP pun boleh )
3.Streamyx router modem
4.Monowall Live CD
5.Floppy A / Thumbdrive untuk simpan configuration

Resipi
1.Download ISO image monowall dari website monowall. ( http://m0n0.ch/wall/download.php?file=cdrom-1.233.iso )

2.Write image file tersebut ke dalam CD kosong. Boleh guna apa-apa jenis ISO recorder. Aku suka guna yang free aja.( http://isorecorder.alexfeinman.com/IsoReco...cordersetup.msi )

3. Ok sekarang Live CD dah ada. Setup PC intel purba untuk boot dari CDROM. Dan make sure floppy A atau thumbdrive telah dimasukkan ke dalam PC.

4.Akan keluar menu 1 sampai 6. Sebelum menu keluar, Monowall akan detect 2 network card. RL0 dan RL1. Dalam kes ini RL0 adalah WAN dan cucuk terus pergi modem streamyx. RL1 pulak adalah LAN dan cucuk ke mana-mana dahulu.

5. Pilih Option No 1. Dan pilih RL1 adalah LAN dan letaklah LAN IP. Contohnya 192.168.10.1 dan pilih subnet 255.255.255.0. Pilih NO untuk option VLAN dan kembali ke menu.

6. Pilih option untuk hidupkan DHCP dan set IP range untuk DHCP contohnya 192.168.10.10 - 192.168.10.254.

7.Ok, sekarang gunakan PC anda dan set ip 192.168.10.2 dan set gateway ke 192.168.10.1 dan ping ke 192.168.10.1. Jika dapat reply. Buka web browser dan letak alamat http://192.168.10.1 . Login : admin Password: mono.

8. Cari menu Interface dan pilih WAN. Letak IP untuk WAN, contohnya 192.168.1.2 dan letak gateway modem streamyx dan juga DNS. Biasanya 192.168.1.1 dan DNS 202.188.1.5

9. Sepatutnya anda sekarang dah boleh surf internet. Jika boleh surf internet, pilih menu captive portal dan pilih option "enable". Pilih option "local user" dan di menu yang sama "add new user"...letaklaa username dan password kesukaan anda.

10. Scroll ke bawah dan akan ada option untuk upload login dan error file. Untuk login, copy and paste contoh yang diberi ke dalam fail bernama login.txt dan upload. Buat perkara yang sama untuk error.

11. Tutup browser dan cuba surf kembali. Anda akan dihidangkan dengan pertanyaan login/password form. Jika step ini berjaya dilakukan. Sila teruskan ke step berikut.

12. Gunakan PC anda untuk setkan Linksys AP anda tidak relay DHCP. Gunakan static IP untuk linksys contohnay 192.168.10.3 dan letak gateway ke 192.168.10.1..dns boleh guna streamyx biasa. Enablekan wireless tanpa dengan security disabled.Ubahlaa SSID ke "Hotspot sila call 014-xxxxxxxxxx"

13.Gunakan laptop dan cuba connect ke ssid "HOTSPOT sila call 014-xxxxxx". Sepatutnya anda akan dihidangkan dengan pertanyaan login/password.

14.Jika berjaya, anda telah berjaya membina hotspot sendiri dan dah bolehs tart berniaga. Charge 1 orang RM5 ker untuk 1 hari browsing, atau RM30 1 bulan browsing.....kalau dapat 10 orang kan dah RM300...100 orang buta buta dapat 3K dengan modal tak sampai rm500. Nak lagi advance belilaa linksys range extender, multiple AP ker....data simpan dalam thumbdrive 2GB atau nak lebih advance radius server.


Pertanyaan lanjut sila utarakan ke topik ini atau call 014-6412911 ( bazet )

#2 n.a.z.a

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 626 posts
  • Gender:Male
  • Location:Seri Kembangan
  • Interests:Business Solution, Health Safety & Environment
  • Kepakaran:Web Development, System Integration, Software Development
  • Freelance:Ya

Posted 31 January 2008 - 10:06 AM

QUOTE (azril-nazli @ Jan 31 2008, 09:55 AM) <{POST_SNAPBACK}>
1.PC Intel purba dengan 2 Network card ( aku guna DLINK ) dan ada floppy drive atau usb thumbdrive


haha lawak2.. jangan ada sesapa g contact Intel.com bertanyakan processor codename purba sudah....

hmmm intresting topic... kalau dok kat apartment best la offer mende mcm ni.. tongue.gif

#3 slaughters

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 938 posts
  • Gender:Male
  • Location:Padang Batu
  • Kepakaran:BIND DNS
  • Freelance:Ya

Posted 31 January 2008 - 10:23 AM

QUOTE (azril-nazli @ Jan 31 2008, 09:55 AM) <{POST_SNAPBACK}>
14.Jika berjaya, anda telah berjaya membina hotspot sendiri dan dah bolehs tart berniaga. Charge 1 orang RM5 ker untuk 1 hari browsing, atau RM30 1 bulan browsing.....kalau dapat 10 orang kan dah RM300...100 orang buta buta dapat 3K dengan modal tak sampai rm500. Nak lagi advance belilaa linksys range extender, multiple AP ker....data simpan dalam thumbdrive 2GB atau nak lebih advance radius server.


10 orang aku percaya la... kalau 100 orang tu, aku rasa mustahil. dengan bajet Rm500 nak handle 100 orang concurrent.. Hehehe.. mesti bottleneck nanti.. plus line streamyx takkan nak pakai 1mb punye..

mesti la ade load balance etc etc.. hahahahaha..

kalau betul nak buat bisnes, and dah kompem user sampai 100, better prepare banyak AP + lease line internet connection..

aku pun ingat nak buat camnie, tapi bajet tak cukup lagi. plus kastemer plak belum tentu ade. Hahaha..

anyway, tak salah nak cube.

#4 pachat

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 700 posts
  • Gender:Male
  • Location:Melawati
  • Kepakaran:security, OpenBSD
  • Freelance:Ya

Posted 31 January 2008 - 10:35 AM

QUOTE (slaughters @ Jan 31 2008, 10:23 AM) <{POST_SNAPBACK}>
10 orang aku percaya la... kalau 100 orang tu, aku rasa mustahil. dengan bajet Rm500 nak handle 100 orang concurrent.. Hehehe.. mesti bottleneck nanti.. plus line streamyx takkan nak pakai 1mb punye..

mesti la ade load balance etc etc.. hahahahaha..

kalau betul nak buat bisnes, and dah kompem user sampai 100, better prepare banyak AP + lease line internet connection..

aku pun ingat nak buat camnie, tapi bajet tak cukup lagi. plus kastemer plak belum tentu ade. Hahaha..

anyway, tak salah nak cube.


di university tempat saya bekerja ada disediakan perkhidmatan free wifi. Tentu ada yg bertanya di mana mana nak cari keuntungan kalau dah free?

Jawapan nya melalui advertisement. Wifi area hanya dihadkan di satu kawasan tertentu, bukan di keseluruhan university. Cara ini akan membuatkan student akan bertumpu di satu kawasan sahaja (wifi spot), dan secara automatic akan create crowd.Apabila crowd dah ramai (benda free mesti ramai punya) boleh offer kepada mana-mana syarikat utk letak ads mereka di dinding-dinding.

Jangan tak percaya, setiap ad dikenakan charge RM500. Sekarang ada lebih kurang 10 ads. Kos bulanan hanyalah beberapa ratus sahaja. Collection daripada perkhidmatan ini dijadikan dana utk aktiviti student.

#5 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 31 January 2008 - 10:43 AM

Nih konsep untuk jenis pasang siap pastu cabut lari he heh...pc tak perlu ada hdd pun just thumbdrive aja....

Kalau 100 orang...kenalaa guna PFsense atau hardware based router.
- management boleh guna COOVA ( http://www.coova.org ) atau ChilliSpot ( keywork in google )
- database guna free radius

Database radius nih sewa satu cop-location server....so letaklaaa berapa banyak wifi spot pun..authentication tetap dari single source.


pstttt..ada sorang mekanik area damansara bisnes nih kat apartment dia dan dapat 130 users..rm30 per users...cara dia guna MAC address authetication aja...pastu tarik cable wired pi AP ke setiap apartment ( kalau aku dah lama carik mesh solution )

#6 mojacoz

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 617 posts
  • Gender:Male
  • Location:here...there...everywhere.....
  • Interests:tido, tido &amp; tido lagi
  • Kepakaran:Menanam pokok≤ dan tido di dlm bilik server
  • Freelance:Ya

Posted 04 February 2008 - 06:19 PM

aku dpt sampai no 6 je. nak masuk no 7 sangkut....ntah apesal ntah, tetiba LAN aku takleh connect plak dry.gif puas la aku tukar NIC suma≤, tak gak connect≤. apesal arrr?

#7 mEoWsMArt^

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,005 posts
  • Gender:Male
  • Location:MY
  • Interests:Cari Duit!!
  • Freelance:Tidak

Posted 05 February 2008 - 10:56 AM

Terlanjur ada topik Hotspot ni, aku nak tanya sket kalo kat KL, kat mana biasa korang beli antenna WiFi external? Kedai mana yang harganya ok? Aku tgh cari high gain Omni ni...

#8 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 05 February 2008 - 05:03 PM

pfsense jumpa tak rl1 dan rl0 ?

#9 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 05 February 2008 - 05:10 PM

QUOTE (mojacoz @ Feb 4 2008, 06:19 PM) <{POST_SNAPBACK}>
aku dpt sampai no 6 je. nak masuk no 7 sangkut....ntah apesal ntah, tetiba LAN aku takleh connect plak dry.gif puas la aku tukar NIC suma≤, tak gak connect≤. apesal arrr?



RM1k++ ( kawan aku beli ) tapi source tak tau kat mana..jgn ko pi loyat tanya udah..sure takder.

Omni nih boleh attack ke AP biasa ker ?

#10 mojacoz

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 617 posts
  • Gender:Male
  • Location:here...there...everywhere.....
  • Interests:tido, tido &amp; tido lagi
  • Kepakaran:Menanam pokok≤ dan tido di dlm bilik server
  • Freelance:Ya

Posted 05 February 2008 - 05:26 PM

QUOTE (azril-nazli @ Feb 5 2008, 05:03 PM) <{POST_SNAPBACK}>
pfsense jumpa tak rl1 dan rl0 ?

dua≤ jumpa. aku dah siap setkan IP utk LAN dah, kira≤ nya kalau ikut manual dah bley connect ke box la senang citer. tekanan betul biggrin.gif

#11 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 05 February 2008 - 05:55 PM

QUOTE (mojacoz @ Feb 5 2008, 05:26 PM) <{POST_SNAPBACK}>
dua≤ jumpa. aku dah siap setkan IP utk LAN dah, kira≤ nya kalau ikut manual dah bley connect ke box la senang citer. tekanan betul biggrin.gif



loh..so apa masalahnya ?


Skrg aku tgh develop sistem pakai linux

Kena buat custom PHP script untuk control bandwidth user..jatakan Ahmad guna 11g..tappi allwed 10gb aja..dia akan auto disconnect

#12 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 16 February 2008 - 02:26 AM

projek ini ditukar menggunakan Linux FC8,FreeRadius,MySQL,PHP5,Apache,DD-WRT


sila rujuk url di bawah untuk update terkini
http://mamakspot.blogspot.com

#13 pachat

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 700 posts
  • Gender:Male
  • Location:Melawati
  • Kepakaran:security, OpenBSD
  • Freelance:Ya

Posted 16 February 2008 - 09:01 AM

QUOTE (mEoWsMArt^ @ Feb 5 2008, 10:56 AM) <{POST_SNAPBACK}>
Terlanjur ada topik Hotspot ni, aku nak tanya sket kalo kat KL, kat mana biasa korang beli antenna WiFi external? Kedai mana yang harganya ok? Aku tgh cari high gain Omni ni...



ada kat low yat, ada satu kedai je, apa nama kedai aku pun tak ingat..
dan rasanya kat imbi pun ada , pun satu kedai jugak..

#14 matdin97

    Leftenan

  • Pengendali
  • 1,100 posts
  • Location:24300 Kerteh
  • Interests:Naik Basikal Racing
  • Kepakaran:Cyber Cafe Setup
  • Freelance:Ya

Posted 16 February 2008 - 05:19 PM

QUOTE (azril-nazli @ Feb 16 2008, 02:26 AM) <{POST_SNAPBACK}>
projek ini ditukar menggunakan Linux FC8,FreeRadius,MySQL,PHP5,Apache,DD-WRT


sila rujuk url di bawah untuk update terkini
http://mamakspot.blogspot.com


brapa harga software ni?


#15 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 16 February 2008 - 08:56 PM

QUOTE (matdin97 @ Feb 16 2008, 05:19 PM) <{POST_SNAPBACK}>
brapa harga software ni?


bro..masih on development lagi..nak jual kat ISP terus smile.gif
benda nih hobby aja.....

tgh nak siapkan kupon sistem ( kat kaunter user beli 3 jam airtime dan operator terus tekan generate kupon siap ngan user name & passwd..abis aja 3 jam terus tendang keluar )



#16 skyjuice

    Kadet

  • Ahli
  • 7 posts
  • Kepakaran:Web Design
  • Freelance:Ya

Posted 19 February 2008 - 02:59 PM

bro ada tutorial Gambar dak? senang skit nak follow smile.gif

#17 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 19 February 2008 - 08:45 PM

QUOTE (skyjuice @ Feb 19 2008, 02:59 PM) <{POST_SNAPBACK}>
bro ada tutorial Gambar dak? senang skit nak follow smile.gif


rasanya text based untuk pfsense kat atas tuh dah mencukupi....jgn risau memang senang..syaratnya ada pc yg telah tersedia 2 network card untuk dikorbankan

#18 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 21 February 2008 - 01:17 AM

update...bagaimana nak extend wireless cloud hanya guna AP

Percubaan mengambil masa juga sebab asyik tersalah baca MAC address.

Resipi
AP1 wired terus ke source internet
AP2 wirelessly connect ke AP1 ( tanpa wayar )

Berita bergambar
http://mamakspot.blogspot.com/2008/02/wire...ion-system.html

Result quality
http://mamakspot.blogspot.com/2008/02/wds-result-page.html


Kelebihan WDS ?
Boleh extend wireless cloud tanpa pening kepala nak fikir cabling. Source DHCP pula dikawal oleh server Linux.

Setakat ini saya guna model AP yang sama dan firmware yang sama.


#19 mEoWsMArt^

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,005 posts
  • Gender:Male
  • Location:MY
  • Interests:Cari Duit!!
  • Freelance:Tidak

Posted 21 February 2008 - 09:46 AM

Bro, aku tertarik dgn idea ko utk power up AP tu guna solar. Aku tgh buat eksperimen gak ni guna external omni, tapi utk power ingat nak guna PoE. Btw, outdoor enclosure buat sendiri ke beli eh? Kalo buat sendiri buat la lebih utk aku...heheheh laugh.gif

#20 slaughters

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 938 posts
  • Gender:Male
  • Location:Padang Batu
  • Kepakaran:BIND DNS
  • Freelance:Ya

Posted 21 February 2008 - 01:50 PM

hermm...

tak tau nak kata ape..

mende ni tak run lagi rupanya..

#21 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 21 February 2008 - 03:51 PM

QUOTE (azril-nazli @ Feb 21 2008, 01:17 AM) <{POST_SNAPBACK}>
update...bagaimana nak extend wireless cloud hanya guna AP

Percubaan mengambil masa juga sebab asyik tersalah baca MAC address.

Resipi
AP1 wired terus ke source internet
AP2 wirelessly connect ke AP1 ( tanpa wayar )

Berita bergambar
http://mamakspot.blogspot.com/2008/02/wire...ion-system.html

Result quality
http://mamakspot.blogspot.com/2008/02/wds-result-page.html


Kelebihan WDS ?
Boleh extend wireless cloud tanpa pening kepala nak fikir cabling. Source DHCP pula dikawal oleh server Linux.

Setakat ini saya guna model AP yang sama dan firmware yang sama.



Idea aja, orang kata kos solar panel tuh boleh beli sebijik motor....sungguh tak kos effective.

Enclosure...aku ada buat site survey, samaada ko nak guna mini-box.com punya solution, atau uoah laa welder orang kampung ko buat customised box.

#22 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 21 February 2008 - 03:52 PM

QUOTE (slaughters @ Feb 21 2008, 01:50 PM) <{POST_SNAPBACK}>
hermm...

tak tau nak kata ape..

mende ni tak run lagi rupanya..



apa yg tak run ?

#23 mEoWsMArt^

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,005 posts
  • Gender:Male
  • Location:MY
  • Interests:Cari Duit!!
  • Freelance:Tidak

Posted 22 February 2008 - 12:35 PM

QUOTE (azril-nazli @ Feb 21 2008, 03:51 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Idea aja, orang kata kos solar panel tuh boleh beli sebijik motor....sungguh tak kos effective.

Enclosure...aku ada buat site survey, samaada ko nak guna mini-box.com punya solution, atau uoah laa welder orang kampung ko buat customised box.


Laa...aku baru perasan, kat mini-box pun ada enclosure outdoor AP gak rupanya, aku tak perasan selama ni. Hmm..tapi harga lebih kurang kat sini gak.

Haa...tu laa, aku lebih berminat dgn homebrew punya enclosure. Ada yang guna bakul sampah opis, hehe kreatif sungguh!.

Ni antara homebrew enclosure yg menarik utk dikongsi bersama...

Rugged Enclosure

#24 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 23 February 2008 - 09:10 AM

QUOTE (mEoWsMArt^ @ Feb 22 2008, 12:35 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Laa...aku baru perasan, kat mini-box pun ada enclosure outdoor AP gak rupanya, aku tak perasan selama ni. Hmm..tapi harga lebih kurang kat sini gak.

Haa...tu laa, aku lebih berminat dgn homebrew punya enclosure. Ada yang guna bakul sampah opis, hehe kreatif sungguh!.

Ni antara homebrew enclosure yg menarik utk dikongsi bersama...

Rugged Enclosure





Cable yg extend dari antenna Linksys tuh dia panggil apa ?

#25 therion

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,978 posts
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 23 February 2008 - 06:58 PM

QUOTE (azril-nazli @ Feb 23 2008, 09:10 AM) <{POST_SNAPBACK}>


Cable yg extend dari antenna Linksys tuh dia panggil apa ?

Macam cable RP-TNC/RP-SMA.

#26 kwaytiau

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 4 posts
  • Kepakaran:Software..Hardware..Networking
  • Freelance:Ya

Posted 03 March 2008 - 01:46 PM

aku pun berminat nak buat bende ni....

surf2 kat tenet ade jumpa ni...

ape beza bro punya dgn ni http://www.hotspotsystem.com/ ?

cheers!!

#27 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 03 March 2008 - 03:43 PM

QUOTE (kwaytiau @ Mar 3 2008, 01:46 PM) <{POST_SNAPBACK}>
aku pun berminat nak buat bende ni....

surf2 kat tenet ade jumpa ni...

ape beza bro punya dgn ni http://www.hotspotsystem.com/ ?

cheers!!


Konsep sama aja, cuma aku punya simpan dalam Radius server sendiri, ada captive portal sendiri...Hotspotsystem, guna cara hosted. User akan disimpan dalam database diorang kat server US. Login page pun query dari US. So kalau buatnta server diorang tutup ker, kena block ker....dah tak boleh guna


#28 kwaytiau

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 4 posts
  • Kepakaran:Software..Hardware..Networking
  • Freelance:Ya

Posted 06 March 2008 - 12:35 AM

QUOTE (azril-nazli @ Mar 3 2008, 03:43 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Konsep sama aja, cuma aku punya simpan dalam Radius server sendiri, ada captive portal sendiri...Hotspotsystem, guna cara hosted. User akan disimpan dalam database diorang kat server US. Login page pun query dari US. So kalau buatnta server diorang tutup ker, kena block ker....dah tak boleh guna


bro..ko ade lg ke linksys wifi roter ni...

kat mane boleh beli ek?

terima kasih.

#29 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 06 March 2008 - 10:02 PM

QUOTE (kwaytiau @ Mar 6 2008, 12:35 AM) <{POST_SNAPBACK}>
bro..ko ade lg ke linksys wifi roter ni...

kat mane boleh beli ek?

terima kasih.


kat loyat ada jual....linksys wrt54GL


#30 idx

    Kadet

  • Ahli
  • 39 posts
  • Gender:Male
  • Location:Bangi
  • Freelance:Ya

Posted 19 March 2008 - 05:11 PM

Ni ada cara yang lagi senang..pegi kat link nih : https://www.2hotspot.com/

QUOTE
2 hotspot software supports all wireless routers and access points.
Donít have an access point? You can start with just a wifi card!.


Edited by idx, 19 March 2008 - 05:13 PM.


#31 kwaytiau

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 4 posts
  • Kepakaran:Software..Hardware..Networking
  • Freelance:Ya

Posted 20 March 2008 - 09:50 AM

QUOTE (idx @ Mar 19 2008, 06:11 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Ni ada cara yang lagi senang..pegi kat link nih : <a href="https://www.2hotspot.com/" target="_blank">https://www.2hotspot.com/</a>


terima kasih bro..

info yg berguna..


#32 jimmi83

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 31 posts
  • Kepakaran:networking
  • Freelance:Ya

Posted 27 April 2008 - 12:46 AM

nak tanya la...adakah ID yang kita buat tu hanya boleh guna satu pc jer ker dalam satu masa...sorry la..aku ni bukan pengguna hotspot pun...cuma penngguna wired broadband jer...

#33 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 27 April 2008 - 09:22 PM

QUOTE (jimmi83 @ Apr 27 2008, 12:46 AM) <{POST_SNAPBACK}>
nak tanya la...adakah ID yang kita buat tu hanya boleh guna satu pc jer ker dalam satu masa...sorry la..aku ni bukan pengguna hotspot pun...cuma penngguna wired broadband jer...


Antamedia limited 100 user smile.gif
Coova AAA, terpakse guna database dan AA diorang kat server US
Hotspot2u pun sama, kena guna database diorang..maksudnya setiap user yg ko auth akan pergi ke radius server dia kat us sana baru laa dia boleh surf

Mamakspot ? Semua all in one, databae,aaa,controller semua dalam 1 box....

sapa mau source code ? aku sudah release.....sebab skrg nak upgrade pakai cakephp framework...


Source code versi 0.1 telah dibebaskan. Code hanya untuk educational purposes

Code menggunakan PHP 4/5
Database guna MySQL

Code akan berinteraksi dengan binary Coova Chilli dan juga MySQL, tapi setakat nak install dan tengok macam mana nak interact dengan Radius, install dalam wAMP pun boleh

Disertakan juga
- hotspot-0.1.tar.gz
- uam.tar.gz ( nih file UAM, Coova Chilli yg guna, letak dalam web root cth http://10.0.0.1/uam )
- mamakspot-linux-scripts.tar.gz ( contoh script configuration untuk radius,iptables firewall,coova config )


download kat http://mamakspot.blogspot.com


OK enjoy

#34 shasrie

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 2 posts
  • Freelance:Tidak

Posted 06 September 2008 - 03:53 AM

pergh bazet..aku tabik ngan ko...mmg passionate...
sebenarnyer aku mmg dah berkenan lama dah..sejak ko suh test kat PMC aritu..
nnt lah aku nak suh ko siapkan sistem neh utk aku..

#35 budu

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 712 posts
  • Kepakaran:Cari tapak tanah.....
  • Freelance:Tidak

Posted 06 September 2008 - 08:53 AM

saya baru guna ubuntu 7.10 mcm mn nak buat ???

#36 azril-nazli

    Staf Sarjan

  • Ahli Biasa
  • 157 posts
  • Kepakaran:squid linux php webhosting plesk iptables LAMP
  • Freelance:Ya

Posted 04 November 2008 - 09:52 AM

version 2 mamakspot in progress.......

admin boleh generate prepaid..

contoh ada kat http://mamakspot.blogspot.com






1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users