Jump to content


- - - - -

Hafiz Quran


15 replies to this topic

#1 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 27 July 2008 - 11:34 PM

Assallamualaikum,
Next school semester insyaallah saya akan enroll anak2 saya ke sekolah Arab yang ada tahfiz program . Its not an easy decision tapi after a year of fact finding, soul searching saya rasa ia adalah the best gift yang boleh saya berikan kepada anak2 saya smile.gif
Cuma masalah sekarang saya takde pengalaman rakan atau saudara terdekat yang hafiz so harap rakan2 ittutor kalau boleh cerita sedikit teknik2 , pantang2 orang hafiz Quran ni.

Semalam saya sembang dengan anak saudara yang buat matriks Medic di UIA , katanya ramai juga kawan2 kelas matriks dia yang memang hafiz . Kata dia advantage kawan2 dia yang hafiz ni -- terang hati. 1st mungkin sebab berkat amalan/hafalan bacaan Quran dan satu lagi golongan hafiz ni diaorang dah master the art of memorizing -- dia cakap kawan2 dia ni kalau baca Quran boleh bayangkan ayat2 quran tu depan mata dan untuk student medic yang perlu kerja2 menghafal sangat mudah ada antara rakan2 dia yang can answer 1.5hrs exam questions in 40 minutes and get 100%!

Dan balik Malaysia recently, alhamdulillah saya tengok makin banyak sekolah tahfiz dibuka kat Malaysia sekarang ni .. even Amy Search pun nak buka satu very soon. Orang KL pun sekarang dah jadi trend hantar anak2 ke sekolah2 agama despite cerita2 masalah2 remaja yang makin berleluasa.
Its a tipping point -- insyaallah kalau Allah izinkan akan jadi spread jadi epidemic at national level. Who knows wink.gif


#2 mnajem

    Kolonel

  • Ahli Professional
  • 4,570 posts
  • Gender:Male
  • Kepakaran:Linux
  • Freelance:Ya

Posted 28 July 2008 - 08:39 AM

cakap pasal amy search dia masih aktif ke?

di kampung saya ada ma'had tahfiz lil banaat. baru ni ada masuk dokumentari kot.
setau saya yang ramai hantar situ orang luar,bukan orang kampung.. sebab tak sure la kurikulum di macam mana... adakah akan sacrifice pendidikan KBSR/M .. atau spend 1-2 years situ then baru masuk sekolah biasa.

#3 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 28 July 2008 - 09:22 AM

mmmm.. Alhamdulillah... makin banyak makin bagus... memang sekarang ni sekolah atau pusat tahfiz dah banyak dibuka... atas rasa kesedaran aku pun terlibat jugak dgn sebuah pusat tahfiz kat kg. aku... Pubimas al-Amin... hehehe... mana tau kot satu hari nanti jadi 'ustaz' pulak... amiiin... (rockers macam amy, akil, radzi dan lain-lain pun dah masuk bidang agama dah...)

Kursus kat sini ada 2 kategori utama :

1) Tahfiz Sepenuh Masa (full mengaji/hafaz Quran)
2) Tahfiz Akademik (mengaji/hafaz dan akademik akan dihantar ke Sekolah Rendah/Menengah) jadi UPSR/PMR/SPM semuanya adalah bawah Kementerian Pendidikan.

kat sini tiap kali hujung tahun (cuti sekolah) meriah sebab diadakan kem tahfiz/fardu ain selama sebulan.. sejak tahun 2005 lagi... memang best sebab peserta dari seluruh Malaysia berhimpun.. dan yang paling best hari terakhir... sayu... sadis.. mmmmm....

p/s: tengah tunggu Ammar 5 tahun... Kakak˛nya dah join.. wink.gif

#4 nixk

    Kapten

  • Ahli
  • 1,530 posts
  • Gender:Male
  • Location:belakang anda
  • Interests:p&c
  • Kepakaran:Bermadah helah dalam puisi cinta luka
  • Freelance:Tidak

Posted 28 July 2008 - 09:32 AM

emm...rasa2nya nixk dah ada story pasal benda nih.nixk repost sekali lg.

QUOTE (nixk @ Jun 13 2007, 04:46 PM) <{POST_SNAPBACK}>
Biasanya pelajar tahfiz akan hafal ayat2 dahulu,kemudian sewaktu masuk kelas,diorang akan diajar subject tafsir.disitu diorang akan paham apa tafsiran ayat2 tersebut.normally pelajar tahfiz agak sudah mahir/paham bahasa arab.Sbb kalau faham al-quran ni,lagi mudah nak ingat sbb kebanyakan surah mmg mcm satu cerita spt surah Al-Kahfi dan Yusuf .

emm..
sebut pasal hafaz ni,nak bagi key mudah untuk mengingat hafalan al-quran.

-jgn hafal waktu kul 10 pg-6 ptg,sbb waktu tu panas,kalau hafaz pun mmg lambat masuk.

-waktu yang paling afdal adalah di awal pagi,selepas bgn waktu subuh.sbb masa tu dikira otak masih fresh,so mmg cepat giler masuk hafalan yg dihafal.normally student tahfiz akan hafal 1 mukasurat (bkn sehelai,tapi 1 page dpn) dlm masa sejam.So kalau start dari kul 5 pg-7pg,kemungkinan dpt 3 page atau kurang.Tapi ada jugak insan yg dikurniakan oleh Allah Taala,dia dpt hafal 1 mukasurat dlm masa 15 minit,then kalau dia hafal 1 jam,dah dpt 4 page.biasanya dia mmg jenis kuat ingatan tetapi kebanyakan lemah dlm math/logik.tapi tak semua cam tu.

-waktu kedua paling afdal adalah selepas solat maghrib hingga kul 11 mlm.mengapa kul 11 jer?sbb kebanyakan penghafaz akan masuk tido awal krn untuk bangun awal pagi untuk menghafal Al-Quran.tapi boleh jer hafal sampai awal pagi pun.hehe.

-pantang larang pun leh tahan.seperti tak boleh memakan kepala ikan,organ dalaman(hati,pedal,etc),kalau kat kelantan,budu.hehe.Tapi ada jer yang makan gak,benda tu bukan haram pun,cuma untuk lebih kuat ingatan bagi hafal Al-Quran,elakkan makan makanan tersebut.makanan seperti krismis dan makanan2 tambahan otak kekuatan otak amatlah dialu2kan.

- Minta pada Allah Taala semoga diberi kekuatan dalam mengingati hafalan.Ada solat khas untuk meminta dari Allah Taala ni.Bacaan surah dlm solat tu adalah surah Yasin,Addukhan,Almulk dan Assajadah.Kalau belum hafal surah2 tersebut,boleh dibuka surah tersebut dan baca ketika solat.kebanyakan student baru masuk mmg tidak habis hafal surah ni,so ustaz2 akan suruh buat juga solat tersebut sambil membaca surah2 tersebut dgn baca quran yg diletakkan di hadapan ketika solat tersebut

Tapi bila kita sudah habis hafal satu2 surah tersebut,hendaklah kita selalu tadarus(ulang2 baca) surah tersebut supaya tidak lupa,sbb surah AlQuran ni mmg terlalu senang nak lupa dari ingatan.

Daripada Abu Musa, daripada Nabi s.a.w , sabdanya : " Jagalah Al-Quran ! , demi Tuhan yang diriku berada di dalam kekuasaannya , sesungguhnya Al-Quran itu lebih cepat lari meninggalkan kita daripada seekor unta yang terlepas daripada tali penambatnya " ( Hadis diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya , Kitab Fadhoil Quran :: 4645 . Diriwayatkan juga yang seumpamanya oleh Imam Muslim, Imam At-Tirmidzie & Imam Ahmad )


source: http://www.ittutor.net/forums/index.php?sh...mp;#entry401758

#5 zombie_kun

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 202 posts
  • Gender:Male
  • Location:atas bumi yang bertuah
  • Kepakaran:merosak barang yang dah rosak
  • Freelance:Tidak

Posted 28 July 2008 - 11:13 AM

-Kubang Bujuk adalah salah satu tempat untuk menghantar anak anda menghafal ak-quran. keadaan kat sana tidak begitu mewah. Aku ada kawan yang baru habis belajar alim + hafiz, dia mengambil masa selama 8 tahun (hafiz 5 tahun + alim 3 tahun). Salah satu tempat yang dikatakan 'pure' untuk belajar hal agama.

-Tapi,jika anda mahu tempat yang lebih 'origin','pure', aku cadangkan di india @ pakistan. Disana (menurut member aku yang sedang belajar disana),kaedah pembelajaran mereka lebih lama (mengikut cara-cara pembelajaran orang dahulu). Disana, para pelajar akan belajar untuk membentuk sifat yang mulia tidak hanya 100% menghafal al quran. Menurut member aku,setiap cuti (jika Malaysia hari ahad), mereka akan bergotong royong membersihkan kawasan mereka. Mereka di ajar untuk mencuci tandas dan melakukan kerja-kerja yang dianggap kotor oleh sesetengah pihak. Cuba anda bayangkan, disana, tandas tidak seperti dimalaysia, mereka tidak menggunakan mangkuk tetapi baldi kayu yang diletakkan dibawah mangkuk tandas. apabila baldi itu penuh dengan najis, mereka akan mengankat baldi itu dan membuang najis itu di tempat lain. Baldi itu akan di basuh dan di letakkan semula di bawah tandas. pergh... cool.gif .

-Sebagai seorang bapa/ibu bagi anak yang hafiz/hafizah @ yang belum dan akan menjadi, perlu menjaga kelakuan. Masyarakat akan memandang dari setiap segi. Sepatutnya, seorang ayah perlu lebih dari anak, jika anak tahfiz, ayah dah ada tahfiz paling kurang setengah dari al quran dah ada dalam dada. Pengajaran dari kisah kuala selangor, anak belajar tahfiz, ayah seorang kaki dunia (faham2 je la), selang 2,3 tahun si anak habis belajar, perangainya lebih kurang sama macam si ayah (kaki dunia)..

-so bro rizal,jangan berlengah lagi untuk menghantar anak belajar agama keran itulah yang dituntut oleh agama. Rezeki juga akan bertambah sekiranya ada dikalangan keluarga kita seorang tahfiz.

fadhilatnya..
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."

http://zdeen.blogspot.com/2007/05/teknik2-...z-al-quran.html

#6 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 28 July 2008 - 07:21 PM

Terima kasih nixk,sniper,mnajem, zombie_kun.
Sebenarnya initially saya takde idea pun tentang program hafiz ni. Di Saudi -- agak mudah even kat masjid2 lepas solat saya selalu nampak budak2 berdiri depan imam buat hafazan so baru2 ni kebetulan ada rakan yang anaknya dah belajar di sebuah sekolah private yang ada program tahfiz ni saya cekalkan hati hantar anak ke sana. Tempat memang limited tapi alhamdulillah principal sekolah tu accept orang kita dari MY ni .. dia kata dia nak ilmu ni spread ke luar-- kalau orang Saudi dia kata memang dia dah reject.

Program kat Saudi ni pun boleh tahan canggih jugak -- untuk sekolah hafizah tu dia start dari kindergarden -- ada accelerated program habis dalam masa 4 tahun. So umur 10 tahun dah boleh jadi hafizah.

Cabaran saya hantar sekolah Arab ni memang besar sebab saya sendiri cakap Arab pun tak pandai -- sekolah ni fully Arabic alhamdulillah setakat ni niat baik ada je rakan yang membantu -- macam2 benda kena buat urusan mendaftar, test itu ini dan cikgu2 dia cakap English memang semua kantoi.. so ternganga2 juga saya dengan my limited Arabic vocabulary tu berkomunikasi dengan cikgu2 dia . Betul la tips zombie_kun tu parents pun kena improve juga amalan dan ilmu ni.. so Insyallah hantar anak sekolah tahfiz ni memaksa saya belajar juga.. insyaallah .

#7 CrashNburN

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 772 posts
  • Gender:Male
  • Location:Bdr Sri Damansara
  • Kepakaran:structural, BS 8110, BS 5950, UBBL.
  • Freelance:Tidak

Posted 28 July 2008 - 10:03 PM

InsyaAllah, berkat rezeki anak akan dapat pada ayah dan ibu yang bertungkus lumus berusaha menjayakan cita-cita untuk anaknya..

InsyaAllah, ada la tu rezekinya nanti.. dorongan dan galakan dari abang dan akak tu penting..

#8 efaisal

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 258 posts

Posted 29 July 2008 - 11:54 AM

الحمد لله saudara rizal

Saya seorang bapa yang ada 2 orang anak yang saya hantar ke sekolah aliran agama (kalau diizinkan Allah, tahun depan jadi 3). Saya sendiri sedang survey sekolah-sekolah tahfiz disekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Dengkil & kawasan yang sewaktu dengannya. Harapan saya bila umur anak lebih kurang dalam 10 tahun, bolehlah saya hantar mereka ke pengajian tahfiz (Sekolah agama anak saya hanya buat hafazan juzuk 30 dengan beberapa surah pilihan untuk pelajar darjah 1 - 3).

Semenjak saya hantar anak-anak mengaji di sekolah aliran agama, ada beberapa perkara yang saya belajar yang ingin saya kongsikan bersama.
  1. Pendidikan anak-anak berlaku disemua tempat - sekolah, rumah, depan tv, hatta di taman permainan sekalipun
  2. Pengaruh ibubapa lebih besar dari apa yang kita jangka. Anak belajar dengan ibubapa secara tidak sedar (indirect learning mechanism) - dari tabiat, tindak tanduk, percakapan ibubapa.
  3. Pencapaian akademik anak yang hebat tidak bawa apa-apa makna sekiranya akhlak anak tidak menonjol akhlak seorang mukmin.

Dari perbincangan saya dengan ramai orang, saya simpulkan ada beberapa perkara sebagai permulaan yang perlu dilakukan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak:
  1. Berusaha ke arah menanam akidah yang sahih ke dalam hati (atas kelemahan diri sendiri, saya dapati usaha ini sangat susah dan masih lagi berusaha. kalau tuan-tuan pun hadapi masalah sama, saya sarankan banyak bersabar dan terus berusaha)
  2. Menyemai akidah yang sahih ke dalam jiwa anak-anak.
  3. Menjaga solat 5 waktu dengan berjemaah di masjid/surau.
  4. Bentuk suasana keluarga muslim/mukmin di rumah
  5. Cari sekolah yang ada suasana yang sesuai dengan jiwa seorang muslim (sekolah tahfiz selalunya tidak banyak masalah)

Dari pemerhatian, saya dapati solat dapat membantu menyemai keyakinan tauhid, membentuk disiplin dan mencorakkan akhlak anak-anak. Satu lagi pemerhatian, saya dapati anak-anak lebih berminat dengan subject hafazan kalau ibubapa turut serta menghafal bersama mereka.

#9 Helmi 0mar

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 553 posts
  • Gender:Male
  • Location:shah alam
  • Interests:tgk tv
  • Kepakaran:ym
  • Freelance:Tidak

Posted 29 July 2008 - 01:13 PM

bro rizal,
apa plan bro lepas anak2 tu dah tamat hafiz..
hntr medic juga ke..?

teman tgh nak buat plan utk anak jantan sorang teman tuu.. asyik nak main je.. biggrin.gif

#10 indapura

    Korporal

  • Ahli
  • 62 posts
  • Kepakaran:oracle,solaris,linux,j2ee
  • Freelance:Ya

Posted 01 August 2008 - 09:47 AM

bro efaisal harapnya klu dpt tempatnya boleh kongsi info.....tgh servey gak ni sekitar bangi dan kajang....blom kutemu lg....

#11 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 06 August 2008 - 03:23 PM

QUOTE (Helmi 0mar @ Jul 29 2008, 01:13 PM) <{POST_SNAPBACK}>
bro rizal,
apa plan bro lepas anak2 tu dah tamat hafiz..
hntr medic juga ke..?

teman tgh nak buat plan utk anak jantan sorang teman tuu.. asyik nak main je.. biggrin.gif

Bro,
Plan tu jauh lagi smile.gif Cuma most parents bila cakap pasal tahfiz diaorang ingat saya nak jadikan anak2 saya ustaz.. Kalau jadi ustaz pun alhamdulillah but recently I found something else.

Dah baca buku Brain Rules http://www.brainrules.net/ written by a molecular biologist John Medina dia compile a list of findings about how brain works (all proven at least by few scientific journal) and adapt it to our study + work environment.
Rules #6 Remember to repeat.
http://www.brainrules.net/long-term-memory
QUOTE
BRAIN RULE RUNDOWN

Rule #6: Remember to repeat.


* It takes years to consolidate a memory. Not minutes, hours, or days but years. What you learn in first grade is not completely formed until your sophomore year in high school.
* Medina’s dream school is one that repeats what was learned, not at home, but during the school day, 90-120 minutes after the initial learning occurred. Our schools are currently designed so that most real learning has to occur at home.
* How do you remember better? Repeated exposure to information / in specifically timed intervals / provides the most powerful way to fix memory into the brain.
* Forgetting allows us to prioritize events. But if you want to remember, remember to repeat.


QUOTE
Medina’s dream school is one that repeats what was learned, not at home, but during the school day
-- where can we find this ?
So dapat berkat dari Allah + dapat sharpen your brain too .. insyaallah.

Anyway, the idea is as parents saya provide all the best tools and knowledge for them . Kerjaya tu biar dia yang decide smile.gif

#12 FaRiS

    Leftenan

  • Core
  • 1,046 posts
  • Gender:Male
  • Location:PrinceSuccess
  • Kepakaran:Upload dan Download Torrent
  • Freelance:Ya

Posted 07 August 2008 - 12:43 PM

QUOTE (zombie_kun @ Jul 28 2008, 11:13 AM) <{POST_SNAPBACK}>
fadhilatnya..
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."
[/url]</a>


10 Anggota keluarga tu, termasuk bapak mentua tak?
Kalau termasuk, aku nak book Uzair.

#13 therion

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,978 posts
  • Gender:Male
  • Location:Alor Setar
  • Freelance:Tidak

Posted 08 August 2008 - 06:14 AM

Alhamdulillah, bagus ni Rizal. Selain akhirat, dunia pun dapat faedah dia. Kalau tgk hafiz al-quran ni, diorang lebih disiplin, mudah ingat dan cepat belajar. Memang diorang ada kelebihan dari org2 lain. Kat Malaysia sekarang ni pun banyak dah bukak, tempat keje aku kat kuantan dulu pun ada buat tahfiz, dan sekarang dah mula bukak caw. di KL.

Dari Buraidah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Siapa yang membaca Al Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari Kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari, kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan di dunia, keduanya bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini: dijawab: "kerana kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Quran".

Hadith diriwayatkan oleh Al Hakim dan ia menilainya sahih berdasarkan syarat Muslim (1/568), dan disetujui oleh Adz Dzahabi. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya (21872) dan Ad Darimi dalam Sunannya (3257),

#14 libragirl

    Kadet

  • Ahli Biasa
  • 3 posts
  • Gender:Female
  • Location:Shah Alam
  • Kepakaran:Teknikal
  • Freelance:Tidak

Posted 06 October 2008 - 07:24 PM

Salam,

Saya ada seorang adik lelaki yang dah tahfiz tapi pendidikan tahfiz nya tak lah begitu awal. Darjah 1-6, mcm biasa : sekolah rendah kebangsaan belah pagi dan sekolah agama kelolaan JAIS belah petangnya pulak. Form 1-3, ke sekolah menengah kebangsaan agama dan 4 & 5 ke KISAS (dulu dikenali dengan nama Kolej Islam Klang).

Habis SPM, baru dia ke Darul Qur'an (DQ), Kuala Kubu Bharu untuk ambil sijil tahfiz selama setahun. Tapi, tak semua kawan2 dia yang apply situ dapat masuk sebab DQ ni tengok pada keputusan percubaan spm jugak. Alhamdulillah lah, adik saya tamat pengajian dgn 30 juzuk. Dah dapat sijil tahfiz tu, dia ke Mesir ambik medic. Skrg ni ada setahun setengah lagi nak habiskan study.

Cuma apa yang saya nak kata, tak semestinya anak2 kita dihantar ke sekolah tahfiz pada usia yg awal. Kalau ada perancangan macam adik saya, umur 18 tahun pun masih boleh masuk sekolah tahfiz lagi. smile.gif

#15 efaisal

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 258 posts

Posted 08 October 2008 - 12:54 PM

QUOTE (indapura @ Aug 1 2008, 09:47 AM) <{POST_SNAPBACK}>
bro efaisal harapnya klu dpt tempatnya boleh kongsi info.....tgh servey gak ni sekitar bangi dan kajang....blom kutemu lg....


Saya dimaklumkan sebuah sekolah tahfiz sains akan diusahakan di Bandar Baru Bangi. Sama-sama kita doa semoga usaha tu jadi kenyataan. Selain dari tu ada sebuah lagi sekolah tahfiz di Kajang. Saya belum ziarah lagi ke tempat tu.

#16 indapura

    Korporal

  • Ahli
  • 62 posts
  • Kepakaran:oracle,solaris,linux,j2ee
  • Freelance:Ya

Posted 08 October 2008 - 01:19 PM

to bro efaisal ....harap nnt klu dh dpt maklumat detail...tlg hebah-hebahkan yer....





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users