Jump to content


Robot Hidup


  • You cannot reply to this topic
No replies to this topic

#1 faizal

    Pegawai Waran 2

  • Ahli
  • 460 posts
  • Kepakaran:IT
  • Freelance:Tidak

Posted 28 January 2010 - 10:13 PM





Posted Image

Oleh: Mohd Faizal Aziz

<p class="MsoNormal" style="text-align: justify; text-indent: 0.5in; line-height: 150%;">Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan robot. Robot adalah sebarang mesin yang boleh bergerak dan melakukan pelbagai tugas tanpa bantuan manusia. Ia tidaklah bermakna robot tersebut hanya berbentuk seperti manusia. Ia boleh sahaja direka seperti haiwan, perkakasan yang digunakan di kilang-kilang, serangga dan sebagainya dengan syarat, takrif sebenar robot seperti yang dijelaskan di atas masih dipatuhi.



Peralatan yang boleh dikawal dari jauh, mesin automatik dan komputer tidak boleh diklasifikasikan sebagai robot. Namun begitu, peralatan ini sangat penting untuk digunakan sebagai sebahagian daripada penciptaan robot. Ia berfungsi membantu meningkatkan keupayaan robot sebenar dalam pergerakan, pengesanan dan kepintaran buatan (artificial intelligent). Jelasnya, peralatan atau mesin yang mempunyai sifat dan kelakuan seperti manusia sehingga kini masih lagi tinggal impian dan harapan penciptanya walaupun berita tentang robot terbaru yang boleh menggantikan guru di dalam kelas yang dinamakan ’Saya’ sudah dicipta di Jepun.



Penyelidikan robot terkini yang diimpikan oleh para saintis ialah menggabungkan kepintaran sebenar makhluk hidup dengan perkakasan elektronik dan komputer untuk menghasilkan sejenis robot yang boleh beroperasi seperti makhluk hidup. Di University of Reading United Kingdom, sejenis robot yang dimaksudkan yang dinamakan Gordon telah dicipta oleh saintis menggunakan sel otak benda hidup atau neuron menggantikan komputer yang digunakan sebagai otak robot sebelum ini. Otak robot Gordon diperbuat daripada 50,000 hingga 100,000 neuron yang diambil daripada tikus yang masih berada dalam fetus. Sel otak fetus tikus ini kemudian disambungkan dengan lebih 60 elektrod di mana setiap denyutan saraf sel ini akan ditukarkan kepada isyarat elekrik yang akan melalui litar khas yang dibina di dalam struktur elektronik robot tersebut.

Posted Image




Menurut Kevin Warwick, seorang profesor di Jabatan Cybernatics di University of Reading United Kingdom, robot Gordon pada masa ini hanya dapat berhubung dengan dunia luar melalui pengesanan bunyi atau sonar. Sistem pengesan sonar ini akan memberitahu maklumat tersebut kepada otak robot jarak antara dinding dan persekitaran di sekelilingnya. Idea sebenar di sebalik kajian ini ialah untuk melihat fungsi neuron benda hidup yang boleh dilatih untuk digunakan di dalam sistem robotik. Ia juga diharap akan berfungsi seperti manusia yang boleh dilatih dan belajar melalui tabiat dan pengalaman yang disimpan di dalam memori sel otak yang dikenali sebagi neuron tadi.



Warwick berharap dengan ciptaan terbarunya itu akan dapat meningkatkan kefahaman yang lebih jelas tentang keadaan-keadaan penyakit yang melibatkan sistem saraf otak seperti strok, gangguan mental dan sebagainya. Beliau juga berusaha untuk mengkaji bagaimana ingatan sesuatu benda hidup itu disimpan di dalam otak. Buat masa ini, kumpulan penyelidikannya hanya menggunakan otak tikus sebagai sampel kajian dan tidak menolak kemungkinan pada masa akan datang akan menggunakan sel-sel otak manusia sebagai bahan kajian robotnya.

Posted Image




Apa yang dapat disimpulkan dari kisah inovasi penciptaan robot yang menggabungkan sistem biologi benda hidup dan perkomputeran elektronik ini ialah, keinginan dan impian manusia untuk menghasilkan makhluk baru mirip manusia sebenar tanpa mengambil kira sempadan etika dan moral atas nama penyelidikan. Namun begitu, banyak nilai-nilai positif yang boleh dijadikan panduan di dalam penyelidikan ’Gordon’ walaupun kita tahu hampir mustahil untuk mencipta sesuatu makhluk yang sama seperti manusia.

Artikel ini telah diterbitkan di Majalah Estidotmy, SIsispan Utusan Malaysia April 2009.




View the full article





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users