Wine: Melarikan program Windows dalam Linux
From ITTutor.net Wiki
Wine tu apa? Arak ke?
Tak. Wine merupakan program Linux yang emulate environment Windows untuk menjalankan program Windows. WINE sebenarnya adalah singkatan kepada Wine Is Not an Emulator.
Untuk apa Wine dicipta?
Wine dicipta untuk memudahkan program Windows di tulis dan disesuaikan supaya boleh juga dijalankan dalam platform Linux. Wine juga dicipta untuk membolehkan program popular Windows dijalankan di dalam mesin Linux.
Wah!! bagus! Bolehkah Wine memainkan games Windows?
Boleh, tapi tidak semua games yang disokong oleh Wine. Program Wine boleh didapati dalam 2 kategori iaitu dari segi bukan komersil dan komersil. Wine yang asal adalah dari Winehq iaitu program open source manakala Transgaming[1] adalah salah satu syarikat yang fokus kepada permainan Windows yang di jalankan atas Wine manakala Codeweavers[2] adalah pakar dalam meletakkan program(applikasi) Windows atas Linux.
Apa perbezaan di antara WINE dan Cedega dari transgaming?
Cedega mengandungi sokongan terhadap ActiveX. Jadi kalau game yang memerlukan ActiveX, boleh menggunakan Cedega. Cedega boleh dimuatturun secara percuma dari CVS . Untuk pakej pemasangan lengkap, anda perlu membuat bayaran subskripsi. Panduan untuk memasang Cedega dari CVS, boleh cuba dari sini.
Apa perbezaan WINE asal dan Codeweavers?
Codeweavers telah menyediakan satu antaramuka pengguna untuk memudahkan pengguna memasang dan menggunakan perisian WINE. Jadi ia bagus untuk pengguna-pengguna yang tidak suka/pandai menggunakan antaramuka arahan.
Pembangunan Wine masih belum lengkap sepenuhnya. Anda boleh download program wine disini:
Source code:
http://sourceforge.net/project/showfiles.php?group_id=6241&package_id=77449
Binary:
http://www.winehq.org/site/download
More[3]
--Inertz 19:07, 19 Disember 2007 (MYT)


