Jump to content


Lapisan OSI


6 replies to this topic

#1 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 21 October 2001 - 12:47 AM







Nota ringkas 7 Lapisan OSI




Nota ringkas 7 Lapisan OSI


Kebanyakan buku networking yang saya baca banyak menekankan tentang betapa pentingnya mengetahui konsep 7 Lapisan OSI ini dengan secara mendalam. Mulanya saya kurang berminat kerana saya tidak nampak kepentingannya dalam mendalami bidang networking ini , tetapi setelah beberapa ketika barulah saya sedar .


Antaranya adalah kerana banyak bahan rujukan yang anda baca akan merujuk kepada lapisan-lapisan tersebut. Ia juga memudahkan pemahaman sebuah sistem yang kompleks dengan memecahkannya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil.Perubahan satu lapisan juga tidak akan mengganggu lapisan yang lain kerana ia sudah dibahagi-bahagikan fungsi setiap lapisan. Begitu juga untuk mengetahui flow perjalanan data dari satu lapisan ke lapisan yang lain dan juga
had yang ada antara setiap lapisan, tanpa mengetahui 7 Lapisan OSI ini boleh
menyebabkan kita hilang arah dan keliru.


Apakah dia model OSI?

OSI membawa makna Open System nterconnection yang direka oleh sebuah badan International Standards Organisations . Sebab direka OSI Model ini antaranya adalah bagi memudahkan pemahaman proses networking dan integrasi antara produk networking daripada vendor yang berlainan dapat digunakan tanpa sebarang masalah.


Senarai 7 Lapisan OSI

Saya terbaca dari sebuah buku Cisco yang mengajar cara untuk mengingati kesemua
Lapisan OSI tersebut adalah dengan menggunakan ayat berikut:-




Please Do Not Throw Sausage Pizza Away


Physical DataLink Network Transport Session Presentation
Application


Penjelasan 7 Lapisan OSI

Physical

 Lapisan fizikal adalah lapisan pertama menjelaskan sambungan fizikal
seperti elektrikal,optikal dan infrared. Selalunya apabila kita berbincang
lapisan fizikal ini kita akan rujuk tentang sambungan fizikal networking seperti
peralatan sambungan kabling seperti RJ45,V.35 dan lain-lain. Secara teknikalnya
bekerja mengikut spesifikasi mereka sendiri seperti jenis pin,bentuk connector
dan juga signalling yang digunakan. Antara yang duduk di lapisan ini adalah EIA/TIA-232,
V.35,EIA/TIA- 449, V.24,RJ45, Ethernet, 802.3,802.5, FDDI, NRZI,NRZ, B8ZS.
Contoh peralatan yang berada di lapisan ini adalah hub. Hub tidak mempedulikan
tentang addressing, data dan sebagainya tetapi hanya nampak signal elektrikal
dan berfungsi menguatkan signal tersebut dan menghantar semula.


Datalink

Dalam protokol datalink perkara paling penting yang perlu diketahui adalah
MAC address dan Logical Link Control(LLC). Router (yang bekerja di lapisan
network) hanya menjalankan tugasnya menunjukkan network mana packet dihantar
berdasarkan informasi IP address. Tetapi untuk mengetahui host mana packet perlu
dihantar, lapisan datalink yang memainkan peranan mencari komputer destinasi
berdasarkan hardware address. PDU pada lapisan ini dipanggil frame.


Contoh ahli pada lapisan datalink ini adalah 802.3 and
802.2,IEEE 802.3/802.2,HDLC, Frame Relay,PPP, FDDI, ATM, IEEE 802.5/ 802.2.


Contoh peralatan yang bekerja di lapisan ini adalah seperti
switches dan bridges. Cara ia Dalam satu switch ada banyak port yang disambungkan kepada beberapa host (komputer contohnya) . Switches/bridges menggunakan maklumat berdasarkan MAC address host yang disambungkan kepadanya itu dan dan membina sebuah table maklumat tentang kesemua host tersebut. Jika ada data sampai, switch akan menggunakan maklumat dari table tersebut seterusnya menghantarkan ke destinasi..


Network

Lapisan ke 3 ini menguruskan penghantaran packet "end to end"
berdasarkan "logical addressing" seperti IP. Ia juga lapisan di mana routing berlaku dengan meng"segmen"kan network berdasarkan logikal addressing tersebut . Lapisan ini juga bertanggungjawab memecahkan packet kepada fragmen yang lebih kecil sebelum dihantar ke lapisan seterusnya mengikut
kemampuan media berdasarkan nilai MTU -maximum transmission unit.


Contohnya ahli pada lapisan ini adalah IP, IPX, AppleTalk DDP.
Contoh peralatan yang bertugas di lapisan ini adalah router. Ada juga switch
yang dipanggil Layer 3 Switch yang juga menjalankan kerja-kerja routing.


Transport.

Lapisan ini bertugas memastikan packet dihantar dengan betul . Contohnya TCP
yang dikategorikan sebagai protokol "connection oriented" akan
memastikan packet sampai ke destinasi dan mungkin dalam susunan yang betul. Jika
ada packet yang hilang ia akan dihantar semula. Berbanding dengan UDP (dipanggil
connectionless) packet dihantar dengan cara "best effort" basis tanpa
perlu dihantar semula.


Contoh ahli pada lapisan ini adalah TCP,UDP dan SPX. PDU pada
lapisan ini dipanggil segmen.


Session

Lapisan ini bertugas untuk mentakrifkan bila untuk memulakan,menamatkan dan
juga mengawal perhubungan komunikasi yang dipanggil "session". Ini termasuklah kawalan dan pengurusan perhubungan komunikasi dua hala supaya aplikasi tahu sama ada ia telah sempurna atau belum .


Contoh ahli dalam lapisan ini adalah RPC, SQL, NFS,NetBios
names,AppleTalk ASP, DECnet dan SCP.


Presentation

Lapisan ini bertugas untuk menterjemahkan format data contohnya JPEG, GIF dan
sebagainya. Encryption, decryption, compression dan decompression juga berlaku
di lapisan ini. Secara amnya semua kerja-kerja terjemahan dilakukan pada lapisan
ini.


Contoh ahli pada lapisan ini adalah JPEG, ASCII, EBCDIC,TIFF,
GIF, PICT,encryption, MPEG dan MIDI


Application

Seperti namanya lapisan ini melibatkan aplikasi seperti telnet dan http. Ia
adalah lapisan tertinggi dan bergantung kepada lapisan-lapisan dibawahnya supaya
data dapat sampai dari sumber ke destinasinya. Ia adalah medium hubungan antara user dan komputer.


Contoh ahli adalah seperti Telnet, HTTP, FTP,pelayar Web,
NFS,SMTP gateways(Eudora, CC:mail),SNMP, X.400 mail dan FTAM







#2 Guest_azmie_*

  • Tetamu

Posted 21 February 2002 - 02:30 PM

Asalamualaikum,
Apakah kedudukan TCP/IP...adakah di terletak di dalam OSI juga? Kalau ya...di manakah kedudukan layer nya? Atau adakah dia open system macam OSI nie jugak?
Thanx.
Mie

#3 rizal

    Mejar

  • Core
  • 2,904 posts
  • Gender:Male
  • Location:Riyadh,Saudi Arabia
  • Kepakaran:Networking, System,Network Administration, Network Management
  • Freelance:Tidak

Posted 21 February 2002 - 02:58 PM

TCP dok layer 2
IP dok layer 3.

#4 Guest_ularlidi_*

  • Tetamu

Posted 21 February 2002 - 10:46 PM

errr defense advanced research projects agency (DARPA) tlh kawinkan tcp ngan ip tuh...jadi la dio tcp/ip...kalu osi model jadi standard utk rangkaian...tcp/ip pulok jadi standard utk internet...kalu osi model ado 7 layers...tcp/ip model ado 4 layer (n/w interface, internet, transport dan application)...tcp/ip protocol stack bekerja pada layer 3,4 dan 7 dalam osi model...

#5 Guest_pepijat_*

  • Tetamu

Posted 19 March 2002 - 11:23 PM

Betul2 betul

Sape suka buat hardware leh focus kat layer 1
sape nak buat device driver leh focus katlayer 2
sape nak buat application leh focus layer 4
sape nak buat kernel level leh buat kat layer 3

:smile:

#6 iostream

    Mejar

  • Ahli Professional
  • 2,553 posts
  • Gender:Male
  • Location:Temerloh, Desa Pandan, Bukit Damansara
  • Interests:Berangan, mengalamun, berehat, makan, & tidur.
  • Kepakaran:Tidak pakar dlm bidang IT, tetapi pakar dlm bidang percintaan
  • Freelance:Ya

Posted 26 March 2002 - 01:29 AM

ermmmmm, bagus lah tutorial ringkas ko nie bro. Rizal......
anyway, nak tanyer sikit....kalo seseorang tuh
berminat pasal security; nak focus kat maner....kalo minat nak jadik network admin/system engineer plak nak focus kat maner.....

#7 Guest_pepijat_*

  • Tetamu

Posted 26 March 2002 - 02:07 AM

Security focus kat layer mana ?

Bergantung nak implement security pada layer mana lah.

SSL/TLS -- application layer
IPSEC ---- IP layer

dan lain lain lagi





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users