Jump to content


Astro bleh connect internet


21 replies to this topic

#1 Guest_master_*

  • Tetamu

Posted 12 March 2003 - 07:04 PM

nak tanya sket sesiapa yang tau.boleh tak kita guna astro untuk connect to internet?saya tengok dekat blakang decoder tu ada modem untuk sumbat rj45.tak tau le apa gunanya.

#2 Guest_pak aat_*

  • Tetamu

Posted 12 March 2003 - 10:08 PM

ok setahu pak aat dulu memang astro ni nak mulakan perkhidmatan internet kelajuan tinggi seperti yang terdapat di eropah dan amerika. Sebab itu DSR dan DMT astro generasi kedua dan ketiga dilengkapi dengan port komputer dan soket telefon. Mereka telah membuat percubaan dalam kalau tak silap sekitar tahun 2000 tapi sehingga sekarang masih belum dilancarkan. Di fahamkan perkhidmatan ini tidak boleh dilancarkan kerana telah tidak praktikal sekarang kerana:

a) Sistem yang astro ada hanya boleh download melalui satelit tapi tak leh upload. Upload mesti melalui telefon biasa dan masa tu hanya sesiapa yang ada akaun jaring boleh ekses.

cool.gif Persaingan dengan ISP lain yagn menawarkan perkhidmatan kelajuan tinggi dgn kadar rendah yang mana boleh upload dan download dengan kelajuan tinggi.

c)Penggunaan KU Band oleh astro akan menyebabkan servis terganggu begitu teruk semasa awan tebal sebelum hujan. Kelajuan internet akibat sekatan awan ini akan menyebabkan kelajuan berada di bawah paras minima yang dibenarkan. Perkhidmatan seperti ini misalnya di INDIA hanya untuk cover kawasan pendalaman yang sama sekali tidak mempunyai ekses telefon. Di Malaysia kadar sambungan telefon adalah amat tinggi walaupun di luar bandar. Pengguna di bandar tidak akan melanggan perkhidmatan astro ini jika ianya dilancarkan.

#3 tHeRiDdLeR

    Pegawai Waran 2

  • Ahli Professional
  • 408 posts
  • Gender:Male
  • Location:Sri Serdang
  • Interests:Bertukar fikiran tentang IT

Posted 12 March 2003 - 10:45 PM

nak tambah sikit ... modem tu digunakan bila kita nak booking channel Astro Showcase dan Seasson Pass melalui remote control .. itu saje yg aku nampak buat masa ni ...... smile.gif7

#4 Guest_pak aat_*

  • Tetamu

Posted 12 March 2003 - 11:05 PM

a ah betul tu...perkara ni patut dari dulu lagi..sampai sekarang ni perkhidmatan mesej pun belum mula...remote control pun slow...download servis pun lambat..

#5 tHeRiDdLeR

    Pegawai Waran 2

  • Ahli Professional
  • 408 posts
  • Gender:Male
  • Location:Sri Serdang
  • Interests:Bertukar fikiran tentang IT

Posted 13 March 2003 - 12:41 AM

pak aat dan warga ittutor,

nak tanya sikit kalo pak aat tahu. saya pernah cuba nak subscribe astro showcase thru interactive pakai remote. line phone saya dah masuk kat decoder tu. tapi bila buat dia dapat error 5 kalau tak silap saya. saya cuba refer dgn astro customer service, dia kata line phone tak masuk sedangkan line tu saya dah check ok. saya juga ada bertanya adakah modem dalam decoder tu problem, pegawai tu kata tak mungkin modem rosak ... dia mati2 kata line tak sambung. akhirnya saya letak talipon malas nak layan. Lagi satu pak aat, saya pakai streamyx, adakah streamyx ni menggangu line ketika saya nak dialup.

Harap pak aat dan ittutor lain faham soalan saya ni smile.gif7

#6 Guest_pak aat_*

  • Tetamu

Posted 13 March 2003 - 10:14 PM

Pak aat tak biasa langgan pun astro showcase ni...malas..sebab kalau beli dvd lagi murah dan boleh tengok sehingga rosak...lagi pun sound system astro ni ketinggalan zaman...videonya pun untuk setengah channel kabur akibat compression yang keterlaluan...utk sound..kalau dvd ada dts dan dolby digital...astro dolby pro logic sahaja. Kalau anda pakai line streamyx utk sambung rasanya mungkin itulah sebabnya tak boleh..mungkin modemnya tak support line jenis ini. Cuba anda semak dengan agen decorder anda..tempat repair kalau rosak tu... awas...setengah agen mungkin tak tahu pun apa itu streamyx..kalau lain brand tempat dan agennya lain lain...leceh betul..

#7 sicksand

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,173 posts
  • Gender:Male
  • Location:jaybee
  • Interests:android user
  • Kepakaran:PHP, MySQL, VB6
  • Freelance:Ya

Posted 14 March 2003 - 04:26 PM

a'kum

memang betol la skang remote control astro skang slow, aku ingat bateri remote aku yang kong.

boleh ade sesape konpemkan tak ni... memang slow sangat remote ctrl tu, sampai aku ketuk2 remote tu, sian dia...

#8 azri

    Leftenan Muda

  • Ahli Professional
  • 974 posts
  • Gender:Male
  • Location:Puteri Subang...
  • Kepakaran:Linux, Windows, VMWare ESX, HP Proliant, HP Integrity, IBM System x, SAN, NAS, HA and Cluster.
  • Freelance:Tidak

Posted 14 March 2003 - 05:08 PM

betul tu! aku nye remote kat umah pakai nokia nye decoder slow giler... kekadang tu kena reboot pun ada... dan memang betul kualiti gambar kat astro ni cukup makan je... bukan show nye dia punya imej/gambar.

yg kat umah aku pakai philips nye decoder remote dia ok sket... pesal ye?

#9 tHeRiDdLeR

    Pegawai Waran 2

  • Ahli Professional
  • 408 posts
  • Gender:Male
  • Location:Sri Serdang
  • Interests:Bertukar fikiran tentang IT

Posted 14 March 2003 - 05:10 PM

sicksand,
Aku rasa memang betul remote tu slow, sebab aku pernah try 4 remote (berlainan rumah) semuanya slow belaka. lagi satu aku rasa decoder sekarang pun slow response sebab aku pernah pakai yg lama decoder (first decoder) responsenya mmg cepat smile.gif7

#10 lelaki@melayu.terakhir

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,856 posts
  • Location:cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 14 March 2003 - 06:30 PM

tak silap aku, astro punya technology ada dua tu.
1. nokia
2. philips
(kalau salah tolong betulkan)

aku guna nokia. mmg slow melampau. aku ingat aku sorang je
rupanya ramai lagi yg slow..ehehe

last week pegi rumah member, ada org astro pasang astro kat rumah dia.
tapi guna philips. org tu ckp, nokia mmg slow, philips ok sket.
tp bila aku test kat rumah member aku tu. slow jugak, tp takla se slow kat rumah
aku.

takde org keje astro ke kat sini yg boleh clarify?

Yg pasal internet tu..ehehe....bila ntah.

#11 Guest_paksi_*

  • Tetamu

Posted 14 March 2003 - 07:51 PM

QUOTE
tak silap aku, astro punya technology ada dua tu.
1. nokia
2. philips
(kalau salah tolong betulkan)


ayah aku kat kag guna philips.. slow but faster than my nokia yg aku baru dpt minggu lepas nih.. memang tensen.. bila nak tukar channel... dan tekan 80.. tak kuar.. bila tekan 80 sekali lagi.. kuar pulak 808.. tensen tul.. sebab berkali-kali kena tekan.. :)24

#12 Guest_pak aat_*

  • Tetamu

Posted 14 March 2003 - 10:07 PM

Pak aat langgan astro sejak 1996.. bermula dengan phillip DSR generasi pertama..tak ada port dan soket telefon..lepas tu dalam tahun 1998 astro tukar phillip dsr yagn ada port dan soketr telefon...lepas tu pak aat pakai nokia utk unit kedua...lepas tu astro tukar phillip DSR dengan Phillip DMT...Apa yang kawan kawan kata tu memang benar...NOKIA punya remote memang slow giler...paka at letak unit tu kat dapur jer..yang phillip ni ok sikit..letak ruang tamu..pak aat tanya ejen phillip napa jadi cam tu dia kata memang cam tu...tapi cuba kita lihat berapa kah memori DMT terbaru astro ni?...hanya 4MB dan berapa besar video streaming astro sesaat dari satelit?...Dulu masa astro mula servis guna Phillip DSR memang laju kerana masa tu kualiti video rendah sebab streamingnya rendah...gambar berbintik giler..itu tahun 1996/1997...sekarang ni dah lah kualiti di pertingkat dan saluran lak makin banyak....cuba kita lihat CH menu tu punyalah lambat...itupun videonya dah di compress giler..dan audionya pun dah lah MONO dan dengar tak dengar jer...itu pun dah lambat kalau nak tukar channel ikut menu tu..

#13 Guest_master_*

  • Tetamu

Posted 14 March 2003 - 11:09 PM

tnx pak aat..detail habis explanation pasal astro ni. smile.gif

#14 Guest_pak aat_*

  • Tetamu

Posted 14 March 2003 - 11:58 PM

Pak aat kalau ada pilihan awal awal lagi akan tutup akaun dengan astro ni...banyak sangat kekurangannya..tapi oleh kerana tak ada pilihan apa boleh buat...nak ambil siaran satelit luar tak berbaloi kena denda RM 100,000.00....

Teknologi dah ketinggalan...bayaran mahal...banyak sangat channel yagn kena bayar extra...sebab tak ada saingan....dia boleh buat apa saja..nak telefon pejabat dia pun punyalah tunggu lama..dia ingat telefon tak kena bayar ker?...DMT lak mudah rosak...

#15 lelaki@melayu.terakhir

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,856 posts
  • Location:cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 15 March 2003 - 09:01 AM

pak aat...
pasal telefon tu. saya mmg setuju.
call dia punya service centre...punyala sakit hati
tak pernah berangkat.

last˛ saya call bhgn installation, n mintak tolong sambungkan ke service
centre. barula dapat.

saya nak tukar alamat actually. dah bg details. tp alamat still ada typo error.
nasib baik sampai jugak rumah. tp mmg lambat sampai.
buku dia plak..sampai sekarang tak pernah˛ sampai kat rumah baru.
bil sampai plak. hangin je.

abg ipar saya ckp, dah dua kali call astro tukar alamat rumah.
tp buku dia still sampai rumah lama.

*mungkin sbb takde saingan kot dia boleh buat hal macam ni. nak jugak terminate, tp takdapek la tgk bola LIVE biggrin.gif

#16 sicksand

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,173 posts
  • Gender:Male
  • Location:jaybee
  • Interests:android user
  • Kepakaran:PHP, MySQL, VB6
  • Freelance:Ya

Posted 15 March 2003 - 09:26 AM

fuh..

sib baik ada sama 'sampan'...

ingat aku sorang jek kene.

camne ni. kene report ni kat astro. paling tak best wwe raw dah takde.... tu yang tak best tu....

#17 SpiderGlass

    Leftenan

  • Ahli Professional
  • 1,214 posts

Posted 15 March 2003 - 11:05 AM

Assalammualaikum....

Ghehehhee... aku pun baru aje guna astro nih (tahun 2001), mula˛ tu, decoder aku (philips) laju gak, tapi semenjak 2/3 bulan nih, slow.. mula˛ aku pun ingat pasal bateri, tukar la bateri... sama gak, masa nak tukar channel tuh, makan masa gak. Anyway.... dengan penerangan daripada pak aat tuh, paham la aku, apesal boleh jadi slow.

Harap˛ astro dapat la upgrade lagi decoder diaorang pastu bagi tukar free (agak˛ boleh ke? ghehehe) tak pun tukar dengan caj yang paling minimum. Haii.. bertambah kaya la AK, last year kalau tak silap aku jadik orang yang paling kaya dalam Malaysia.

tocey˛....

#18 lelaki@melayu.terakhir

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,856 posts
  • Location:cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 15 March 2003 - 11:14 AM

mana tak slownya ye.
kiri kanan depan belakang rumah kita..semua ada astro.

'adaaa astro..adaaa gayaaa'

ehhehe...tp mmg lawak cerita paksi. mmg selalu kena.
tekan 40. sonyappp je. tekan lagi sekali 40
terus pegi cenel 4040. smile.gif9

#19 Guest_pak aat_*

  • Tetamu

Posted 15 March 2003 - 12:48 PM

Kalau nak bayar bill pak aat nasihatkan jangan sekali kali buat potongan dengan kad kredit..dulu pak aat kena dia potong kad kredit pak aat tapi bayar pada org lain..last last dia potong astro pak aat..punya lah marah...siasat punya siasat dia mengaku...tapi lepas tu charge bill lain lak..dia kata pak aat tak bayar...akhirnya dia mengaku silap...dan cancel semua bill tuntutannya ...bila pak aat kira semula dia silap lagi...dia terkensel bill sebenar yagn patutnya pak aat bayar.. hahahhah.
Cerita ni berlaku dalam tahun 1999 lalu.

Tapi bila tenung kembali...berapa banyak bill telefon masa dok bertengkar ngan akauntan dia tu...hairan sungguh akuntan pun tak pandai kira kira...(masa tu lah) sekarang ni dah pandai kot..

#20 lelaki@melayu.terakhir

    Kapten

  • Pengendali
  • 1,856 posts
  • Location:cyberjaya
  • Freelance:Tidak

Posted 15 March 2003 - 12:51 PM

byk jugak kes pak aat ni dgn astro ye?
saya selalu bayar through maybank2u je.
so far..Alhamdulillah, belum ada isu.

#21 Guest_pak aat_*

  • Tetamu

Posted 15 March 2003 - 12:54 PM

Betul...sebaiknya bayar melalui maybank atau BSN dia ada line terus...elak dari bayar di Pos Malaysia aklau boleh ..lambat hantar ker astro...tapi bill tu kena semak gak...kot terjadi macam kes pak aat terkena di Mydin ..barang satu charga dua....barang tak ada dalam bill ada...nasiob baik hari berkenaan terignat nak semak selepas bayar...

#22 Guest_paksi_*

  • Tetamu

Posted 17 March 2003 - 02:19 PM

QUOTE
*mungkin sbb takde saingan kot dia boleh buat hal macam ni. nak jugak terminate, tp takdapek la tgk bola LIVE biggrin.gif


tuh la.. sama ngan aku.. nak tengok bola LIVE punya pasal.. ekekeke.. tp main bola tak jugak pandai2..





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users