Posted 18 February 2009 - 11:04 AM
Sekadar pengalaman... dunia sekarang ni memang zaman kongsi² cuma kena tengok la kongsi tu macam mana.. dan dalam post ini.. bukan bekas pegawai kerajaan saja yg kita kena ingatkan malah pekerja mahir atau yg expert dalam bidang masing² di kalangan swasta pun sama.. apapun kita kena sama² ingat mengingatkan...
aku bukan bias pada perkongsian dgn non bumi... cuma pada pandangan aku non bumi mempunyai keberanian menghadapi risiko dan kapital dari persatuan atau payung yang kukuh... berbeza dgn bumi yg sentiasa banyak halangan dari segi mendapatkan dana dan pinjaman dan lebih suka menjaga status walaupun hampeh (hidup berpura²)... lagipun seperti sedia maklum.. ramai 'manusia' tak yakin dengan company² bumi dan lebih yakin dengan company non bumi dari segi janji, kualiti dan after sales service... sedih tapi inilah kenyataan... seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit... kesian kan? apa boleh buat??
dilema yg aku hadapi sebelum ini ialah apabila aku mendapat tawaran dari satu badan korporat (non bumi) yg ingin membantu dan merealisasikan impian aku sebagai anak bangsa yg ingin berjaya dalam bidang kemahiran aku sendiri... kenapa bangsa non bumi boleh melihat potensi aku sebagai orang yg mempunyai 'brand' dan menawarkan aku lebih dari keperluan malah dana dan juga projek...?? sedangkan bangsa aku sendiri memang buta... penat aku memanjat anak tangga Mara, MDEC, SMIDEC, MCED dan banyak lagi badan² pinjaman untuk dana projek... jawapan yg aku terima ialah "berapa percent u nak bagi kat i kalau loan u approved?", "boleh percaya ke projek u ni?", "u takda sesapa yg jadi cable ke?"... ini tanggungjawab bangsa aku sendiri ni.. tapi takpe sebab aku hanya mencuba dengan kudrat dan tenaga aku sendiri... saja nak test...
bangsa lain tak macam ni pulak.. dia tengok expertise aku, projek aku, contact aku yg aku boleh gunakan untuk memberi pulangan kepada mereka... justeru itu mereka menawarkan company, tempat, modal, staf dan segala perbelanjaan dan aku hanya mengurus saja selain dari membantu company² di bawah payung mereka... easy... mudah... mereka minta aku memilih nama company aku dan letakkan tanda tangan aku saja dalam dokumen² mereka.. cuma... aku terfikir itu semua adalah taktik dan janji yang akan 'membunuh' aku sendiri... aku kena share dgn 2 orang lagi director (sorang bumi dan sorang non bumi), akaun bank syarikat 2 orang je yg perlu sign dari 3 orang (apa ke jadahnya? abih kalau aku tak sign depa boleh sign), gaji dan elaun aku dan staf mereka uruskan, projek pun mereka carikan selain dari projek aku.... cuma... aku terfikir sejenak... kenapa aku tiada kuasa dalam company aku sendiri?? ya.. inilah yg dinamakan korporat... kita dibiayai sepenuhnya tapi dengan 3 orang board of director, kita hanyalah wayang kulit yg akan dimainkan oleh tok dalang... dan bila² masa yg diperlukan kita boleh ditendang apabila tidak diperlukan setelah segala contact dan projek kita mereka dan tangkap.. aku tak patut buruk sangka tapi sekarang ini aku dah tak percaya kepada sesiapa lagi kecuali diri aku sendiri... banyak dah aku lalui bila berbisnes dengan bangsa aku dan bangsa lain.. dah banyak aku rugi dari segi tenaga, idea dan kapital... tapi takpe.. pengalaman...
jadi... aku mengambil keputusan menjadi seperti mereka² yang desperate ingin berjaya.. aku menubuhkan sebuah syarikat sdn bhd dengan rakanku yg senasib dengan aku.. aku akur dan terpaksa juga menggunakan cable dan contact dari politician hinggalah ke CEOs.. terus memintas anak bangsaku dan rakan seperjuangan yang lain yg sama² berbaris dengan aku suatu masa dahulu bagi mendapatkan peluang dan ruang untuk berjaya.. ya.. aku berjaya dengan bisnes dan projek aku sebelum ini... tapi aku tidak hairan dengan kejayaan aku kerana aku sendiri telah terpalit dengan 'Musuh² Negara'... perkongsian maut, taktik kotor, jalan pintas, menikam dari belakang, perjanjian bawah meja dan pelbagai lagi istilah yg korang boleh bagi... jadi apa lagi yg aku mahu dalam dunia ini?? yup... jalan pulang...
kadang² apabila aku merenung kerani yg bertugas di kaunter yg sibuk melayan telefon sambil mendengar radio, aku merenung mat despatch aku yg bersenda gurau dengan staf lain sambil tangannya penuh dengan surat dan dokumen untuk di hantar, aku merenung student praktikal yg sedang pening mencari bahan dalam internet untuk tugasan mereka... alangkah bahagianya dunia mereka... mereka tidak perlu terpalit dengan kejahatan yang telah aku lalui... Kita tahu Qada' dan Qadar telah menentukan apa yang akan berlaku dan telah berlaku dalam kehidupan manusia sejagat.. aku tidak hairan dengan kejayaan ini.. kejayaan memerlukan pengorbanan, usaha, kejujuran, kebijaksanaan dan teman² seperjuangan...
finally.. aku ingin berubah... langkah pertama aku ialah aku keluar dari perkongsian dengan rakanku pada penghujung tahun lepas dengan linangan air mata staf, rakan kongsi dan aku sendiri... aku keluar dan menubuhkan lagi syarikat kongsi.. masih berkongsi... tapi... kali ini dengan ibuku... pinjam nama sebab ibuku mempunyai PPN dan AMN.. semua rakan taulan hairan dengan tindakan aku.. kenapa dan mengapa? jawapan aku ialah aku ingin menebus semula kesalahan aku dan membantu rakan-rakan seperjuangan yang lain... aku kini dalam sebuah syarikat yg dihuni oleh aku seorang... memandang sekeliling yang masih kosong tiada staf dan tiada client... aku rasa terhukum dan terpenjara dengan apa yg telah aku lakukan sebelum ini... di sinilah.. aku akan bermula semula... amin.....
MORAL OF THE STORY : Bekerjalah untuk dunia dan akhirat...