Jump to content


- - - - -

Kalkulator utk mengira jumlah Zakat yg perlu diBayar


8 replies to this topic

#1 FaRiS

    Leftenan

  • Core
  • 1,046 posts
  • Gender:Male
  • Location:PrinceSuccess
  • Kepakaran:Upload dan Download Torrent
  • Freelance:Ya

Posted 23 October 2002 - 08:37 AM

http://zakatppz.brinkster.net/ppz_bm/kalkulator.asp


ZAKAT HARTA
1. Zakat Pendapatan
>>> cara untuk mengira zakat pendapatan:
Cara 1 : (Membayar 2.5% atas pendapatan kasar setahun) Contoh : Jika pendapatan kasar setahun ialah RM100,000 maka zakat ialah : 2.5% x RM100,000 = RM2,500 setahun.
Cara 2 : (Membayar setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan)
Contoh : Jika pendapatan setahun RM24,000 dan perbelanjaan - perbelanjaan asasi dan wajib setahun ialah RM14,000 maka, zakat adalah 2.5% atas RM10,000 = RM250 setahun

2. Zakat Simpanan
2.5% atas baki terendah sesuatu tahun semua jenis simpanan, kalau baki terendah tersebut bersamaan atau lebih dari nisab.
Contoh :
Kalau jumlah simpanan terendah dalam sesuatu tahun ialah RM20,000, maka zakat ialah: 2.5% x RM20,000 = RM500 setahun

3. Zakat Perniagaan
2.5% atas harta perniagaan yang layak dizakat yang bersamaan atau melebihi nisab.
Harta perniagaan yang layak dizakat ialah : (harta semasa bersih + pelaburan jangka pendek didarab dengan 2.5%). Secara praktik, lihat pada kunci kira-kira perniagaan. Jika pemegang saham berkongsi dengan bukan Muslim, ambil kira peratus milik muslim sahaja dalam harta tersebut.


4. Zakat Saham
2.5% atas nilai terendah sesuatu tahun semua saham (setelah ditolak hutang atas saham-saham tersebut), kalau nilai tersebut tidak kurang dari nisab.



5. Zakat Emas
2.5% atas nilai emas semasa yang disimpan setahun (dengan syarat tidak kurang dari paras nisab). Bagi emas perhiasan yang dipakai ia tidak dikenakan zakat, kecuali melebihi uruf (kadar kebiasaan pemakaian emas masyarakat setempat). Zakat akan dikenakan atas lebihan setelah ditolak uruf. Uruf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah RM5000.



6. Zakat Tanaman
10% atas nilai tanaman-tanaman yang layak dizakat seperti padi dan biji-bijian dan buah-buahan pada masa ia dituai sekiranya melebihi nisab yang telah ditetapkan.
Contoh :
Padi : Nisabnya 450 gantang @ 1,620 kg. Lazimnya zakat dibayar secara wang tunai dan bukan hasil tanaman.
Untuk tanaman-tanaman yang lain atau buah-buahan, secara praktik bolehlah diguna nisab 85 gram emas iaitu RM3,000. Kalau nilai lebih dari nisab, baru dikenakan zakat. Zakat atas hasil tanaman dikenakan sebanyak 10% jika disirami menggunakan air hujan atau sungai (sumber semulajadi) dan sekiranya diairi dengan pengairan secara tersusun (seperti taliair) dikenakan atas 5% sahaja

7. Zakat Ternakan
Kadarnya bergantung kepada jenis haiwan yang diternak.
Contoh :
Lembu, 30 ekor, zakatnya seekor anak lembu (2 tahun) ; 40 ekor, zakatnya seekor lembu ; 60 ekor, zakatnya 2 ekor anak lembu ; 70 ekor, zakatnya seekor lembu dan seekor anak lembu.
Kambing, 40 ekor hingga 79 ekor, zakatnya seekor kambing ; 80 hingga 119, zakatnya 2 ekor kambing.

8. Zakat KWSP
Caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Terdapat dua pendapat di dalam pengiraan zakat KWSP iaitu:
1. Milik Tak Sempurna
Mengikut pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika bersara atau mengeluarkan sebahagian wang daripada KWSP semasa cukup umur. Kadarnya adalah 2.5%. Sebagai contoh, jika pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM100,000 maka zakatnya, adalah RM2,500. (Sebagau makluman, Pusat Pungutan Zakat menggunakan pandangan ini dalam pengiraan zakat KWSP)
2. Milik Sempurna
Mengikut pandangan ini, wang yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul (caruman wang pekerja sahaja iaitu tidak termasuk caruman majiakan). Ini bermakna ianya wajib dikeluarkan zakat pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syaratnya walaupun wang tersebut masih berada didalam tabung KWSP. Kadarnya adalah 2.5% apabila caruman melebihi nisab.
Contohnya seseorang yang mempunyai caruman bahagiannya sebanyak RM100,000 x 2.5% (kadar zakat) = RM2,500 bayaran zakat bagi tahun tersebut.

ZAKAT BADAN
9. Zakat Fitrah
Nilai semasa zakat fitrah ialah RM3.00 hingga RM5.00 seorang bergantung di negeri masing-masing. Pada kebiasannya ketua keluarga akan membayar kepada amil di masjid yang berdekatan dalam bulan Ramadhan.
Nota : Dalam perkiraan jenis-jenis zakat yang tersebut di atas (harta, pendapatan, wang simpanan, saham, perniagaan, emas) nisab ialah nilai semasa 85 gram emas. Di Malaysia ianya adalah lebih kurang RM3,000. Jadi jika harta yang layak dizakat bersamaan atau melebihi nisab, maka ia diwajibkan zakat atas 2.5%.

#2 lelaki@melayu.terakhir

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,856 posts
  • Location:cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 23 October 2002 - 09:28 AM

Thanks Faris.
Byk dah email aku dpt ttg zakat ni.
Tp blom lg berbayar...patutla rasa panas je poket biggrin.gif

#3 SpiderGlass

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,214 posts

Posted 23 October 2002 - 10:24 AM

Assalammualaikum....

Tengkiu faris.... calculator tu mengingatkan aku tentang zakat fitrah yang akan datang nih biggrin.gif

tocey˛....

#4 lelaki@melayu.terakhir

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,856 posts
  • Location:cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 23 October 2002 - 12:55 PM

Cerita pasal zakat fitrah,
baru aku teringat satu perkara.

Faris, liquid, mrz dan pengantin˛ baru sekelian...
Tahun ni zakat fitrah kita Double.
Dah ada tanggungan tu.... laugh.gif

Tahun depan tambah lagi sorang tanggungan kot masing˛. 8)
Akad utk bayar zakat pun dah berubah tu.

#5 SpiderGlass

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,214 posts

Posted 23 October 2002 - 02:22 PM

Ghhehhehehe.. betul tu... macam aku mula˛ dulu, kekok gak. Tahun pertama bayar untuk 2 orang, tahun ke dua plak bayar untuk 3 orang biggrin.gif.

tocey˛....

#6 FaRiS

    Leftenan

  • Core
  • 1,046 posts
  • Gender:Male
  • Location:PrinceSuccess
  • Kepakaran:Upload dan Download Torrent
  • Freelance:Ya

Posted 23 October 2002 - 02:49 PM

Oh ya, lupa nak bagi tau.
Skrg ni semua jenis Zakat dah boleh bayar guna Maybank2U.com
Sambil click button tu, sambil niat bayar zakat :-)

Tutorial Bayar Zakat guna Maybank2u.com
http://faris.free.fr/zakat/

#7 SpiderGlass

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,214 posts

Posted 23 October 2002 - 03:21 PM

Humangaaiiii... cangih˛... aku ingat zakat harta & yang sewaktu dengannya aje, sekali zakat fitrah pun ada gak... dasat˛.. maybank2u memang betul˛ punya online banking biggrin.gif

tocey˛....

#8 mAnKuAnTaN

    Leftenan

  • Ahli
  • 1,474 posts
  • Gender:Male
  • Location:KeY ELL
  • Interests:komputer dan internet
  • Kepakaran:digital gedget
  • Freelance:Ya

Posted 24 October 2002 - 03:26 AM

QUOTE
Oh ya, lupa nak bagi tau.
Skrg ni semua jenis Zakat dah boleh bayar guna Maybank2U.com
Sambil click button tu, sambil niat bayar zakat :-)

Tutorial Bayar Zakat guna Maybank2u.com http://faris.free.fr/zakat/


Wah... Faris... hebat tul, siap ngan tutorial cam ner nak bayar zakat guna maybank2u tuh... caya lah... buat kerja jariah cam tuh... aku pun kena PK kan, apa jenis kerja jariah yg aku buleh sumbangkan utk semua... smile.gif

#9 izafarid

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,215 posts
  • Gender:Not Telling
  • Location:Bukit Serdang
  • Interests:main game
  • Freelance:Ya

Posted 24 October 2002 - 10:27 AM

maksud pendapatan bersih tuh mender?
dah tolak, sewa umah, api, air, bagi mak, minyak moto, duit kereta, bill hp, kad kredit bla.. bla.. bla ker





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users