Jump to content


- - - - -

aperture + shutter


7 replies to this topic

#1 Guest_aris_azie_*

  • Tetamu

Posted 06 February 2003 - 11:52 AM

aku ada digital camera A40 dan antara 'spec'nya ialah ambik gambar secara manual tapi aku ada sedikit kemusykilan :-

sapa boleh terangkan apa makna aperture (cth : f2.8) dan bagaimanakah utk menggunakannya di dlm situasi gambar tertentu???

sapa boleh terangkan bagaimanakah utk menggunakan slow shutter speed di dlm situasi gambar tertentu???

ini kerana apabila aku try setting manual, aku terpaksa ambik gambar hampir 5 kali (nasib baik takde filem) utk mendapatkan setting yg paling cun. so byk buang masa la... especially kalau night shot.

tq geng!!!

#2 Guest_Aliff_*

  • Tetamu

Posted 19 February 2003 - 01:41 AM

Assalamualaikum,

Aperture ialah bukaan dalam kanta kamera. Biasa dibuat dari kepingan logam ringan berwarna hitam tidak-reflektif. Bukaannya berbentuk bulat. Fungsinya mengawal berapa banyak cahaya yang boleh masuk ke dalam kamera. Lagi besar saiz aperture, lagi banyak cahaya boleh masuk. Begitulah sebaliknya. Bagi kamera digital, cahaya yang masuk ini dirakam oleh alat CCD. Bagi kamera biasa, dirakam oleh filem.

Perbandingan aperture kamera yang senang ialah anak mata kita. Cahaya luar kena pada kanta mata kita, difokuskan olehnya, kemudian masuk ke bahagian belakang bola mata (retina) melalui bukaan anak mata.

Bagi kamera, saiz aperture dilabel dengan "f". Bagi kamera A40 sdr, rasa saya terdapat dua saiz aperture yang boleh dipilih dalam mode manual, iaitu f/2.8 dan f/8.0. Saiz aperture bagi f/2.8 adalah lebih besar dari aperture f/8.0. (Lebih kecil nombor "f", lebih besar saiz aperture; lebih besar nombor "f", lebih kecil saiz aperture...)

Penentuan bila untuk memilih aperture saiz mana adalah bergantung kepada kreativiti dan pengalaman kita. Secara ringkasnya kita guna aperture kecil untuk perolehi "depth-of-field", iaitu bagi gambar yg punyai banyak objek dari depan ke belakang yang kita inginkan semuanya berfokus tajam. Contoh - ambil gambar pemandangan.

Aperture besar pula kita guna untuk ambil gambar dalam keadaan kurang cahaya. Juga kita guna aperture besar untuk gambar yang perlukan hanya objek tumpuan yang berfokus tajam (objek lain jadi kelabu). Contoh - ambil gambar potret. Kita inginkan objek potret itu berfokus, manakala latarbelakangnya out-of-focus.

Bagi shutter pula, kita biasa gunakan shutter speed yang perlahan utk ambil gambar menggunakan cahaya natural dalam keadaan kurang cahaya. Untuk kes ini kita perlu pakai tripod, kalau tidak gambar akan nampak bergegar. Contohnya - ambil gambar pemandangan diwaktu malam, seperti gambar bangunan, bintang dan lain-lain objek tidak-bergerak.

Satu lagi kegunaan slow shutter speed ialah untuk timbulkan gambaran pergerakan sesuatu objek dalam gambar - contoh - gambar kereta yang sedang bergerak pantas, ataupun gambar air yang sedang bergerak di kawasan air terjun.

Pemilihan kombinasi aperture dan shutter speed yang terbaik bagi sesuatu situasi adalah bergantung kepada kemahiran dan pengalaman. Oleh itu apa yang sdr alami - ambil 5 kali baru dapat yang cun, adalah proses pemantapan pengalaman.

Oleh sebab itulah kamera automatik dicipta, iaitu supaya sesiapa sahaja, boleh ambil gambar yang OK dengan tak perlu risau, faham atau tahu, apa itu aperture dan shutter speed. Bagaimanapun, untuk menghasilkan gambar yang unik (iaitu yang lebih baik dari hanya OK), ianya memerlukan kita tahu cara guna aperture dan shutter speed. Satu cara lagi untuk perolehi hasil yang sama ialah menggunakan setting pre-programmed yang disediakan dalam kamera digital kita (contoh - close up, indoor natural light, scenery, night scenery, museum (no flash), dan sebagainya).

Harap tak mengkonfiuskan anda

#3 mEoWsMArt^

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,005 posts
  • Gender:Male
  • Location:MY
  • Interests:Cari Duit!!
  • Freelance:Tidak

Posted 19 February 2003 - 03:27 AM

Aliff

Terima kasih di atas penjelasan anda yang baik!. Dengan ini, saya menganugerahkan anda sedikit peluru buat bekalan kelak! smile.gif2

#4 Guest_oxfly_*

  • Tetamu

Posted 19 February 2003 - 12:13 PM

Aliff:
penerangan yang cukup menarik..
saya dah print pun..

persoalan dari saya pula...
mengapa apabila saya mengambil gambar yg bergerak...
contohnya org yang berlari perlahan..
atau tangan yang bergerak..
ia akan menghasilkan gambar yang tidak elok...

dimana saya memerlukan gambar yg still...
bukan yang bergerak / bergegar..

salah satu faktor lain yang saya tahu ialah tangan saya sendiri yang bergerak..
dan tidak still...

tapi saya pasti ada lagi faktor lain yang saya tidak ketahui...

adakah ini berkaitan dengan shutter?..
dan bagaimanakah setting yang terbaik?..

#5 mEoWsMArt^

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,005 posts
  • Gender:Male
  • Location:MY
  • Interests:Cari Duit!!
  • Freelance:Tidak

Posted 19 February 2003 - 12:38 PM

oxfly

Bergegar?...ko nak still guna Tripod ler...hehehe.

#6 Guest_oxfly_*

  • Tetamu

Posted 19 February 2003 - 12:47 PM

mEoWsMArt^,

heheh..mmg laa guna tripod...
tapi andai kata tak guna tripod..
tu yg musykil tuh..
tak dpt jawapan dier..
mistik sungguh..

#7 mEoWsMArt^

    Kapten

  • Pengendali
  • 2,005 posts
  • Gender:Male
  • Location:MY
  • Interests:Cari Duit!!
  • Freelance:Tidak

Posted 19 February 2003 - 12:52 PM

oxfly

Hmm...kenapa?, ko selalu amik gambar gegar ke?. Ishh ishh...ko kena kasik kamera tu kat aku gamaknya!...baru tak gegar...heheheh

#8 Guest_aris_azie_*

  • Tetamu

Posted 22 February 2003 - 11:22 AM

oxfly... kalau nak ambik gambar yg bergerak agar nampak statik, shutter perlu di'set' ke kelajuan max kamera tersebut. sebaik-baiknya 1/4000s... tapi cahaya kena terang spt di waktu tengahari...

tapi biasanya setting auto utk shutter takleh buat... hanya manual shj pasal kamera tu tak tau kau nak gambar tu statik ke tak...





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users