Jump to content


Kisah Saintis Rusia Rakam Suara Siksa Kubur


4 replies to this topic

#1 ron

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 982 posts
  • Gender:Male
  • Location:KL
  • Interests:Information Security
  • Kepakaran:Software Development and Engineering
  • Freelance:Ya

Posted 03 May 2009 - 09:01 PM

Just nak kongsi dengan rakan2 di ittutor. Suara-suara dari siksaan kubur yg telah dirakamkan oleh Saintis Russia.


Keratan Berita Akhbar Di Finland


QUOTE
Ada satu kisah yang disebarkan di Nusantara ini oleh beberapa pihak (orang Islam) mengenai seorang saintis Rusia bernama Dr. Azzacove yang telah secara tidak sengaja terakam suara-suara jeritan yang sedang mengalami siksaan jauh di bawah bumi. Beliau diberitakan memperoleh rakaman itu menggunakan 'super-sensitive microphone'. Saya sendiri telahpun mendengar rakaman yang dikatakan itu dan mendapati bahawa bunyinya memanglah agak menyeramkan.

Dua orang anak lelaki saya sendiri telah memberitakan hal ini kepada saya. Menurut mereka, kisah 'bunyi siksa kubur' ini telah diceritakan oleh 'guru' atau 'motivator' Muslim dalam kursus motivasi yang mereka hadiri (dari dua kursus motivasi yang berasingan). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh muat-turun 2 rakaman suara jeritan siksa kubur (.mp3) itu melalui pautan berikut:


1) Rakaman Suara Siksa Kubur 1 (596 kb)
http://www.megasutra.com/sounds/jeritanbawahtanah.mp3

2) Rakaman Suara Siksa Kubur 2 (2.42 mb)
http://www.megasutra.com/sounds/hellscreams.mp3

QUOTE
Berikut saya salinkan isi kandungan antara laman-laman web yang menyebarkan berita ini:

Petikan Kisah Dari Laman Di Malaysia

Suara-suara manusia yang tidak sengaja dirakamkan di lapisan kerak/perut bumi. Suara-suara yang ter'rakam' ini sungguh gerun dan seolah-olah sedang diseksa.

Penemuan terakhir ini adalah penemuan yang sangat mengejutkan pendengaran kami, dengan penemuan ini banyak dari peneliti kami yang berhenti dari pekerjaan ini kerana ketakutan.

Pada awalnya kami hanya hendak mendengarkan pergerakan bumi dengan interval tertentu dan mendengarkan Super Sensitive Microphone yang masuk ke dalam bilik-bilik atau lubang-lubang bumi dan reruntuhan galian.

Pada awalnya kami menyangka apa yang kami dapat itu adalah geselan dari alat-alat kami pada dinding-dinding perut bumi, tetapi suara ini menghancurkan seluruh logika kami.

Setelah beberapa penyesuaian kami mendapat kesimpulan bahawa suara ini berasal dari interior bumi, jadi seakan-akan di dalam perut bumi ini ada ruang lain yang berbeda dari tempat yang kami gali, dan dari ruangan tersebutlah kami tidak mempercayai apa yang kami dengar.

Kami mendengar dari ruang bumi yang lain itu ada suara manusia berteriak keras dalam kesakitan. Walaupun satu suara didengar, kami dapat mendengar ribuan bahkan jutaan latar belakang suara manusia yang sedang dalam kesakitan akibat penyeksaan.

Setelah penemuan yang sangat menakjubkan ini, setengah dari peneliti kami berhenti kerana takut. Yang sangat mengejutkan lagi, bagi orang Soviet itu adalah setelah suara tersebut dirakam, pada malam yang sama, keluarlah semacam gas atau kabut yang terang dari lokasi penggalian gas.

Gas atau kabut tersebut keluar dengan membentuk pilar-pilar dan tulisan yang membentuk seperti sayap kelawar (seperti lafaz ALLAH, wallahu a'lam), lalu menampakkan dengan sendirinya dengan bahasa Rusia yang ertinya AKU TELAH MENAKLUKKAN atau AKU TELAH MENUNDUKKAN.

Tulisan itu terlihat di awan di Siberia yang gelap. Kejadian itu sangat tidak masuk akal orang-orang Soviet karena sedang akan diteror. Beberapa saat setelah itu datanglah ambulan ke kumpulan orang-orang tersebut dan memberikan ubat yang dapat menghilangkan memori dengan singkat. Sebagai perawat kepada korban yang melihat keajaiban itu (ini mungkin agar kejadian ini tetap dirahsiakan).

Biarpun saya tidak percaya adanya syurga dan Injil, tetapi sebagai ilmuwan sekarang saya percaya adanya NERAKA. Ia sangat sukar diungkapkan dengan kata-kata, apa yang kami temukan, apa yang kami lihat dan apa yang kami dengar. Dan sekarang kami yakin bahawa kami lanjutkan kerja menggali lagi, maka kami akan dekat sekali dengan PINTU NERAKA.

Lalu Dr. Azzacove meneruskan penjelasan, "Mesin penggali tiba-tiba berputar dengan sangat cepat ketika kami mencapai salah satu kulit bumi, suhunya menunjukkan hingga 2000 darjah Fahrenhait, lalu kami mendekatkan mikrofon itu di sana untuk mendengarkan pergerakan bumi, tetapi yang terdengar adalah suara manusia, bahkan teriakan manusia dalam kesakitan.

Pertama kami mengira suara itu adalah suara mesin. Tetapi setelah melakukan kajian ulang atas suara itu, suara yang terdengar adalah suara manusia bukan hanya satu orang, mungkin jutaan manusia yang sedang dalam seksaan dan kesakitan.



http://sofira.blogspot.com/2006/09/seksa-kubur-bhg-1.html

Credit to Shah Ri Man's for this article

#2 Mr Hulk

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 633 posts
  • Gender:Male
  • Location:Skudai , Johor
  • Interests:Pretty girls!
  • Kepakaran:ASP.NET, VB.Net
  • Freelance:Tidak

Posted 04 May 2009 - 08:34 AM

Ini adalah hoax, pada mulanya rakaman audio ini digunakan untuk dakwah agama kristian kepada penganutnya, dan kemudian cerita ini di'islam'kan untuk kesuaian penganut agama islam. Sekian.

google: "hoax sound from hell"

#3 ron

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 982 posts
  • Gender:Male
  • Location:KL
  • Interests:Information Security
  • Kepakaran:Software Development and Engineering
  • Freelance:Ya

Posted 04 May 2009 - 09:14 AM

Ohh betul ke Hoax?, sorry kalau ni adalah Hoax. Pengendali boleh close

#4 grindcore

    Leftenan Muda

  • Ahli
  • 999 posts
  • Gender:Female
  • Location:/tmp
  • Freelance:Tidak

Posted 04 May 2009 - 04:01 PM

http://www.ummah.com/forum/showthread.php?t=53516

#5 joetheking

    Pegawai Waran 1

  • Ahli
  • 357 posts
  • Gender:Male
  • Location:Penang
  • Freelance:Ya

Posted 11 May 2009 - 02:01 PM

Sudah ditulis dan dikaji dengan teliti oleh sahabat saya di dalam blog beliau... sila baca di sini





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users