Jump to content


- - - - -

Dokumentasi 16 : Pengenalan kepada 8 perkakasan rangkaian


  • You cannot reply to this topic
No replies to this topic

#1 Guest_buellart_*

  • Tetamu

Posted 23 June 2003 - 03:09 PM

Bridge

QUOTE
Ia merupakan peranti yang menghubungkan antara satu rangkaian ke rangkaian yang lain dengan syarat kedua-dua rangkaian tersebut menggunakan protocol yang sama(cth Ethernet atau token ring). Pengguna boleh mengarahkan bridge untuk menghantar mesej ke destinasi yang. Bridge akan menguji setiap mesej terdahulu, kemudiannya bridge akan menghantarkannya diantara rangkaian LAN yang sama seterusnya kepada destinasi yang mungkin berada pada rangkaian LAN lain yang telah dihubungkan. Rangkaian yang dihubungkan melalui bridge, alamat komputer atau nod tidak mempunyai hubungan yang spesifik kepada lokasi. Bagi tujuan ini, mesej akan di hantar kepada setiap alamat dalam rangkaian tetapi hanya akan diterima oleh destinasi yang telah ditetapkan sahaja. Bridge dikatakan mempelajari alamat yang manakah pada rangkaian yang mana dan membina sesuatu yang dipanggil ?learning table? agar mesej yang bakal dihantar akan dihantar pada rangkain yang betul. Ia berfungsi pada paras data link iaitu pada lapisan fizikal. Selain itu, bridge merupakan kombinasi perkakasan dan perisian yang mampu mengesan kesalahan yang berlaku di dalam paket dan di dalam pemformatan alamat. Sebagai contoh, rangkaian pada syarikat yang sama tetapi dipisahkan secara konsep LAN rangkaian yang menggunakan banyak komputer antara bridge. Melalui bridge, stesen kerja hanya boleh mencapai maklumat dalam lingkungan rangkaian yang terbabit sahaja.

Sebuah bridge juga berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu. Jika sistem perkabelan cara lama hendak disambungkan dengan sistem rangkaian terkini, sebuah bridge merupakan jalan penyelesaian. Bridge boleh mengawal laluan informasi dari kedua-dua belah bahagian rangkaian supaya ia dapat menghantar informasi yang diterima ke lokasi yang dipinta. Kebanyaklan bridge berupaya mengawal rangkaian dan secara automatik mengumpul alamat semua komputer yang terdapat pada kedua-dua belah rangkaian. Bridge turut berupaya untuk memeriksa setiap pesanan dan jika perlu menyiarkannya pada rangkaian yang di sebelah. Bridge menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Walau bagaimana pun, maklumat yang tidak berkaitan tidak akan disiarkan. Bridge turut boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan. Terdapat bridge yang digabungan dengan router yang dikenali sebagai brouter.

Kebaikan Bridge:
- ia membolehkan suatu rangkaian yang mengalami kekangan geografi dihubungkan antara satu sama lain.
- menapis data antara rangkaian agar ia tidak sampai kepada destinasi/rangkaian yang tidak sepatutnya.

Keburukan Bridge:
- Bridge akan melambatkan rangkaian kerana mesej akan dihantar kepada semua alamat dalam rangkaian walaupun alamat destinasi telah ditetapkan.
Router

QUOTE
Pada persekitaran Internet, router boleh wujud dalam bentuk perkakasan ataupun perisian yang akan menentukan titik rangkaian yang seterusnya bagi mesej yang harus dihantar kepada destinasinya. Router akan dihubungkan sekurang-kurangnya pada 2 rangkaian dan menentukan laluan yang manakah harus di laluinya. Laluan yang akan di laluinya adalah berdasarkan tahap kefahaman dan keserasiannya terhadap sesuatu rangkain itu. Router boleh di kenalpasti kedudukannya iaitu pada mana-mana perkakasan yang di panggil gateway(dimana 2 rangkaian bertembung/dihubungkan). Ada kalanya router lebih di sifatkan sebagai salah satu bahagian switch. Router dikatakan membina atau menguruskan satu jadual laluan yang telah dikenal pasti. Disamping itu, ia juga menentukan keadaan sesuatu laluan dan menggunakan maklumat ini sejajar dengan jarak dan kos algoritmanya bagi menentukan laluan yang terbaik bagi penghantaran sesuatu paket. Ianya berupaya untuk menghalakan trafik ke mana-mana bahagian di dalam rangkaian supaya beban di dalam rangkaian dapat diagihkan di dalam rangkaian bagi mengurangkan kesesakan. Sekiranya terdapat pautan yang gagal dalam rangkaian tersebut, maka router akan menggunakan laluan yang lain untuk membenarkan komunikasi berlaku. Sebuah router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Ia juga boleh mengarahkan lalu lintas bagi mengelakkan perlanggaran dan turut bijak mengetahui pelusuk jalan dan jalan pintas. Walaupun bridge mengetahui alamat semua komputer di dalam rangkaian, router mengetahui alamat semua komputer, bridge dan router yang lain yang terdapat di dalam rangkaian. Router akan berada pada lapisan yang ke 3 pada rangkaian iaitu lapisan rangkaian (network layer) di dalam model OSI. Dengan kata yang lain, Router adalah peranti sambungan yang pintar dan direka untuk menghantar paket atau frame dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain berdasarkan protokol yang digunakan dan destinasi yang ditentukan. Ia juga turut menyediakan jalan pintas yang paling baik untuk menghantar data ke Internet. Ia tidak sama dengan bridge kerana router boleh berfungsi dalam mengenal pasti laluan yang terbaik antara dua rangkaian. Selain itu, ia adalah tidak sama dengan gateway kerana gateway berkeupayaan untuk menterjemah format data dan membuka sesi di antara program aplikasi manakala router tidak mampu berbuat demikian.

Kebaikan Router:
- Dengan adanya router, maka penghantaran paket akan memakan masa yang lebih singkat kerana ia akan menentukan laluan yang terbaik untuk sampai ke destinasi.
- Ia membolehkan 2 atau lebih rangkaian berhubung antara satu sama lain.

Keburukan Router:
- Fungsi router dan switch adalah hampir sama antara satu sama lain, ia akan mengelirukan para pengguna yang kurang arif tentangnya yang ingin menghubungkan lebih dari satu rangkaian.


Gateway

QUOTE
Ia merupakan suatu titik yang berperanan sebagai pintu masuk ke rangkain yang lain. Dalam persekitaran Internet, suatu nod atau titik berhenti boleh dijadikan nod gateway atau nod ?host?. Kedua-dua penggunga komputer dalam Internet dan komputer yang menyediakan laman web kepada pengguna di kenalpasti sebagai nod host. Komputer yang mengawal lalu lintas rangkaian pada ISP (Internet Service Provider; cth, JARING, TMNET, MAXISNET) merupakan nod gateway. Di dalam rangkaian bagi sesebuah organisasi, pelayan komputer akan berfungsi sebagai nod gateway yang mana ia turut bertindak sebagai ?proxy server? dan ?firewall server?. Lanjutan itu, gateway akan berganding bahu dengan router dalam menentukan laluan mana yang harus dilalui bagi paket data bila ia tiba pada gateway. Gateway boleh terdiri dari peranti seperti protocol translators, impedance matching devices, rate converters, fault isolators atau signal translators seperti mana yang diperlukan untuk menyediakan interoperabiliti sistem. Ia turut dikatakan menjadi pemandu arah trafik dengan betul dari satu trafik ke satu trafik yang lain, sementara mengekalkan trafik-trafik dalam rangkaian-rangkaian tersebut berasingan. Gateway melibatkan penyatuan berbagai ciri-ciri rangkaian yang berlainan ke dalam satu peranti untuk menyediakan storan dan juga pertukaran protokol. Gateway turut digunakan untuk menyambungkan satu jenis rangkaian setempat dengan rangkaian setempat yang lain seperti Ethernet dengan token ring, atau LAN dengan SNA dan LAN dengan X.25. Gateway boleh beroperasi pada ketujuh-tujuh peringkat OSI dan ia adalah berorientasikan aplikasi. Selain dari itu, gateway bertanggungjawab untuk menghubungkan sistem-sistem mail elektronik yang tidak serasi atau tidak compatible, menukar dan memindahkan fail dari satu sistem kepada sistem lain atau membolehkan interoperabilti antara sistem-sistem pengoperasi yang berbeza.

Kebaikan Gateway:
- Ia menghubungkan 2 rangkaian yang menggunakan senibina yang berbeza.

Keburukan Gateway:
- Sekiranya gateway rosak, maka rangkaian tidak dapat berhubung antara satu sama lain.
Hub

QUOTE
Secara umunya, hub merupakan bahagian dimana data akan tiba dari satu atau banyak arah dan ianya akan dihantar kepada satu atau banyak arah. Hub selalunya didatangkan dengan switch dimana kedua-duanya mempunyai fungsi yang hampir sama. Selain itu, hub dikatakan sebagai tempat dimana data akan dikumpulkan menjadi fizikal asal kemudiannya switch yang akan menentukan bagaimana dan dimana is perlu dihantar. Didalam topologi sesebuah rangkaian, hub merupakan tulang belakang bagi rangkaian itu (main circuit). Hub adalah ?back bone? kepada hampir semua rangkaian Ethernet kecuali untuk rangkaian 10 Base-2 dimana ianya hanya memerlukan 50 ohm penghantar dimana sebuah komputer tidak wujud dalam kabel. Ia memberi perkhidmatan satu sambungan ke rangkaian server atau hub yang lain. Sebuah hub mempunyai banyak bilangan port untuk disambungkan dengan kepala RJ-45. Setiap port boleh disambungkan kepada satu komputer sahaja. Jika anda ingin menyambungkan 10 buah komputer maka anda perlu mempunyai hub yang mempunyai 10 atau lebih port. Selain itu, ia tidak mengesan ralat atau menapis data namun ia menghantar data dari satu komputer kepada komputer lain yang bersambung dengan hub tersebut. Hub juga dikenali sebagai concentrator atau multistation accesss unit (MAU). Ianya membolehkan peranti seperti komputer, printer dan peranti storan dihubungkan kepada server. Ianya bertindak sebagai 'central connecting point' bagi kabel-kabel yang perlu disambungkan kepada server dan bagi setiap peranti dalam rangkaian.
Antara jenis-jenis hub ialah :

Standalone Hub
Ia adalah hub yang boleh berfungsi dengan sendiri tanapa bergantung dengan mana-mana sumber lain. Hub ini adalah mahal namun ianya berbaloi sekiranya ia dihubungkannya dengan Standalone hub yang lain. Hub jenis ini amat sesuai untuk rangkaian yang kecil.

Stackable Hub
Ia hamper sama dengan standalone hub. Tetapi ianya boleh disambungkan diatas stackable hub yang lain. Bila disambungkan, perhubungannya adalah lebih efisyen dengan kabel yang pendek dan mereka seolah-olah seperti satu modular hub yang tunggal dan boleh dikawal sebagai satu unit berpusat.

Modular Hub
Hub ini lebih sesuai untuk rangkaian yang lebih besar. Ia seakan sebuah chassis. Dalam chassis, anda boleh memasukkan kad modul dan setiap kad modul boleh mempunyai 12 port kabel berpintal. Anda boleh memasukkan sebanyak mana kad chassis yang anda suka.

Kebaikan Hub:
- Dengan adanya hub, banyak komputer boleh dihubungkan

Keburukan Hub:
- pengguna boleh menggunakan switch bagi menggantikan hub, secara kasarnya hub adalah lagi mahal berbanding switch dan kadar penghantaran bagi switch ialah 100 mbps.


Modem

QUOTE
Modem yang merupakan singkatan kepada Modulator-Demodulator akan menghubungkan satu komputer dengan komputer lain melalui rangkaian tertentu. Ia menukar(modulasi) isyarat digital (perwakilan bit: 0 & 1 sahaja) dari komputer kepada isyarat analog (perwakilan yang tidak tetap) apabila isyarat itu melalui medium seperti talian telefon kemudiannya modem pada komputer destinasi akan menukarkan(demodulasi) isyarat analog tersebut kepada digital semula agar difahami oleh komputer. Kemampuan modem membawa data pada kadar sesaat di tentukan berdasarkan kebolehan modem. Sebagai contoh, modem 56Kbps mampu membawa data pada kadar maksima iaitu 56 kilo bait per saat. Namun keadaan ini berbeza bagi modem yang dihubungkan ke rangkaian Internet, walaupun mempunyai kadar maksima pada kadar 56 Kbps, namun factor kesibukan rangkaian akan mempengaruhi kadar capaian. Sekiranya lebih ramai pengguna yang menggunakan rangkaian pada satu masa tertentu, maka kadar capaian akan menurun kerana ianya akan dibahagi sama rata diantara para pengguna yang lain. Pada situasi yang kritikal, pelayan mungkin akan mengalami masalah seperti ?server down? sekiranya pelayan tidak dapat menampung bilangan pengguna. Namun masalah sebegini tidak disebabkan oleh modem. Selain itu, modem juga boleh berfungsi sebagai ?pendail? sekiranya telefon di pasangkan pada komputer. Terdapat 2 jenis modem ia itu modem internal dan modem external. Modem Internal berbentuk papan elektronik yang akan dipasang pada papan induk di slot PCI yang kosong. Modem External pula akan di pasang secara standalone dimana ia boleh di on dan off tanpa bergantung pada computer. Ia boleh dipasang berdasarkan jenisnya. Antara port yang boleh dipasang modem external ialah serial port, usb port dan fire wire port (terpantas).

Kebaikan Modem:
- pengguna boleh mencapai data dan maklumat pada Internet melalui modem.
- boleh email tanpa mengalami kekangan geografi.

Keburukan Modem:
- modem akan dipasangkan pada talian telefon, sekiranya talian telefon tersebut di sambar petir, kemungkinan besar modem tersebut akan turut disambar petir melainkan modem tersebut telah dimuat cirri-ciri keselamatan yang tertentu. Namun bagi situasi sebegini, modem masih belum lagi di katakana selamat 100%, ianya hanya pada tahap 50%-50%.
Switch

QUOTE
Switch merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan atau circuit semasa penghantaran data kepada destinasinya. Ia turut dimuatkan fungsi router iaitu perkakasan atau perisian yang mampu menentukan laluan bagi data yang akan dihantar. Secara umumnya, switch adalah lebih mudah dan merupakan mekanisma yang lebih laju dari router. Switch selalunya berada pada lapisan ke 2 iaitu lapisan Data Link. Namun terdapat switch baru yang berfungsi pada lapisan ke 3 iaitu lapisan Network (IP switches). Dalam rangkaian yang besar, perjalanan data dari satu switch ke switch yang berada didalam rangkaian yang berlainan dikenali sebagai hop. Masa yang diambil oleh switch untuk menghantar data pula dikenali sebagai latency. Switch boleh dijumpai pada peringkat rangkaian backbone dan gateway dimana satu rangkaian bersambung dengan rangkaian yang berlainan dan pada sub rangkaian yang lain. Dalam rangkaian yang mudah pula, switch tidak diperlukan untuk mesej yang dihantar dan diterima didalam rangkaian. Sebagai contoh, Local Area Network boleh menggunakan token ring atau token bus dimana setiap mesej yang dihantar akan dikenalpasti oleh setiap komputer untuk mengetahui sama ada alamat mesej itu ditujukan kepada komputer tersebut atau tidak. Ia memecahkan keseluruhan rangkaian menjadikan bahagian-bahagian yang dipanggil segmen. Setiap portnya tiada berkaitan di antara satu sama lain dan mempunyai kelajuan tersendiri. Switch juga merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer pelayan (servers), dan lain-lain perkakasan rangkaian.

Kebaikan Switch:
- Kadar penghantaran switch adalah tetap iaitu 100 Mbps.

Keburukan Switch:
- Walaupun kadar penghantaran switch adalah tetap, namun ia masih bergantung pada kesibukan rangkaian


Repeater

QUOTE
Ia merupakan perkakasan yang mampu memanjangkan jarak maksima bagi sesebuah rangkaian seperti LAN. Repeater akan mengambil dan mengumpul semua isyarat yang sampai kepadanya, menyegarkannya semula kemudian menghantar kepada LAN seterusnya. Dengan kata yang lain, ia adalah satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya. Satu siri repeater boleh memanjangkan isyarat pada jarak yang lebih jauh. Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan setempat (LAN). Ia turut digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa wayar (wireless). Dalam sistem kabel, repeater boleh terdiri dari litar amplifier dan beberapa transformer isyarat. Dalam sistem komunikasi tanpa wayar, repeater terdiri dari penerima radio, amplifier, tarnsmitter, isolator dan dua antenna. Dalam rangkaian gentian optik, repeater terdiri dari photocell, amplifier, light-emitting diode (LED) atau infrered-emitting diode.

Kebaikan Repeater:
- Ia boleh mengelakkan isyarat lemah bila tiba pada destinasi.

Keburukan Repeater:
- Masa tambahan diperlukan bagi proses penghantaran kerana ia akan segarkan semula isyarat yang lemah
Multiplexer

QUOTE
Ia merupakan perkakasan yang akan meningkatkan keberkesanan komunikasi. Multiplexer akan membenarkan beberapa terminal berkongsi satu talian komunikasi. Selain itu, ia akan menerima isyarat daripada pelbagai peralatan komputer, memampatkan isyarat ke dalam satu aliran data dan seterusnya menghantar melalui satu talian komunikasi.

Kebaikan Multiplexer:
- Meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan memampatkan data yang dihantar melalui satu talian.
- Mengurangkan kos perbelanjaan jika dibandingkan dengan menggunakan talian berasingan antara host dan terminal kerana ia mengurangkan penggunaan talian telefon dan modem.

Keburukan Multiplexer:
- Proses penyelenggaraan dan kemaskini haruslah dikendalikan oleh mereka yang pakar sahaja.


WALLAHUALAM hehehe

source:
www.searchnetworking.com
www.cisco.com
www.3com.com
www.dlink.ca
www.usr.com (usRobotics)

paper: Network Multimedia
author: asran(AsranServerPages), padil(PadilHamidinPowered), syam(NTtakutBini), buellart (bitck), chot(ChotStyleShitz)





1 user(s) are reading this topic

0 members, 1 guests, 0 anonymous users