Jump to content


Perniagaan Milikan Tunggal


4 replies to this topic

#1 kukun

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 290 posts
  • Gender:Male
  • Location:nun jauh di sana
  • Interests:cabut button G kat laptop...<br />cabut stiker lawa kat hardware computer...mcm SUN,HP,MIMOS,CISCO....hehehe
  • Kepakaran:cabut button G kat laptop...
  • Freelance:Tidak

Posted 21 February 2009 - 02:52 PM

aku tak tahu nak letak mana topik ni.

aku nak tanya pasal perniagaan milikan tunggal e.g : enterprise

pasal shareholder: kalu ada 2 entiti berbeza ingin membuat perniagaan tetapi sekadar ingin tubuhkan perniagaan berbentuk entreprise.


bagaimana jika:

entiti A mewakili syarikat A dan entiti B mewakili syarikat B.
mereka mahu menubuhkan syarikat C untuk menjalankan perniagaan bersama.

bolehkah syarikat A dan syarikat B menjadi shareholder syarikat C?

syarikat A : milikan perkongsian ( enterprise )
syarikat B : milikan perkongsian ( enterprise )
syarikat C : milikan perkongsian ( enterprise )


adakah di benarkan sebuat milikan perkongsian ( enterprise ) di kongsikan menggunakan nama syarikat bukan nama orang perseorangan?

jika tidak boleh bagaimana pula?

sekadar ingin mendalami ilmu. sesiapa sudi berkongsi....terima kasih.

p/s: mode; kalau salah tanah ( thread ) alihkan ke tempat yang betul



#2 sharuzzaman

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,370 posts
  • Gender:Male
  • Location:Perak
  • Interests:Elektronik dan Perisian Bebas (GPL)
  • Kepakaran:Linux, Open Source, Training, OpenOffice, Network, Hardware
  • Freelance:Ya

Posted 22 February 2009 - 01:14 AM

setahu aku enterprise adalah milik peribadi...

so, katakan Ali ada Ali Enterprise, lepas tu Bakar ada Bakar Enterprise... tapi kalau Ali dan Bakar nak buat syarikat enterprise, katakan Cendana Enterprise, maka Cendana Enterprise mesti mempunyai pemilik bersama iaitu Ali dan Bakar

Cendana Enterprise tidak boleh dipunyai oleh Ali Enterprise atau Bakar Enterprise (entiti syarikat)

#3 sniper

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,695 posts
  • Gender:Male
  • Location:Malaysia
  • Interests:IT (Graphic Design, Portal, Multimedia)
    & Media Production (Audio, Video, Special Effect, Green Screen).
  • Kepakaran:Multimedia, Portal, Audio Video Production.
  • Freelance:Tidak

Posted 22 February 2009 - 03:04 PM

kukun... sepertimana kata sharuzzaman tu... enterprise adalah hak milik tunggal (macam tajuk topik) jadi sebarang perkongsian dalam enterprise adalah tidak tertakluk kepada undang˛ syarikat (dari segi perkongsian) dan terpulang kepada pemilik untuk berkongsi dengan sesiapa saja tanpa perlu 'declare' rakan kongsi... kalau masuk mahkamah sekalipun pemilik mempunyai hak mutlak pada perniagaan dia dan takda sapa boleh ganggu dari segi aset dan liabiliti... biasanya perkongsian syarikat enterprise ni dibuat sendiri oleh pemilik dan rakan kongsi dan banyak digunakan untuk urusan bank (2 orang sign cheque).. tapi cukai kena bayar aaaa.... laugh.gif

kalau pemilik syarikat A dan pemilik syarikat B nak tubuhkan syarikat C... salah seorang kena jadi pemilik dan seorang lagi sebagai rakan kongsi dan perniagaan ini dinamakan sendirian berhad (sdn bhd)... atau supaya tiada masalah untuk register sijil MOF (Ministry of Finance) nanti... cari orang yg lain yg boleh menjadi pemilik syarikat C (sdn bhd) dan A dan B boleh jadi rakan kongsi kepada C...

MOF ni kalau pemilik enterprise dah ada sijil kewangan.. dia tidak boleh lagi register kewangan untuk syarikat lain (samada enterprise or sdn bhd).. dia kena tutup dulu syarikat enterprise dia sekiranya nak daftar sijil kewangan untuk syarikat baru.. jadi kalau pemilik A dan B dah ada sijil kewangan masing˛... mereka tak boleh register kewangan untuk syarikat C sekiranya mereka menjadi pemilik... hanya boleh daftar dan jadi rakan kongsi je.. tapi tu laa. syarat MOF ni mesti pemilik yg apply...

penting ke sijil MOF..??? penting... untuk memudahkan urusan pinjaman/perniagaan dengan gomen atau swasta/apply lesen˛ lain yg berkaitan dgn business...

bagaimana dgn seseorang yg memiliki banyak syarikat sdn bhd dan mempunyai lesen MOF..? yg ni pemilik kena ada pangkat 'J' dalam erti kata lain paid up capital setiap company mereka adalah tinggi dan tertakluk kepada syarat˛ lain yg ditentukan oleh SSM (suruhanjaya syarikat malaysia)...


kesimpulannya :

1) adakah syarikat enterpise A dan B mempunyai sijil kewangan?
2) kalau ada salah seorang boleh tubuhkan syarikat C tetapi syarikat C tak boleh register kewangan (rugi dari segi long term). dan pemiliknya mesti seorang (samada A atau cool.gif. perkongsian ini pandai˛ sendiri buat. kalau tanya peguam.. mereka akan suggest register Sdn Bhd..
3) kalau salah seorang dari syarikat A atau B mempunyai sijil kewangan. yg takda kewangan tu register company C dan seorang lagi jadi rakan kongsi dgn perjanjian sendiri juga.. jadi syarikat C boleh didaftarkan sijil kewangan...
4) kalau dua˛ enterprise A dan B tiada sijil kewangan. salah seorang boleh register samada enterprise dan sdn bhd untuk syarikat C dan boleh apply sijil kewangan.
5) kalau dua˛ enterprise A dan B tiada sijil kewangan dan nak tubuhkan enterprise C tanpa ada sijil MOF... salah seorang dari A dan B boleh daftar C dan teruskan bisnes macam biasa dengan rakan kongsi A dan B masing˛... cuma... rugi la.. alang˛ nak berkongsi tu register je sdn bhd.. perniagaan boleh pergi lebih jauh...

untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi bla bla bla bla.... hehehee... ada baiknya bro tanya kepada ejen˛ pendaftaran syarikat.. aku ni bagitau setakat yg aku paham je.. mungkin betul atau mungkin silap... yg mana betul tu datangnya dari Allah S.W.T. dan yg silap tu datangnya dari diri aku sendiri yg lemah dan jahil ini.. Wallahu'alam...

#4 kukun

    Sarjan Mejar

  • Ahli
  • 290 posts
  • Gender:Male
  • Location:nun jauh di sana
  • Interests:cabut button G kat laptop...<br />cabut stiker lawa kat hardware computer...mcm SUN,HP,MIMOS,CISCO....hehehe
  • Kepakaran:cabut button G kat laptop...
  • Freelance:Tidak

Posted 22 February 2009 - 04:03 PM

terima kasih kesimpulan sniper dan sharuzzaman...gambaran tu jelas.aku dah baca 3 kali.hehe...bab ni memang susah nak faham pun.hehe...
mungkin ada kwn2 kita yang ada pengalaman seperti ini.

#5 sik tauk

    Pegawai Waran 2

  • Ahli Professional
  • 416 posts
  • Gender:Male
  • Location:Kuching/Puchong
  • Interests:self-defence i.e. style-free (street) fighting, creative-writing, agro-industries (farming, breeding).
  • Kepakaran:Oracle database/apps server; UNIX/Linux; IT Project Management
  • Freelance:Ya

Posted 23 February 2009 - 09:30 AM

Perkongsian untuk perniagaan adalah lebih baik jika ditubuhkan syarikat Sdn Bhd atas beberapa advantage berikut:

1. Seperate legal entity: Sdn Bhd adalah sebuah entity menyerupai manusia di mata undang-undang. Ia boleh memiliki perniagaan sole propreitorship, partnership, ataupun memegang saham dalam syarikat yang lain
2. Tax optimization: Syarikat Sdn Bhd ada banyak peluang untuk pengecualian cukai.
3. Limitation of liability: Kalau berlaku musibah, liability pemegang saham adalah terhad setakat yang diperuntukkan oleh MOA dan AOA. Berbanding Sole Propreitorship mahupun partnership, keseluruhan liability hendaklah ditanggung oleh pemunya dan rakan kongsi.

demikianlah kuliah undang-undang syarikat pada pagi Isnin ini. wassalam tongue.gif





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users